wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PERNIAGAAN PASCA UASA

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perniagaan? Pilih jawapan yang paling tepat berdasarkan definisi umum.

a)

Aktiviti yang menjaga kebajikan masyarakat

b)

Aktiviti yang memperoleh keuntungan maksimum

c)

Aktiviti yang menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli antara penjual dan pembeli

2.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

3.

Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan? I. Melakukan pertukaran nilai II. Melatih tenaga kerja mahir III. Menyediakan barang dan perkhidmatan IV. Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

4.

Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dan pembeli?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Kawalan Bekalan 1973

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

5.

Rujuk rajah X yang menyatakan: "Menyediakan peluang pekerjaan demi tanggungjawab membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di samping menjalankan khidmat sosial korporat." Apakah X?

a)

Perniagaan

b)

Pihak kerajaan

c)

Pihak swasta dan NGO

d)

Organisasi bukan bermotifkan untung

6.

Antara berikut, yang manakah merupakan komponen dalam asas perniagaan? I. Pemasaran II. Syer pasaran III. Pertukaran nilai IV. Penjual dan pembeli

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Apakah perbezaan utama antara keperluan dengan kehendak dalam perniagaan?

a)

Keperluan susah untuk dipenuhi; kehendak mudah dipenuhi

b)

Keperluan untuk meneruskan hidup; kehendak untuk hidup lebih selesa

c)

Keperluan dipengaruhi pendapatan; kehendak tidak dipengaruhi pendapatan

d)

Keperluan barang yang tidak semestinya perlu; kehendak barang yang semestinya perlu

8.

Pernyataan manakah yang menerangkan konsep keuntungan perniagaan dengan tepat?

a)

Ditawarkan oleh pembeli kepada penjual

b)

Lambang kecemerlangan sesebuah perniagaan

c)

Tahap penentu untuk disumbangkan semula kepada masyarakat

d)

Lebihan perbelanjaan setelah ditolak semua hasil jualan yang diterima

9.

Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan aktiviti berasaskan perkhidmatan. Pilih padanan yang betul.

a)

Kembara Travel&Tour Sdn. Bhd — Butik Jahit dan sulaman Nauqaida

b)

Kilang Perabot Siva Sdn. Bhd. — Kilang elektronik Infineon Melaka

c)

Kilang Kopi Ah Long sdn.bhd — Pusat Tuisyen Akademik Kasturi

d)

Kedai Gunting Rambut Salvi — Kedai Dobi Fastrack Enterprise

10.

Apakah tujuan Perniagaan Nagoya Sdn.Bhd menjual pakaian dan kain?

a)

Memajukan perniagaan ke seluruh negara

b)

Meningkatkan taraf hidup pemilik dan pekerja

c)

Memperoleh pendapatan selepas cukai yang tinggi

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna sasaran

11.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

Biasanya menjual barang pada harga kos

b)

Contoh organisasi bermotifkan untung ialah Rumah Anak Yatim Serdang

c)

Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuma

d)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta pengguna

12.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

I. Memberi bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan

II. Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan

III. Menawarkan barang dan perkhidmatan yang mendatangkan keuntungan maksimum

IV. Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan kepada pekerja tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Gambar taman permainan menunjukkan sumbangan Syarikat Ali Sdn.Bhd. Apakah kepentingan keuntungan yang digunakan oleh syarikat tersebut?

a)

Penuju hala tuju perniagaannya

b)

Menjalankan tanggungjawab sosial

c)

Memastikan perniagaan sentiasa beroperasi

d)

Melambangkan imej Malaysia maju dan sejahtera

14.

Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak. Apakah kaedah perniagaan ini?

a)

Secara percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan di bawah harga kos

d)

Secara sumbangan masyarakat

15.

Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos?

a)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran

b)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing

c)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga minima

d)

Penetapan harga jualan barang lebih rendah daripada kos sebenar

16.

Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal berbanding perkongsian?

I. Mudah ditubuhkan

II. Beban cukai rendah

III. Bebas dalam mengurus perniagaan

IV. Keputusan dibuat dengan cepat.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

17.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal? Pilih jawapan terbaik.

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Koperasi Kg Debana Berhad

c)

Restoran Syed dan Syeikh

d)

Syarikat Cemerlang Sendirian Berhad

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri perniagaan Abu dan Rakan-Rakan?

