wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 TING 5 2.0

Total questions: 23

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut mikroorganisma yang manakah digunakan dalam proses penapaian?

a)

Virus

b)

Yis

c)

Alga

d)

Bakteria

2.

Rajah menunjukkan tempoyak yang dihasilkan daripada penapaian isi durian yang masak ranum dengan sejenis mikroorganisma baik probiotik yang menyebabkan rasa isi durian tersebut menjadi masam.
Apakah mikroorganisma itu?

a)

Vibrio cholera

b)

Streptococcus sp.

c)

Lactobacillus sp.

d)

Staphylococcus sp.

3.

Rajah menunjukkan sejenis mikroorganisma yang digunakan dalam industri pemprosesan makanan.
Antara industri berikut, yang manakah menggunakan mikroorganisma ini?

a)

Pembuatan keju

b)

Pembuatan biskut

c)

Pembuatan cuka

d)

Pembuatan roti

4.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri bagi sejenis mikroorganisma.

· Wujud dalam pelbagai bentuk

· Hanya boleh membiak dalam sel hidup

· Menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan

Antara mikroorganisma berikut yang manakah mempunyai ciri-ciri ini?

a)

YIS

b)

SPIROGYRA

c)

AMOEBA

d)

VIRUS

5.

Rajah menunjukkan keadaan roti yang telah dibiarkan di atas meja selama beberapa hari. Tompok kehijauan telah terbentuk pada roti tersebut.
Berdasarkan pemerhatian pada roti, apakah faktor persekitaran paling kritikal yang menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma ini dan bagaimana ia mempengaruhi pertumbuhannya?

a)

Kehadiran cahaya matahari langsung, kerana cahaya menghalang pertumbuhan kebanyakan kulat.

b)

Suhu bilik yang tinggi, yang mempercepatkan kadar tindak balas enzim dalam kulat.

c)

Kelembapan udara yang mencukupi, penting untuk percambahan spora dan pertumbuhan hifa.

d)

Kekurangan pengudaraan, yang menghasilkan keadaan anaerobik yang sesuai untuk mikroorganisma.

6.

Antara berikut, yang manakah merupakan peranan flora normal dalam badan manusia?

a)

Menghasilkan enzim pencernaan utama dalam usus kecil

b)

Mensintesis hormon pertumbuhan untuk pertumbuhan otot

c)

Menyebabkan keradangan ringan untuk meningkatkan sistem imun

d)

Bersaing dengan patogen untuk ruang dan nutrien bagi mencegah jangkitan

7.

Antara berikut, yang manakah digunakan untuk mensterilkan peralatan perubatan?

a)

Fosforus-32

b)

 Barium-138

c)

Iodin-131

d)

Kobalt-60

8.

Apakah tujuan utama vaksinasi dalam pencegahan penyakit berjangkit?

a)

Untuk membunuh semua mikroorganisma yang terdapat dalam badan.

b)

Untuk merangsang sistem imun badan menghasilkan antibodi.

c)

Untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.

d)

Untuk merawat penyakit yang sedia ada.

9.

Satu jenis mikroorganisma didapati membiak dengan sangat cepat di dalam persekitaran yang lembap dan kaya dengan bahan organik, serta membiak secara aseks melalui pembentukan spora. Mikroorganisma ini juga memainkan peranan penting dalam proses penguraian organisma mati.
Berdasarkan maklumat di atas, kumpulan mikroorganisma manakah yang paling sesuai dengan ciri-ciri tersebut?

a)

Fungi (Kulat)

b)

Bakteria

c)

Virus

d)

Alga

10.

Rajah menunjukkan satu bahan kimia (peluntur) yang digunakan dalam teknik aseptik.
Apakah fungsi bahan kimia tersebut?

a)

Mencegah jangkitan patogen pada luka

b)

Membunuh patogen di dalam tandas

c)

Menapis mikroorganisma dalam air

d)

Membunuh mikroorganisma pada peralatan doktor gigi

11.

