wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GROUP 4 EPISTEMOLOGI

Total questions: 5

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Seorang pelajar menonton satu video “deepfake” yang memaparkan seorang tokoh terkenal mempromosikan skim pelaburan palsu. Dia hampir mempercayainya kerana video tersebut kelihatan sangat realistik. Dari sudut epistemologi, apakah isu utama yang timbul dalam situasi ini?

a)

Kekurangan autoriti sebagai sumber ilmu

b)

Gangguan terhadap sandaran epistemik dan peningkatan “epistemic luck”

c)

Percanggahan antara ilmu falsafah dan ilmu sains

d)

Ketidakmampuan akal untuk memahami maklumat berbentuk visual

2.

Dalam pembelajaran sains, seorang penyelidik hanya menerima sesuatu teori sebagai benar apabila hasil kajian memberikan manfaat praktikal kepada masyarakat. Beliau menolak teori yang tidak mempunyai kegunaan nyata walaupun koheren dengan teori lain. Teori kebenaran manakah yang paling selaras dengan pendekatan penyelidik ini?

a)

Teori Koresponden

b)

Teori Koheren

c)

Teori Pragmatik

d)

Teori Agama

3.

Berdasarkan slaid, manakah aliran epistemologi yang menegaskan bahawa akal dan logik merupakan sumber utama pengetahuan, tanpa bergantung sepenuhnya pada pengalaman deria?

a)

Rasionalisme

b)

Empirisisme

c)

Dogmatisme

d)

Skeptisisme

4.

Manakah antara berikut paling tepat menggambarkan hubungan antara falsafah, agama dan sains seperti yang telah diterangkan dalam slaid?

a)

Ketiga-tiganya seharusnya diamalkan secara berasingan untuk mengekalkan objektiviti.

b)

Sains menjadi asas, manakala falsafah dan agama hanya pelengkap.

c)

Falsafah, agama dan sains perlu bergerak secara trans-disiplin untuk memahami realiti secara menyeluruh.

d)

Agama menentukan kebenaran mutlak, manakala falsafah dan sains hanya mengesahkan dogma tersebut.

5.

Dalam teori koheren, sesuatu pernyataan dianggap benar apabila:

a)

Ia mempunyai bukti empirikal yang dapat diuji melalui eksperimen

b)

Ia konsisten dengan pernyataan lain yang telah diterima sebagai benar

c)

Ia memberikan manfaat praktikal kepada manusia

d)

Ia bertepatan dengan realiti fizikal di dunia luar