Font size
Worksheets2280/1 PPC NEGERI SEMBILAN 2025
Total questions: 40
Worksheet time: 3600secs
Antara berikut, bentuk muka bumi manakah merupakan kesan daripada proses pergerakan pencapahan plat?
Jurang lautan
Banjaran
Pulau
Lurah gelinciran
Pernyataan berikut berkaitan ciri-ciri lapisan dalam struktur bumi.
• Mengalami arus perolakan • Menyebabkan kejadian gempa bumi
Lapisan manakah yang berkaitan dengan ciri tersebut?
Mantel
Teras dalam
Kerak bumi
Teras luar
Apakah proses yang membentuk batuan granit dan gabro?
Pemendapan pasir
Pemejalan magma
Penyimenan batuan
Pencairan lava
Kombinasi manakah yang benar tentang jenis batuan dan kegunaannya?
Granit - Simen
Basalt - Tembikar
Batu pasir - Kaca
Batu marmar - Bitumen
Apakah proses yang menyebabkan berlaku pemecahan batuan asal kepada serpihan batuan?
Penghabluran garam
Pelepasan tekanan
Kembang kecut
Tindakan ibun
Apakah batuan yang terhasil daripada proses tindak balas air + feldspar?
Ferum
Kaolin
Batu kapur
Batu garam
Antara berikut, pandang darat manakah yang terbentuk di kawasan gurun kesan luluh hawa kimia?
Tors dan bornhard
Stalagtit
Stalagmit
Tanih laterit
Apakah kegiatan manusia yang menyebabkan terjadinya pergerakan jisim di Malaysia?
Penebangan pokok bakau
Pengkuarian di kawasan bukit
Perlombongan petroleum di luar pantai
Penanaman padi di kawasan tanah pamah
Mengapakah kaedah pertanian berters digunakan di kawasan lereng bukit?
Menggalakkan penanaman sepanjang tahun
Mengelakkan kejadian hakisan tanih
Mengekalkan kelembapan tanih
Meningkatkan kesuburan tanih
Bagaimanakah cara air sungai bertindak menghakis struktur tanih dan batuan yang padat di dasar sungai?
Tindakan larutan
Tindakan geseran
Tindakan lagaan
Tindakan hidraul
Apakah bentuk muka bumi yang terhasil di peringkat hilir sungai?
Lubang periuk
Jeram
Gua
Tasik ladam
Mengapakah penanaman pokok bakau penting dalam usaha pemuliharaan kawasan pinggir pantai?
Mengatasi masalah pencemaran laut
Menggalakkan industri perabot
Mengurangkan kesan hakisan ombak
Meningkatkan aktiviti pelancongan
Rajah berikut menunjukkan alat kaji cuaca. Apakah kegunaan alat tersebut?
Menyukat kelembapan udara
Menunjukkan arah tiupan angin
Menentukan tahap tekanan udara
Mengukur halaju angin
Apakah langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan kesan fenomena banjir?
Menyediakan peralatan menyelamat
Menyelenggara sistem salıdan dan perparitan
Meningkatkan jumlah anggota keselamatan
Menambah bilangan pusat pemindahan mangsa
Apakah jenis iklim di kawasan berlorek dalam peta?
Mediterranean
Khatulistiwa
Monsun Tropika
Gurun Panas
Mengapakah berlakunya kesan fenomena cuaca berikut?
- Suhu tinggi di kawasan bandar
- Penduduk tidak selesa
Pertambahan kawasan berturap
Penggunaan klorofluorokarbon
Pembakaran sisa pertanian
Penggunaan baja kimia
Apakah jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang berkaitan dengan ciri berikut?
• Berakar pendek • Berkayu lembut • Daun berbentuk jarum
Padang Rumput Steppe
Hutan Hujan Tropika
Hutan Konifer
Gurun Panas
Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi berikut terhadap ekosistem?
Kawasan tadahan hujan
Habitat hidupan akuatik
Membekalkan kayu api
Kawasan ekopelancongan
Bagaimanakah kerajaan melaksanakan langkah pemuliharaan hidupan liar tersebut?
Menjalankan penghutanan semula
Mewujudkan pusat rehabilitasi
Mengehadkan lesen pemburuan
Melakukan rawatan silvikultur
Apakah usaha pemeliharaan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di negara Kanada?
Mengehadkan pemburuan mengikut musim
Menjalankan Program Hutan Serantau
Memberikan insentif kepada perusahaan hutan
Mewajibkan penanaman semula hutan
Bagaimanakah faktor governance dapat mengawal kepadatan penduduk di sesuatu kawasan?
Melengkapkan kemudahan infrastruktur
Mengurangkan peluang pekerjaan
Menghapuskan kawasan setinggan
Melaksanakan program transmigrasi
Apakah kesan sosial yang berlaku kepada negara yang mempunyai taburan penduduk jarang?
