Font size
WorksheetsSEJARAH TAHUN 5
Total questions: 99
Worksheet time: 2hrs 39mins
Apakah nama bunga kebangsaan kita?
Bunga raya
BUnga melur
Bunga teratai
Bunga kenanga
Berikut merupakan ciri keistemewaan bunga kebagsaan kita, kecuali___________
mudah ditanam
berbunga mengikut musim
banyak ditanam di merata tempat
dikenali dengan satu nama sahaja.
Pada 28 Julai 1960,__________telah mengistiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan.
Tunku Abdul Rahman
Dato' Onn bin Jaafar
Tun Tan Cheng Lock
Tun Abdul Razak
Wara merah pada bunga raya melambangkan perkara-perkara berikut kecuali
keharmonian hidup
perpaduan rakyat
keteguhan politik
kuasa raja-raja
Kelopak bunga raya melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selaras dengan prinsip________
Rukun Negara
Rukun Tetangga
Perlembagaan Malaysia
Majlis Raja-raja Melayu
Mengapakah kita mesti menghormati bunga kebangsaan kita?
Bunga kesukaan rakyat
Lambang perpaduan negara
Merupakan bunga yang unik
Banyak digunakan dalam urusan peribadi.
Bunga raya menjadi simbol kemegahan rakyat Malaysia dan ia turut digunakan pada Jata Negara.
Betul
Salah
Bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Kementerian Pertanian pada tahun 1958
Betul
Salah
Pada 28 Julai 1960, Yang Dipertuan Agong yang pertama telah mengistiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara kita.
Betul
Salah
Mengapakah semangat perpaduan sangat penting bagi sesebuah negara?
i. Mencetuskan masalah perkauman
ii. Pembangunan negara tidak terjejas
iii. Menanam rasa cinta akan negara
iv. Menjamin kejayaan rakyat
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Bunga raya dipilih kerana ________________yang tidak terdapat pada bunga-bunga lain.
keunikkan
keunik
keunikkannya
keunikannya
Pada tahun __________, Kementerian X meminta cadangan nama bunga sebagai bunga kebangsaan.
1957
1958
1959
1960
Kementerian X dalam soalan di atas ialah
Pertanian
Pertahanan
Kesihatan
Pendidikan
Kementerian X meminta cadangan nama daripada semua kerajaan _______________________
negara
negeri
persekutuan
Malaysia
_________ jenis bunga dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.
lima
enam
tujuh
lapan
Beberapa jenis bunga dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan Persekutuan _______________________.
Melayu
Melayu Tanah
tanah melayu
Tanah Melayu
Bunga bunga yang tersenarai termasuklah
Jika diberi pilihan, apakah bunga pilihan anda sebagai bunga kebangsaan? Kenapa bunga tersebut?
Apakah nama bunga kebangsaan negara kita ?
Bunga Mawar
Bunga Cempaka
Bunga Raya
Bunga Tahi Ayam
Siapakah yang telah mengisytiharkan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan ?
Dato Onn Jaafar
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj
Tun Hussein Onn
Tun Dr Mahathir Mohamad
Apakah prinsip Rukun Negara yang dilambangkan oleh kelopak bunga kebangsaan?
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Semua jawapan
Lima kelopak bunga kebangsaan melambangkan 5 prinsip Rukun Negara iaitu......
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Mengapakah bunga kebangsaan dianggap sebagai lambang perpaduan?
Mewakili semua kaum di Malaysia
Bunga yang paling popular di Malaysia
Hanya ditanam di tempat awam
Bunga yang berwarna-warni
Bunga kebangsaan membantu memupuk semangat perpaduan dengan cara
Menjadi simbol yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia
Digunakan dalam wang syiling
Melambangkan keharmonian dan kesatuan
Semua jawapan
Apakah kepentingan penggunaan simbol bunga kebangsaan dalam aktiviti negara?
