NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 5 KSSM : Bab 3.1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh _________yang berkuasa mutlak.
A.Pembesar
B. Menteri
C.Pendeta
D. Raja
Pemerintahan dalam Kesultanan Melayu Melaka merujuk kepada dua undang-undang iaitu _________________dan Undang-Undang Laut Melaka.
A. Undang-Undang Legalisme
B. Undang-Undang Manu
C. Hukum Kanun Melaka
D. Undang-Undang Adat Melaka
Selepas kekalahan Jepun, British telah memperkenalkan satu bentuk pentadbiran yang dikenali sebagai ____________________.
A. Sistem Residen
B. Sistem Penasihat
C. Malayan Union
D. Persekutuan Tanah Melayu
Kedudukan Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun diletakkan di bawah pengawasan _______________di Tanah Melayu.
A. Jeneral Jepun
B. Menteri Jepun
C. Gabenor Jepun
D. Maharaja Jepun
Perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan British sebelum Perang Dunia Kedua tidak memindahkan kedaulatan negeri Melayu kepada Britih. Negeri Melayu hanya menjadi negeri__________British.
A. Taklukan
B. Jajahan
C. Naungan
D. Kuasaan
*Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
*Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911
Undang-undang di atas bertujuan untuk menghalang perluasan pengaruh ____________ di negeri-negeri tersebut dan mengekalkan kedaulatan negeri.
A. Belanda
B. Portugal
C. Jepun
D. British
Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik , apakah cara anda menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Negara?
A. Kreatif dalam mencipta sesuatu
B. Menumpukan perhatian terhadap pelajaran
C. Menghormati lambang-lambang negara
D. Menolong orang yang memerlukan
Mengapakah Raja-raja Melayu menentang Malayan Union?
A. Tidak dibayar elaun
B. Hilang kuasa
C. Dipecat dari jawatan
D. Cukai yang tinggi
Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua_______________.
A.Tentera
B. Agama
C. Pendeta
D. Adat
Semasa pemerintahan British,Raja-raja Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai______________
A. Gabenor
B. Pesuruhjaya Tinggi
C. Residen
D. Penasihat British
