wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

POST-TEST KERACUNAN MAKANAN PKD GOMBAK 2025

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah langkah pertama yang perlu diambil setelah menerima notifikasi awal kejadian keracunan makanan?

a)

Tunggu laporan makmal sebelum bertindak

b)

Melaporkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah dan mengaktifkan pasukan siasatan wabak

c)

Terus menutup premis makanan

d)

Menghubungi media untuk makluman awam

2.

Tempoh inkubasi paling biasa untuk Staphylococcus aureus ialah:

a)

1–6 jam

b)

8–12 jam

c)

12–24 jam

d)

2–5 hari

3.

Tujuan utama pengambilan sampel makanan semasa siasatan wabak ialah:

a)

Untuk menentukan kesalahan pengendali makanan

b)

Untuk mengesahkan punca makanan yang menyebabkan wabak

c)

Untuk menilai kualiti makanan secara umum

d)

Untuk menyokong tindakan penguatkuasaan sahaja

4.

Tindakan kawalan jangka pendek selepas disahkan berlaku wabak keracunan makanan termasuk:

a)

Penutupan premis terlibat untuk siasatan lanjut

b)

Pendidikan kesihatan kepada pengendali makanan

c)

Pemantauan suhu penyimpanan makanan

d)

Semua di atas

5.

Apakah kaedah pelaporan rasmi yang digunakan untuk melapor wabak keracunan makanan di bawah KKM?

a)

Sistem e-Wabak

b)

Sistem iHealth

c)

Borang e-Notifikasi

d)

Borang Kes Manual

6.

Siapakah yang bertanggungjawab mengetuai siasatan wabak di peringkat daerah?

a)

Pegawai Kesihatan Persekitaran

b)

Pegawai Kesihatan Daerah (PKD)

c)

Pegawai Makmal Mikrobiologi

d)

Pegawai Veterinar

7.

Dalam laporan akhir wabak, kadar serangan (attack rate) dikira berdasarkan:

a)

Bilangan kes dibahagi jumlah populasi terdedah × 100%

b)

Bilangan kematian dibahagi jumlah populasi

8.

Langkah pencegahan jangka panjang yang disyorkan selepas wabak di institusi (sekolah/asrama) ialah:

a)

Menggantikan semua pengendali makanan

b)

Menjalankan latihan semula keselamatan makanan

c)

Mengurangkan pengawasan

d)

Menutup dapur sepenuhnya

9.

Dalam konteks kawalan makanan, apakah maksud “Temperature Danger Zone (TDZ)”?

a)

Suhu antara 0°C hingga 10°C

b)

Suhu antara 5°C hingga 60°C

c)

Suhu di atas 80°C

d)

Suhu beku

10.

Bila laporan akhir wabak perlu dihantar kepada JKN dan KKM selepas wabak tamat?

a)

Dalam tempoh 7 hari

b)

Dalam tempoh 14 hari

c)

Dalam tempoh 21 hari

d)

Tiada tempoh ditetapkan

11.

Berapakah tempoh masa yang diberikan untuk menghantar laporan akhir selepas pengisytiharan tamat wabak?

a)

14 hari

b)

7 hari

c)

30 hari

d)

21 hari