wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI UASA SAINS SUKAN TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan satu daripada kepentingan sains sukan. • Dapat menjalankan aktiviti bersukan dengan betul • Meningkatkan kecergasan keseluruhan • Mengurangkan risiko kecederaan Apakah aspek yang boleh dikaitkan dengan maklumat di atas?

a)

Kerjaya

b)

Rekreasi

c)

Kesihatan

d)

Prestasi Sukan

2.

Maklumat di bawah tentang satu sistem pertandingan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Batu Pahat Jumlah pasukan: 21 Sistem Pertandingan: Kalah Mati Kirakan jumlah "bye"

a)

6

b)

5

c)

11

d)

13

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sains sukan?

a)

Merupakan kajian saintifik melibatkan perkembangan pertumbuhan fisioterapi dan anatomi

b)

Merupakan kajian saintifik yang melibatkan perubahan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi dan biomekanik

c)

Merupakan kajian saintifik melibatkan perubahan makanan dan pertumbuhan manusia

d)

Merupakan kajian saintifik mengenai perkembangan dan perubahan fisioterapi

4.

Aktiviti manakah yang memenuhi Dasar Sukan Untuk Semua?

a)

Projek “Road to Paris 2024”

b)

Larian Jambatan Pulau Pinang

c)

Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu Peringkat Kebangsaan

d)

Pertandingan Badminton Piala Thomas

5.

Yang manakah antara pernyataan di bawah menunjukkan etika dan patriotisme yang rendah dalam sukan?

a)

Penonton menunjukkan sikap bertimbang rasa, saling memahami dan semangat kesukanan yang tulen

b)

Penonton menunjukkan emosi dan mempertikaikan keputusan pengadil

c)

Penonton berasa terhibur dalam menyaksikan perjalanan pertandingan yang dijalankan dengan adil

d)

Penonton masuk ke padang bagi meraikan kejayaan pasukan sebagai tanda sokongan mereka sejurus tamat perlawanan

6.

Salah satu rasional Dasar Sukan Negara ialah mencegah jenayah dalam kalangan remaja dengan cara memanfaatkan masa lapang. Pada peringkat manakah rasional ini wujud?

a)

Peringkat negara

b)

Peringkat individu

c)

Peringkat masyarakat

d)

Peringkat antarabangsa

7.

Berapakah jumlah perlawanan jika terdapat 5 pasukan yang mengambil bahagian dan penganjur menggunakan sistem liga satu kumpulan?

a)

4

b)

15

c)

10

d)

20

8.

Jawatankuasa yang mengaturkan jadual perlawanan dalam sesuatu kejohanan sukan ialah ……

a)

Jawatankuasa Publisiti

b)

Jawatankuasa Program

c)

Jawatankuasa Pertandingan

d)

Jawatankuasa Statistik dan Keputusan

9.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan kesan perlaksanaan sukan kepada individu seperti yang digambarkan melalui Dasar Sukan Negara?

a)

Mengurangkan tekanan hidup

b)

Meningkatkan maruah bangsa dan negara

c)

Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

d)

Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal

10.

Antara yang berikut, yang manakah perlu diberikan perhatian dalam merancang satu pertandingan sukan?

a)

I Yuran penyertaan

b)

II Sistem pertandingan

c)

III Etika pakaian peserta

d)

IV Masa yang diperuntukkan

11.

Jadual 1 menunjukkan perbezaan dua Dasar Sukan Negara. Pernyataan manakah yang betul?

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

12.

Apakah aktiviti yang melibatkan sistem tenaga seperti di atas?

a)

A Marathon

b)

B Lontar peluru

c)

C Boling padang

d)

D Basikal lebuhraya

13.

Apakah fungsi sistem endokrina?

a)

Mengangkut nutrien ke seluruh badan

b)

Membekalkan oksigen ke dalam darah

c)

Menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon

d)

Menyingkirkan bahan-bahan kumuh

14.

Apakah sistem tenaga yang terlibat dalam acara 100 meter?

a)

Anaerobik Alaktik

b)

Anaerobik Laktik

c)

Aerobik Alaktik

d)

Aerobik

15.

Manakah yang berikut merupakan fungsi sistem otot?

a)

Menyimpan maklumat yang diterima

b)

Menghasilkan lokomotor

c)

Mengekalkan postur tubuh

d)

Menyokong berat badan

16.

Kegagalan hormon Y mengawal aras glukosa dalam darah menyebabkan penyakit diabetes. Apakah hormon Y?

a)

Insulin

b)

Glikogen

c)

Glukagon

d)

Adrenalina

17.

Berikut adalah ciri yang mungkin akan dikesan jika berlaku hipertrofi jantung terhadap seseorang individu KECUALI?

a)

Saiz otot jantung akan bertambah besar

b)

Keluaran jantung akan menjadi rendah

c)

Penambahan saiz kaviti ventrikal kiri

d)

Isipadu strok akan menjadi lebih tinggi

18.

Berapakah keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan jantung rehat 60 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 80 ml?

a)

3.8 L/min

b)

4.8 L/min

c)

5.8 L/min

d)

6.8 L/min

19.

Pilih susunan yang betul bagi aras organisasi struktur manusia.

a)

Molekul – Atom– Tisu – Sel – Organ – Sistem – Organisma

b)

Molekul – Sel – Kimia – Tisu – Organ – Sistem – Organisma

c)

Atom – Molekul – Sel – Tisu – Organ – Sistem – Organisma

d)

Atom – Sel – Tisu – Molekul – Organ – Sistem – Organisma

20.

Pilih jenis somatotaip yang bersesuaian dengan ciri atlet lontar peluru.

a)

Ektomorf

b)

Endomorf

c)

Mesomorf

d)

Metamorf

21.

