wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2280/1 PPC PERLIS 2025

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Lapisan manakah yang mengalami arus perolakan?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan plat lautan?

a)

Plat Afrika

b)

Plat Eurasia

c)

Plat Antartika

d)

Plat Amerika Utara

3.

Apakah jenis batuan yang sering digunakan untuk menghasilkan

perhiasan serta barang kemas wanita?

a)

Igneus terobosan

b)

Igneus rejahan

c)

Metamorfosis

d)

Enapan

4.

Bagaimanakah batuan metamorfosis terbentuk?

a)

Mendapan dan tekanan batuan

b)

Penyejukan dan pemejalan magma

c)

Mampatan dan penyimenan sedimen

d)

Perubahan suhu dan tekanan batuan

5.

Apakah contoh batuan metamorfosis?

a)

Pumis

b)

Gabro

c)

Gneis

d)

Basalt

6.
  • -Meneutralkan asid tanih
    - Pembuatan simen
    Apakah batuan tersebut?

a)

Batu marmar

b)

Batu kapur

c)

Granit

d)

Basalt

7.

Apakah pergerakan jisim yang melibatkan jenis pergerakan cepat?

a)

Aliran tanah

b)

Kesotan tanih

c)

Gelangsaran tanih

d)

Gelongsoran tanah

8.

Apakah bentuk muka bumi yang terhasil daripada proses pemendapan

sungai?

a)

Jeram

b)

Air terjun

c)

Tetambak

d)

Lubang periuk

9.

Kombinasi manakah yang benar tentang bentuk muka bumi proses

tindakan sungai?

a)

Hakisan : tasik ladam, Pemendapan : air terjun

b)

Hakisan : dataran banjir, Pemendapan : tetambak

c)

Hakisan : lurah V, Pemendapan : jeram

d)

Hakisan : lubang periuk, Pemendapan : delta

10.

Apakah aktiviti manusia yang boleh menyebabkan kemerosotan kualiti air

sungai di bandar-bandar besar?

a)

Pertanian

b)

Perindustrian

c)

Pelancongan

d)

Perlombongan

11.

Apakah bentuk muka bumi akibat pemendapan ombak?

a)

Anak teluk

b)

Anak tanjung

c)

Batu tunggul

d)

Gerbang laut

12.

Apakah faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di kawasan berlorek

dalam peta?

a)

Perindustrian

b)

Perlombongan

c)

Pertanian

d)

Pembalakan

13.

Negara manakah yang mengalami jenis piramid penduduk tersebut?

a)

India

b)

China

c)

Singapura

d)

Indonesia

14.

Apakah kesan migrasi tersebut terhadap ekonomi negara yang dituju?

a)

Pasaran barangan meningkat

b)

Peluang pekerjaan bertambah

c)

Politik menjadi lebih stabil

d)

Masalah sosial bertambah

15.

Ahmad bersekolah di SMK Beseri dan melanjutkan

pelajarannya ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Apakah jenis migrasi yang terlibat?

a)

Migrasi bandar ke bandar

b)

Migrasi bandar ke luar bandar

c)

Migrasi luar bandar ke bandar

d)

Migrasi luar bandar ke luar bandar

16.

Namakan hierarki petempatan X

a)

Metropolis

b)

Megalopolis

c)

Bandar raya

d)

Kampung

17.

Mengapakah proses urbanisasi berlaku dalam sesebuah negara?

a)

Peningkatan jumlah penduduk

b)

Sumber alam bertambah

c)

Saiz bandar berkurang

d)

Emigrasi penduduk

18.

Antara berikut faktor yang manakah mempengaruhi proses urbanisasi?

a)

Peningkatan kadar jenayah

b)

Masalah setinggan

c)

Peluang pekerjaan

d)

Wabak penyakit

19.

Bagaimanakah proses pembandaran memberi kesan kepada kualiti alam

sekitar?

a)

Kesesakan lalu lintas

b)

Peningkatan suhu setempat

c)

Pembinaan rumah bertingkat

d)

Kelembapan udara meningkat

20.

Apakah jenis iklim di kawasan berlorek?

a)

IklimTundra

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Laurentia

d)

Iklim Mediterranean

21.

Apakah jenis iklim di kawasan berlorek?

a)

Iklim Tundra

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Laurentia

d)

Iklim Mediterranean

22.
  • - Pencairan glasier
    - Kenaikan aras laut
    Apakah fenomena tersebut?

a)

Jerebu

b)

Hujan asid

c)

Pulau haba

d)

Kesan rumah hijau

23.
  • -Suhu musim sejuk 4 darjah Celcius
    - Hujan dibawa Angin Baratan
    Apakah jenis iklim tersebut?

a)

Sejuk Sederhana Pantai Barat

b)

Mediterranean

c)

Laurentia

d)

Savana

24.