Memperkukuh semangat patriotisme
Mempromosikan bunga tersebut di peringkat antarabangsa
Memastikan keindahan alam sekitar
Menarik pelancong luar negara
Penggunaan simbol bunga kebangsaan dalam setiap aktiviti negara adalah penting kerana
Menunjukkan identiti negara
Menggalakkan semangat kesetiaan
Memperkukuh perpaduan rakyat
Semua jawapan
NAUNGAN BERMAKSUD PERLINDUNGAN. NEGERI DI BAWAH PERLINDUNGAN PERLU MENGHANTAR UFTI SEBAGAI TANDA PERSAHABATAN . APAKAH UFTI ?
BUNGA MATAHARI
BUNGA INTAN
BUNGA EMAS
BUNGA CEMPAKA
KUASA ASING MENCAMPURI HAL EHWAL PENTADBIRAN NEGERI SECARA LANSUNG . RESIDEN DILANTIK MEMBANTU PEMERINTAH UNTUK MENGURUS PENTADBIRAN . APAKAH MAKSUD PERNYATAAN INI
KACAU BILAU
CAMPUR TANGAN
PERANCANGAN
CAMPUR SETANGAN
PERJAJAHAN BERMAKSUD
KUASA ASING YANG AMBIL ALIH KEWANGAN SESEBUAH NEGERI
KUASA ASING YANG BERPERANG DENGAN SESEBUAH NEGERI
KUASA ASING YANG MENJADIKAN SESEUAH NEGERI SEBAGAI WLIAYAH TAKLUKAN
KUASA ASING YANG BERSAHABAT DENGAN SESEBUAH NEGERI
PADA TAHUN 1511 TANAH MELAYU TELAH DIJAJAH OLEH
AMERIKA
BELANDA
PORTUGIS
SIAM
BELANDA MENJAJAH TANAH MELAYU PADA TAHUN
1641
1642
1643
1645
PADA TAHUN 1874 __________ MELUASKAN CAMPUR TANGAN DAN PENGARUH KE SELURUH TANAH MELAYU .
BELANDA
PORTUGIS
JEPUN
BRITISH
PADA TAHUN 1942 - 1945 __________ TELAH MENJADI KUASA BESAR YANG MENGUASAI TANAH MELAYU , SABAH DAN SARAWAK
BRITISH
JEPUN
BELANDA
PORTUGIS
PILIH TUJUAN UTAMA KUASA ASING DATANG MENGUASAI NEGARA
MENGEKPLOITASI HASIL BUMI DAN SUMBER ALAM
KEMASYURAN
BERKELUARGA
PENYEBARAN AGAMA
NEGERI MELAYU BERSEKUTU TERDIRI DARIPADA
PERAK
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
PAHANG
NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU TERDIRI DARIPADA
KEDAH
KELANTAN
PERLIS
TERENGGANU
NEGERI SELAT TERDIRI DARIPADA
PULAU PINANG
MELAKA
SABAH
SINGAPURA
ANTARA KESAN EKONOMI AKIBAT PENJAJAHAN IALAH
PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN
PENANAMAN GETAH
SISTEM PERBANKAN
TANAMAN SAYURAN
ANTARA KESAN SOSIAL AKIBAT PENJAJAHAN IALAH
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN
PERKEMBANGAN BANDAR BAHARU
PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
PERKEMBANGAN LADANG
Penjajahan berlaku apabila sebuah ___________ menguasai negara lain.
negeri
negara
pasukan
jajahan
Antara yang berikut, yang manakah cara penjajahan dilakukan?
Pertukaran
Sewa beli
Jual beli
Peperangan
Apakah peristiwa yang menunjukkan penjajahan di Tanah Melayu telah bermula?
Tentera Belanda menyerang Kedah
Tentera Portugis menyerang Kedah
Tentera Inggeris menyerang Kedah
Tentera Siam menyerang Kedah
Mengapakah negara kita dijajah pada zaman dahulu?
