wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH MALAYSIA STPM ( BAB 13 : GERAKAN PENENTANGAN )

Total questions: 68

Worksheet time: 1hrs 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor utama yang menarik minat kuasa Barat terhadap Sabah?

a)

Kawasan padat dengan penduduk

b)

Kedudukan strategik di laluan perdagangan

c)

Terdapat banyak pusat perlombongan emas

d)

Kekurangan hasil bumi

2.

Siapakah tokoh yang memainkan peranan penting dalam mendapatkan konsesi tanah Sabah?

a)

James Brooke & Francis Light

b)

Baron von Overbeck & Alfred Dent

c)

Stamford Raffles & William Farquhar

d)

Cecil Rhodes & Thomas Stamford

3.

Tahun penubuhan SBUB ialah…

a)

1868

b)

1878

c)

1881

d)

1887

4.

Apakah keistimewaan Piagam Diraja kepada Syarikat Dent?

a)

Menentukan dasar luar negara

b)

Membina sekolah & hospital

c)

Mentadbir wilayah seperti kerajaan

d)

Menentukan sistem pendidikan tempatan

5.

Kenapa Baron von Overbeck tarik diri daripada projek Sabah?

a)

Tiada mendapat sokongan Sultan Brunei

b)

Tidak setuju dengan Alfred Dent

c)

Kekurangan modal kewangan

d)

Tekanan daripada Belanda

6.

Cukai yang paling membebankan nelayan tempatan ialah…

a)

Cukai kepala

b)

Cukai hasil pertanian

c)

Lesen perahu

d)

Cukai tanah

7.

Tujuan utama SBUB memperkenalkan cukai ialah…

a)

Memberi bantuan kewangan kepada rakyat

b)

Membiayai projek infrastruktur ekonomi mereka

c)

Membiayai pelajaran anak-anak tempatan

d)

Menghapuskan kemiskinan di Sabah

8.

Mengapakah rakyat tempatan membenci sistem buruh paksa yang diamalkan SBUB?

a)

Mereka mendapat gaji yang terlalu tinggi

b)

Mereka tidak boleh bekerja di ladang

c)

Menjejaskan sumber rezeki dan kehidupan harian mereka

d)

Mereka dipaksa berhijrah ke negara lain

9.

Projek utama yang melibatkan buruh paksa pada masa itu ialah…

a)

Pembinaan jalan raya & sekolah

b)

Pembinaan masjid & kuil

c)

Landasan kereta api & talian telegraf

d)

Pelabuhan & rumah kedai

10.

Mengapakah cukai dan lesen dianggap menindas oleh rakyat tempatan?

a)

Rakyat mendapat diskaun cukai

b)

Cukai digunakan untuk membina rumah

c)

Rakyat tidak pernah dikenakan cukai sebelum SBUB

d)

Cukai dikutipkan oleh pemimpin tempatan sendiri

11.

Mengapakah perjuangan Mat Salleh dianggap jihad?

a)

Kerana beliau ingin menakluk wilayah lain

b)

Kerana beliau menentang kuasa kafir yang menindas

c)

Kerana mendapat sokongan Sepanyol

d)

Kerana beliau ingin menjadi raja

12.

Perjuangan Kaum Sulu menjadi inspirasi kepada Mat Salleh kerana…

a)

Mereka tunduk kepada Sepanyol

b)

Mereka berjaya mengalahkan Belanda

c)

Mereka berani melawan penjajah Sepanyol

d)

Mereka berpindah ke Sabah

13.

Agama Mat Salleh ialah…

a)

Kristian

b)

Islam

c)

Buddha

d)

Animisme

14.

Bagaimanakah Semangat jihad membantu Mat Salleh dalam perjuangannya?

a)

Menyebabkan beliau berundur

b)

Menyatukan pelbagai suku kaum untuk bangkit

c)

Menjadikan beliau takut kepada British

d)

Menjadikan perjuangan lebih lemah

15.

Perjuangan Mat Salleh dipengaruhi oleh…

a)

Gerakan Mahadi Baru di Sudan

b)

Revolusi Perancis

c)

Perang Dunia Pertama

d)

Perang Opium

16.

Siapakah Gabenor SBUB yang mengetuai serangan terhadap perkampungan Mat Salleh pada tahun 1897?

a)

James Brooke

b)

CV. Creagh

c)

William Farquhar

d)

Thomas Stamford

17.

Serangan besar-besaran terhadap perkampungan Mat Salleh berlaku di…

a)

Sandakan

b)

Lahad Datu

c)

Sungai Sugut

d)

Lingkabau

18.