Antara berikut, yang manakah fungsi spora yang terbentuk di dalam sel bakteria?

a)

Menentukan bentuk mikroorganisma

b)

Mengepung makanan semasa fagositosis

c)

Menjalankan fotosintesis untuk menghasilkan makanan

d)

Memberi perlindungan untuk bertahan dalam persekitaran yang ekstrem

12.

Faktor manakah yang menyebabkan mikroorganisma membiak dengan cepat di dalam badan manusia?

a)

Medium berasid

b)

Suhu yang optimum

c)

Kelembapan yang rendah

d)

Keamatan cahaya yang tinggi

13.

Flora normal manakah yang terdapat pada usus kecil?

a)

Lactobacillus sp.

b)

Staphylococcus sp.

c)

Corynebacterium sp.

d)

Nitrobacter sp.

14.

Apakah tujuan utama penggunaan disinfektan?

a)

Menyuburkan tanaman

b)

Membersihkan luka pada kulit

c)

Membantu pertumbuhan mikroorganisma

d)

Membunuh mikroorganisma pada permukaan bukan hidup

15.

Daniel telah menggunakan larutan ekoenzim yang dihasilkan sendiri untuk membersihkan sinki dapur di rumahnya. Beliau mendapati bahawa sinki tersebut lebih bersih berbanding menggunakan pencuci yang biasa digunakan sebelumnya.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

a)

Ekoenzim lebih murah dan menghasilkan lebih banyak buih

b)

Ekoenzim mengandungi bahan kimia industri yang kuat untuk menghapuskan semua bakteria

c)

Ekoenzim mempercepatkan proses penguraian bahan organik tanpa meninggalkan sisa toksik

d)

Ekoenzim bertindak balas dengan besi sinki dan menyebabkan tindak balas kimia dengan cepat

16.

Antara pernyataan berikut, yang manakah paling tepat menerangkan tentang flora normal?

a)

Tidak menyebabkan penyakit

b)

Meningkatkan populasi patogen

c)

Menyebabkan jangkitan lebih serius

d)

Tidak merangsang pembentukan antibodi

17.

Antara berikut, apakah rawatan bagi penyakit pneumonia?

a)

Antiviral
(Varicella)

b)

Antifungal
(Acyclovir)

c)

Antiviral
(Clotrimazole)

d)

Antibiotik
(Penisilin)

18.

Apakah kumpulan mikroorganisma yang terlibat dalam sistem pencernaan haiwan?

a)

Virus

b)

Fungi

c)

Bakteria

d)

Protozoa

19.

Antara berikut, apakah mikroorganisma yang menyebabkan penyakit athlete’s foot dan rawatannya?

a)

Varicella-zoster
Rawatan : Antiviral

b)

Trichophyton rubrum
Rawatan : Antifungal

c)

Plasmodium vivax
Rawatan : Antibiotik

d)

Escherichia coli
Rawatan : Antiviral

20.

Apakah kumpulan mikroorganisma yang digunakan dalam industri pembuatan barangan kulit?

a)

Virus

b)

Fungi

c)

Bakteria

d)

Protozoa

21.

Rajah 14 menunjukkan sejenis penyakit.
Antara berikut, yang manakah digunakan untuk merawat penyakit ini?

a)

Antiviral

b)

Antifungal

c)

Antiseptik

d)

Antibiotik

22.

Rajah 14 menunjukkan beberapa bahan yang digunakan di satu klinik.
Antara berikut, yang manakah menerangkan fungsi bahan-bahan tersebut?

a)

Mencuci tandas di klinik

b)

Merawat pesakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria

c)

Disapu pada peralatan pembedahan untuk membunuh mikroorganisma

d)

Disapu pada permukaan kulit pesakit untuk mencegah jangkitan patogen

23.

Rajah 13 menunjukkan sejenis makanan yang dihasilkan dengan menggunakan sejenis mikroorganisma.
Antara mikroorganisma berikut, yang manakah digunakan dalam penghasilan makanan itu?

a)

b)

c)

d)