wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA KATA HIKMAT (TINGKATAN 2)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kata hikmat "kata mesti dikota, janji mesti ditepati"?

a)

Berjimat cermat dalam perbelanjaan.

b)

Berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

c)

Menunaikan setiap janji yang telah dibuat.

d)

Berani menegur kesilapan orang lain.

2.

Kata hikmat "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" menekankan kepentingan…

a)

bersikap tamak haloba.

b)

saling membantu dalam masyarakat.

c)

menjaga harta benda sendiri.

d)

hidup berdikari tanpa bantuan orang lain.

3.

Apakah pengajaran utama daripada kata hikmat "muafakat membawa berkat"?

a)

. Orang yang rajin akan mendapat pahala

b)

Kebaikan akan tercapai melalui kerjasama.

c)

Keberanian penting dalam kehidupan.

d)

Semangat berani mencuba sangat penting.

4.

Kata hikmat "bersatu teguh, bercerai roboh" mengajar kita supaya…

a)

rajin belajar untuk masa depan

b)

bersatu padu untuk menjadi kuat.

c)

bersikap rendah diri kepada orang lain

d)

menjaga kebersihan diri setiap masa.

5.

Apakah maksud kata hikmat "hidup ini suatu perjuangan"?

a)

Hidup perlu sentiasa berseronok.

b)

Hidup menuntut usaha dan pengorbanan untuk berjaya.

c)

Hidup tidak perlu bertolak ansur.

d)

Hidup akan mudah jika menyerah kalah.

6.

Mengapakah kata hikmat "biar lambat asalkan selamat" penting diamalkan?

a)

Supaya segala urusan dapat dilakukan secara selamat walaupun lambat.

b)

Supaya semua orang dapat tidur dengan nyenyak.

c)

Supaya masyarakat tidak perlu keluar rumah.

d)

Supaya murid-murid lebih kerap mengulang kaji pelajaran.

7.

Apakah kepentingan mengamalkan kata hikmat "muafakat membawa berkat" dalam masyarakat?

a)

Membantu mewujudkan perselisihan faham.

b)

Meningkatkan semangat permusuhan antara jiran.

c)

Mendorong sikap mementingkan diri sendiri.

d)

Mewujudkan kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat

8.

Apakah tindakan yang selaras dengan maksud kata hikmat "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"?

a)

. Membantu jiran yang ditimpa kesusahan.

b)

Menyelesaikan masalah sendiri tanpa melibatkan orang lain.

c)

Melaporkan masalah kepada pihak berkuasa sahaja.

d)

Berdiam diri ketika menghadapi masalah.

9.

Kata hikmat manakah yang sesuai untuk situasi berikut:
“Penduduk kampung saling membantu dalam kerja bakti membersihkan surau.”

a)

Hidup ini suatu perjuangan.

b)

Biar lambat asalkan selamat.

c)

Kata mesti dikota, janji mesti ditepati.

d)

Muafakat membawa berkat.

10.

Apakah maksud kata hikmat "bertangguh pencuri masa"?

a)

Membuang masa dengan membaca buku.

b)

Menangguhkan kerja boleh menyebabkan masa terbuang.

c)

Masa dapat diganti jika digunakan dengan bijak.