wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji CTU 552 Falsafah dan Isu Semasa

Total questions: 43

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut PALING TEPAT berkaitan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

a)

Membaiki taraf hidup masyarakat

b)

Melahirkan manusia yang bijak pandai

c)

Membentuk generasi yang taat dan patuh

d)

Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

2.

Manakah antara berikut penyataan yang SALAH mengenai Falsafah Pendidikan Islam?

a)

Falsafah Pendidikan Islam berteras kepada Islam

b)

Falsafah Pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan insan yang bertamadun

c)

Falsafah Pendidikan Islam menekankan unsur jasmani, rohani dan intelek

d)

Falsafah Pendidikan Islam bersifat seimbang dalam mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat

3.

Salah satu daripada prinsip Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan. Bagaimanakah prinsip ini dapat dibudayakan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia?

a)

Kempen Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

b)

Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia

c)

Kempen Berbudi Bahasa Amalan Kita

d)

Kempen Sayangi Sungai Kita

4.

Pernyataan berikut adalah benar tentang falsafah KECUALI:

a)

Berfikir secara kritis

b)

Berfikir secara integral

c)

Berfikir secara emosi

d)

Berfikir secara menyeluruh

5.

Falsafah Praktikal (Amaliyah) merupakan falsafah yang bertujuan untuk mencari kebahagiaan dalam aktiviti kehidupan manusia seharian. Manakah antara berikut merupakan bidang di bawah Falsafah Praktikal?

a)

Politik

b)

Metafizik

c)

Kosmologi

d)

Epistemologi

6.

Manakah antara bidang berikut yang membahaskan persoalan kewujudan Tuhan, kehidupan di alam lain, syurga dan neraka?

a)

Metafizik

b)

Kosmologi

c)

Matematik

d)

Kemanusiaan

7.

Manakah penyataan yang BENAR mengenai Falsafah Timur?

a)

Berkembang pesat di negara Eropah

b)

Bergantung kepada pelbagai fahaman dan aliran

c)

Dunia Timur didominasi oleh dogmatisme gereja yang hanya fokus kepada pembinaan spiritual

d)

Falsafah Islam mengiktiraf wahyu dan pancaindera sebagai alat untuk membuat penilaian

8.

Manakah antara berikut yang menekankan aspek nilai dalam Falsafah Aksiologi? i Logik ii Estetika iii Ontologi iv Epistemologi

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

Semua di atas

9.

Apakah maksud perkataan "Metafizik" dari sudut etimologi?

a)

Membangunkan rohani

b)

Melangkaui alam fizikal

c)

Cinta kepada kebenaran

d)

Teori ilmu pengetahuan

10.

Berikut merupakan nama-nama lain bagi ilmu Metafizik, KECUALI:

a)

First Technology

b)

First Philosophy

c)

First Knowledge

d)

First Science

11.

X adalah perbincangan falsafah yang membahaskan mengenai hakikat dan kewujudan alam ghaib. Manakah antara berikut merujuk kepada X?

a)

Epistemologi

b)

Metafizik

c)

Etika

d)

Logik

12.

Manakah antara berikut gambaran hubungan manusia dengan Tuhan?

a)

Hubungan Contigency

b)

Hubungan Horizontal

c)

Hubungan Causality

d)

Hubungan Vertikal

13.

Manakah antara berikut merupakan aliran pemikiran yang termasuk dalam Metafizik? i Saintisme ii Politeisme iii Agnostisme iv Monoteisme

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

Semua di atas

14.

Manakah antara berikut yang boleh dikaitkan dengan diskusi tentang hubungan manusia dengan alam? i Ekologi ii Sosiologi iii Kosmologi iv Antropologi

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

15.

Manakah penyataan yang BENAR mengenai sistem-sistem dalam metafizik?

a)

Scientology meletakkan martabat sains lebih rendah dari kedudukan wahyu sebagai sumber kebenaran

b)

Agnostik menganggap akal manusia tidak mampu berfikir tentang kewujudan Tuhan

c)

Saintisme dan Agnostisme selari dengan konsep metafizik dalam Islam

d)

Politeisme menafikan kewujudan Tuhan

16.

Apakah kesan UTAMA mempelajari ilmu metafizik kepada mahasiswa Islam? i Mengakui keesaan Allah SWT ii Mengenali sifat-sifat Allah SWT iii Memahami penghujahan orang lain iv Mengetahui perkara-perkara ghaibiyyat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

Semua di atas

17.

