wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Komunikasi Automasi Industri

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud communication system interface dalam sistem automasi industri?

a)

Sistem penyimpanan data antara peranti dan cloud.

b)

Hubungan antara peranti untuk pertukaran data dan kawalan

c)

Sambungan fizikal antara dua komputer pengguna berbeza untuk pemindahan fail.

d)

Kaedah sambungan Internet antara peranti-peranti dalam pejabat seperti pencetak.

2.

Antara berikut, yang manakah kepentingan utama komunikasi automasi industri?

a)

Memastikan setiap mesin beroperasi secara embedded

b)

Menstandardkan format laporan kualiti tanpa mengubah operasi kawalan.

c)

Membolehkan penyeliaan, penyelarasan, dan kawalan proses secara masa nyata

d)

Mengoptimumkan tenaga dengan menukarkan semua isyarat kepada standard 4–20 mA.

3.

Apakah komponen asas yang diperlukan dalam sistem komunikasi automasi industri?

a)

Kotak panel utama, MCB, digital power meter, dan kabel tenaga dan kabel komunikasi.

b)

Pengawal (PLC), peranti rangkaian (switch), medium penyambungan (STP) dan perisian (SCADA).

c)

Peralatan pemacu seperti VFD dengan protocol komunikasi, transformer, Inverter dan MCB.

4.

Apakah fungsi utama protokol komunikasi dalam sistem automasi industri?

a)

Untuk menyambungkan isyarat komponen-komponen seperti PLC dan HMI.

b)

Sebagai perisian antivirus untuk melindungi rangkaian daripada serangan siber.

c)

Sebagai "bahasa" atau set peraturan yang membolehkan peranti berkomunikasi.

d)

Untuk membekalkan kuasa kepada peranti-peranti dalam rangkaian yang mempunyai pelbagai nod.

5.

Apakah kelebihan utama menggunakan sistem komunikasi bersepadu dalam automasi industri?

a)

Memastikan pertukaran data cepat dan tepat antara peranti.

b)

Mengurangkan penyelenggaraan kerana operasi lebih banyak dijalankan secara maya.

c)

Mengalihkan semua fungsi perlindungan kepada rangkaian, dan menggantikan sistem fizikal.

d)

Dapat merangkaikan pelbagai pendawaian pada setiap sel bagi memisahkan semua trafik kawalan.

6.

Anda sedang mengkonfigurasi sistem SCADA untuk mengumpul data daripada PLC, VFD, dan meter tenaga daripada tiga jenama yang berbeza. Apakah langkah pertama dan paling penting untuk memastikan semua peranti boleh berkomunikasi?

a)

Memastikan semua peranti disambung menggunakan kabel UTP atau fiber optik.

b)

Memilih satu protokol komunikasi standard yang disokong oleh semua peranti.

c)

Menggunakan perisian antivirus untuk melindungi data.

d)

Menyambungkan semua peranti ke sumber kuasa yang sama.

7.

Apakah fungsi utama suis (switch) dalam rangkaian Ethernet dengan topologi Bintang (Star)?

a)

Peranti yang menyimpan salinan sandaran (backup) semua data.

b)

Sebagai sumber kuasa yang membekalkan kuasa untuk semua peranti.

c)

Menyambungkan semua peranti ke satu pusat dan menghala data ke destinasinya.

d)

Peranti yang menapis gangguan elektromagnetik (EMI) daripada peranti berkuasa tinggi.

8.

Dalam topologi rangkaian industri, bentuk “ring” dipilih kerana:

a)

Menyokong redundancy sekiranya satu sambungan gagal, data masih boleh mengalir.

b)

Ia mengehadkan jumlah nod dalam rangkaian supaya kawalan lebih mudah dilakukan secara manual.

c)

Ia membolehkan setiap peranti berkomunikasi hanya dengan satu nod pusat tanpa sambungan tambahan.

d)

Ia mengurangkan kos pemasangan dengan menghapuskan keperluan peranti rangkaian seperti switch.

9.

Apabila memilih topologi rangkaian, apakah faktor utama yang perlu dipertimbangkan?

a)

Machine address (MAC Address) komputer yang akan disambungkan.

b)

Keperluan prestasi, kebolehpercayaan, dan kos.

c)

Perisian pengurusan rangkaian yang tersedia dan jenama perkakasan.

d)

Kelajuan sambungan internet semasa dan bilangan pengguna sedia ada.

10.

