wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji RBT Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah langkah keselamatan diri yang betul sebelum melakukan aktiviti di bengkel?

a)

Memakai uniform sekolah

b)

Memakai apron dan kasut yang sesuai

c)

Membiarkan rambut panjang terurai

d)

Memakai pakaian biasa ke sekolah

2.

Apakah nama simbol pada papan tanda itu?

a)

Laluan kecemasan

b)

Kawasan berkumpul

c)

Alat pemadam kebakaran

d)

Sentiasa menjaga kebersihan

3.

Apakah yang berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel?

a)

Kesalahan akan dikenakan tindakan

b)

Kemalangan boleh berlaku

c)

Guru akan memarahi kita

d)

Bengkel akan menjadi bersepah

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk?

a)

Saiz sebenar sesuatu produk

b)

Warna yang digunakan dalam produk

c)

Jenis bahan yang digunakan dalam produk

d)

Corak atau bentuk sesuatu produk yang direka

5.

Rajah menunjukkan salah satu daripada kemahiran reka bentuk yang memberikan peluang kerjaya di kalangan masyarakat. Apakah kelebihan menguasai kemahiran dalam reka bentuk?

a)

Menghasilkan siri kartun animasi yang menarik

b)

Membersihkan kawasan semak-samun

c)

Mengesan barang yang hilang

d)

Meningkatkan peluang kerja

6.

Antara berikut yang manakah kesan menggunakan warna sejuk seperti biru dan hijau pada sesuatu reka bentuk?

a)

Ceria dan menyeronokkan

b)

Gelap dan menyeramkan

c)

Redup, tenang dan damai

d)

Tegang dan panas

7.

Rajah menunjukkan sebuah reka bentuk yang memberikan banyak kemudahan dan manfaat kepada masyarakat. Apakah kepentingan reka bentuk itu?

a)

Menjimatkan masa dan tenaga

b)

Menjamin komunikasi yang cepat dan berkesan

c)

Dapat menambahkan koleksi barangan teknologi di dalam rumah

d)

Memberikan pelbagai pilihan mengikut citarasa, kemampuan dan gaya hidup

8.

Antara berikut yang manakah kelebihan teknologi peralatan moden berbanding dengan konvensional?

I. Menjimatkan masa

II. Memudahkan dan mempercepatkan kerja

III. Menjadikan kerja lebih lambat

IV. Menjadikan orang lebih malas

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Apakah langkah pertama dalam proses reka bentuk pembungkusan?

a)

Menghasilkan reka bentuk produk

b)

Mengira kos bahan

c)

Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan

d)

Menghubungkaitkan pembungkusan sedia ada dengan reka bentuk pembungkusan

10.

Antara berikut, yang manakah contoh reka bentuk pembungkusan yang sesuai dengan produk makanan?

a)

A.

b)

B.

c)

C.

d)

D.

11.

Antara berikut, apakah kepentingan reka bentuk pembungkusan produk dalam memastikan produk tidak tercemar?

a)

Menggunakan pembungkusan yang besar untuk produk lebih berat

b)

Pembungkusan yang menggunakan sumber mahal menjadikan produk lebih mahal

c)

Bahan pembungkusan yang tidak menjejaskan kesihatan pelanggan

d)

Bahan dan reka bentuk yang menjadikan produk tahan lebih lama

12.

Mengapakah kita perlu mempelbagaikan bentuk pembungkusan sesuatu produk makanan?

a)

Untuk menarik minat pelanggan

b)

Supaya makanan di dalam bungkusan tidak basi

c)

Untuk menunjukkan makanan yang dibeli sedap

d)

Untuk menunjukkan bungkusan yang menarik

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan Reka Bentuk Makanan?

a)

Penghasilan makanan secara hiasan atau ukiran

b)

Makanan yang terdapat garisan berlingkar dan beralun

c)

Makanan yang dihasilkan akan menyerupai sesuatu rupa yang lain

d)

Menjadikan makanan lebih sedap dan lazat

14.

Antara berikut, manakah contoh Produk Tenusu?

a)

(burger)

b)

(kek)

c)

(jus)

d)

(susu)

15.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada kepentingan reka bentuk makanan?

I . memberi pilihan kepada pengguna

II . memperkenalkan budaya kaum

III . meningkatkan keuntungan

IV . mengikut trend terkini

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

16.

Rajah menunjukan reka bentuk makanan, apakah elemen yang diperlukan dalam menghasilkan reka bentuk makanan yang menarik?

a)

Warna yang suram

b)

Rupa yang pelbagai

c)

Tekstur yang sama dan serupa

d)

Bentuk yang tidak menarik

17.

Antara berikut, manakah yang menunjukan fungsi pengaturcaraan komputer di sekeliling kita?

a)

Ampaian pengering membolehkan pakaian disidai

b)

Pemanas makanan menjadikan makanan sentiasa panas

c)

Alat kawalan jauh membolehkan televisyen dikawal dari jarak jauh

d)

Pembersih habuk menjadikan rumah bebas daripada habuk

18.

Rajah menunjukkan set penyataan dalam Pseudokod yang menyatakan langkah-langkah dalam melaksanakan suatu tugasan.

Apakah yang akan berlaku sekiranya langkah-langkah berikut tidak disusun dengan betul dalam penghasilan Carta Alir?

a)

Mempermudahkan penghasilan carta alir

b)

Mengakibatkan kesalahan pada kerja mengukur

c)

Menghasilkan satu carta alir yang lengkap

d)

Menjadikan kerja mengukur lebih cepat

19.

Rajah menunjukkan satu fitur pada antara muka bagi perisian Scratch. Apakah fungsi fitur itu?

a)

Melaksanakan arahan

b)

Membuka dan menyimpan fail

c)

Memberikan arahan lengkap

d)

Pentas bagi fitur

20.

Apakah Blok yang diperlukan untuk memasukkan bunyi dan memilih bunyi baharu?

a)

Motion

b)

Looks

c)

Events

d)

Sound