wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GAME PLAN SEJARAH SPM 2026 - SET 2023

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memastikan adat istiadat dipatuhi

b)

Menjamin keutuhan pemerintahan

c)

Mempertahankan sistem perundangan

d)

Memastikan sistem warisan terpelihara

2.

Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar?

a)

Melaksanakan protokol istana

b)

Mengetuai rombongan diplomatik

c)

Mengawal keamanan dalam negeri

d)

Melicinkan kutipan cukai di pelabuhan

3.

Berikut adalah tokoh nasionalis Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Bagaimanakah British bertindak untuk melemahkan perjuangan mereka?

a)

Mengenakan hukuman penjara

b)

Menyekat sumber kewangan yang diperoleh

c)

Menjalin kerjasama dengan golongan radikal

d)

Menggunakan perintah sultan untuk bertindak

4.

Apakah tindakan raja Thailand yang menyebabkan gerakan nasionalisme di Thailand menyasarkan pemerintahan raja mereka sendiri?

a)

Melaksanakan sistem percukaian yang membebankan

b)

Menghapuskan sistem perundangan tradisional

c)

Meletakkan kerabat diraja dalam urusan politik

d)

Menyerahkan pentadbiran kepada kuasa barat

5.

Bagaimanakah Jerman melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles 1919?

a)

Memperkukuh angkatan tentera

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Mengeksport senjata ke luar negara

d)

Menjalinkan kerjasama dengan komunis

6.

Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.

Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Pengukuhan sistem pertahanan

b)

Peluasan kawasan pemerintahan

c)

Kemunculan semangat nasionalisme

d)

Kemantapan kuasa pemerintah tempatan

7.

Gambar menunjukkan peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman tersebut?

a)

Menyokong gerakan Islah

b)

Mengadakan tunjuk perasaan

c)

Melibatkan diri dalam persatuan

d)

Memberi kerjasama dengan British

8.

Maklumat berikut berkaitan unit politik yang telah disatukan di Tanah Melayu sewaktu pentadbiran British.

Mengapakah British bertindak demikian?

a)

Kos pengurusan dapat dikurangkan

b)

Melemahkan golongan penentang

c)

Hak kaum peribumi terpelihara

d)

Sistem monarki diperkukuh

9.

Mengapakah akhbar Suara Rakyat diterbitkan oleh golongan Melayu radikal pada tahun 1940-an?

a)

Menyekat penularan pengaruh media asing

b)

Memperluas idea kemerdekaan daripada penjajah

c)

Meningkatkan mutu hasil kesusasteraan tempatan

d)

Menyokong pemodenan sistem pentadbiran tempatan

10.

Petikan berikut berkaitan dengan golongan nasionalis Melayu Radikal sebelum merdeka.

Bagaimanakah golongan tersebut memainkan peranan untuk menyatukan semua kaum?

a)

Membentuk kerajaan yang kuat dan adil

b)

Menekankan kebebasan bersuara

c)

Berkompromi dengan penjajah

d)

Berhimpun secara aman

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

b)

Berkuasa mengawal pentadbiran

c)

Parti-parti politik digabungkan

d)

Syarat kerakyatan dipermudahkan

12.

Mengapakah Rundingan Baling gagal mendesak Parti Komunis Malaya meletakkan senjata?

a)

Perkongsian kuasa gagal dicapai

b)

PKM tidak diiktiraf oleh kerajaan

c)

PKM enggan menamatkan keganasan

d)

Pengampunan oleh kerajaan gagal diperoleh

13.

Apakah tujuan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada 1946?

a)

Mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Mengeratkan perpaduan pelbagai kaum

d)

Menghalang pelaksanaan Malayan Union

14.

Mengapakah sistem pendidikan sebelum merdeka tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu?

a)

Kemudahan asas terhad

b)

Tenaga pengajar berkurangan

c)

Kurikulum pelajaran berbeza

d)

Peruntukan kewangan dikurangkan

15.

Mengapakah tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya penting?

a)

Memilih ketua parti

b)

Mengekalkan tradisi bangsa

c)

Memperkukuh sistem beraja

d)

Membentuk sebuah kerajaan

16.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapat kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya untuk merangka perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

17.

Manakah yang berkaitan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi

b)

Kepentingan sah kaum lain dikurangkan

c)

Kewangan negara masih dikawal oleh British

d)

Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

18.

Apakah DUA jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Permohonan sebagai rakyat

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Perkenan Majlis Raja-Raja Melayu

d)

Persetujuan Dewan Undangan Negeri

19.

Apakah DUA peristiwa kemerdekaan negara kita yang dianggap unik dan dikagumi oleh pemimpin dunia?

a)

Perkembangan ekonomi berasaskan kerohanian

b)

Permuafakatan dan rundingan dilaksanakan

c)

Pertumpahan darah tidak berlaku

d)

Penamatan dasar konfrontasi

20.

