NEW
Font size
WorksheetsLatihan Pengukuhan 1
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah proses yang terlibat dalam pembentukan banjaran gunung di Malaysia?
Proses lipatan
Proses rekahan
Proses regangan
Proses pembekuan
Apakah tanaman utama yang ditanam di Dataran Kedah-Perlis?
Koko
Padi
Kelapa Sawit
Lada hitam
Apakah ciri fizikal pinggir laut yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di bawah?
Terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut di pinggir pantai
Gua
Teluk
Pulau
Batu tunggul
Maklumat di atas berkaitan dengan lapisan bumi dalam Rajah 2 yang bertanda ...........
W
X
Y
Z
Apakah faktor yang menyebabkan terbentuknya gunung lipat?
Daya mampatan
Daya tegangan
Daya geseran
Daya kinetik
Rajah berikut menunjukkan pandang darat fizikal peringkat aliran sungai.
Apakah pandang darat fizikal tersebut?
Delta
Tasik Ladam
Lubang Periuk
Jeram
Apakah tasik semulajadi yang terletak di daerah Pekan, Pahang?
Tasik Timah Tasoh
Tasik Kenyir
Tasik Chini
Tasik Bera
Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk?
Sebaran penduduk di sesuatu kawasan
Bilangan penduduk di sesuatu kawasan
Penduduk yang tinggal di kawasan tanah pamah
Perbandingan penduduk mendiami tanah pamah dan tanah tinggi
- Felda Sahabat (Sabah)
- Felda Kampung Sertik (Pahang)
Kawasan yang disenaraikan di atas lazimnya mempunyai....
ketiadaan penduduk
taburan penduduk padat
taburan penduduk jarang
taburan penduduk sederhana
Apakah ciri petempatan luar bandar di Malaysia?
Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang
Kegiatan ekonomi berasaskan perkhidmatan
Rumah dibina rapat-rapat untuk menjimatkan tanah
Kepadatan penduduk 50 orang sekilometer persegi
Apakah pola petempatan yang ditunjukkan dalam rajah berikut?
Berpusat
Berjajar
Berselerak
Berkelompok
Apakah fungsi utama bandar Putrajaya?
Pusat pendidikan
Pusat perindustrian
Pusat pelancongan
Pusat pentadbiran
Semua negara di Asia Tenggara mempunyai pinggir laut kecuali...
Laos
Kemboja
Thailand
Myanmar
Apakah bandar raya di Asia Tenggara yang diberi nama jolokan ' Venice Timur'?
Jakarta
Bangkok
Phnom Penh
Vientiane
Gunung berapi manakah yang terletak di Filipina?
Gunung Merapi
Gunung Kerinchi
Gunung Pinatubo
Gunung Lokon Empung
Negara manakah yang mempunyai bilangan penduduk paling sedikit di Asia Tenggara?
Laos
Kemboja
Singapura
Brunei Darussalam
Apakah bandar raya yang berfungsi sebagai ibu negara Filipina?
Dili
Hanoi
Manila
Naypyidaw
Mengapakah penerokaan sumber air bawah tanah dijalankan di Malaysia?
Mengatasi kekangan sumber air sungai
Meningkatkan pembinaan empangan
Menampung kekurangan air bersih
Mengurangkan kesan krisis air
Antara berikut, manakah penyakit bawaan air disebabkan oleh bekalan air bersih yang tercemar?
I Asma
II Demam denggi
III Leptospirosis
IV Demam kepialu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan pembuangan sampah sarap ke dalam sungai?
Sungai tercemar
Pencemaran udara
Penyebaran wabak penyakit
Kos penyelenggaraan semakin menurun
Apakah yang dimaksudkan dengan skala?
Jarak antara dua tempat
Kedudukan di antara dua tempat
Nisbah antara jarak pada peta topo dengan jarak pada peta lakar
Nisbah jarak pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi
Apakah yang dimaksudkan dengan pecahan wakilan di bawah?