Kedudukan yang strategik
Pemerintahan yang lemah
Kekuatan ketenteraan
Tarikan pelancongan
Apakah faktor kuasa luar menjajah Tanah Melayu?
Perluasan tanah jajahan
Keperluan bahan api
Keadaan huru-hara
Ketenteraan lemah
Siam pernah menguasai negeri-negeri di utara Tanah Melayu seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan ........
Perak
Kelantan
Selangor
Pulau Pinang
Bilakah Portugis menawan Melaka?
1711
1641
1511
1400
Selain daripada untuk menguasai perdagangan rempah, apakah tujuan lain Portugis menjajah Melaka?
Membina A Famosa
Menjadi raja di Melaka
Melombong bijih timah
Menyebarkan agama Kristian
Penjajahan British di Tanah Melayu bermula di negeri ..........
Perak
Selangor
Pulau Pinang
Sarawak
Penjajahan British di Tanah Melayu berakhir apabila tewas kepada tentera _______ pada tahun 1941.
Siam
Jepun
Belanda
Portugis
Negara manakah yang tidak pernah menjajah negara kita?
Inggeris
Jepun
Siam
Parsi
Bilakah penjajahan di Sarawak dan Sabah ditamatkan?
1957
1966
1963
1973
Apakah peranan residen Inggeris?
Menasihati Sultan dalam urusan agama Islam
Menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran
Menasihati Sultan dalam urusan peperangan
Menasihati Sultan dalam urusan adat Melayu
Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa Sultan selepas menerima residen Inggeris?
I. Hal-hal adat istiadat Melayu
II. Hal-hal agama Islam
III. Hal-hal pentadbiran
IV. Hal-hal cukai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pentadbiran British telah membentuk jenis pentadbiran .....
Negeri-negeri Melayu Selat
Negeri-negeri Melayu Tidak Selat
Negeri-negeri Bukan Selat
Negeri-negeri Selat
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu?
I. Kelapa
II. Tembakau
III. Lada hitam
IV. Buah pala
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Negeri manakah tergolong dalam Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu?
Melaka
Kedah
Perak
Pahang
Apakah yang digambarkan dengan negeri-negeri berwarna dalam peta di atas?
Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Jajahan Ligor
Antara yang berikut, yang manakah unsur untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan negara?
Menjaga kedaulatan negara
Membocorkan rahsia kerajaan
Bersubahat dengan musuh negara
Tidak menyokong dasar-dasar kerajaan
Bagaimanakah cara untuk kita meningkatkan kemajuan negara kita?
Sentiasa bersikap agresif
Mempunyai pemimpin yang berwibawa
Tidak memelihara keamanan negara
Menjadi rakyat yang pasif
Pada tahun bilakah Jepun menjajah negara kita?
1942-1943
1942-1944
1943-1945
1942-1945
Apakah hikmah di sebalik penjajahan Jepun?
Rakyat hidup dalam kekejaman
Rakyat cukup keperluan makanan
Rakyat menjawatan jawatan dalam pentadbiran
Rakyat mendapat wang yang banyak
Siapakah nama dua pemimpin tempatan yang muncul semasa zaman penjajahan Jepun?
Ibrahim Haji Yaakob
Annuar Ibrahim
Hamka
Burhanuddin Al-Helmy
Setelah British menduduki semula Tanah Melayu, mereka telah membentuk _____ yang dibantah keras oleh rakyat tempatan.
Malaya Bersatu
Tanah Semenanjung
Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu
Apakah sebab penentangan rakyat terhadap penubuhan Malayan Union?
Menganggap ia satu bentuk penjajahan yang baru
Orang melayu hilang hak mengutip cukai
Pembesar melayu tiada kuasa
Sultan sebagai tonggak pemerintahan
Siapakah yang memimpin orang melayu untuk menentang penubuhan Malayan Union?