Bagaimanakah kedaulatan dapat memelihara hak rakyat?

a)

Mengamalkan sistem satu parti

b)

Mengutamakan keadilan individu

c)

Membenarkan kebebasan bersuara

d)

Menggalakkan semangat kenegerian

21.

Apakah DUA kepentingan konsep daulat dalam politik Melayu tradisional?

a)

Memperkukuh kedudukan raja

b)

Memperluas peranan pembesar

c)

Menyekat pengaruh kuasa asing

d)

Mengikat taat setia rakyat terhadap raja

22.

Berdasarkan gambar, apakah DUA peranan rakyat dalam memastikan perpaduan kaum?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menjalinkan hubungan diplomatik

c)

Mengutamakan bahasa kebangsaan

d)

Menghormati agama lain

23.

Mengapakah perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

a)

Mengekalkan kuasa mutlak raja-raja

b)

Memberi kebebasan penuh kepada rakyat

c)

Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri

d)

Menetapkan hala tuju negara

24.

Berikut merupakan undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat.

Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Mengehadkan kuasa raja

b)

Menentang penyebaran agama

c)

Menghalang berlaku penindasan

d)

Mengurangkan peranan pembesar

25.

Apakah perkara yang berkaitan dengan sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia sejak merdeka?

a)

Monarki berkuasa mutlak mengetuai pentadbiran

b)

Badan kehakiman meluluskan undang-undang

c)

Majlis Raja-Raja menggubal perlembagaan

d)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan Ketua Utama Negara dan Negeri.

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

EXCO Kerajaan

27.

Maklumat berikut merupakan wilayah yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dalam satu persekutuan.

Apakah X dan Y?

a)

Indonesia

b)

Singapura

c)

Brunei

d)

Filipina

28.

Berikut merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Apakah X?

a)

Pelajaran

b)

Perhutanan

c)

Hiburan Awam

d)

Perancangan bandar

29.

Apakah DUA kesan pembentukan Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963?

a)

Tekanan antarabangsa berkurangan

b)

Bahan mentah dikongsi bersama

c)

Kemerdekaan wilayah terlibat

d)

Pengaruh British meningkat

30.

Mengapakah Singapura berminat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1950-an lagi?

a)

Memberi kerakyatan kepada orang dagang

b)

Mengurangkan perasaan perkauman

c)

Mempercepat proses kemerdekaan

d)

Mempertahankan sistem monarki

31.

Apakah DUA sebab British menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia?

a)

Menghalang kemasukan imigran

b)

Membendung pengaruh komunis

c)

Memperkukuh sistem pertahanan

d)

Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

32.

Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?

a)

Memohon naungan pihak British

b)

Enggan mematuhi dasar kerajaan

c)

Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

d)

Menurut kehendak kaum bumiputera di negeri lain

33.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Berdasarkan prinsip keempat Rukun Negara, apakah sikap warganegara Malaysia yang menepati prinsip tersebut?

a)

Menghormati lagu Negaraku

b)

Mematuhi peraturan jalan raya

c)

Menghormati sesama jiran tetangga

d)

Mematuhi ajaran agama yang dianuti

34.

Gambar menunjukkan logo Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

a)

Memantapkan ekonomi negara

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

35.

Bagaimanakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971 dapat dicapai?

a)

Memiliknegarakan industri

b)

Mengurangkan hak milik asing

c)

Sistem kewangan disusun semula

d)

Kekayaan negara dikongsi bersama

36.

Mengapakah Dasar Penswastaan dilaksanakan?

a)

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

b)

Memperluas pembukaan tanah baharu

c)

Menambah modal pemilikan kaum bumiputera

d)

Memperbanyak syarikat milik pengusaha asing

37.

Rajah berikut menunjukkan keahlian Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA).

Mengapakah ASA ditubuhkan?

a)

Mengatasi ancaman komunis

b)

Menetapkan kawasan sempadan

c)

Menyelaras struktur pentadbiran

d)

Menyeragamkan sistem perundangan

38.

Mengapakah Malaysia menentang Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan?

a)

Mempertahankan hak penduduk asal

b)

Menghalang program senjata kimia

c)

Memiliknegarakan pelaburan asing

d)

Menghapuskan sekatan perdagangan

39.

Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Pendirian pertubuhan serantau

b)

Kepentingan ekonomi serantau

c)

Keperluan ketenteraan

d)

Pengaruh kuasa besar

40.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu kemanusiaan dan keamanan yang melibatkan rajyat Malaysia.

Apakah nilai daripada penglibatan rakyat Malaysia dalam isu tersebut?

a)

Bertanggungjawab

b)

Menghargai

c)

Kegigihan

d)

Prihatin