WorksheetsPengajian Am (bahagian A)
Total questions: 20
Worksheet time: 3600secs
Yang manakah merupakan ciri asas sebuah negara?
Pemimpin yang cekap
Penduduk berbilang kaum
Pemerintahan secara demokrasi
Persempadanan wilayah yang jelas
Yang manakah merupakan perlanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?
Encik T dirampas hartanya atas perintah mahkamah
Encik P melawan pihak berkuasa selepas melakukan kesalahan
Encik U ditahan oleh polis tanpa waran untuk membantu siasatan kes bunuh
Encik Z dihalang daripada menganjurkan karnival yang menggugat ketenteraman awam
“ Kim Soo-Hyun seorang warganegara Korea yang telah berkahwin dengan seorang wanita yang warganegaranya Malaysia”.
Apakah syarat yang perlu dipenuhi oleh Encik Kim Soo-Hyun untuk menjadi warganegara Malaysia?
Mendapat pekerjaan tetap di Malaysia
Menyumbang dalam aktiviti khidmat sosial di Malaysia
Membuat permohonan kewarganegaraan secara naturalisasi
Bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama dua tahun
“Peraturan yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat”
Pernyataan di atas merujuk kepada
Akta
Ordinan
Enakmen
Prundangan kecil
Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
Tidak boleh dimansuhkan
Diluluskan oleh mahkamah persekutuan
Hanya digunakan oleh badan kerajaan
Mencegah penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
Yang manakah termasuk dalam senarai negeri menurut jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
Perumahan
Kebajikan orang asli
Pemuliharaan penyu
Saliran dan pengairan
Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Tindakan ini diambil kerana wakil rakyat tersebut
Memenangi pilihan raya kecil DUN Sabah
Didakwa dalam prosiding berkaitan dengan salah laku pilihan raya
Dikenakan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
Tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun tanpa sebab munasabah
Yang manakah contoh amalan pengasingan kuasa di Malaysia?
Mahkamah Persekutuan menggubal undang-undang
Parlimen menggubal dasar bagi mengawal kos sara hidup
Badan eksekutif menggubal undang undang baharu
Jabatan Pengangkutan Jalan menguatkuasakan undang-undang
Yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
Melantik Ketua Audit Negara
melantik Ketua Setiausaha Negara
Membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor
Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi mengaja kedudukan raja
Apakah salah satu tuntutan utama berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963
Penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri
Penubuhan Jabatan Kerja Raya di Semenanjung
Penggabungan negeri-negeri di Semenanjung
Penubuhan Kerajaan Persekutuan baru
Yang manakah menggambarkan ciri tadbir urus baik?
Memanjangkan masa menunggu pelanggan
Mewujudkan sistem pengurusan yang dinamik
Menambah masa perkhidmatan kaunter melalui kerja lebih masa
Melantik lebih ramai pegawai berpendidikan tinggi dalam perkhidmatan awam
• Menjalankan kerjasama strategik dengan agensu luar negara dan berunding terma perjanjian dengan bantuan Jabatan Peguam Negara
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Unit Inovasi Khas (UNIK)
Yang manakah maklumat yang benar tentang perana Ketua Setiausaha Negara?
Ahli Majlis Kewangan Negara
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara
Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri
Setiausaha kepada Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Lembaga Pengampunan berkuasa mengampunkan kesalahan yang dibicarakan di
Mahkamah Majistret di Kedah
Mahkamah Tinggi Selangor
Mahkamah Syariah di Melaka
Mahkamah Sesyen di Pahang
• Merumuskan dan melaksanakan dasar cukai dan menyelia industri insurans
Perbendaharaan
Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
Yang manakah maklumat yang benar tentang ahli Ex-Officio?
Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja boleh menyertai prosiding DUN Melaka
Pegawai Kewangan Negeri Sahaja boleh menyertai prosiding DUN Sarawak
Penasihat undang-undang sahaja boleh terlibat dalam prosiding DUN Sabah
Mengambil bahagian dalam prosiding DUN bagi negeri-negeri beraja
Pemberian peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Tempatan adalah berdasarkan
Kedudukan Kerajaan Tempatan
Panjang jalan raya yang diselenggara
Hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan
Jumlah hasil yang dikutip kerajaan Tempatan
Yang manakah benar tentang perlembagaan persekutuan?
Undang-undang Persekutuan hendak memenuhi undang-undang Negeri
Undang-undang Persekutuan akan dibatalkan
Undang-undang Negeri yang bercanggah akan terbatal setakat mana yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan
Undang-undang Persekutuan akan dipinda semula
Yang manakah sumber kewangan kerajaan tempatan?
Cukai tanah
Cukai sampah
Cukai hiburan
Cukai perniagaan
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di mahkamah Syariah?
Bersekedudukan
Menuntut nafkah anak
Tidak membayar zakat
Mengajar ajaran sesat