Penggunaan akal yang rasional untuk memperoleh ilmu dan mencari kebenaran. Apakah aliran pemikiran yang merujuk pernyataan di atas?

a)

Rasionalisme

b)

Dogmatisme

c)

Empirisisme

d)

Skeptisme

18.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan tokoh Rasionalisme Barat? i John Locke (1632–1704M) ii David Hume (1711–1776M) iii Rene Descartes (1596–1650M) iv George Berkeley (1685–1753M)

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

19.

Suatu disiplin ilmu yang bersifat menilai, menentukan piawaian dan menguji tentang sumber dan kesahan pengetahuan. Apakah istilah yang PALING TEPAT merujuk pernyataan di atas?

a)

Logik

b)

Metafizik

c)

Psikologi

d)

Epistemologi

20.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan teori tentang kebenaran?

a)

Teori Kebenaran Koheren

b)

Teori Kebenaran Pragmatik

c)

Teori Kebenaran Metafizik

d)

Teori Kebenaran Koresponden

21.

Manakah antara berikut merupakan bidang-bidang dalam klasifikasi ilmu 'aqli? i Ilmu Tafsir ii Ilmu Perniagaan iii Ilmu Kemanusiaan iv Ilmu Sains Teknologi

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

22.

Berikut merupakan asas utama yang perlu ada untuk mengatakan bahawa sesuatu perkara itu adalah ilmu, KECUALI:

a)

Sesuatu perkara itu boleh dipercayai (belief)

b)

Kepercayaan sesuatu perkara itu benar (true)

c)

Sesuatu perkara itu perlu relevan (relevance)

d)

Kepercayaan sesuatu perkara itu mempunyai justifikasi (justified)

23.

Manakah antara berikut merupakan kesan epistemologi terhadap kehidupan? i Mempengaruhi peradaban manusia ii Mendorong manusia mencipta sesuatu yang baharu iii Membantu memahami cara dan arah manusia berfikir iv Membantu mengetahui perkara yang ada dalam sesuatu bidang

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

24.

Pilih penyataan yang BENAR tentang ilmu dalam Islam. i Ilmu fardu Kifayah wajib dipelajari oleh semua Muslim ii Sumber pengetahuan tertinggi dalam Islam adalah wahyu iii Permulaan tradisi keilmuan Islam adalah pada zaman Abbasiyyah iv Al-Quran memberikan pengetahuan tentang keseluruhan hidup manusia dan alam

a)

i dan iii

b)

ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

25.

Manakah antara berikut merujuk kepada sekularisme?

a)

Adat budaya merupakan sumber pengetahuan kepada hidup

b)

Pemisahan antara urusan dunia dan keagamaan

c)

Kebebasan hidup daripada konsep baik dan buruk

d)

Pemisahan di antara akal dan jasad

26.

Menekankan akal fikiran rasional dalam menentukan kebenaran, berpaksikan ilmu sains dan kaedah saintifik untuk membentuk kemajuan dan tidak berlandaskan nilai-nilai agama. Manakah fahaman yang bertepatan dengan penyataan di atas?

a)

Pasca-Modernisme

b)

Modenisme

c)

Empirisme

d)

Idealisme

27.

Manakah antara berikut BUKAN asas yang menaungi Pascamodenisme?

a)

Dekonstruksionisme

b)

Konstruksionisme

c)

Relativisme

d)

Pluralisme

28.

Apakah definisi sekularisme menurut Syed Naquib al-Attas?

a)

Fahaman yang mengikat manusia dengan agama dan unsur kerohanian

b)

Pendirian yang memperjuangkan elemen agama dalam sistem pentadbiran

c)

Doktrin yang mengangkat nilai agama dan unsur kerohanian dalam kehidupan

d)

Ideologi yang membebaskan manusia daripada agama dan unsur kerohanian

29.

Teori X melihat nilai yang baik bagi masyarakat A mungkin tidak baik dalam masyarakat B. Apakah yang merujuk kepada teori X?

a)

Teori Realisme

b)

Teori Relativisme

c)

Teori Rationalisme

d)

Teori Universalisme

30.

Manakah antara berikut merupakan faktor Islam tidak selari dengan ideologi semasa yang muncul dari Tamadun Barat? i Ideologi Barat menekankan kebahagiaan duniawi ii Islam tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Barat iii Islam hanya sesuai dianuti oleh masyarakat di rantau Asia iv Barat tidak menerima agama dan wahyu sebagai sumber ilmu

a)

i dan iii

b)

ii dan iv

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

31.