Masalah setinggan
Pencemaran udara
Infrastruktur terhad
Kualiti udara merosot
Maklumat berikut menunjukkan ciri kependudukan negara X.
• Kadar kelahiran rendah • Kadar kematian rendah
Apakah faktor yang mempengaruhi ciri kependudukan negara tersebut?
Taraf pendidikan tinggi
Tahap teknologi rendah
Amalan gaya hidup sihat
Kurang kemudahan kesihatan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri kependudukan.
• Jumlah penduduk ramai • Tahap teknologi rendah
Apakah kesan kepada negara yang mengalami ciri kependudukan tersebut?
Infrastruktur terhad
Masalah pengangguran
Sumber alam terpelihara
Peningkatan produktiviti per kapita
Maklumat berikut menunjukkan jumlah migran dalam sektor pekerjaan di Malaysia.
-Peningkatan 600,000 pekerja asing dalam sektor pekerjaan di Malaysia dalam tempoh setahun.
Apakah kesan terhadap ekonomi Malaysia?
Penggunaan jentera meluas
Peningkatan masalah jenayah
Pertambahan kawasan setinggan
Pengaliran keluar mata wang negara
Apakah kesan positif migrasi dalaman terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia?
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Pertambahan kawasan setinggan
Peningkatan masalah sosial
Meluaskan pasaran barangan
Bandar X
- berfungsi sebagai ibu negara
- menawarkan perkhidmatan kerajaan kepada penduduk
Apakah fungsi bandar X?
Bandar diraja
Bandar satelit
Bandar sempadan
Bandar pentadbiran
Apakah sumbangan kawasan petempatan bandar kepada petempatan luar bandar?
Memproses barangan siap
Membekalkan tenaga buruh
Mengumpulkan bahan mentah
Menyediakan peluang pekerjaan
Apakah faktor goverman yang mempengaruhi proses urbanisasi di kawasan Cyberjaya dan Silicon Valley?
Merupakan bandar satelit
Pusat teknologi maklumat
Kedudukan yang strategik
Menyediakan kemudahan pendidikan
Apakah langkah mengurangkan kesan pertambahan gas karbon dioksida di kawasan bandar?
Meluaskan kawasan hijau
Mewujudkan bandar satelit
Membina jalan raya bertingkat
Mendalamkan sungai dan parit
Kombinasi manakah yang benar tentang sumber tenaga boleh baharu dan negara yang menjana tenaga tersebut?
Geoterma | New Zealand
Suria | Denmark
Hidro | Filipina
Biojisim | China
Apakah kepentingan sumber tenaga boleh baharu kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara?
Mengatasi masalah krisis sumber tenaga
Mengurangkan import barangan
Mengurangkan kesan perubahan iklim
Menggalakkan pertambahan kenderaan
Apakah kesan aktiviti perlombongan arang batu terhadap alam sekitar?
Hakisan tanih
Kejadian pulau haba
Perubahan pandang darat
Meningkatkan kualiti udara
Apakah kepentingan utama pengurusan sumber tenaga secara lestari?
Menjamin bekalan sumber berterusan
Meningkatkan pendapatan negara
Menyediakan peluang pekerjaan
Meluaskan kawasan cari gali
Antara berikut, yang manakah langkah pengurusan sumber tenaga secara terancang bagi memelihara alam sekitar?
Menggunakan bahan api biodiesel
Menggunakan petrol berplumbum
Berkongsi kenderaan
Melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar
Bagaimanakan industri tersebut mempengaruhi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar negara Jepun?
Kadar mata wang yang stabil
Tenaga buruh berkemahiran tinggi
Bentuk muka bumi tanah pamah
Kemudahan pinjaman modal
Apakah faktor yang mendorong kepada perkembangan kerjasama ekonomi antarabangsa?
Menggalakkan pemindahan teknologi
Meningkatkan harga barangan import
Mengurangkan pelaburan modal asing
Mengehadkan kemasukan tenaga buruh
Apakah faktor yang menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi seperti dalam foto?
Kemudahan pelabuhan
Pembinaan tukun tiruan
Penggunaan tenaga solar
Kemudahan pinjaman modal
Apakah kesan terhadap alam sekitar akibat penerokaan hutan bagi tujuan pertanian ladang?
Kepelbagaian biodiversity berkurang
Pengurangan jumlah hujan
Kesuburan tanih meningkat
Peningkatan nutrien tanih
Apakah kajian yang dilakukan oleh pihak MARDI bagi memastikan aktiviti pertanian yang lestari?
Meningkatkan subsidi
Menggalakkan penggunaan jentera
Menghasilkan baja organik
Mengamalkan pertanian pindah