Apakah kesan utama serangan British terhadap kampung Mat Salleh?

a)

Rakyat diberi tanah percuma

b)

Rumah & harta rakyat musnah

c)

SBUB memberi pampasan kepada rakyat

d)

Mat Salleh menyerah diri

19.

Apakah tindakan Mat Salleh selepas serangan British pada tahun 1897?

a)

Melarikan diri & mengatur strategi

b)

Menyerah diri kepada Gabenor

c)

Pergi ke Filipina Selatan

d)

Membentuk pakatan dengan Sepanyol

20.

Mengapakah Mat Salleh pergi ke Sandakan pada 17 Ogos…

a)

Menyerahkan kuasa kepada SBUB

b)

Membincang isu cukai & layanan pegawai SBUB

c)

Merancang serangan terhadap British

d)

Menandatangani perjanjian damai dengan Sepanyol

21.

Apakah tujuan utama penentangan yang berlaku di Sarawak pada abad ke-19?

a)

Menentang penjajahan British di Sabah

b)

Menentang campur tangan Brooke di kawasan orang Iban

c)

Menuntut kemerdekaan Sarawak daripada Jepun

d)

Menyokong pemerintahan James Brooke

22.

Siapakah tokoh utama penentangan masyarakat Iban terhadap pemerintahan Brooke?

a)

Datu Patinggi Ali

b)

Sharif Masahor

c)

Rentap (Libau Anak Ningkan)

d)

Rosli Dhobi

23.

Apakah punca utama penentangan Rentap terhadap James Brooke?

a)

Brooke menghapuskan budaya ngayau dalam kalangan orang Iban

b)

Brooke menaikkan cukai hasil hutan

c)

Brooke menutup pelabuhan perdagangan

d)

Brooke menghapuskan sistem tuai rumah

24.

Apakah strategi yang digunakan oleh Rentap dalam penentangan terhadap Brooke?

a)

Menyerang kapal Brooke di pelabuhan Kuching

b)

Menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan Bukit Sadok

c)

Menyebarkan propaganda menentang Brooke

d)

Menggunakan perahu besar untuk menyerang Kuching

25.

Apakah kesan kekalahan Rentap terhadap Brooke?

a)

Rentap dilantik sebagai ketua di kawasan Skrang

b)

Rentap melarikan diri dan tidak lagi menentang Brooke

c)

Rentap menyerah diri dan bekerjasama dengan Brooke

d)

Rentap dihukum bunuh oleh Brooke

26.

Apakah maksud budaya ngayau yang menjadi punca penentangan Iban?

a)

Amalan menangkap ikan di sungai

b)

Amalan menyerang musuh dan mengambil kepala sebagai trofi

c)

Amalan menanam padi secara gotong-royong

d)

Amalan berpindah rumah panjang setiap tahun

27.

Apakah syarat penting dalam perjanjian antara Sultan Brunei dan James Brooke pada tahun 1841?

a)

Brooke perlu menyerahkan hasil minyak kepada Brunei

b)

Brooke perlu membayar ufti tahunan kepada Sultan

c)

Brooke tidak boleh berdagang dengan bangsa asing

d)

Brooke perlu menubuhkan pasukan tentera Brunei

28.

Apakah hasil utama yang dipungut Brooke daripada kawasan pemerintahan Iban?

a)

Emas

b)

Lada hitam

c)

Sagu

d)

Kayu balak

29.

Apakah faktor utama yang menyebabkan Rentap menentang James Brooke?

a)

Brooke memperkenalkan undang-undang Islam

b)

Brooke memperkenalkan peraturan baharu yang menindas orang Iban

c)

Brooke menolak campur tangan British di Sarawak

d)

Brooke menutup perdagangan di Kuching

30.

Apakah budaya orang Iban yang dihapuskan oleh Brooke sehingga menimbulkan kemarahan Rentap?

a)

Gotong-royong

b)

Ngayau (memburu kepala)

c)

Menyemai padi huma

d)

Menyanyi pantun perang

31.

Apakah kesan pengenalan undang-undang baharu oleh Brooke terhadap masyarakat Iban?

a)

Iban diberi kuasa mentadbir sungai mereka sendiri

b)

Iban bebas menjalankan adat dan peraturan lama

c)

Iban kehilangan kuasa tradisional dan adat dikawal Brooke

d)

Iban mendapat wakil dalam pentadbiran Brooke

32.

Apakah dasar Brooke yang menyebabkan Rentap semakin menentang beliau?

a)

Dasar peluasan kuasa ke kawasan orang Iban

b)

Dasar mengurangkan cukai hasil hutan

c)

Dasar perdagangan bebas dengan China

d)

Dasar pertanian moden untuk Iban

33.