Apakah maksud “protocol” dalam komunikasi industri?

a)

Kabel yang digunakan untuk pengkodan data.

b)

Peraturan atau bahasa untuk pertukaran data.

c)

Cara data di encrypt dan di nyah encrypt antara nod.

d)

Kadar penghantaran data antara satu nod ke nod yang lain.

11.

"Komunikasi data antara peranti industri hanya boleh berlaku jika penghantar dan penerima mematuhi ________ yang sama."

a)

Protokol.

b)

Isyarat.

c)

Frekuensi.

d)

Gelombang.

12.

Protokol manakah yang merupakan standard terbuka, ringkas, dan disokong oleh hampir semua vendor, menjadikannya pilihan popular untuk integrasi peranti pelbagai jenama?

a)

EtherCAT.

b)

Siemens S7.

c)

PROFINET IRT.

d)

Modbus (RTU/TCP).

13.

Antara berikut, manakah contoh protokol industri berasaskan Ethernet?

a)

CANopen

b)

EtherCAT

c)

DeviceNet

d)

PROFIBUS DP

14.

Apakah fungsi utama MQTT dalam konteks IIoT?

a)

Sebagai perisian rangkaian antara PLC dengan PLC.

b)

Untuk menyambungkan HMI terus kepada penderia.

c)

Sebagai protokol untuk menghantar data ke broker atau platform cloud.

d)

Untuk mengawal motor servo secara langsung dengan ketepatan tinggi.

15.

Model OSI mempunyai berapa lapisan utama?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

16.

MQTT menggunakan model komunikasi:

a)

Master–Slave

b)

Client–Server

c)

Token Passing

d)

Publisher–Subscriber

17.

Dalam hubungan komunikasi industri, model Publisher–Subscriber sesuai digunakan kerana:

a)

Banyak peranti boleh bertukar data serentak secara masa nyata

b)

Ia menjimatkan kos perkakasan dengan mengurangkan jumlah kabel.

c)

Ia memastikan aliran data dikawal oleh satu peranti pengawal pusat.

d)

Ia beroperasi secara efisien tanpa memerlukan alamat IP yang khusus.

18.

Untuk memastikan kebolehpercayaan data DAQ dari sensor analog jarak jauh, pilihan rekabentuk yang paling baik ialah

a)

0–10 V dengan kabel unshield berpintal.

b)

4–20 mA dengan kabel shielded berpintal.

c)

0–10 mA sambungan sesiri sampling tinggi.

d)

0–5 V dengan sambungan selari ke beberapa PLC

19.

Apakah kelebihan utama menggunakan isyarat analog 4-20 mA berbanding 0-10 V untuk penderia industri?

a)

Ia lebih murah untuk dilaksanakan.

b)

Ia lebih tahan terhadap gangguan EMI.

c)

Ia menggunakan voltan yang lebih tinggi.

d)

Ia hanya boleh digunakan untuk jarak yang sangat dekat.

20.

Apakah maksud isyarat digital (diskret)?

a)

Isyarat berbentuk frekuensi

b)

Isyarat yang melalui fiber optic

c)

Isyarat dengan nilai berterusan

d)

Isyarat dengan dua keadaan ON/OFF

21.

Antara berikut, yang manakah contoh aplikasi isyarat analog?

a)

Lampu tri-state indikator

b)

Sensor temperature switch.

c)

Bacaan suhu melalui 4–20 mA

d)

Kawalan fuzy logik pada kipas.

22.

Julat arus yang menjadi standard dalam isyarat analog industri ialah:

a)

0–5 A

b)

0–10 mA

c)

4–20 mA

d)

0–1 A

23.

Medium penghantaran yang imun kepada gangguan elektromagnet ialah:

a)

RS-232

b)

Fiber optik

c)

Kabel UTP

d)

Kabel coaxial

24.

Mengapa kabel shielded diperlukan untuk isyarat analog?

a)

Mengurangkan kos pemasangan.

b)

Mengurangkan voltage drop antara point.

c)

Mengurangkan gangguan elektromagnetik.

d)

Melindungi kabel daripada haba dengan warna kabel lebih jelas.

25.

Jika sebuah kabel rangkaian perlu diletakkan berdekatan dengan kabel kuasa motor 3-fasa, apakah amalan terbaik untuk mengurangkan risiko gangguan?

a)

Menggunakan sambungan Wi-Fi jarak dekat antara nod.

b)

Menggunakan kabel UTP dan meletakkannya selari dengan kabel kuasa.

c)

Mengabaikan risiko kerana kabel moden tahan lasak dan tahan gangguan.

d)

Menggunakan kabel STP, memastikan pembumian (grounding) yang betul.