Dato' Onn Jaafar
Dato' Jaafar Onn
Dato' Sri Bahaman
Dato' Daud Mat Kilau
Siapakah yang menubuhkan United Malays National Organization (UMNO)?
Dato' Onn Jaafar
Tun Dr. Mahathir
Tun Abdul Razak
Dato' Burhanuddin Al-Helmy
Malayan Union telah digantikan dengan _________ pada 1948.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Persekutuan Tanah Melayu
Melayu Raya
Semenanjung Tanah Melayu
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat tentangan daripada pihak komunis. Apakah 2 contoh kekejaman yang telah dilakukan oleh komunis?
Memusnahkan lombog bijih timah
Membakar hutan
Membakar dan memusnahkan ladang getah
Menghalau penduduk kampung
Apakah tujuan Rundingan Baling 1956?
Rundingan damai di antara pihak komunis dan Persekutuan Tanah Melayu
Rundingan damai pihak komunis dan British
Rundingan damai pihak komunis dan Jepun
Rundingan damai di antara pihak British dan Persekutuan Tanah Melayu
❇️ dilahirkan pada tahun 1773
❇️ menyerah diri dan diberikan pencen
Maklumat di atas merujuk kepada _________
Sharif Masahor
Dol Said
Tok Janggut
Dato' Bahaman
Nyatakan sebab penentangan Rentap.
James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban
James Brooke berusaha mempertahankan kedaulatan Naning
James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun
Rentap enggan membayar cukai
Nyatakan peristiwa penentangan Dol Said.
Pada tahun 1831, British menyerang Naning tetapi kalah
Pada tahun 1832, British menyerang semula Naning
Pada tahun 1832, British berjaya mengalahkan Dol Said
Pada tahun 1833, Dol Said menyerah diri
Jelaskan peristiwa penentangan Rentap.
Pada tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu British
Pada tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke
Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap di Sungai Lang
Pada tahun 1861, James Brooke menyerang kubu Rentap
Bilakah Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Pengiran Temenggung Hashim berpakat untuk mengusir keluarga Brooke di Kuching?
tahun 1853
tahun 1854
tahun 1859
tahun 1861
Kawasan penentangan yang ditunjukkan merupakan kawasan penentangan __________
Rentap
Mat Salleh
James Brooke
Sharif Masahor
❇️ dilahirkan pada tahun 1868
❇️ meninggal dunia di Mekah
Pernyataan di atas merujuk kepada _________
Tok Janggut
Mat Salleh
Antenom
Haji Abdul Rahman Limbong
❇️ Penduduk tempatan dipaksa menerima sistem cukai dan peraturan tanah baharu
❇️ Peraturan baharu menimbulkan kesulitan
Pernyataan di atas merupakan sebab penentangan oleh ________
Tok Janggut
Dato' Bahaman
Mat Salleh
Rentap
❇️ Tahun 1875 - berlaku pertempuran di Paroi
❇️ Tahun 1876 - berunding dengan British untuk menamatkan persengketaan
Kronologi di atas merujuk kepada ________
Mat Salleh
Dato' Bahaman
Yamtuan Antah
Rentap
Jelaskan sebab Mat Salleh menentang SBUB.
tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya
mengambil alih hak memungut cukai
tidak menghiraukan adat dan kepercayaan
mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang
❇️ Ontoros bin Buyusan
❇️ Lahir di Silar Pinikit Salangit
Pernyataan di atas merujuk kepada _________
Antenom
Mat Salleh
Tok Janggut
Dato' Kelana
1891 - mengetuai serangan terhadap British
1892 - mematahkan serangan British di Semantan
1894 - menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
1895 - berundur ke Kelantan
Kronologi di atas merupakan peristiwa penentangan _________
Haji Abdul Rahman Limbong
Dato' Maharaja Lela
Mat Salleh
Dato' Bahaman
❇️ berketurunan Bajau dan Suluk
❇️ terkorban pada tahun 1900
Siapakah pahlawan tempatan yang dimaksudkan?
