Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tahun 6 Sempena Bulan Bahasa 2025

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Budak perempuan itu meletakkan ___________ bunga pada leher pegawai itu semasa majlis perasmian bangunan baru itu.

a)

sekuntum

b)

sejambak

c)

setangkai

d)

sekalung

2.

Pasukan Johor berjaya menggondol lima (a)   pingat emas pada hari pertama kejohanan sukan olahraga itu.

3.

Nenek membeli _________ sabun basuh dan _________ penyapu lidi di kedai runcit di tepi simpang tiga itu.

a)

sebuku

b)

sebiji

c)

seikat

d)

seberkas

4.

Bapa Fatihah bekerja sebagai pensyarah di ____________ .

a)

Universiti Teknologi Malaysia

b)

Sekolah Menengah Sains Muar

c)

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

d)

Sekolah Kebangsaan Taman Dagang

5.

___________ merupakan seorang seniman agung yang masih disanjung dan diminati sehingga sekarang.

a)

Usman Awang

b)

Cikgu Munirah

c)

P. Ramlee

d)

Tunku Abdul Rahman

6.

Perbarisan Hari Kebangsaan tahun 2025 telah diadakan di (a)   .

7.

Zamarul sering merujuk pada _________ untuk mencari makna perkataan yang sukar.

a)

Ensiklopedia

b)

Kamus Dewan

c)

Kamus Dwibahasa

d)

Tatabahasa Dewan

8.

"__________ mesti menghadiri taklimat perkhemahan ini", kata Cikgu Nasir kepada murid-murid Tahun 6.

a)

Awak

b)

Kalian

c)

Kamu

d)

Mereka

9.

(a)   kelas tambahan Sains akan diadakan?

10.

Safi tidak ke__________ petang ini kerana hujan lebat.

a)

siapa-siapa

b)

apa-apa

c)

bila-bila

d)

mana-mana

11.

Pemain bola sepak yang mengalami kecederaan itu telah ___________ ke tepi padang.

a)

dipimpin

b)

dipapah

c)

diusung

d)

diampu

12.

Pihak polis akhirnya berjaya _________ rahsia di sebalik penubuhan kelab siber itu.

a)

mencuri

b)

memecah

c)

mengorek

d)

membongkar

13.

Pokok kelapa yang tumbang itu _________ parit di tepi rumah Pak Jalil.

a)

melintasi

b)

melampaui

c)

melangkaui

d)

merentangi

14.

Upah bekerja di kilang besi itu ________ rendah tetapi waktu bekerja pula lama _________ .

a)

paling

b)

sungguh

c)

benar

d)

nian

15.

Kamil mengumpul dan mengikat surat khabar ________ itu sebelum menjualnya kepada kedai kitar semula.

a)

lama

b)

lapuk

c)

buruk

d)

usang

16.

Saliza berjalan dengan (a)   apabila melalui kawasan di hadapan rumah kosong itu.

17.

Kamu boleh makan semua makanan yang ada di atas meja itu ________ tunggulah mereka jemput dahulu.

a)

justeru

b)

kecuali

c)

tetapi

d)

malahan

18.

Anak gadis Haji Saad _________ cantik dan berbudi bahasa ________ pandai memasak dan membuat kuih.

a)

bukan sahaja

b)

sama ada

c)

ataupun

d)

malah

19.

Adik Rozi tidak mahu makan _________ ibunya ada di sisi.

a)

atau

b)

tetapi

c)

padahal

d)

melainkan

20.

Pilih ayat yang menggunakan kata seru yang betul.

a)

Amboi, berserinya wajah pengantin perempuan di atas pelamin itu!

b)

Wah, sakitnya bekas sengatan lipan ini!

c)

Wahai, pencuri itu berjaya pula melepaskan diri!

d)

Hai, orang tua itu telah dirompak!

21.

Keadaan barang di dalam rumah itu ________ setelah dimasuki pencuri.

a)

huru-hara

b)

kacau-bilau

c)

simpang-siur

d)

tunggang-langgang

22.

Puan Vasanthi menggunakan __________ khas untuk melazatkan masakannya.

a)

lauk-pauk

b)

sayur-mayur

c)

rempah-ratus

d)

rumput-rampai

23.

Ramai __________ telah dijemput bagi memberi pandangan dan cadangan untuk membaiki mutu bola sepak negara.

a)

cerdik bijak

b)

cerdik pandai

c)

cerdik pintar

d)

cerdik bestari

24.

"Jagalah _________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua", pesan ibu kepada Amir.

a)

tutur bicara

b)

tutur bahasa

c)

tutur lidah

d)

tutur kata

25.

Pilih jawapan yang sesuai.

a)

Cikgu Daruslah yang banyak membantu Wani belajar melukis.

b)

Apatah yang kamu lakukan terhadap oarang tua itu.

c)

Benarkah kata orang tua-tua, belakang parang jika di asah lagikan tajam.

26.

Pilih ayat yang betul.

a)

Buku latihan Bahasa Melayu itu ada pada Cikgu Rozikah?

b)

Laintah cara-cara untuk menyelesaikan masalah matematik itu?

c)

Usahtah kamu kenangkan peristiwa yang berlalu itu.

27.

Telefon berdering. ________ , tiada siapa yang mengangkatnya.

a)

Jadi

b)

Namun

c)

Akhirnya

d)

Selain itu

28.

Ibu membaca surat khabar di dalam bilik. _________ , ibu juga membuai adik yang hendak tidur.

a)

Bagaimanapun

b)

Dalam pada itu

c)

Tambahan pula

d)

Walaupun begitu

29.

Pilih ayat yang betul.

a)

Perabot itu diperbuat dari kayu kayu jati yang bermutu tinggi.

b)

Bunyi letupan itu jelas kedengaran hingga rumah saya.

c)

Hubungilah saya bila kamu ada apa-apa masalah.

d)

Dalilah pernah menjadi johan di dalam pertandingan reka cipta itu.

30.

Encik Hashim menerima kedatangan kami dengan _________ walaupun belum pernah bertemu.

a)

tangan terbuka

b)

cuci tangan

c)

gelap fikiran

d)

tangkai hati