wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Pengukuhan —JIRIM

Total questions: 27

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan tiga cecair dan dua pepejal dalam satu balang gas. Susunkan bahan tersebut mengikut urutan bermula dengan bahan yang paling kurang tumpat.

a)

R, Y, Q, X, P

b)

R, Q, Y, P, X

c)

P, X, Q, Y, R

d)

P, R, X, Y, Q

2.

Mengapakah pepejal mempunyai bentuk sekata?

a)

Zarah-zarahnya menepati kedudukan yang tetap.

b)

Zarah-zarahnya tidak mempunyai tenaga kinetik.

c)

Zarah-zarahnya sentiasa bergetar.

d)

Zarah-zarahnya tidak mempunyai ruang di antaranya.

3.

Antara pernyataan berikut, manakah yang benar tentang zarah-zarah asap yang dilihat di bawah mikroskop?

a)

Ia bergerak secara rawak.

b)

Ia kelihatan bersinar.

c)

Ia adalah atom karbon yang bergerak.

d)

Ia menghasilkan wap air.

4.

Rajah menunjukkan susunan zarah-zarah dalam jirim. Antara bahan berikut, yang manakah mewakili X, Y dan Z?

a)

X: Karbon; Y: Asid cair; Z: Ais

b)

X: Aluminium; Y: Cuka; Z: Nitrogen

c)

X: Alkohol; Y: Oksigen; Z: Ammonia

d)

X: Kayu; Y: Air; Z: Minyak

5.

Mengapakah ais terapung di atas air?

a)

Ais adalah kurang tumpat daripada air.

b)

Larut dalam air menyebabkan saiznya berkurang.

c)

Ais mempunyai ruang yang diisi dengan udara.

d)

Ais adalah lebih ringan daripada zarah-zarah dalam air.

6.

Apabila perubahan dari gas kepada cecair berlaku,

a)

Ia menerima haba melalui proses penyublimaan.

b)

Ia kehilangan haba melalui proses pelebur.

c)

Ia menerima haba melalui proses kondensasi.

d)

Ia kehilangan haba melalui proses kondensasi.

7.

Rajah di bawah menunjukkan seorang budak lelaki mengepam tayar basikal. Mengapakah tayar itu mengembang apabila udara dipam ke dalamnya?

a)

Udara mengembang

b)

Udara memenuhi ruang

c)

Udara mempunyai jisim

d)

Udara mempunyai isi padu

8.

Rajah berikut menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan di dalam makmal. Didapati rod itu condong ke arah belon Q apabila sebatang pin dicucuk melalui pita selofan pada belon P. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada aktiviti ini?

a)

Udara memenuhi ruang

b)

Udara mempunyai jisim

c)

Belon mempunyai jisim

d)

Udara mempunyai berat

9.

Pernyataan manakah benar tentang zarah-zarah dalam gas?

a)

Zarah-zarah mempunyai isi padu yang tetap

b)

Zarah-zarah boleh dimampatkan

c)

Zarah-zarah bergerak secara rawak

d)

Zarah-zarah bergetar pada kedudukan yang tetap

10.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pepejal dan cecair?

a)

Kedua-duanya mempunyai bentuk yang tetap

b)

Kedua-duanya mempunyai isi padu yang tetap

c)

Kedua-duanya mempunyai jisim dan bentuk yang tetap

d)

Kedua-duanya mempunyai isi padu yang tetap dan boleh dimampatkan

11.

Rajah di bawah menunjukkan tiga buah tabung uji, J, K dan L. Proses resapan berlaku dalam semua tabung uji itu. Antara berikut, yang manakah disusun mengikut kadar resapan yang meningkat?

a)

J, K, L

b)

J, L, K

c)

K, J, L

d)

K, L, J

12.

Antara proses berikut, yang manakah melibatkan penyerapan haba?

a)

Pembekuan

b)

Peleburan

c)

Penyejatan

d)

Kondensasi

13.

Rajah di bawah menunjukkan setitik dakwat merah diletakkan di dasar sebuah silinder penyukat yang diisi dengan air. Mengapakah air tersebut bertukar menjadi merah?

a)

Zarah-zarah dakwat lebih kecil daripada zarah-zarah air

b)

Zarah-zarah dakwat lebih ringan daripada zarah-zarah air

c)

Zarah-zarah dakwat telah bergabung dengan zarah-zarah air

d)

Zarah-zarah dakwat telah mengisi ruang di antara zarah-zarah air

14.

Rajah berikut menunjukkan graf pembekuan air. Antara berikut, yang manakah menunjukkan air telah membeku sepenuhnya?

a)

T1

b)

T2

c)

T3

d)

T4

15.

Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan jirim apabila haba dibebaskan. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang zarah-zarah apabila jirim X berubah menjadi jirim Y?

a)

Saiz zarah-zarah bertambah

b)

Zarah-zarah bergerak lebih cepat

c)

Tenaga kinetik zarah-zarah bertambah

d)

Tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan

16.

Apakah itu jirim?

a)

Sebarang jasad yang mempunyai tenaga

b)

Sebarang jasad yang mempunyai bentuk yang tetap

c)

Sebarang jasad yang mempunyai jisim

d)

Sebarang jasad yang mempunyai isi padu

17.

Antara berikut, yang manakah bukan contoh jirim?

a)

Pelangi

b)

Air hujan

c)

Udara

d)

Lumpur

18.

Jadual berikut menunjukkan jisim dan isi padu beberapa bahan. Yang manakah akan terapung di atas air?

a)

S

b)

T

c)

U

d)

V

19.

Pernyataan yang manakah benar tentang teori kinetik jirim?

a)

Jirim mempunyai jisim.

b)

Jirim terdiri daripada zarah yang halus dan diskret.

c)

Jirim boleh memenuhi ruang.

d)

Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan.

20.

Apakah akan berlaku apabila cecair dipanaskan?

a)

Zarah-zarah cecair kehilangan tenaga kinetik.

b)

Zarah-zarah cecair bergerak dengan lebih perlahan.

c)

Zarah-zarah cecair membebaskan haba.

d)

Zarah-zarah cecair menyerap haba.

21.

Apakah yang akan berubah apabila keadaan jirim sesuatu bahan berubah?

a)

Kuantiti zarah

b)

Saiz zarah

c)

Susunan zarah

d)

Jisim bahan

22.

Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan proses peleburan?

a)

Kasut yang basah menjadi kering.

b)

Ais kering digunakan untuk menyejukkan aiskrim.

c)

Air bertukar menjadi ais.

d)

Ais bertukar menjadi air.

23.

Seorang murid telah mencampurkan 50 ml garam ke dalam 50 ml air. Setelah campuran dikacau, didapati isi padu campuran kurang daripada 100 ml. Mengapakah situasi ini berlaku?

a)

Air tidak mempunyai jisim.

b)

Zarah-zarah garam telah mengisi ruang di antara zarah-zarah air.

c)

Zarah-zarah garam bergerak secara rawak.

d)

Zarah-zarah air bergerak secara rawak.

24.

Proses yang manakah melibatkan pembebasan haba ke persekitaran? Pilih kombinasi yang betul.

a)

Kondensasi

b)

Pembekuan

c)

Penyejatan

d)

Pendidihan

25.


Jirim didefinisikan sebagai semua benda yang mempunyai (a)   dan memenuhi ruang.

26.

(a)   boleh dikelaskan sebagai jirim.

27.

Di dalam air, benda yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan air akan (a)