Font size
WorksheetsSet 1 Semester 1 - Latih Tubi
Total questions: 112
Worksheet time: 2hrs 52mins
Yang manakah paling tepat menggambarkan maksud negara berdaulat?
Negara yang bebas membuat keputusan tanpa campur tangan kuasa luar
Negara yang mempunyai sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
Negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama
Negara yang memiliki sumber ekonomi yang kukuh
Yang manakah cabang utama dalam pemerintahan Malaysia?
Eksekutif, Pentadbiran, Perundangan
Eksekutif, Perundangan, Kehakiman
Eksekutif, Kehakiman, Tentera
Eksekutif, Legislatif, Tentera
Undang-undang tertinggi negara Malaysia ialah
Akta Parlimen
Kanun Keseksaan
Undang-Undang Syariah
Perlembagaan Persekutuan
Sistem perundangan Malaysia merangkumi
Undang-undang tentera dan undang-undang antarabangsa
Undang-undang adat dan undang-undang antarabangsa
Undang-undang sivil dan undang-undang syariah
Undang-undang kanun dan undang-undang adat
Isu pencerobohan nelayan asing di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia memberi kesan kepada ciri
berkuasa sendiri
bersempadan
berwibawa
beridentiti
Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada
16 September 1963
1 Januari 1974
31 Ogos 1957
31 Ogos 1965
Yang manakah menunjukkan kuasa autonomi Malaysia?
Menggubal undang-undang hanya selepas dibenarkan oleh PBB
Menerima semua cadangan dasar luar dari negara jiran
Menunggu arahan negara luar untuk meluluskan bajet
Bebas merangka dasar ekonomi tanpa pengaruh asing
Malaysia dihormati kewibaannya di peringkat antarabangsa kerana
menguasai perdagangan minyak dunia
mengamalkan dasar ekonomi terbuka
menganggotai ASEAN dan OIC
menjadi ahli NATO
Ideologi rasmi Malaysia ialah
Dasar Ekonomi Baru
Malaysia Madani
Wawasan 2020
Rukun Negara
Yang menjadi simbol rasmi negara ialah
Lagu Negaraku, Parlimen Malaysia, Kementerian Luar Negeri
Bunga raya, Wawasan 2020, Jalur Gemilang, Bahasa Inggeris
Jalur Gemilang, Jata Negara, Lagu Negaraku, Bahasa Melayu
Bahasa Melayu, Jalur Gemilang, Parlimen Malaysia, OIC
Yang manakah menggambarkan sebuah negara berdaulat? I Memastikan semua rakyat sama agama II Menggubal undang-undang secara bebas III Menghapuskan semua hubungan diplomatik IV Menentukan dasar luar tanpa campur tangan asing
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah mencerminkan identiti Malaysia? I Kepelbagaian budaya dan bahasa II Jalur Gemilang dan Jata Negara III Sistem pemerintahan teokrasi IV Perlembagaan Persekutuan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah boleh mengancam kedaulatan negara? I Pengabaian rakyat terhadap undang-undang II Pelaksanaan sistem pendidikan nasional III Penglibatan aktif dalam ASEAN IV Pencerobohan sempadan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain bagi
menyekat perdagangan luar
menghapuskan identiti negara
mengukuhkan kedaulatan negara
menyerahkan kuasa pemerintahan
Keutuhan sempadan negara memastikan
kedaulatan negara terjamin
kebebasan masuk tanpa kawalan
semua rakyat bebas berpindah ke negara luar
kewarganegaraan asing diberikan secara automatik
Yang manakah menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara? I Mempunyai penduduk yang tetap II Mempunyai pemimpin yang cekap III Mempunyai sempadan yang diiktiraf IV Mempunyai ketua negara yang dipilih oleh rakyat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pernyataan berikut: Mempunyai sistem perundangan yang cekap dan teratur. Pernyataan di atas merujuk kepada
negara berdaulat
sistem pemerintahan
doktrin pengasingan kuasa
konsep Raja Berperlembagaan
Yang manakah merupakan ciri sebuah negara berdaulat? I Bersempadan II Berdaya saing III Berkuasa sendiri IV Berteknologi moden
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara bukti kedaulatan negara Malaysia ialah I mengamalkan doktrin pengasingan kuasa II mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan III mempunyai sistem ekonomi yang berdaya saing IV mempunyai ketua negara yang dipilih oleh rakyat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bukti sesebuah negara itu berdaulat ialah
mempunyai masyarakat majmuk
mempunyai sempadan yang diiktiraf
mempunyai Ideologi Negara yang unik
mempunyai pejabat kedutaan di pelbagai negara
Mempunyai sempadan yang diiktiraf penting kepada Malaysia untuk I menjamin kedaulatan negara II menjalankan pilihan raya umum III membendung jenayah transnasional IV meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah merujuk kepada ciri asas negara berdaulat? I Ekonomi yang maju II Bendera yang diiktiraf III Modal insan yang berkualiti IV Sistem pemerintahan yang diamalkan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Sebuah negara berdaulat mempunyai I kuasa pemerintahan mengikut acuan sendiri II seorang perdana menteri yang dipercayai III sistem ekonomi yang pesat membangun IV kawasan sempadan yang jelas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berkuasa sendiri. Yang manakah kepentingan sesebuah negara mempunyai ciri di atas?