26.

Isyarat pulse daripada enkoder digunakan untuk mengukur:

a)

Suhu

b)

Putaran motor

c)

Arus elektrik

d)

Tekanan bendalir

27.

Apabila bekerja dalam panel kawalan, langkah keselamatan utama ialah:

a)

Memastikan bekalan kuasa dimatikan sebelum pendawaian dan memakai PPE.

b)

Membuka semua penutup panel bagi memastikan pengudaraan mencukupi semasa kerja dijalankan.

c)

Boleh menyambung semula kabel secara langsung tanpa menilai status voltan kerana mempunyai earth.

d)

Boleh menjalankan kerja penyelenggaraan ketika sistem sedang beroperasi untuk menjimatkan masa pengeluaran.

28.

Apakah tujuan prosedur kawalan versi (version control) untuk dokumentasi teknikal?

a)

Untuk merekod setiap perubahan yang dibuat

b)

Untuk menjadikan dokumen kelihatan lebih profesional.

c)

Untuk mengurangkan jumlah dokumen yang perlu disimpan.

d)

Untuk memastikan hanya jurutera kanan boleh membaca dokumen.

29.

Backup dokumen teknikal perlu dilakukan kerana:

a)

Mengurangkan jumlah fail dan menurunkan kos penyimpanan

b)

Menjamin kebolehpulihan data dan mengelakkan kehilangan data penting.

c)

Mengoptimumkan kapasiti storan dengan mengecilkan arkib data dalam rangkaian.

d)

Menyederhanakan kerja pendawaian fizikal melalui pengurangan kebergantungan pada rangkaian.

30.

Kepentingan dokumentasi teknikal kepada juruteknik baharu ialah:

a)

Mengurangkan keperluan latihan praktikal kerana semua maklumat telah ditulis.

b)

Menyediakan rujukan berstruktur yang mempercepat operasi, dan troubleshooting.

c)

Mengunci konfigurasi sistem sehingga selesai audit, bagi mengelak sebarang perubahan.

d)

Mengurangkan keperluan alat pengujian kerana masalah boleh dikenal pasti hanya melalui bacaan manual.

31.

Nyatakan apa yang dimaksudkan dengan komunikasi dalam sistem automasi?

a)

Proses pertukaran maklumat antara peranti dalam sistem automasi

b)

Proses penghasilan tenaga dalam sistem automasi

c)

Proses penyimpanan data dalam sistem automasi

d)

Proses pengawalan suhu dalam sistem automasi

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan topologi rangkaian?

a)

Susunan fizikal dan logik peranti dalam rangkaian

b)

Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian

c)

Proses penyulitan data dalam rangkaian

d)

Proses pengawalan akses dalam rangkaian

33.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh topologi rangkaian?

a)

Topologi Bintang dan Topologi Bas

b)

Topologi Bulat dan Topologi Segi Tiga

c)

Topologi Linear dan Topologi Persegi

d)

Topologi Segi Empat dan Topologi Segi Lima

34.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah gangguan isyarat dalam komunikasi akibat EMI?

a)

Menggunakan kabel berperisai dan penapisan isyarat

b)

Mengurangkan kelajuan rangkaian dan menambah pengguna

c)

Mengurangkan voltan dan menambah panjang kabel

d)

Menggunakan kabel tanpa penebat dan menambah beban

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan protokol Standard (Terbuka)?

a)

Protokol yang boleh digunakan oleh semua pihak tanpa sekatan

b)

Protokol yang hanya digunakan oleh satu syarikat sahaja

c)

Protokol yang tidak memerlukan dokumentasi

d)

Protokol yang hanya digunakan dalam rangkaian rumah

36.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh protokol terbuka?

a)

Modbus dan Profibus

b)

USB dan HDMI

c)

Bluetooth dan WiFi

d)

HTTP dan FTP

37.

Mengapakah dokumentasi seperti Rajah Topologi Rangkaian penting dalam sistem automasi?

a)

Untuk memudahkan pemahaman struktur rangkaian

b)

Untuk meningkatkan kelajuan rangkaian

c)

Untuk mengurangkan kos pemasangan

d)

Untuk menambah bilangan peranti

38.

Apakah kepentingan Senarai I/O (I/O List) dalam dokumentasi sistem automasi?

a)

Untuk mengenal pasti semua input dan output yang terlibat

b)

Untuk menentukan jenis kabel yang digunakan

c)

Untuk mengira kos keseluruhan sistem

d)

Untuk memilih warna kabel

39.

