WorksheetsHENTIKAN BULI DI TEMPAT KERJA
Total questions: 16
Worksheet time: 3mins
Senarai berikut boleh dikategorikan sebagai tindakan buli kecuali:
Menindas secara kejam
Menyebar maklumat palsu
Memberi teguran proaktif
Memencilkan seseorang individu
Berikut adalah senarai kategori buli kecuali:
Buli Fizikal
Buli Siber
Buli Psikologi
Buli Bah Kalau Kau
Buli Fizikal melibatkan tindakan yang MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL seperti menolak, memukul, menendang atau menampar. Di antara berikut, gejala fizikal apakah yang BUKAN dialami mangsa buli:
Kecederaan fizikal seperti lebam, luka atau kecederaan lain
Prestasi kerja semakin bertambah baik
Keletihan yang melampau akibat tekanan berterusan
Insomnia atau gangguan tidur kronik yang menjejaskan kesihatan secara keseluruhan
Pilih gejala tingkah laku kepada mangsa kesan daripada kejadian buli daripada senarai yang dinyatakan di bawah (boleh pilih lebih daripada satu jawapan):
Produktiviti kerja menurun
Kadar ketidakhadiran meningkat
Kadar pertukaran kerja meningkat
Reputasi pekerjaan terjejas
Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak pengurusan / organisasi mempunyai hak yang perlu dilindungi serta tanggungjawab dalam menangani dan mencegah kejadian buli. Antara berikut, yang manakah bukan hak yang dimiliki anggota KKM dan pihak pengurusan:
Mendapatkan bantuan rakan sekerja untuk menambah rakan membuli
Bekerja dalam persekitaran selamat dan kondusif
Mendapatkan rawatan dan sokongan
Mendapatkan siasatan yang adil dan telus
Berikut merupakan peranan ketua jabatan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif KECUALI:
Menyokong dan mempromosikan persekitaran kerja yang positif dan harmoni
Menganjurkan team building bagi meningkatkan kerjasama dalam pasukan
Mengubah fakta dan laporan kes buli yang diterima daripada kakitangan pelaksana
Mewujudkan program kesedaran bagi pencegahan buli dan langkah-langkah untuk menanganinya
Intervensi buli merujuk kepada tindakan yang diambil untuk mencegah, mengurangkan dan menangani kes buli dalam pelbagai persekitaran. Aktiviti sokongan yang wajar dilaksanakan oleh ketua jabatan adalah seperti berikut KECUALI:
Latihan kesedaran buli
Persiapan untuk membalas semula
Kempen ANTIBULI di tempat kerja
Sokongan Kolektif
Apakah tindakan yang boleh dianggap sebagai buli siber?
Berbincang tentang isu di dalam mesyuarat
Menawarkan bantuan kepada mangsa buli
Memberi pujian kepada rakan sekerja
Menghantar mesej ancaman melalui media sosial
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan jangka panjang kepada mangsa buli?
Keberanian untuk bercakap di hadapan orang ramai
Keberhasilan dalam kerjaya
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan
Peningkatan hubungan sosial
Apakah langkah yang boleh diambil oleh mangsa buli untuk mendapatkan sokongan?
Menjauhkan diri dari semua orang
Menjawab balik kepada pembuli
Berbincang dengan rakan atau keluarga
Berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh organisasi untuk mencegah kejadian buli di tempat kerja?
Mewujudkan polisi anti-buli yang jelas
Mengabaikan aduan yang diterima
Memberi ganjaran kepada pembuli
Menutup mata terhadap situasi yang berlaku
Apakah kesan negatif yang mungkin dialami oleh pembuli dalam jangka panjang?
Peningkatan kemahiran sosial
Masalah hubungan interpersonal
Keberhasilan dalam kerjaya
Keupayaan untuk bekerja dalam pasukan
Apakah langkah yang boleh diambil oleh saksi buli untuk membantu mangsa?
Melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa
Menjadi sebahagian daripada pembuli
Berdiam diri dan tidak campur tangan
Memberi sokongan moral kepada mangsa
Apakah faktor yang boleh menyumbang kepada seseorang menjadi pembuli?
Minat dalam seni dan muzik
Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
Keperibadian yang terlalu baik
Penglibatan dalam aktiviti sukarela
Apakah kesan positif yang mungkin dialami oleh mangsa buli setelah mendapatkan sokongan?
Menjadi lebih agresif
Menjauhkan diri dari rakan-rakan
Menjadi lebih pemalu
Peningkatan keyakinan diri
Apakah langkah yang boleh diambil oleh sekolah untuk mencegah buli di kalangan pelajar?
Menutup mata terhadap situasi buli
Memberi ganjaran kepada pelajar yang membuli
Mengabaikan aduan pelajar
Mewujudkan program pendidikan tentang buli