Siapakah tokoh yang membantu Brooke dalam peperangan menentang Rentap pada tahun 1844?

a)

Datu Patinggi Ali dan George Steward

b)

Sharif Masahor dan Abang Apong

c)

Kapten Farquhar dan Sultan Brunei

d)

Linggir Mali Leb dan Libau Anak Ningkan

34.

Apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1849?

a)

Rentap menyerang kubu Brooke di Skrang

b)

Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang

c)

Brooke menyerang kubu di Beting Maru dan membunuh Abang Apong

d)

Rentap menandatangani perjanjian damai dengan Brooke

35.

Bilakah kali pertama kapal perang Brooke digunakan untuk menyerang Rentap?

a)

1849

b)

1850

c)

1851

d)

1853

36.

Apakah peristiwa yang berlaku pada tahun 1851?

a)

Rentap menyerang kubu Brooke di Sungai Lang

b)

Brooke menubuhkan kubu baru di Skrang

c)

Kapal perang Brooke, Royalist dan Nemesis, menyerang kubu Rentap

d)

Rentap menyerah diri kepada Brooke

37.

Pada tahun berapakah Brooke mengarahkan angkatan perang untuk membunuh Rentap?

a)

1844

b)

1851

c)

1853

d)

1856

38.

Apakah gelaran yang diberikan kepada Rentap oleh masyarakat Iban selepas perjuangannya?

a)

Tuai Rumah

b)

Raja Ulu

c)

Datu Pahlawan

d)

Panglima Kayau

39.

Pada tahun berapakah Charles Brooke mengarahkan pasukan menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali pertama?

a)

1856

b)

1857

c)

1858

d)

1859

40.

Berapa jumlah angkatan Brooke yang menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok pada tahun 1857?

a)

500 orang

b)

2,000 orang

c)

3,000 orang Iban dan 500 orang Melayu

d)

1,000 orang Eropah

41.

Apakah nama meriam besar yang digunakan oleh Rentap untuk mempertahankan kubunya?

a)

Bujang Timpang Berang

b)

Bujang Sadok

c)

Bujang Lapar

d)

Bujang Serang

42.

Siapakah yang membantu Rentap dalam bentuk senjata semasa penentangan terhadap Brooke?

a)

Datu Patinggi Ali

b)

Sharif Masahor

c)

Linggir Mali Lebu

d)

Sultan Brunei

43.

Apakah hasil serangan Brooke terhadap kubu Rentap pada tahun 1857?

a)

Rentap berjaya dikalahkan

b)

Kubu Rentap dimusnahkan sepenuhnya

c)

Serangan gagal dan Rentap masih bertahan

d)

Rentap menyerah diri kepada Brooke

44.

Apakah tindakan Charles Brooke pada tahun 1858 selepas serangan pertama gagal?

a)

Menarik diri daripada peperangan

b)

Menyerang Bukit Sadok kali kedua

c)

Membina kubu baharu di Skrang

d)

Mengadakan rundingan damai dengan Rentap

45.

Apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1859 berkaitan dengan penentangan Rentap?

a)

Rentap ditangkap oleh Brooke

b)

Rentap menyerang Kuching

c)

Charles Brooke mengetuai serangan ketiga ke atas Bukit Sadok

d)

Rentap berpindah ke Brunei

46.

Apakah hasil serangan ketiga Brooke terhadap Rentap pada tahun 1859?

a)

Rentap berjaya dikalahkan dan melarikan diri ke Entabai

b)

Rentap ditawan dan dihukum mati

c)

Rentap menyerah diri kepada Sharif Masahor

d)

Rentap berpindah ke Sarikei untuk menyerang semula

47.

Ke manakah Rentap berundur selepas kekalahan di Bukit Sadok?

a)

Sungai Skrang

b)

Entabai

c)

Kapit

d)

Bintulu

48.

Apakah yang berlaku kepada Rentap selepas berundur ke Entabai?

a)

Menyerang semula Brooke dengan bantuan orang Melayu

b)

Menandatangani perjanjian damai

c)

Tidak lagi meneruskan perjuangan dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian

d)

Dilantik menjadi ketua daerah oleh Brooke

49.

Apakah peristiwa yang menandakan berakhirnya penguasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu utara (NNMU)?

a)

Penentangan Tok Janggut

b)

Perjanjian Pangkor 1874

c)

Perjanjian Bangkok 1909

d)

Perjanjian Burney 1826

50.

Negeri manakah yang diserahkan oleh Siam kepada British melalui Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis

b)

Pahang, Johor, Melaka, Kedah

c)

Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang

d)

Patani, Kedah, Perlis, Melaka

51.

Siapakah penasihat British pertama yang dilantik di Kelantan selepas Perjanjian Bangkok?

a)

James Scott Mason

b)

William Armstrong Graham

c)

Hugh Clifford

d)

Frank Swettenham

52.

