NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN SEJARAH K1 SPM 2025
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Bagaimanakah undang-undang membentuk ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu?
Meluaskan wilayah pengaruh
Mengukuhkan kedaulatan raja
Menjadi panduan pemerintahan
Membuktikan kesetiaan rakyat
Rajah berikut berkaitan hubungan timbal balik semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Golongan pemerintah ↔ Golongan diperintah
Apakah kepentingan hubungan tersebut?
I Keunggulan pentadbiran diwarisi
II Kesejahteraan rakyat dijamin
III Kedaulatan raja terpelihara
IV Kemajuan negara tercapai
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Maklumat berikut adalah judul karya nasionalis Indonesia, Raden Adjeng Kartini
Hilang Gelap Terbitlah Terang
Apakah pendedahan yang diketengahkan melalui karya tersebut?
Sekatan ekonomi pihak penjajah
Peranan rakyat dalam pemerintahan
Kemajuan bangsa Indonesia
Dasar diskriminasi Belanda
Perkembangan nasionalisme di Thailand berbeza berbanding negara-negara Asia Tenggara lain. Bagaimanakah nasionalisme di Thailand berkembang?
Manifestasi perjuangan sami
Mengubah nasib rakyat
Mengekalkan kedaulatan negara
Menghapuskan penjajahan asing
Maklumat berikut adalah judul karya yang disiarkan dalam akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Cerita Terkukur
Apakah mesej karya tersebut?
Kebangkitan tokoh tempatan
Kesedaran nasib bangsa
Pergolakan politik dunia
Penentangan sistem penjajah
Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?
Kemunculan golongan intelektual
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
Kemunculan ideologi baharu
Persaingan kuasa imperialis
Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap Eropah. Apakah kesan tersebut?
Kejatuhan sistem beraja
Kepupusan ideologi komunis
Kemerosotan empayar British
Kelemahan Liga Bangsa-Bangsa
Apakah prinsip asas pembinaan nasionalisme semasa era Pemulihan Meiji di Jepun?
Bushido
Kokokai
Syonan to
Koa Kurenjo
Kejayaan dalam perang di Eropah memberi keyakinan kepada Pihak Bersekutu untuk menghadapi dasar perluasan kuasa Jepun. Apakah tindakan Pihak Bersekutu terhadap Jepun?
Menyertai Pakatan Ketenteraan
Mewujudkan Order Baharu Asia
Menguasai wilayah di selatan
Mengenakan sekatan ekonomi
Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan tentera Jepun di Kelantan pada 8 Disember 1941. Apakah faktor kedatangan Jepun ke Tanah Melayu?
I Kemunculan ideologi baharu
II Kegagalan Liga Bangsa-bangsa
III Eksplotasi sumber bahan mentah
IV Kepentingan strategik ketenteraan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dalam persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura, pentadbiran Jepun telah mengiktiraf Raja-raja Melayu. Apakah bentuk pengiktirafan tersebut?
Menentukan kutipan cukai
Membantu kuasa mentadbir
Menjadi ketua agama Islam
Memberikan kuasa perundangan
Selepas Jepun menyerah kalah, Bintang Tiga mengambil kesempatan menguasai pemerintahan di Tanah Melayu selama 14 hari. Apakah kesan penguasaan Bintang Tiga terhadap orang Melayu?
Orang Melayu menentang gerakan Fi- Sabilillah
Orang Melayu sedar kepentingan perdamaian
Raja-raja Melayu menyokong penguasaaan Bintang Tiga
Pemimpin Melayu melaksanakan undang-undang tentera
British Military Administration (BMA) diperkenalkan pada tahun 1945 bertujuan untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di Tanah Melayu. Mengapakah BMA tidak berjaya melaksanakan tugas tersebut?
Penentangan pemimpin tempatan
Pelaksanaan perintah berkurung
Peningkatan kegiatan jenayah
Penularan wabak penyakit
Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948 tetapi menolak Malayan Union 1946?
Raja berkuasa mutlak
Hak istimewa terjamin
Syarat kerakyatan longgar
Pengagihan kuasa ditamatkan
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) dipaksa menerima syarat Rundingan Baling pada tahun 1955?
I Enggan menyerah diri
II Tidak mahu meletakkan senjata
III Saranan komunis antarabangsa
IV Pampasan tidak setimpal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Apakah faktor penyerahan tersebut?
Sokongan rakyat
Tuntutan peribumi
Desakan pembesar
Masalah kewangan
Peristiwa Sungkit Berdarah membawa kepada pembunuhan Gabenor Duncan Steward oleh Rukun 13. Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap penduduk Sarawak?
Mewujudkan kestabilan politik
Mewujudkan perpecahan kaum
Mengurangkan penentangan rakyat
Membangkitkan semangat nasionalisme
Maklumat berikut berkaitan keahlian Jawatankuasa Kerja yang merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
● Wakil Raja-raja Melayu
● Wakil kerajaan British
● Wakil UMNO
Mengapakah golongan nasionalis Melayu radikal menolak penubuhan jawatankuasa tersebut?
Tiada wakil dalam perundingan
Perlembagaan Rakyat ditolak
Kedaulatan negara terancam
Hak peribumi terjejas
Ahmad Boestamam merupakan pemimpin pertubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang ditubuhkan pada tahun 1946. Apakah matlamat pertubuhan tersebut?