1: 150 000
1 cm mewakili 150m
1cm mewakili 0.5km
1cm mewakili 1.5km
1cm mewakili 150 000mm
Apkah ciri budaya yang terdapat di RG 653473?
Kilang
Sekolah
Benteng
Jalan raya
Apakah fungsi hutan semula jadi di Bukit Gong?
Kawasan tadahan air
Kawasan petempatan
Kawasan perindustrian
Kawasan empangan hidroelektrik
Antara berikut, yang manakah benar tentang iklim Malaysia?
Empat musim dalam setahun
Satu musim kering yang nyata
Panas dan lembap sepanjang tahun
Hujan maksimum pada musim sejuk
Antara berikut, yang manakah kesan putaran bumi di atas paksinya?
Siang dan malam
Kejadian empat musim
Perbezaan kedudukan matahari tengah hari
Waktu siang dan malam yang tidak sama panjang
Apakah yang dialami di Hemisfera Utara berdasarkan maklumat di bawah?
- Musim bunga di Hemisfera Utara
- Tarikh 23 September
Musim sejuk
Musim panas
Musim hujan
Musim luruh
Kawasan yang dikaitkan dengan aktiviti di atas
Bachok
Mersing
Putau Ketam
Kuala Terengganu
Apakah fenomena yang dikaitkan dengan perkara di bawah?
- katarak mata
- kanser kulit
- sistem pelalian badan lemah
Jerebu
Kemarau
Kesan rumah hijau
Penipisan lapisan ozon
Antara berikut yang manakah mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia?
I Bentuk muka bumi
II Pendapatan negara
III Taraf hidup rakyat
IV Kemajuan teknologi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah berkaitan pengangkutan dan perjalanan lestari?
I Menggunakan pengangkutan awam
II Merancang perjalanan terlebih dahullu
III Menggunakan enjin petrol berplumbum
IV Menggunakan kereta persendirian ke tempat kerja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Koridor Raya Multimedia terbentang dari KLCC di Kuala Lumpur ke______________ di Sepang
Nilai
KLIA
Cheras
Puchong
Apakah amalan penggunaan perkhidmatan alat telekomunikasi secara beretika?
bercakap dengan laju dalam telefon
menggunakan sistem informasi orang lain
tidak mencerobohi sistem informasi seseorang secara tidak sah
memberikan kata pengenalan diri kepada seseorang yang tidak dikenali
Apakah jenis iklim yang dialami di negara yang disenaraikan di bawah?
- Utara Thailand
- Myanmar
Iklim Tundra
Iklim Pergunungan
Iklim Monsun Tropika
Iklim Sejuk Sederhana Pantai Timur
Negara manakah yang mengalami iklim jenis Mediterranean?
I China
II Rusia
III Lubnan
IV Turki
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah faktor yang menyumbang kepada pemanasan global?
I Penggunaan baja kompos
II Pelepasan asap ekzos kenderaan
III Aktiviti perindustrian
IV Pembinaan empangan hidroelektik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah faktor semula jadi yang menyumbang kepada fenomena pemanasan global?
kejadian gempa bumi
letusan gunung berapi
pelepasan asap serombong
penternakan lembu dan kambing
Antara berikut yang manakah yang dikategorikan sebagai produk hijau?
I Kereta hidrib
II Kereta diesel
III Beg plastik
IV Penjanaan kuasa hidroelektrik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah yang dikaitkan dengan mengitar semula sampah sarap?
Biodiesel
Baja kompos
Beg kitar semula
Petrol tanpa plumbum
Apakah faktor bangunan yang dilengkapi dengan sistem mesra alam di bawah?
- Building Integrated Photovoltaic (BIPV)
Kos operasian lebih rendah
Menghasilkan gas karbon dioksida yang minimum terhadap alam sekitar
Dapat mengurangkan penggunaan tenaga daripada sumber bahan api fosil
Mampu menggalakkan pengguna lebih berjimat cermat menggunakan tenaga
