Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pertandingan Kuiz Tatabahasa Tahun 2 2025

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

"Di manakah sepupu ___________ tinggal?" tanya Fendi kepada Fiza.

a)

kamu

b)

kita

c)

saya

d)

kami

2.

______ mesti menggosok gigi setiap hari.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kita

d)

Kamu

3.

Encik Zhi Ying bekerja sebagai guru. .............. sangat rajin.

a)

Dia

b)

Saya

c)

Mereka

d)

Beliau

4.

Terdapat dua__________burung di atas dahan pokok mangga itu.

a)

ekor

b)

orang

c)

biji

d)

utas

5.

Ayah membeli se__________tembikai yang besar di pasar.

a)

buah

b)

biji

c)

potong

d)

keping

6.

Cikgu memakai .............................. cermin mata yang cantik.

a)

sebuah

b)

sepasang

c)

sebentuk

7.

Aiman _________ doktor

a)

sepasang

b)

seorang

c)

sebiji

d)

sebentuk

8.

Saya ada ____________ kucing.

a)

seorang

b)

sebentuk

c)

sebatang

d)

seekor

9.

Adik tidak suka makan ubat kerana rasanya ____________.

a)

tawar

b)

manis

c)

pahit

d)

masin

10.

Ali makan dengan banyak kerana makanan di atas meja itu sangat ________.

a)

masin

b)

busuk

c)

sedap

11.

Adik suka membaca buru cerita yang ________.

a)

tebal

b)

licin

c)

tinggi

12.

Buah durian itu sungguh ______________.

a)

lazat

b)

masin

c)

bijak

d)

rajin

13.
Hong Soon pergi ______________ pasar membeli sayur.
a)
ke
b)
di 
c)
dari
d)
pada
14.
Kerusi itu diperbuat _________________ kayu.
a)
dari
b)
dengan
c)
daripada
d)
di
15.

Fadhilah baru pulang _____________ Pulau Langkawi.

a)

di

b)

dari

c)

ke

d)

daripada

16.

Dia menerima sepucuk surat ___________ abangnya.

a)

dari

b)

daripada

c)

ke

d)

pada

17.

Kapal terbang itu berlepas__________pukul 3.00 petang.

a)

dari

b)

kepada

c)

pada

d)

di

18.

Sandra bermain __________ taman dengan kawan-kawannya.

a)

di

b)

dari

c)

ke

19.

Ayah pergi ke pejabat pada _______ pagi.

a)

malam

b)

awal

c)

lama

20.

Vimala membeli sepasang baju tidur yang ________.

a)

baharu

b)

awal

c)

lama

21.

Sandra bermain marakas yang berbentuk __________.

a)

bujur

b)

segi tiga

c)

segi empat

d)

bulat

22.

Kek itu berbentuk ________.

a)

segi tiga

b)

segi empat

c)

bujur

d)

bulat

23.

Baju yang koyak itu ___________ oleh ibu.

a)

dijahit

b)

menjahit

c)

jahit

24.

Tempat duduk kereta ayah _________________ oleh kakak supaya tidak berhabuk.

a)

dicuci

b)

divakum

c)

dilap

25.

Pilih ayat yang mengandungi Kata Kerja Pasif yang betul.

a)

Syakir menanam pokok bunga itu.

b)

Pokok bunga itu menanam Syakir .

c)

Pokok bunga itu ditanam oleh Syakir.

26.

Jus epal ____________ oleh Kavin.

a)

dimakan

b)

diminum

c)

dibuang

27.

Kamu ingin pergi berenang ...................... berlari?

a)

lalu

b)

sambil

c)

dan

d)

atau

28.

Ibu berehat ................ membaca majalah di tepi pantai.

a)

dan

b)

kerana

c)

sambil

d)

lalu

29.

Siew Hong.....................keluarganya akan bercuti ke Pulau Pinang.

a)

dan

b)

sambil

c)

atau

d)

kerana

30.

Chen Yun menangis........................... bajunya koyak.

a)

tetapi

b)

dan

c)

kerana

d)

atau

31.

Rantai itu cantik..................... mahal.

a)

kerana

b)

tetapi

c)

dan

d)

atau

32.

Kucing itu tidur di ________ pokok.

a)

bawah

b)

hujung

c)

dalam

d)

tengah

33.

Ibu membuang sisa makanan ke __________ tong sampah.

a)

dalam

b)

bawah

c)

tepi

d)

luar

34.

Si Comel berdiri di ________________ ayah saya.

a)

tepi

b)

dalam

c)

atas

35.

Kucing peliharaan Alia, Si Tompok sedang tidur di ______________ kerusi berwarna merah.

a)

bawah

b)

antara

c)

atas

d)

belakang

36.

Guan Hong berjoging di _________________?

a)

apa

b)

mana

c)

siapa

37.

_____________ harga baju yang cantik ini?

a)

Siapakah

b)

Berapakah

c)

Di manakah

d)

Mengapakah

38.

( ) membuang sampah di merata-rata.

a)

Tolong

b)

Jangan

c)

Sila

39.

( ) beratur.

a)

Sila

b)

Tolong

c)

Jemput

40.

______________ letakkan baju yng sudah dilipat di dalam rak," kata ibu kepada Helmi.

a)

Sila

b)

Jangan

c)

Usah

d)

Tolong

41.

_____________, sakitnya perut aku ini !

a)

Aduh

b)

Hai

c)

Wah

d)

Amboi

42.

“_________ , saya Munirah! Selamat datang ke sekolah ini.

a)

Eh

b)

Oh

c)

Hai

d)

Aduhai

43.

____________, cantiknya jam tangan kamu!

a)

Wah

b)

Aduh

c)

Hai

44.

Kanak-kanak bermain _________________ di padang.

a)

layang-layang

b)

bola-bola

c)

teng teng

45.

Lihat gambar, pilih kata ganda penuh yang betul.

a)

anai-anai

b)

labah-labah

c)

murid-murid

d)

rama-rama

46.

a)

lelabah

b)

tetikus

c)

bebiri

d)

kekura

47.

a)

lelabah

b)

tetikus

c)

bebiri

d)

kekura

48.

Pilih ayat majmuk di bawah.

a)

Vimala membaca buku cerita sambil mendengar muzik.

b)

Vimala membaca buku cerita.

c)

Vimala mendengar muzik.

49.

Pilih ayat majmuk di bawah.

a)

Ibu membeli udang.

b)

Ibu membeli ikan.

c)

Ibu membeli udang dan ikan.

50.

Pilih ayat majmuk di bawah.

a)

Helmi masuk ke dalam lif.

b)

Helmi dan ayahnya masuk ke dalam lif.

c)

Ayah Helmi masuk ke dalam lif.