WorksheetsTRIAL SPM K1 NEGERI SEMBILAN 2025 (S1-S40)
Total questions: 40
Worksheet time: 3hrs 20mins
Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi mata daripada terkena bahan kimia?
Gogal
Baju makmal
Topeng muka
Sarung tangan
Rajah 1 menunjukkan satu situasi yang berlaku di dalam sebuah restoran.
Apakah bantuan kecemasan yang boleh diberikan kepada lelaki ini?
Tekanan dada
Heimlich Manoeuvre
Resusitasi Kardiopulmonari
Bantuan pernafasan
Maklumat berikut menerangkan beberapa langkah resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Susun langkah-langkah CPR dalam urutan yang betul.
P, Q, R, S
R, Q, P, S
Q, R, P, S
Q, P, R, S
Rajah 2 menunjukkan bacaan suhu badan seorang pelajar perempuan.
Apakah faktor yang menyebabkan bacaan suhu tersebut?
Berlebihan makan
Jangkitan patogen
Kekurangan selera makan
Senaman sekali seminggu
Rajah 3 menunjukkan seorang pelajar Jati tingkatan 5.
Apakah BMI pelajar tersebut?
21.67 kg/m^2
0.36 kg/m^2
26.0 kg/m^2
35.75 kg/m^2
Rajah 4 menunjukkan longgokan tayar terpakai.
Apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu?
Tanam di dalam tanah
Dibuang ke dalam hutan
Dijadikan bahan baharu
Dijadikan tukun di dalam laut
Rajah 5 menunjukkan satu ciptaan yang memenuhi ciri-ciri teknologi hijau.
Apakah kepentingan teknologi hijau?
Gaya hidup masa kini
Mengurangkan pengeluaran karbon
Memastikan sumber asli sentiasa digunakan
Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
Rajah 6 menunjukkan sebuah keluarga dengan tiga orang budak lelaki.
Apakah kebarangkalian mereka mempunyai seorang gadis dalam kelahiran seterusnya?
25%
50%
75%
100%
Rajah 7 menunjukkan carta bar yang mewakili sejenis variasi.
Trait manakah yang diwakili oleh carta bar tersebut?
Ketinggian
Jisim badan
Saiz kasut
Kumpulan darah
Rajah 8 menunjukkan sistem rangka manusia.
Antara bahagian yang dilabel A, B, C dan D, yang manakah femur?
A
B
C
D
Rajah 9 menunjukkan kelenjar endokrin dalam badan manusia.
Apa yang akan berlaku jika kelenjar ini merembeskan kurang hormon?
Pertumbuhan terbantut
Aras gula dalam darah tinggi
Kadar metabolisme meningkat
Kadar denyutan jantung meningkat
Rajah 10 menunjukkan seorang budak lelaki yang sedang berlari apabila dikejar oleh seekor anjing.
Antara kelenjar endokrin berikut, yang manakah berkaitan dengan tindakannya?
Ovari
Pankreas
Tiroid
Adrenal
Rajah 11 menunjukkan satu unsur dalam Jadual Berkala.
Antara berikut, yang manakah benar mengenai unsur tersebut?
A
B
C
D
Bagaimanakah sinaran gama dapat digunakan untuk mengawet makanan?
Mengurangkan suhu makanan
Mengubah komposisi kimia makanan
Menguraikan bahan kimia dalam makanan
Membunuh mikroorganisma dalam makanan
Antara berikut, proses manakah yang boleh mengubah getah semula jadi menjadi lebih keras dan lebih tahan haba?
Kondensasi
Pemvulkanan
Pempolimeran
Penyahpolimeran
Apakah susunan atom gangsa yang betul?
A
B
C
D
Rajah 12 menunjukkan ubat buatan manusia.
Antara berikut, yang manakah ciri berikut yang benar?
Pembuktian keberkesanan secara klinikal
Dihasilkan daripada virus yang dilemahkan
Pembuktian keberkesanan secara pengalaman
Boleh diambil bila-bila masa tanpa nasihat doktor
Rajah 13 menunjukkan sebiji epal yang telah dipotong kepada dua bahagian yang sama. Selepas beberapa jam, keadaan epal tersebut diperhatikan.
Apakah fungsi jus limau dalam rajah di atas?
Menguraikan enzim dalam epal
Menghentikan proses mitosis pada epal
Melambatkan proses pengoksidaan epal
Mempercepatkan proses pengoksidaan epal
Seorang budak perempuan mengambil masa 20 saat untuk berlari sejauh 100 meter.
Berapakah laju budak perempuan itu?
0.2 ms^(-1)
5 ms^(-2)
5 ms^(-1)
0.2 ms^(-2)
Rajah 14 menunjukkan dua tin yang sama saiz berayun setelah kedua-duanya dilepaskan dari ketinggian yang sama. Selepas beberapa ketika, tin yang berisi pasir masih berayun walaupun tin yang kosong telah berhenti.
Apakah kesimpulan bagi eksperimen ini?
Semakin besar jisim, semakin besar inersia
Semakin kecil jisim, semakin besar inersia
Semakin kecil jisim, semakin besar rintangan udara
Semakin besar jisim, semakin kecil rintangan udara
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga nuklear?
Tenaga yang dihasilkan oleh pergerakan elektron
Tenaga yang dibebaskan daripada tindak balas kimia
Tenaga yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil
Tenaga yang dilepaskan daripada tindak balas di dalam nukleus atom
Pernyataan ini menunjukkan dua situasi berkaitan dengan penggunaan tenaga.