Berikut merupakan penyataan yang BENAR mengenai fahaman modenisme, KECUALI: i Mengharmonikan penghujahan agama dan saintifik ii Muncul ketika gerakan Enlightenment pada abad ke-18 iii Fahaman yang menerima secara keseluruhan nilai agama iv Menekankan akal fikiran rasional dalam menentukan kebenaran

a)

i

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

Semua di atas

32.

Berdasarkan ciri-ciri berikut, apakah ideologi Barat yang paling TEPAT? • Fahaman yang berasaskan dua prinsip yang saling bertentangan • Kewujudan dua elemen yang berbeza dalam suatu perkara • Falsafah Barat yang memisahkan tradisi ilmu dengan agama

a)

Pasca Modenisme

b)

Modenisme

c)

Relativisme

d)

Dualitasme

33.

Manakah antara berikut merupakan faktor yang menyebabkan golongan pemikiran pasca modenisme mengkritik pemikiran modenisme? i Pemikiran moden berasaskan kebenaran relatif ii Pemikiran moden melakukan penindasan dan kezaliman iii Pemikiran moden gagal menyelesaikan masalah sosial dan kemanusiaan iv Pemikiran moden menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan konflik

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

34.

Apakah kesan negatif ideologi pascamodenisme kepada manusia? i Merapatkan jurang dalam hubungan kekeluargaan ii Mengangkat martabat wanita ke tempat yang lebih baik iii Mengejar kebebasan hingga menyingkirkan nilai agama iv Manusia menjadi rakus dalam mengumpul harta kekayaan tanpa memikirkan halal dan haram

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

35.

Berikut merupakan pendekatan kerajaan Malaysia dalam menangani ideologi semasa, KECUALI:

a)

Menjadi pusat perkembangan dan percambahan idea bagi membanteras segala kegiatan ekstremis

b)

Menghayati nilai dan etika yang unggul berteraskan konsep wasatiyyah dalam segenap aspek kehidupan

c)

Menjadikan fahaman Islam Liberal sebagai mekanisme pertimbangan nilai-nilai inklusif dalam beragama

d)

Mengumpulkan tokoh agamawan dalam memberikan pandangan dan menganalisa perkara yang berkaitan akidah

36.

Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam ideologi relativisme pasca moden? i Menafikan universalisme ii Menafikan objektivisme iii Menafikan absolutisme iv Menafikan monisme

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

37.

Manakah antara berikut maksud yang PALING TEPAT bagi “Cogito, ergo sum” yang diperkenalkan oleh Rene Descartes?

a)

“Aku berfikir, justeru aku wujud”

b)

“Kewujudanku membuatku berfikir”

c)

“Aku wujud, justeru aku berfikir”

d)

“Aku berfikir kewujudanku”

38.

Pilih pernyataan yang TEPAT merujuk kepada implikasi kolonisasi melalui gagasan Eurosentrisme. i Ketamakan kapitalis ii Antropogenik semakin berkurangan iii Jurang politik, ekonomi dan sosial semakin melebar iv Penggunaan sains dan teknologi yang tidak beretika

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

39.

Manakah berikut merupakan pendekatan dekolonisasi di Malaysia? i Proses islamisasi ii Cinta kepada watan iii Pemikiran kearifan tempatan iv Pembentukan masyarakat sejahtera

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

Semua di atas

40.

Manakah penyataan berikut TIDAK BENAR mengenai penjajahan epistemologi yang berpasakkan eurosentrisme? i Pengetahuan manusia itu tiada batasan ii Menafikan kepentingan ilmu yang berkembang di wilayah Eropah iii Kerangka sekularisme dapat disesuaikan dengan kerangka agama iv Ilmu yang berkembang di Barat menjadi kayu pengukur kepada ilmu yang lain

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

Semua di atas

41.

Berdasarkan poster bertajuk "Doa Mudah Menjawab Peperiksaan", apakah tujuan utama doa yang dipaparkan?

a)

Memohon agar hati dibuka untuk ilmu

b)

Meminta kekayaan harta

c)

Memohon kemenangan dalam sukan

d)

Memohon kesembuhan penyakit

42.

Menurut terjemahan pada poster, selain memohon hati dibuka untuk ilmu, permintaan lain yang disebut ialah apa?

a)

Diberi rahmat Allah

b)

Dipanjangkan usia

c)

Diberikan mimpi sebagai petunjuk

d)

Diberi kuasa politik

43.

Menurut terjemahan doa dalam poster, apakah bantuan yang diminta berkaitan ilmu yang telah dilupa?

a)

Diingatkan kembali akan ilmu yang terlupa

b)

Dilupakan sepenuhnya segala ilmu lama

c)

Digantikan dengan ilham yang baharu

d)

Diserahkan urusan mengingat kepada guru