WorksheetsSoalan Latihan Penjodoh Bilangan
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Pak Cik Hamid membeli se__________ kawat berduri untuk memagari kebunnya.
utas
gulung
gelung
bidang
Beberapa __________ kelapa muda dijual oleh Ayah di tepi jalan.
buah
tangkai
sikat
tandan
Di atas piring itu, terdapat beberapa __________ biskut kering yang disusun rapi.
biji
keping
potong
bentuk
Puan Chong memasukkan se__________ garam ke dalam masakannya yang kurang masin.
cuit
cubit
kepal
genggam
Polis menemui se__________ pistol dan beberapa __________ peluru di dalam kotak hitam itu.
laras ... das
bilah ... biji
pucuk ... butir
batang ... biji
Emak membeli dua __________ durian yang amat enak di pasar malam.
biji
ulas
buah
buku
Sultan telah menghadiahkan se__________ tanah kepada pejuang yang berjasa itu.
ketul
bidang
rumpun
hamparan
Di meja belajar, ada se__________ pen dan beberapa __________ buku latihan.
batang ... buah
bilah ... naskhah
laras ... jilid
batang ... jilid
Mazidah membeli se__________ cincin emas dan se__________ kalung mutiara.
bentuk ... utas
biji ... untai
ketul ... ikat
bentuk ... rantai
Murid-murid itu memungut beberapa __________ batu untuk membuat reban ayam.
biji
ketul
butir
bongkah
Peniaga itu menjual tiga __________ petai di gerainya.
mata
ulas
papan
biji
Ayah meletakkan se__________ kayu api di sebelah unggun api.
longgok
gumpal
timbun
ikat
Pak Samad menebang se__________ pokok pisang yang berbuah lebat di kebunnya.
batang
pohon
rumpun
jambak
Kakak membeli se__________ kain sutera untuk dibuat baju kurung.
gulung
lembar
helai
bidang
Nelayan itu berjaya menangkap beberapa __________ ikan setelah lama memancing.
ekor
kawan
pasang
gugus
Kakak menggunakan se__________ benang untuk menjahit sulaman pada sapu tangannya.
utas
untai
gulung
lembar
Di hadapan rumah Puan Lim, terdapat se__________ bunga raya yang sedang mekar.
kuntum
jambak
jambangan
batang
Puan Rosnah membeli lima __________ apam balik dari gerai itu.
buah
biji
keping
ulas
Se__________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
Segugus
Sekelompok
Sehamparan
Sekumpulan
Ibu menyuapkan se__________ limau ke dalam mulut adik.
sebiji
seulas
sebutir
secubit
Beberapa __________ rumah sewa milik Pak Cik Yusof terletak di Kampung Sungai Kota.
pintu
papan
bidang
deret
Pak Husin memangkas dahan pokok jambu dengan se__________ parang.
biji
rawan
bilah
batang
Pihak polis telah menjumpai dua __________ beg yang mengandungi duit palsu.
keping
buah
helai
potong
Murid-murid dinasihatkan supaya membawa empat __________ pensel untuk peperiksaan.
bilah
butir
pucuk
batang
Di atas meja itu ada se__________ kunci.
utas
sikat
jambak
rumpun
Mazirah memotong tebu itu agar setiap adiknya mendapat se__________.
sebiji
seruas
sehiris
seketul
Kedai buku itu menjual ratusan __________ surat khabar setiap hari.
gumpal
bungkus
naskhah
keping
Semasa perbarisan, se__________ askar sedang berjalan dengan penuh gagah.
pasukan
kumpulan
gerombolan
angkatan
Se__________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
patah
potong
cebis
untai
Ayah membeli se__________ roti benggali di kedai Pak Mail.
buku
ketul
keping
ulas
Petani itu menanam beberapa __________ sayur di batas yang baru dibuat.
baris
deret
batang
rumpun
Siew Ling hanya makan se__________ mangga kerana buah itu amat masam.
cebis
hirisan
hiris
keping
Ibu memetik se__________ pucuk ubi dan beberapa __________ cili padi di kebunnya.
ikat … ulas
cekak…biji
jemput…butir
rumpun…genggam
Pengakap muda itu mencari beberapa __________ kayu untuk mendirikan khemah.
buah
ketul
batang
kaki
Kami terlihat se__________ burung terbang pulang ke sarangnya ketika senja.
sekawan
sekelompok
segugus
serumpun
Ayah menghadiahkan se__________ bunga kepada emak sempena Hari Ibu.
sekotak
sejambak
sebungkus
sekeping
Pak Ali mempunyai beberapa __________ serai di belakang rumahnya.
pohon
batang
rumpun
ulas
Murid-murid tahun enam itu berdiri dalam tiga __________ semasa upacara perhimpunan.
pasukan
gugus
baris
deret
Ayah meletakkan se__________ jala untuk menangkap ikan di sungai.
rawan
lembar
bidang
helai
Beberapa __________ rokok bertaburan di atas lantai selepas majlis itu.
puntung
berkas
kotak
pucuk
