WorksheetsNSGN MCQ 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ageism adalah satu layanan tidak adil pada warga emas disebabkan oleh
umur.
status ekonomi.
keupayaan fizikal dan mental.
latar belakang budaya mereka.
Perubahan kognitif yang biasa berlaku di kalangan warga emas.
Kemerosotan hilangnya semua memori masa lalu.
Peningkatan pemikiran yang lebih cepat dan tepat.
Peningkatan keupayaan menyimpan maklumat baharu.
Kemerosotan ingatan jangka pendek dan masa respon.
Perkhidmatan perawatan domisiliari adalah
memberi rawatan paliatif.
memberi pendidikan kesihatan.
perkhidmatan saringan kesihatan.
penjagaan di rumah oleh anggota kesihatan.
Peranan jururawat dalam pengurusan penyakit kronik dalam kalangan warga emas ialah
menyediakan penjagaan di rumah sahaja.
menyediakan ubat-ubatan tanpa preskripsi.
menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala dan memberi kaunseling kesihatan.
membenarkan warga emas membuat semua keputusan sendiri tanpa bimbingan.
Bartel Index yang digunakan oleh jururawat semasa melakukan penilaian terhadap warga emas adalah untuk
menilai kualiti hidup dan penglibatan warga emas dalam perawatan.
mengukur tahap keaktifan warga emas semasa melakukan senaman pasif.
menilai kemampuan warga emas dalam menjalani aktiviti harian dengan sendiri.
mengukur keupayaan psikologi warga emas semasa menghadapi masalah.
Faktor yang mempengaruhi promosi kesihatan adalah seperti berikut, kecuali
lifestyle and habits.
hiring a caregiver.
economic resources.
knowledge and motivation.
Bagi mengekalkan kesihatan warga emas, amalan yang boleh dilakukan ialah
pengambilan ubat dari luar.
sentiasa mengamalkan jamu.
sentiasa berkeyakinan dengan diri sendiri.
melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Faktor internal yang boleh menyebabkan keselamatan warga emas terancam adalah
terjatuh dari tangga.
kasut yang tidak sesuai.
melecur akibat dari air panas.
pengambilan ubat yang salah.
Tindakan kejururawatan bagi mengurangkan risiko jatuh warga emas semasa berada di wad adalah
naikkan pagar katil setiap masa.
cahaya bilik hendaklah malap supaya warga emas tidak silau.
nasihatkan waris supaya menjaga warga tua sepanjang mereka berada di wad.
jururawat hendaklah menjaga warga tua sepanjang masa sewaktu mereka dirawat di wad.
Seorang pesakit warga emas berusia 80 tahun sering menolak untuk minum air kosong walaupun telah dipujuk. Tindakan kejururawatan yang sesuai untuk menangani risiko dehidrasi adalah
melaporkan kepada doktor bahawa pesakit tidak mahu bekerjasama.
memaksa pesakit untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari.
menawarkan pelbagai sumber cecair alternatif seperti sup, jus, atau susu secara berkala.
memberi pendidikan kesihatan tentang bahaya dehidrasi dan menyuruh pesakit minum sendiri.
Puan S, seorang pesara guru berusia 72 tahun, telah dimasukkan ke sebuah pusat jagaan. Beliau kelihatan sihat dari segi fizikal tetapi sering menolak untuk menyertai aktiviti sosial. Intervensi kejururawatan bagi memenuhi keperluan psikologi beliau adalah
memberitahu bahawa beliau perlu bergaul untuk mengelakkan kemurungan.
mencadangkan kepada ahli keluarga untuk membawa pulang ke rumah dengan segera.
memberikan ubat antidepresan mengikut arahan doktor untuk merawat simptom kemurungannya.
mengaturkan satu sesi berkongsi pengalamannya sebagai seorang guru kepada penghuni yang lebih muda.