I. Mempunyai bilangan ahli sebanyak 20 orang

II. Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer

III. Susah untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan

IV. Surat ikatan perkongsian merupakan perjanjian perkongsian yang sah.

Pilih jawapan yang benar.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan:

"FIRMA GUAMAN RAJA DAN RAIHAN".

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang bentuk pemilikan berkenaan?

I. Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang

II. Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat

III. Perniagaan didaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

IV. Tanggungan pemilik terhad kepada modal dilaburkan sahaja.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

20.

Gambar papan tanda perniagaan menunjukkan "Kedai Dobi Papa" dengan perkhidmatan layan diri. Apakah jenis pemilikan perniagaan yang paling sesuai dengan gambaran ini?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Sendirian Berhad

d)

Syarikat Awam Berhad

21.

Mengapakah pemilik memilih untuk membuka perniagaan dobi tersebut? Pilih alasan yang paling munasabah berdasarkan ciri milikan tunggal.

a)

Perniagaan tidak berterusan

b)

Diuruskan secara bersorangan

c)

Saiz kecil dan mudah diuruskan

d)

Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad

22.

Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?

a)

Tanggungan terhad

b)

Berkongsi kepakaran

c)

Perniagaan berterusan

d)

Mudah membuat keputusan

23.

Rajah menunjukkan perubahan bentuk milikan: "Pasar Mini Azma" diubah kepada "Pasar Mini Azma dan Ema". Mengapakah tindakan ini diambil? I. Perniagaan berterusan II. Risiko dapat disebarkan III. Dapat berkongsi kepakaran IV. Menanggung liabiliti terhad. Pilih kombinasi yang paling tepat.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

24.

Maklumat berikut ialah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi: "Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa perlu mengeluarkan modal." Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?

a)

Rakan kongsi lelap

b)

Rakan kongsi biasa

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi nominal

25.

Maklumat berikut menunjukkan sebuah bentuk pemilikan perniagaan: "Jaya Bintang Sendirian Berhad". Antara yang berikut, yang manakah benar?

I. Kadar bayaran cukai syarikat adalah rendah

II. Semua pemegang saham menanggung liabiliti yang tidak terhad

III. Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga 50 orang

IV. Milik saham hanya boleh dipindah selepas mendapat kebenaran ahli Lembaga pengarah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?

a)

Beban cukai yang rendah

b)

Syer boleh dipindahmilik secara bebas

c)

Laporan kewangan tidak perlu diumum kepada orang ramai

d)

Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

27.

Apakah tujuan utama perniagaan? Pilih jawapan yang paling tepat.

a)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna sambil menjana keuntungan

b)

Meningkatkan bilangan pekerja tanpa mengira kos

c)

Mengurangkan persaingan dengan menutup pasaran

d)

Mengelakkan pembayaran cukai kepada kerajaan

28.

Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menggunakan kaedah tertentu untuk mencapai objektifnya. Antara berikut, yang manakah KAEDAH OBBU yang betul?

a)

Memberi perkhidmatan kebajikan kepada komuniti dan mengumpul dana melalui sumbangan

b)

Memaksimumkan keuntungan pemilik dan mengagihkan dividen tinggi

c)

Menjual aset kepada pelabur untuk pulangan pantas

d)

Mengenakan harga tinggi bagi memperoleh margin keuntungan maksimum

29.

Perniagaan milikan tunggal mempunyai kelebihan tertentu. Manakah berikut merupakan kelebihan milikan tunggal?

a)

Kawalan penuh oleh pemilik dan keputusan dibuat dengan cepat

b)

Liabiliti terhad kepada modal dilaburkan sahaja

c)

Mudah mendapatkan modal besar daripada ramai pemegang saham

d)

Kongsi keuntungan dengan rakan kongsi secara automatik

30.

Antara berikut, yang manakah merupakan kelemahan perniagaan milikan tunggal?

a)

Liabiliti tidak terhad terhadap hutang perniagaan

b)

Kerahsiaan perniagaan mudah dikekalkan

c)

Proses membuat keputusan sangat lambat kerana ramai pemilik

d)

Keuntungan perlu dikongsi dengan pemegang saham