NEW
Font size
WorksheetsSOALAN BM SIRI 1
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Pernyataan di atas adalah tentang
fonetik.
fonologi.
sintaksis.
morfologi.
Yang manakah cabang ilmu bidang fonetik dalam bahasa Melayu?
I Fonetik akustik
II Fonetik audiens
III Fonetik artikulasi
IV Fonetik artikulator
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah benar tentang fonem?
I Unit bahasa yang terkecil dalam bahasa
II Unit bahasa yang terbesar dalam bahasa
III Unit bahasa yang membezakan makna
IV Unit bahasa yang mendukung makna
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
kala kaktus kakak
Fonem /k/ pada kedudukan awal, pertengahan dan akhir perkataan di atas merupakan
kelainan bunyi yang terdapat pada sesuatu huruf.
kelainan bunyi yang terdapat pada sesuatu fonem.
kelainan huruf yang terdapat pada sesuatu bunyi.
kelainan bunyi yang terdapat pada sesuatu bunyi.
karam-garam kari - gari
Fonem /k/ dan /g/ dalam perkataan di atas merujuk
unit terkecil yang berfungsi dalam membezakan makna ujaran.
unit terkecil yang berfungsi untuk menghasilkan kelainan bunyi.
unit terkecil yang berfungsi dalam menjalankan makna-makna nahu.
unit terkecil yang berfungsi untuk mendukung makna dan fungsi nahu.
Bunyi yang terhasil apabila penutur mengujarkan sesuatu bahasa. Terdapat kelainan bunyi bagi sesuatu fonem yang diujarkan. Merupakan anggota fonem dalam lingkungan yang tersendiri. Pernyataan di atas merujuk
fonem.
alofon.
alomorf.
fonemik.
Yang manakah contoh yang tepat bagi pasangan minimal?
I Daki -daki
II Perang -perang
III Tulang-dulang
IV Berang -perang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Rangkaian kata tersebut terdiri daripada kata tunggal satu suku kata dengan pola KVK, kecuali
cat, bah, tin
lap, kot, sen
draf, krim, bank
yang, wang, jong
Yang manakah pola kata tunggal yang wujud dalam bahasa Melayu? I VK II KVK III VKK IV KKVK
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah perkataan yang semua suku katanya mempunyai suku kata terbuka?
Pesong
Penting
Pangkal
Peribadi
Yang manakah antara perkataan tersebut merupakan kata tunggal dengan empat suku kata? I Biasa II Universiti III Panorama IV Singgahsana
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah antara perkataan tersebut yang merupakan vokal rangkap yang menerima penyisipan geluncuran /w/? I Siat II Akui III Tarian IV Ketahui
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Rangkaian kata di bawah terdiri daripada diftong, kecuali
pantai, santai
kailan, serai
gerai, derai
naik, baik
• ghazal • glasier Yang manakah kenyataan yang tepat bagi perkataan di atas?
Perkataan ghazal terdiri daripada dua lambang bunyi manakala perkataan glasier terdiri daripada satu lambang bunyi.
Perkataan ghazal terdiri daripada satu lambang bunyi manakala perkataan glasier terdiri daripada dua lambang bunyi.
Perkataan ghazal mempunyai dua bunyi manakala perkataan glasier mempunyai satu bunyi.
Kedua-dua perkataan ghazal dan perkataan glasier terdiri daripada satu lambang bunyi.
Yang manakah perkataan yang mempunyai kekecualian pola keselarasan vokal? I Hipokrit II Objektif III Nombor IV Gelombang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
• Bentuk kata yang terkecil • Tidak menerima sebarang proses pembentukan kata • Dapat berdiri dengan sendiri bagi mendukung makna Pernyataan di atas merujuk
kata dasar.
kata tunggal.
kata terbitan.
kata majmuk.
• Iltizam • Pandang • Gunting Yang manakah kenyataan yang tepat bagi perkataan-perkataan di atas?
Kosa kata ini menerima pengaruh budaya asing
Kosa kata ini berasimilasi dengan bahasa Inggeris
Kosa kata ini terdiri daripada pola VK, KV dan KVK
Kosa kata ini terbentuk dengan pola suku kata pinjaman
Yang manakah antara perkataan berikut merupakan kata pinjaman yang telah mantap dalam Sistem Ejaan Bahasa Melayu? I Draf II Biro III Losen IV Kastam
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah perkataan yang mengikut ejaan asal dalam bahasa Arab?
Fikir
Sabtu
Nafkah
Nikmat
Yang manakah antara perkataan tersebut merupakan kata terbitan? I Geliga II Gelojoh III Gementar IV Gemilang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah antara perkataan tersebut yang merupakan vokal rangkap yang menerima penyisipan geluncuran /j/? I Dia II Baik III Raut IV Buat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah antara perkataan tersebut yang mempunyai konsonan digraf?
Kroni
Proton
Glasier
Ghairah
• Khabar • Klasik Yang manakah pernyataan yang tepat bagi perkataan di atas?
Perkataan khabar terdiri daripada satu simbol bunyi manakala perkataan klasik terdiri daripada dua simbol bunyi.
Perkataan khabar terdiri daripada dua simbol bunyi manakala perkataan klasik terdiri daripada satu simbol bunyi.
Perkataan khabar mempunyai dua simbol bunyi manakala perkataan klasik mempunyai satu simbol bunyi.
Kedua-dua perkataan khabar dan perkataan klasik terdiri daripada satu simbol bunyi.
Yang manakah perkataan yang mengalami perubahan pola keselarasan vokal? I Lekat II Leceh III Putih IV Pilih
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Bentuk kata yang menerima imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Pernyataan di atas merujuk
kata dasar.
kata tunggal.
kata terbitan.
kata majmuk.