Mengapakah Senarai Parameter Protokol penting dalam dokumentasi sistem automasi?

a)

Untuk memastikan konfigurasi komunikasi yang betul

b)

Untuk menambah bilangan pengguna

c)

Untuk mengurangkan saiz sistem

d)

Untuk memilih jenis peranti

40.

Dalam seni bina MQTT, huraikan peranan bagi setiap komponen berikut: i. Publisher ii. Broker iii. Subscriber

a)

A. Publisher menghantar mesej, Broker mengedarkan mesej, Subscriber menerima mesej

b)

B. Publisher menerima mesej, Broker menghantar mesej, Subscriber mengedarkan mesej

c)

C. Publisher mengedarkan mesej, Broker menerima mesej, Subscriber menghantar mesej

d)

D. Publisher menyimpan mesej, Broker menghapuskan mesej, Subscriber menulis mesej

41.

Apakah maksud communication system interface dalam konteks automasi industri?

a)

Antara muka yang membolehkan sistem berkomunikasi antara satu sama lain dalam automasi industri

b)

Peranti yang hanya digunakan untuk menyimpan data dalam industri

c)

Sistem yang hanya digunakan untuk mengawal suhu dalam industri

d)

Proses yang hanya melibatkan penghantaran elektrik dalam industri

42.

Huraikan komponen asas dan aliran data bagi satu sistem interfacing dari sensor ke SCADA.

a)

Sensor, pengawal, komunikasi, SCADA

b)

Sensor, motor, lampu, SCADA

c)

Sensor, relay, suis, SCADA

d)

Sensor, komputer riba, pencetak, SCADA

43.

Apakah tujuan utama komunikasi antara PLC A (Modbus RTU peranti lapangan) dengan SCADA berasaskan Ethernet?

a)

Untuk mengawal lampu secara manual

b)

Untuk memantau dan mengawal proses industri secara automatik

c)

Untuk meningkatkan kelajuan internet

d)

Untuk mengurangkan penggunaan elektrik

44.

Apakah protokol yang digunakan untuk komunikasi antara PLC A dan SCADA dalam sistem yang dinyatakan?

a)

HTTP dan FTP

b)

Modbus TCP/OPC UA

c)

SMTP dan POP3

d)

Bluetooth dan Zigbee

45.

Apakah langkah pertama yang perlu diambil untuk mewujudkan komunikasi antara PLC A dan SCADA berasaskan Ethernet?

a)

Menyambungkan kabel Ethernet antara PLC dan SCADA

b)

Menghidupkan sistem pendingin hawa

c)

Menyediakan laporan harian

d)

Menukar alamat IP komputer

46.

Mengapakah penting untuk mengkonfigurasi parameter komunikasi pada kedua-dua PLC A dan SCADA?

a)

Supaya kedua-dua peranti dapat berkomunikasi dengan betul

b)

Untuk mengurangkan kos operasi

c)

Untuk meningkatkan suhu bilik

d)

Untuk menambah bilangan pekerja

47.

Apakah yang perlu dipertimbangkan semasa memilih protokol komunikasi untuk sistem automasi?

a)

Keupayaan untuk mengawal suhu

b)

Bilangan pengguna yang boleh dihubungkan

c)

Keperluan untuk penyimpanan data

d)

Keserasian dengan peranti yang ada

48.

Dalam konteks sistem SCADA, apakah yang dimaksudkan dengan 'data acquisition'?

a)

Proses menyimpan data dalam pangkalan data

b)

Proses menghantar data ke pengguna akhir

c)

Proses mengawal peranti secara langsung

d)

Proses mengumpul dan memproses data dari pelbagai sumber

49.

Apakah peranan utama pengawal logik boleh atur (PLC) dalam sistem automasi?

a)

Untuk menyimpan semua data yang dikumpul

b)

Untuk mengawal dan memantau proses industri secara automatik

c)

Untuk menyediakan sambungan internet kepada peranti lain

d)

Untuk menguruskan keselamatan rangkaian

50.

Apakah maksud "interoperabiliti" dalam konteks komunikasi industri?            

a)

Had kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh sesuatu protokol.

b)

Keupayaan sesuatu rangkaian untuk membaiki dirinya sendiri secara automatik.

c)

Keupayaan peranti daripada jenama yang berbeza untuk beroperasi bersama.

d)

Keupayaan satu peranti untuk berfungsi tanpa sebarang sambungan rangkaian.