wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI TATABAHASA TAHUN 5

Total questions: 45

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jeromy mengumpulkan selonggok daun nangka untuk diberi kepada kambing-kambingnya .

b)

Derry mencatat pesanan guru kelasnya di atas sepucuk kertas.

c)

Nenek Alisa membentangkan segelung tikar di ruang tamu.

d)

Elise makan nasi berlaukkan seekor ayam goreng.

2.

Pilih dua ayat yang betul.

a)

Guru besar mengakhiri ucapannya semasa perasmian Program Minggu Bahasa itu dengan sejambak pantun.

b)

Say Bin membeli enam batang jagung bakar di pasar malam.

c)

Ibu Kai Xin memasukkan dua cubit garam ke dalam sup ayam yang sedang mendidih itu.

d)

Hong Kai menghulurkan seulas nangka madu kepada Adelie.

3.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jemput jangan sentuh perhiasan kaca yang dipamerkan itu.

b)

Tolong letakkan cawan ini di atas meja makan.

c)

Minta jangan berlari di kawasan sekolah.

d)

Sila bising di dalam kelas ketika menunggu guru tiba.

4.

Pilih ayat yang betul.

a)

Min Hsuen membelanjakan wang kepada bapanya.

b)

Jia Yao mengetam papan itu sehingga licin.

c)

Choo Yi merawat kawasan perumahan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.

d)

Han Loong menggilap minyak panas pada kakinya.

5.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ibu Yee Zhe tidak bekerja pada hari Ahad.

b)

Buku cerita seram itu ada dengan Jia Herng.

c)

Yi En dan Li En sedang berbincang di antara mereka.

d)

Kuil yang lembut dan sedap itu diambil kepada nenek Ru Jing.

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Lelaki yang berambut pendek itu adalah abang Xiang Han.

b)

Pertandingan badminton itu berakhir pada pukul lima petang.

c)

Sesetengah murid suka membaca buku di waktu petang.

d)

Baju yang diperbuat dari sutera itu sungguh cantik.

7.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jin Kai menghadiahi adiknya sebuah buku cerita kanak-kanak.

b)

Tze En membeli sebutir kelapa muda dari gerai berhampiran rumahnya.

c)

Jalan di kawasan perumahan itu merbahaya kepada pengguna.

d)

Keja-kerja memperindahkan taman sedang dilakukan oleh para pekerja.

8.

Pilih ayat yang betul.

a)

Adik Ro Chih suka pada bunga melur.

b)

Xuan Jie sangat mahir bermain pelbagai alat muzik.

c)

Pegawai perumahan itu tidak anak tempatan.

d)

Sambutan Hari Krimas disambut daripada bulan Disember.

9.

PIlih ayat yang betul.

a)

Yu Yan mendapat markah yang terpaling tinggi sekali.

b)

Pusat sumber dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

c)

Banyak buku-buku tersusun dengan rapi di atas rak.

d)

Murid-murid meminjam buku di waktu rehat.

10.

Pilih ayat yang betul.

a)

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak amat membimbangkan.

b)

Penjenayah itu telah diheret di mahkamah untuk dibicarakan.

c)

Pak Cik Razak terjumpa setangkai kunci stor di belakang dewan.

d)

Ramai murid-murid tidak melepaskan peluang bertemu Angkasawan Negara.

11.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pameran itu dapat disambut yang menggalakkan.

b)

Penyu hendaklah dilindungi supaya tidak pupus.

c)

Pencemaran sungai mengakibatkan bekalan air mencemar.

d)

Perbelanjaannya ke luar negara dibiayai dengan ibu bapanya sendiri.

12.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kita hendak mematuhi undang-undang negara.

b)

Kamu mahu pulang selepas menyiapkan kerja itu.

c)

Adakah kamu sedar bahawa tindakan kamu itu berbahaya?

d)

Saya tidak akan bersetuju dengan cadangan Munir itu apakah lagi Devan dan Kim Hock.

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Musa hanya makan rambutan satu biji sahaja.

b)

Banyak pokok-pokok telah dtebang untuk pembangunan.

c)

Wajahnya muram apabila menerima keputusan ujian itu.

d)

Pejabat Encik Wong di dua belas tingkat bangunan itu.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Juliana menerima surat dari rakan lamanya.

b)

Dia sentiasa datang tepat pada waktunya.

c)

Puan Khatijah datang pada keluarga yang berada.

d)

Perjalanan daripada Johor Bahru ke Kuala Lumpur memakan masa selama empat jam.