Encik K, 78 tahun, baru sahaja kehilangan isterinya. Beliau tinggal bersendirian. Intervensi kejururawatan yang sesuai bagi memenuhi keperluan sosial Encik K adalah
memberi risalah tentang aktiviti senaman untuk meningkatkan kesihatan fizikalnya.
mencadangkan anak-anak bergilir-gilir mengambil cuti untuk menemaninya di rumah.
menasihatkan untuk berpindah ke rumah penjagaan warga emas supaya beliau tidak sunyi.
menghubungkan dengan persatuan komuniti setempat yang menganjurkan aktiviti kemahiran.
Puan A, 75 tahun, tinggal bersama anak yang bekerja. Beliau sihat dari segi fizikal tetapi sering berasa sunyi apabila ditinggalkan bersendirian di rumah. Cadangan program komuniti yang sesuai adalah
menyertai lawatan sambil belajar.
mendaftar untuk pemeriksaan kesihatan percuma.
menasihatkan anaknya untuk memasang televisyen.
mengaturkan program "Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)".
14. Puan H, 78 tahun, mengalami osteoarthritis dan berisiko untuk jatuh. Langkah pencegahan yang sesuai adalah
mengurangkan pergerakan di dalam rumah bagi mengelakkan kemalangan.
memastikan ubat hipertensi sentiasa mencukupi dan diambil mengikut jadual.
melakukan penilaian risiko jatuh di rumah dan mencadangkan pengubahsuaian persekitaran.
merujuk kepada pakar fisioterapi untuk memulakan program senaman bagi menguatkan otot kakinya.
Pendekatan yang sesuai digunakan oleh jururawat ketika berinteraksi dengan keluarga selepas kehilangan warga emas.
Menyokong perasaan sedih mereka.
Memberikan maklumat secara terbuka.
Menghindari perbualan tentang kematian.
Menasihatkan mereka segera meneruskan kehidupan.
Encik H, 80 tahun, baru sahaja kematian isterinya. Beliau kelihatan tidak terurus dan mengalami depression. Tindakan kejururawatan bagi menangani situasi ini adalah
Menerima ketentuan Tuhan.
Mencadangkan agar berpindah rumah.
Melakukan penilaian risiko bunuh diri secara langsung.
Menghubungi anak-anak untuk memaklumkan tentang keadaan ayah mereka kemurungan.
Tujuan utama health assessment dalam kalangan warga emas adalah untuk
memberi ubat sahaja.
mengetahui latar belakang keluarga.
memastikan mereka tinggal di rumah.
mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal dan merancang penjagaan yang sesuai.
Puan G, berusia 78 tahun tinggal sendirian dan mengadu sering terlanggar perabot di rumahnya kerana masalah penglihatan. Tindakan kejururawatan bagi menangani situasi ini adalah:
Menggalakkan berjalan secara perlahan.
Menasihati untuk segera menjadualkan pembedahan katarak.
Menggalakkan penggunaan kanta pembesar untuk semua aktiviti.
Mencadangkan modifikasi persekitaran seperti meningkatkan pencahayaan.
Seorang jururawat sedang merancang penjagaan warga emas yang berisiko jatuh. Intervensi kejururawatan untuk mengurangkan risiko ini adalah:
memastikan memakai cermin mata setiap masa.
menggalakkan untuk melakukan senaman di atas katil sahaja.
memberikan ubat penenang untuk mengurangkan pergerakan.
memastikan persekitaran bebas daripada halangan dan mempunyai pencahayaan yang baik.
Penjaga Encik J yang berusia 72 tahun, mengadu ayahnya kerap terjaga waktu malam. Intervensi kejururawatan untuk membantu Encik J yang mengalami kesukaran tidur adalah:
memberi makanan ringan untuk keselesaan sebelum tidur.
memberi minuman herba yang menenangkan sebelum tidur.
menggalakkan rutin tidur yang tetap dan menyediakan persekitaran yang tenang serta selesa.
membiarkan pesakit menonton televisyen untuk mengurangkan kebosanan sebelum tidur.