Antara aktiviti-aktiviti yang berikut, manakah yang memberi kesan hipertrofi jantung?

a)

I Marathon

b)

II Renang 400 meter

c)

III Lari pecut 100 meter

d)

IV Memanah

22.

Antara faktor-faktor berikut yang manakah menyebabkan kelesuan otot?

a)

I kekurangan simpanan ATP dan fosfokreatin

b)

II kekurangan simpanan glikogen otot

c)

III pengumpulan asid laktik

d)

IV pengumpulan asid lemak

23.

Nyatakan lokasi sendi lesung/

a)

Bahu

b)

Siku

c)

Lutut

d)

Pinggul

24.

Di antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan Sistem tenaga Anaerobik laktik?

a)

Lari 400 m

b)

Renang 200 m

c)

Lompat kijang

d)

Lari berpagar 100 m

25.

Antara berikut, kenyataan yang menggambarkan tahap gabungan dalam pembelajaran kemahiran motor mengikut model Fitts dan Posner.

a)

Jurulatih menerangkan dan menunjukkan teknik memegang raket yang betul

b)

Jurulatih mengarahkan setiap kali menerima hantaran

c)

Jurulatih hanya memberi motivasi dan menjanji insentif kemenangan kepada pemain semasa rehat

d)

Jurulatih membiarkan pemain membuat pukulan balas yang sesuai setiap kali menerima hantaran.

26.

Struktur tubuh manusia yang bersendi memberikan kelebihan dalam sistem tuas tubuh. Kelebihan tuas kelas kedua ialah berkaitan dengan.......

a)

Keseimbangan

b)

Menjimatkan masa

c)

Kelajuan dan pergerakan bebas

d)

Meningkatkan daya

27.

Pilih jenis kemahiran dan contoh permainan yang betul.

a)

Luar kawal - Permainan boling padang

b)

Terkawal - Permainan tenis

c)

Motor kasar - Permainan dart

d)

Motor halus - Permainan karom

28.

Aktiviti manakah yang menunjukkan kepentingan kestabilan dalam aspek prinsip kedudukan pusat graviti?

a)

Atlet gimnastik membengkokkan lutut semasa mendarat

b)

Atlet lompat jauh meluruskan lutut semasa fasa lonjakan

c)

Pemain ragbi yang kurus perlu bermain di posisi 'forward'

d)

Pemain tenis merapatkan kaki semasa membalas hantaran semula dalam permainan tenis

29.

Pernyataan tersebut menjelaskan tentang Hukum Newton.

Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun dan yang bergerak dan akan terus bergerak secara seragam dalam satu hala hingga ada daya yang bertindak ke atas objek itu.

Apakah jenis Hukum Newton yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas?

a)

Hukum Newton Pertama

b)

Hukum Newton Kedua

c)

Hukum Newton Ketiga

d)

Hukum Newton Keempat

30.

Seorang pelari mencapai halaju maksimum, 17ms⁻¹ dalam masa 4 saat. Berapakah pecutan pelari tersebut?

a)

4.25 ms⁻²

b)

42.5 ms⁻²

c)

425 ms⁻²

d)

0.425 ms⁻²

31.

Antara berikut yang manakah benar mengenai kriteria kemahiran motor berdasarkan permulaan dan pengakhiran lakuan dalam aksi lompat jauh?

a)

Kemahiran Diskrit

b)

Kemahiran Bersiri

c)

Kemahiran Berterusan

d)

Kemahiran Lompatan

32.

Nyatakan dua jenis sistem visual

a)

Vestibular dan Ambient

b)

Fokal dan Somatosensori

c)

Ambient dan Somatosensori

d)

Ambient dan Fokal

33.

Apakah faktor yang mempengaruhi stabiliti atlet angkat berat?

a)

I Jisim atlet

b)

II Pusat graviti

c)

III Kekuatan atlet

d)

IV saiz otot besar

34.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri yang tepat mengenai sifat sebiji bola berdasarkan Hukum Newton Pertama?

a)

Lebih berat jisim bola lebih laju bola itu bergerak

b)

Bola akan bergerak apabila dikenakan daya

c)

Daya inersia didapati pada bola yang berkeadaan pegun

d)

Lebih banyak daya diperlukan untuk mengekalkan arah pergerakan bola

35.

Apakah kesan daripada latihan kekuatan terhadap otot manusia?

a)

Menambah lemak badan

b)

Mengurangkan saiz otot

c)

Menurunkan kadar metabolisme

d)

Meningkatkan daya tahan otot

36.

Dalam sukan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kecergasan kardiovaskular'?

a)

Keupayaan jantung dan paru-paru untuk berfungsi dengan baik

b)

Keupayaan otot untuk menghasilkan tenaga

c)

Keupayaan tubuh untuk mengekalkan keseimbangan

d)

Keupayaan untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa keletihan

37.

Apakah jenis latihan yang paling sesuai untuk meningkatkan fleksibiliti?

a)

Latihan aerobik

b)

Latihan ketahanan

c)

Latihan kekuatan

d)

Latihan regangan

38.

Apakah jenis sistem tenaga yang digunakan semasa acara lari jarak jauh?

a)

Anaerobik Alaktik

b)

Anaerobik Laktik

c)

Aerobik

d)

Anaerobik

39.

Apakah aktiviti yang paling sesuai untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular?

a)

Latihan aerobik

b)

Latihan regangan

c)

Latihan kekuatan

d)

Latihan anaerobik

40.

Dalam konteks sukan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kecergasan fizikal'?

a)

Keupayaan untuk melompat tinggi

b)

Keupayaan untuk mengangkat berat yang berat

c)

Keupayaan untuk berlari dengan laju

d)

Keupayaan untuk melakukan aktiviti fizikal dengan efisien