15.

PIlih ayat yang betul.

a)

Sesetengah guni beras itu digunakan untuk membuat bubur.

b)

Kudin membeli beberapa biji mata kail sebelum pergi memancing.

c)

Encik Wong memikul setandan pisang yang diambil dari kebunnya.

d)

Banyak para pelanggan berkunjung ke pasar malam kerana harganya yang berpatutan.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Dia berasa gembira atas kemenangan kakaknya dalam perlawanan itu.

b)

Lim Kok Heng masih kuat memikul beras seguni itu.

c)

Mini estet itu akan mengadakan acara sukan rakyat pada hari Ahad minggu hadapan.

d)

Anak Encik Zaid yang kesatu sering mendapat markah tertinggi dalam semua mata pelajaran.

17.

Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung

a)

lantaran

b)

malahan

c)

manakala

d)

walaupun

18.

Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

19.

Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.

a)

biji

b)

keping

c)

lembar

d)

naskhah

20.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

21.

Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.

a)

kunang-kunang

b)

labah-labah

c)

pijat-pijat

d)

labi-labi

22.

Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.

a)

kecut

b)

kemik

c)

kendur

d)

kempis

23.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

24.

Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.

a)

mengelek

b)

menatang

c)

menjinjing

d)

mengusung

25.

Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Beliau

d)

Patik

26.

Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.

a)

alah biasa tegal biasa

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

alang-alang mandi biar basah

d)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

27.

Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.

a)

berhempas-pulas

b)

bersimpang-siur

c)

berlintang-pukang

d)

bertunggang-langgang

28.

Semua yang hadir bekerja seperti __________ untuk memastikan taman tersebut bersih.

a)

lidah biawak

b)

lipas kudung

c)

kera sumbang

d)

ayam tambatan

29.

Kesan ____________ merupakan kesan yang berkait rapat dengan pencemaran udara.

a)

rumah api

b)

rumah hijau

c)

rumah asap

d)

rumah atap

30.

Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.

a)

serta

b)

tetapi

c)

kecuali

d)

manakala

31.

Cikgu Haikal menasihai kami agar tidak ____________ di dalam hutan seorang diri.

a)

berlegar-legar

b)

berputar-putar

c)

menyorok-nyorok

d)

merayau-rayau

32.

Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.

a)

tandan

b)

buah

c)

bekas

d)

batang

33.

Apakah yang akan dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah apabila sudah berada di atas singgahsana?

a)

bertitah

b)

bersantap

c)

berangkat

d)

bersemayam

34.

Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.

a)

kecil

b)

sendat

c)

labuh

d)

panjang

35.

Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu

a)

berat tangan

b)

lipas kudung

c)

cakar ayam

d)

simpang siur

36.

Zakuan satu-satunya _________ Puan Lily yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan keseluruhan keluarganya itu.

a)

anak emas

b)

darah daging

c)

buah hati

d)

tali barut

37.

Bantal yang lama tersimpan di dalam almari tu berbau_____________.

a)

hancing

b)

hapak

c)

tengik

d)

hanyir

38.

Mak Timah _______________ beras menggunakan nyiru untuk mengasingkan padi yang hampa.

a)

menapis

b)

menampi

c)

melantun

d)

menimbang

39.

Chin Yee berasa ______________________ apabila melihat ke bawah dari atas menara itu.

a)

gayat

b)

seram

c)

hairan

d)

kusut

40.

Bapa bekerja ________________ mencari rezeki untuk menyara hidup kami sekeluarga.

a)

tungkus-lumus

b)

lintang-pukang

c)

pontang-panting

d)

hingar-bingar

41.

Raja Ahmad dan ayahanda _________________ akan pergi memburu di hutan pada pagi esok.

a)

beta

b)

patik

c)

baginda

d)

tuanku

42.

"_____________ perlu berangkat ke Pasai," titah Sultan Mahmud kepada Bendahara.

a)

Tuanku

b)

Baginda

c)

Beta

d)

Hamba

43.

Encik Teo sedang _________________ roti canai di warungnya.

a)

menebar

b)

menebal

c)

menampi

d)

menggoreng

44.

_____________________ itu memberikan layanan yang mesra kepada penumpang.

a)

Jurujual

b)

Pragawati

c)

Pramugari

d)

Pramugara

45.

Pak Saad menggunakan ______________ jala untuk menangkap ikan di sungai.

a)

sekaki

b)

sebuah

c)

sehelai

d)

serawan