Apakah jawatan yang disandang oleh William Armstrong Graham di Kelantan pada tahun 1903?

a)

Pesuruhjaya British

b)

Residen British

c)

Penasihat dan Pesuruhjaya Siam

d)

Gabenor Negeri-Negeri Selat

53.

Bilakah William Armstrong Graham memperkenalkan pembaharuan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk Kelantan?

a)

1903

b)

1904

c)

1905

d)

1906

54.

Di manakah Tok Janggut memulakan penentangannya terhadap British?

a)

Kota Bharu

b)

Pasir Puteh

c)

Bachok

d)

Tumpat

55.

Tok Janggut dilahirkan di Kampung Jeram pada tahun ____.

a)

1835

b)

1843

c)

1853

d)

1863

56.

Tok Janggut terkenal sebagai seorang yang ____.

a)

tamakan dan keras kepala

b)

alim, berani dan dihormati

c)

pengkhianat bangsa

d)

penasihat kepada Sultan

57.

Siapakah antara pembesar yang membantu Tok Janggut dalam penentangan terhadap British?

a)

Haji Abdul Rahman Limbong

b)

Dato Bahaman

c)

Penghulu Adam

d)

Datu Patinggi Ali

58.

Apakah faktor utama yang menyebabkan Tok Janggut menentang British?

a)

Penubuhan Majlis Negeri Kelantan

b)

Pelaksanaan sistem cukai baharu

c)

Campur tangan Siam

d)

Kehilangan kuasa Sultan

59.

Mengapakah rakyat menghadapi kesukaran membayar cukai tanah?

a)

Cukai terlalu tinggi dan waktu bayaran terhad

b)

Cukai hanya dibayar di luar negeri

c)

Bayaran hanya diterima dalam bentuk hasil tani

d)

Cukai tidak diperlukan untuk tanah pertanian

60.

Apakah sikap pegawai British yang menyebabkan rakyat marah?

a)

Ramah dan bertolak ansur

b)

Tidak cekap dan bertindak kasar

c)

Menghapuskan semua cukai

d)

Menyediakan bantuan kepada petani

61.

Mengapakah Tok Janggut sering gagal membayar cukai walaupun sudah berulang ke pejabat tanah?

a)

Tidak mempunyai wang

b)

Pejabat tanah ditutup pada waktu tertentu

c)

Datang di luar waktu bayaran ditetapkan

d)

Pegawai enggan menerima bayaran

62.

Bagaimanakah Tok Janggut mempengaruhi penduduk tempatan?

a)

Mengugut mereka supaya menyertai perjuangan

b)

Menyebarkan risalah propaganda

c)

Menyeru supaya memulakan pembayaran cukai

d)

Menyerang pejabat cukai

63.

Apakah tindakan British terhadap Tok Janggut selepas beliau enggan membayar cukai?

a)

Menghantar wakil berunding

b)

Menuduh beliau sengaja menentang kerajaan

c)

Menawarkan jawatan baru

d)

Memberikan pengecualian cukai

64.

Apakah faktor geopolitik utama yang membawa kepada Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Persaingan kuasa Barat antara British dan Perancis

b)

Penentangan rakyat Siam terhadap Raja mereka

c)

Campur tangan Belanda di Selat Melaka

d)

Kelemahan kerajaan Melayu Melaka

65.

Mengapakah Siam terpaksa berunding dengan British?

a)

Siam ingin memperluas empayar ke selatan

b)

Siam ditekan oleh Perancis yang telah menguasai Indochina

c)

Siam ingin mendapatkan perlindungan ekonomi

d)

Siam ingin menuntut hak atas Singapura

66.

Apakah kepentingan ekonomi British dalam menguasai negeri-negeri utara Semenanjung?

a)

Negeri-negeri itu mempunyai lombong emas

b)

Negeri-negeri itu kaya dengan hasil pertanian dan sumber asli

c)

Negeri-negeri itu mempunyai tenaga kerja murah

d)

Negeri-negeri itu mempunyai sistem pelabuhan moden

67.

Apakah kelemahan pentadbiran Siam yang membuka peluang kepada British untuk campur tangan?

a)

A. Pemerintahan Siam tidak stabil dan ditentang penduduk tempatan

b)

B. Siam menolak bantuan British

c)

C. Siam gagal membayar hutang kepada British

d)

D. Siam menghapuskan sistem feudal Melayu

68.

Apakah balasan yang diberikan oleh Siam kepada British dalam diplomasi antara kedua-dua negara itu?

a)

Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British

b)

British menyerahkan Pulau Pinang kepada Siam

c)

Siam diberikan hak ke atas Singapura

d)

British mengambil alih Patani daripada Siam