wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuis Pengajian Am KELANTAN

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah merupakan konsep negara berdaulat?

a)

Pemerintahan secara demokrasi berparlimen

b)

Persempadanan wilayah yang jelas

c)

Penduduk yang berbilang kaum

d)

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat

2.

Yang manakah tergolong dalam perkara yang tidak boleh disentuh oleh rakyat?

a)

Agama

b)

Kedudukan bahasa kebangsaan

c)

Badan kehakiman

d)

Parlimen

3.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang manakah berkaitan dengan situasi cubaan membunuh diri?

a)

Perkara 4

b)

Perkara 7

c)

Perkara 5

d)

Perkara 6

4.

Yang manakah pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia memerlukan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak?

a)

Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

b)

Peruntukan tambahan mengenai kewarganegaraan

c)

Biasiswa dan kebajikan awam

d)

Kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia

5.

Berikut merupakan cara-cara Perlembagaan Persekutuan dipinda kecuali?

a)

Memperoleh persetujuan majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

b)

Memperoleh majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak

c)

Memperoleh sokongan majoriti mudah ahli Parlimen

d)

Memperoleh persetujuan majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen dengan perkenan Majlis Raja-Raja

6.

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) memberikan kuasa tambahan kepada Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menggubal undang-undang berkaitan dengan bidang?

a)

Pelabuhan dan Pengkalan

b)

Perubatan dan Kesihatan

c)

Akhbar dan Penerbitan

d)

Perkapalan

7.

Yang manakah berikut merupakan tujuan utama Perjanjian Malaysia 1963?

a)

Menyatukan wilayah dalam satu entiti politik

b)

Mewujudkan satu gagasan Melayu Raya

c)

Menghalang penyebaran ideologi komunis

d)

Membentuk satu blok ekonomi

8.

Yang manakah benar tentang tadbir urus baik?

a)

Ketelusan dalam prosedur kerja

b)

Penambahan masa perkhidmatan

c)

Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara

d)

Penambahan sumber tenaga

9.

Yang manakah kesan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lemah?

a)

Kemerosotan keyakinan orang ramai

b)

Peningkatan perkhidmatan agensi swasta

c)

Penurunan permohonan jawatan dalam sektor awam

d)

Menjejaskan pencapaian program transformasi kerajaan

10.

Yang manakah langkah utama yang boleh meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan awam?

a)

Melaksanakan kawalan melalui sistem audit dalaman

b)

Memberikan ganjaran kepada pegawai yang meluluskan kewangan

c)

Mengurangkan pengawasan terhadap agensi kerajaan

d)

Menempatkan pegawai baru dalam pengurusan kewangan

11.

Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Mahkamah Tinggi yang tidak dimiliki oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret?

a)

Membicarakan kesalahan trafik

b)

Mendengar rayuan daripada mahkamah rendah

c)

Membicarakan kesalahan jenayah melibatkan hukuman mati

d)

Mengendalikan kes saman sivil tidak melebihi RM1 juta

12.

Yang manakah merupakan salah satu prinsip dalam tadbir urus yang baik?

a)

Kerahsiaan

b)

Keterbukaan

c)

Ketidakpastian

d)

Kekacauan

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'kebebasan bersuara' dalam konteks Perlembagaan?

a)

Hak untuk menyebarkan ideologi ekstremis

b)

Hak untuk mengkritik kerajaan tanpa akibat

c)

Hak untuk bercakap tanpa sekatan

d)

Hak untuk menyebarkan berita palsu

14.

Yang manakah merupakan salah satu daripada hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan?

a)

Hak untuk memiliki harta

b)

Hak untuk mendapatkan pendidikan

c)

Hak untuk mengundi

d)

Hak untuk bekerja