Menuntut hak peribumi
Menyatupadukan penduduk
Memperjuangkan kemerdekaan
Memelihara kepentingan bahasa
Maklumat berikut berkaitan pilihan raya peringkat negeri 1954.
Parti Perikatan → UMNO-MCA
Bilangan kerusi → 226 daripada 268
Mengapakah perti tersebt memperoleh kejayaan besar?
Persediaan ke arah kemerdekaan
Pemilihan kawasan pilihan raya
Ketokohan calon bertanding
Kerjasama antara kaum
Mengapakah Malaysia mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali?
Menggalakkan persaingan parti politik
Memilih kerajaan yang mantap
Meneruskan warisan bangsa
Menjamin kesejahteraan awam
Apakah terma rujukan utama yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
Kerajaan Negeri yang kukuh
Memelihara kedaulatan negara
Kewarganegaraan berasaskan tempat lahir
Menjamin kedudukan istimewa oarang Melayu
Tokoh berikut berperanan besar dalam kemerdekaan negara.
● Tunku Abdul Rahman
● Ong Yoke Lin
● V.T. Sambanthan
Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada tokoh tersebut?
I Bersopan santun
II Berjimat cermat
III Muafakat
IV Keterbukaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bendera Union Jack diturunkan pada malam ambang kemerdekaan. Apakah kesan peristiwa tersebut kepada Tanah Melayu?
Kemasukan imigran berakhir
Wujudnya negara yang berdaulat
Mengembalikan raja berkuasa mutlak
Ancaman komunis berjaya dibenteras
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kedaulatan undang-undang?
Pembentukan negara bangsa
Raja pemerintah kuasa tertinggi
Dipatuhi oleh kerajaan dan rakyat
Sistem pemerintah berkuasa mutlak
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah dipinda selepas pembentukan Malaysia. Apakah tujuan pindaan tersebut?
Memasukkan klausa baharu
Membahagikan kerusi Parlimen
Menggelakkan ancaman komunis
Mengukuhkan kuasa Yang di-Pertuan Agung
Parlimen adalah badan perundangan tertinggi Malaysia. Apakah peranan Parlimen?
Mentafsir Perlembagaan Persekutuan
Melaksanakan pembangunan negara
Membuat pindaan undang-undang
Mengadili pertikaian antara rakyat
Senarai Bersama membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama ialah
I kebajikan awam
II kewarganegaraan
III kerajaan tempatan
IV perlindungan hidupan liar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Idea gagasan Malaysia ialah menggabungkan bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. Apakah tujuan gagasan tersebut?
Melicinkan sistem pentadbiran
Meningkatkan peluang pentadbiran
Menggalakkan kemasukan pelabur
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Maklumat berikut berkaitan perubahan politik di Indonesia.
Tarikh 30 → September 1965
Peristiwa → Peralihan kuasa kepada Jeneral Suharto
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada Malaysia?
Perubahan sempadan negara
Pengaruh komunis meluas
Dasar konfrontasi tamat
Sistem beraja berakhir
Mengapakah pengisytiharan pembentukan Malaysia yang dirancang pada 31 Ogos 1963 ditangguhkan?
Ancaman komunis Asia Tenggara
Pemulauan penduduk tempatan
Bantahan pemimpin Indonesia
Permintaan Raja-raja Melayu
Mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda pada tahun 1963?
Pelaksanaan pilihan raya
Pembentukan Malaysia
Pembubaran Parlimen
Pemansuhan darurat
Apakah tindakan serta merta yang diambil oleh kerajaan untuk menghentikan peristiwa rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969?
Penapisan berita palsu
Pengisytiharan perintah darurat
Penempatan semula masyarakat
Pemerkasaan pasukan keselamatan
Maklumat berikut berkaitan cabaran pemisahan Singapura daripada Malaysia.
● Tuntutan pasaran bersama
● Cukai tambahan terhadap Singapura
● Faedah pinjaman RM150 juta
Mengapakah cabaran tersebut terjadi?
Hasutan kuasa asing
Provokasi parti komunis
Kemunculan golongan radikal
Kegagalan rundingan
Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965?
Ancaman komunis
Keputusan pilihan raya
Bantahan Majlis Negeri
Konflik antara pemimpin
Maklumat berikut berkaitan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
● Kebudayaan lain yang sesuai
● Islam sebagai unsur penting
● Kebudayaan rakyat asal
Bagaimanakah prinsip tersebut membentuk identiti negara?
Memartabatkan warisan bangsa
Membentuk keperibadian unggul
Meningkatkan kualiti kehidupan
Melahirkan masyarakat berilmu
Bagaimanakah Dasar Ekonomi Baru 1970 hingga 1990 dapat memberi keadilan kepada semua kaum?
Menamatkan buta huruf
Menjayakan pembangunan
Menyusun semula masyarakat
Meningkatkan jumlah penduduk
Apakah matlamat kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Yayasan Sabah?
Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan
Menambah pemilikan saham bumiputera
Memperkasakan pasaran tempatan
Membuka tanah pertanian baharu
Mengapakah Malaysia menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan?
Menghalang kebebasan beragama
Menghapuskan sistem beraja
Mencabuli hak asasi
Menyekat eksport negara
Apakah alasan negara maju melancarkan gerakan anti minyak kelapa sawit keluaran Malaysia? A
Mengandungi bahan berbahaya
Mencemarkan alam sekitar
Menjejaskan tahap kesihatan
Menyebabkan kenaikan cukai