Berdasarkan situasi di atas, apakah perbezaan utama antara dua situasi tersebut dari segi impak terhadap alam sekitar?
Kedua-dua situasi tidak memberi kesan kepada alam sekitar
Situasi Z menghasilkan lebih banyak sisa radioaktif berbanding situasi W
Situasi W membebaskan lebih banyak karbon dioksida berbanding situasi Z
Situasi Z menghasilkan lebih banyak gas rumah hijau berbanding situasi W
Flora normal manakah yang terdapat di dalam usus kecil?
Lactobacillus sp.
Staphylococcus sp.
Corynebacterium sp.
Nitrobacter sp.
Faktor manakah yang menyebabkan mikroorganisma membiak dengan cepat di dalam badan manusia?
Medium berasid
Suhu yang optimum
Kelembapan yang rendah
Keamatan cahaya yang tinggi
Rajah 15 menunjukkan satu ciri kekurangan nutrien pada daun.
Antara berikut, nutrien manakah yang kurang pada daun tersebut?
Nitrogen
Fosforus
Karbon
Kalium
Rajah 16 menunjukkan jejak karbon.
Antara A, B, C dan D, yang manakah dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau?
A
B
C
D
Rajah 17 menunjukkan situasi di sungai M. Selepas beberapa bulan, kehidupan akuatik didapati telah berkurangan.
Antara berikut, yang manakah punca situasi ini berlaku?
Kandungan BOD dalam sungai bertambah
Kandungan BOD dalam sungai berkurang
Kandungan karbon dioksida dalam sungai bertambah
Kandungan karbon dioksida dalam sungai berkurang
Mikroalga marin digunakan dalam Teknologi Emisi Negatif. Bagaimana teknologi ini membantu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar?
Mikroalga marin menjalankan proses respirasi dan membebaskan gas karbon dioksida
Mikroalga marin menjalankan proses respirasi dan membebaskan gas oksigen
Mikroalga marin menjalankan proses fotosintesis dan membebaskan gas oksigen
Mikroalga marin menjalankan proses fotosintesis dan membebaskan gas karbon dioksida
Antara berikut, yang manakah adalah tindak balas cepat?
A
B
C
D
Antara faktor berikut, yang manakah menyokong pernyataan di atas?
Serbuk magnesium lebih tulen berbanding jalur magnesium
Jalur magnesium lebih ringan berbanding serbuk magnesium
Jalur magnesium mempunyai jisim yang lebih kecil berbanding serbuk magnesium
Serbuk magnesium mempunyai luas permukaan yang lebih besar berbanding jalur magnesium
Apakah tindak balas kimia yang perlu dilakukan ke atas minyak sawit untuk menghasilkan biodiesel minyak sawit?
Hidrolisis
Pengekstrakan
Pengoksidaan
Penukargantian
Rajah 18 menunjukkan eksperimen makmal yang dijalankan oleh seorang murid untuk menghasilkan bahan Z. Bahan Z dihasilkan daripada proses penyulingan dengan menggunakan tidakan yis terhadap makanan yang mengandungi glukosa. Bahan Z digunakan untuk menghasilkan sejenis minuman.
Apakah kesan sekiranya minuman yang mengandungi bahan Z ini diambil secara berlebihan?
Sirosis
Hipotensi
Aterosklerosis
Diabetes mellitus
Rajah 19 menunjukkan dua orang murid menjalankan aktiviti Kelab STEM. Mentol yang mereka pasang didapati tidak menyala.
Apakah yang harus dilakukan oleh murid-murid untuk menyelesaikan masalah ini?
Menambah bilangan bateri
Menambahkan etanol ke dalam hablur natrium klorida
Memanaskan hablur natrium klorida sehingga melebur
Menggantikan elektrod karbon dengan elektrod kuprum
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen bagi mengkaji penghasilan tenaga elektrik oleh sel kimia ringkass.
Nyatakan keadaan mentol sekiranya pasangan elektrod kuprum dan kuprum digunakan.
Tidak menyala
Terang
Sangat terang
Malap
Rajah 20 menunjukkan satu objek di hadapan sebuah kanta cekung.
Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk?
Maya, tegak, dikecilkan
Nyata, tegak, dikecilkan
Maya, songsang, dibesarkan
Nyata, songsang, dibesarkan
Antara berikut, yang manakah kegunaan alatan optik yang betul?
A
B
C
D
Rajah 21 menunjukkan satu eksperimen bagi mengkaji hubungan antara halaju dengan tekanan dalam suatu bendalir.
Apakah kesimpulan eksperimen tersebut?
Halaju dan tekanan bendalir adalah seragam
Semakin tinggi halaju bendalir, semakin tinggi tekanan
Semakin tinggi halaju bendalir, semakin rendah tekanan
Semakin rendah halaju bendalir, semakin rendah tekanan
Rajah 22 menunjukkan operasi sistem hidraulik.
Jika luas omboh P ialah 0.01 m^(2) dan luas omboh Q ialah 2 m^(2), berapakah daya yang dikenakan oleh omboh P?
0.5 N
50 N
500 N
5000 N
Antara berikut, yang manakah merupakan aplikasi penggunaan GPS?
Waze dan Telegram
WeChat dan Telegram
Google Maps dan Waze
Google Maps dan WeChat
Jadual 2 menunjukkan tiga jenis orbit satelit pada altitud yang berbeza.
Berdasarkan jadual 2, susun orbit satelit mengikut halaju satelit secara menaik.
HEO, LEO, MEO
LEO, MEO, HEO
HEO, MEO, LEO
LEO, HEO, MEO