Antenom
Sharif Masahor
Rentap
Mat Salleh
Nyatakan sebab Antenom menyerah diri kepada SBUB.
untuk diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
untuk mematahkan serangan British
untuk menyelamatkan keluarga, pengikut dan kaum Murut
untuk mendapat pencen
Antara pahlawan tempatan yang berikut, siapakah yang telah ditangkap atas tuduhan menghasut dan dihukum buang negeri ke Mekah?
Dato' Maharaja Lela
Tok Janggut
Haji Abdul Rahman Limbong
Yamtuan Antah
❇️ tidak bersetuju dengan pengenalan Sistem Penasihat British
❇️ peraturan baharu menimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan
Merujuk kepada pernyataan di atas, yang manakah lokasi kawasan penentangan yang sesuai
Apakah kesan daripada hasil rundingan Yamtuan Antah dengan pihak British?
diiktiraf sebagai pemimpin Sungai Ujong
diberikan tanah dan wilayah lain
diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
menawan semula Jeram Ampai
Mengapakah Dato' Bahaman menentang British?
kehilangan hak memungut cukai
dilucutkan gelaran sebagai pembesar
menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua
tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah
Jelaskan kronologi penentangan Dato' Maharaja Lela.
Februari 1875 - membuat bantahan terhadap campur tangan British
September 1875 - membunuh J.W.W Birch
tahun 1877 - ditangkap dan dihukum gantung
tahun 1877 - perjuangan diteruskan oleh Mat Sator
Mengapakah berlakunya penentangan di Perak?
Residen British campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat resam orang Melayu
Residen British bersikap angkuh dan sombong
Kuasa sultan dan pembesar tempatan diambil alih oleh Residen British
British mendakwa Naning ialah jajahannya
Nama sebenar Dol Said ialah Abdul Said bin Omar dilahirkan pada tahun.........
1771
1772
1773
1774
Nama sebenar Rentap ialah Libau anak Ningkan. Beliau merupakan pemimpin orang Iban di....
Sri Aman, Sarawak.
Nanga Skrang, Sarawak.
Lubuk Antu, Sarawak.
Bukit Sadok, Sarawak.
........... merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang, Sarawak.
Rentap
Sharif Masahor
Yamtuan Antah
Mat Salleh
Sebab penentangan:
British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam orang melayu Perak.
Tokoh tempatan itu ialah.....
Dol Said
Mat Salleh
Dato' Bahaman
Dato' Maharaja Lela
Sebab penentangan:
British menguatkuasakan undang-undang baharu yang menyekat aktiviti memburu dan pertanian penduduk setempat. Tokoh tempatan yang terlibat ialah....
Haji Abdul Rahmanb Limbong
Raja Mahadi
Sharif Masahor
Antenom
Penentangan Dato' Bahaman adalah di...
Sabah
Pahang
Hulu Terengganu
Pasir Puteh, Kelantan
Penentangan Yamtuan Antah adalah di.....
Pensiangan, Sabah
Pasir Salak, Perak.
Seri Menanti, Negeri Sembilan
Sungai Skrang, Sarawak.
Tokoh tempatan ini menentang di Pensiangan, Sabah kerana SBUB menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa serta menceroboh kawasan hutan orang Murut. Tokoh ini ialah.......
Antenom
Dol Said
Raja Mahadi
Tok Janggut
Tokoh ini dilahirkan pada tahun 1868 dan meninggal dunia pada tahun 1929 di Mekah. Beliau ialah.....
Tok Janggut
Haji Abdul Rahman Limbong
Dato' Maharaja Lela
Dato' Bahaman
Pada November 1875, J.W.W Birch telah dibunuh oleh...
Dato' Maharaja Lela
Raja Abdullah
Seputum
Pembesar Melayu Perak