Mengapakah aktiviti pembalakan di British Columbia, Kanada giat dijalankan

pada musim sejuk?

a)

Tenaga buruh ramai

b)

Getah pokok membeku

c)

Tiupan angin yang sederhana kuat

d)

Pokok cukup matang untuk ditebang

25.

Mengapakah tumbuhan gurun mempunyai batang berongga dan berlendir ?

a)

Ribut pasir

b)

Kawasan kering dan tandus

c)

Kelembapan bandingan tinggi

d)

Angin monsun bertiup kencang

26.

-Mewartakan taman negara dan hutan simpan
- Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

Apakah kepentingan usaha tersebut?

a)

Sumber pendapatan negara

b)

Memelihara kawasan tadahan

c)

Menggalakkan sektor pelancongan

d)

Bahan mentah sektor perindustrian

27.

Antara berikut manakah hidupan liar yang terdapat di kawasan zon iklim

sejuk?

a)

Rusa gazelle

b)

Musang fennec

c)

Ular

d)

Karibu

28.

Mengapakah Malaysia mampu menjana tenaga hidroelektrik secara besar-besaran?

a)

Kawasan tadahan yang luas

b)

Profil sungai yang panjang

c)

Pengaruh angin monsun

d)

Sungai beraliran deras

29.

Antara berikut manakah sumber boleh baharu ?.

a)

Air

b)

Gas asli

c)

Petroleum

d)

Arang batu

30.

Mengapakah Iceland berpotensi untuk memajukan sumber tenaga geoterma?.

a)

Galakan daripada kerajaan

b)

Terletak di kawasan gunung berapi

c)

Kaya dengan sumber tenaga gas asli

d)

Menerima pancaran cahaya matahari yang banyak

31.

Apakah faktor yang menggalakkan kegiatan ekopelancongan di Malaysia?

a)

Tempat bersejarah

b)

Gua batu kapur yang unik

c)

Kawasan pertanian yang luas

d)

Masyarakat berbilang bangsa dan agama

32.

Apakah faktor fizikal yang menggalakkan kegiatan tanaman kelapa sawit di

Kalimantan dan Segi Tiga Jengka?

a)

Dasar Pertanian Negara

b)

Kemudahan pinjaman modal

c)

Jaringan pengangkutan yang baik

d)

Kawasan beralun dan bersaliran baik

33.

Apakah kaedah pertanian yang dapat mengurangkan hakisan di kawasan

tanah tinggi?

a)

Pertanian berteres

b)

Tanaman bergilir

c)

Pertanian berjajar

d)

Tanaman hidroponik

34.

• Menenun songket di Terengganu

• Mengecap batik di Kelantan

• Membuat tembikar di Perak
Mengapakah kegiatan ekonomi tersebut penting kepada pembangunan negara

Malaysia?

a)

Peningkatan infrastruktur

b)

Kewujudan bandar baharu

c)

Pemindahan teknologi moden

d)

Kepesatan industri pelancongan

35.

Apakah faktor yang mempengaruhi industri automotif di negara Jepun.

a)

Kadar upah

b)

Mata wang

c)

Kemudahan pengangkutan

d)

Teknologi tinggi

36.

Mengapakah Kerjasama Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA) penting

kepada negara-negara anggotanya?

a)

Menstabilkan politik

b)

Menggalakkan perdagangan terbuka

c)

Mengembangkan bidang kebudayaan

d)

Memudahkan migrasi dalaman penduduk

37.

Apakah kepentingan pemindahan teknologi kepada ekonomi di Malaysia?

a)

Meningkatkan kepakaran tenaga kerja

b)

Meningkatkan kemudahan infrastruktur

c)

Meningkatkan taraf hidup

d)

Meningkatkan import

38.

Apakah kepentingan dron kepada sektor pertanian.

a)

Mengatasi masalah kekurangan buruh

b)

Pengawasan penerokaan haram

c)

Penuaian hasil yang cekap

d)

Pembajakan yang efisien

39.

Apakah faktor kemanusiaan yang menyebabkan Thailand berjaya menjadi

antara pengeksport padi utama di dunia?

a)

Tanih aluvium yang subur

b)

Kawasan tanah pamah yang luas

c)

Pinjaman dan subsidi daripada kerajaan

d)

Iklim monsun tropika yang sesuai untuk pertanian

40.

• Pencemaran air

• Keasidan tanih meningkat
Apakah langkah untuk mengurangkan kesan tersebut?

a)

Peneresan cerun bukit

b)

Penanaman tutup bumi

c)

Penggunaan baja organik

d)

Penggunaan jentera pembajak