Bebas daripada penjajahan
Mentadbir negara mengikut cara sendiri
Boleh menentukan ideologi negara sendiri
Mengadakan hubungan diplomatik dengan banyak negara
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat kerana
menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
mengamalkan konsep Malaysia Madani
mempunyai ekonomi yang kukuh
menjaga keselamatan rakyat
Yang manakah ciri sebuah negara yang berdaulat? I Tidak dijajah II Warganegara tetap III Sultan yang berdaulat IV Mempunyai lagu kebangsaan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah benar tentang ciri negara berdaulat? I Tidak dijajah oleh negara lain II Tiada jenayah berlaku dalam negara III Memerintah negara secara demokrasi IV Mempunyai sistem pemerintahan sendiri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat kerana
mempunyai penduduk yang setia kepada Raja dan negara
menikmati kemajuan ekonomi yang sentiasa berkembang
menjalankan sistem pemerintahan yang sistematik
mendapat pengiktirafan pertubuhan antarabangsa
Pernyataan berikut: Mempunyai Jata Negara. Pernyataan di atas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara yang
berdaulat
beridentiti
berwibawa
berkuasa sendiri
Yang manakah menunjukkan Malaysia sebuah negara berdaulat?
Mempunyai ekonomi yang mantap
Mempunyai kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya
Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar
Mempunyai Yang Dipertuan Agong yang dipilih setiap lima tahun
Yang manakah membuktikan Malaysia mempunyai kedaulatan? I Rakyat tetap yang berbilang kaum II Berupaya mengawal pemerintahan dalam negara III Ketua Negara dipilih setelah memenangi pilihan raya IV Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah merupakan simbol kedaulatan negara Malaysia?
Parlimen
Perdana Menteri
Pengasingan Kuasa
Perlembagaan Persekutuan
Sebuah negara berdaulat mempunyai I jemaah menteri II penduduk tetap III lagu kebangsaan IV mata wang yang stabil
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sebuah negara negara berdaulat mestilah mempunyai
hubungan diplomatik
pemerintahan beraja
ekonomi yang baik
perdana menteri
Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia ialah negara berdaulat?
Sistem pentadbiran yang telus
Kepimpinan negara yang saksama
Rukun Negara sebagai Ideologi Negara
Pertumbuhan ekonomi yang berkembang pesat
Perlembagaan mengelakkan penyalahgunaan kuasa kerana
menetapkan undang-undang yang mengawal tindakan pemerintah
menghapuskan pembahagian kuasa antara negeri dan pusat
memberi kuasa tanpa had kepada kerajaan
memberi autonomi penuh kepada rakyat
Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bertujuan untuk
mengurangkan beban pentadbiran pusat
menyekat perkembangan politik negeri
menjamin hak istimewa bumiputera
mengelakkan pemusatan kuasa
Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada
Bahasa Kebangsaan
Kebebasan beragama
Kedudukan institusi kehakiman
Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak
Perlembagaan bertulis di Malaysia ialah
keputusan mahkamah terdahulu
Perlembagaan Persekutuan 1957
undang-undang adat resam Melayu
konvensi pelantikan Perdana Menteri
Yang manakah ciri-ciri perlembagaan tidak bertulis? I Didokumentkan secara rasmi II Berdasarkan adat dan konvensi III Hanya boleh dipinda melalui Parlimen IV Mudah disesuaikan dengan keadaan semasa
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Keluhuran Perlembagaan bermaksud
hak asasi rakyat tanpa sekatan
kuasa rakyat mengatasi parlimen
kebebasan tanpa had dalam perundangan
perlembagaan menjadi undang-undang tertinggi negara
Jika sesuatu undang-undang bercanggah dengan Perlembagaan, mahkamah boleh
Menyerahkan kuasa kepada negeri
Membatalkan undang-undang tersebut
Menggantikan dengan undang-undang adat
Melaksanakan undang-undang itu sementara
Konsep ketertinggian perlembagaan bermaksud
Perlembagaan mengatasi semua institusi negara
Badan Kehakiman bebas daripada Perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak
Parlimen boleh mengubah Perlembagaan tanpa sekatan
Jika undang-undang negeri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kesannya ialah
undang-undang itu diteruskan dengan persetujuan sultan
undang-undang negeri bebas dilaksanakan
undang-undang negeri tetap terpakai
undang-undang negeri terbatal
Kuasa perundangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditentukan oleh
Perlembagaan Persekutuan
Konvensi pentadbiran
Undang-undang biasa
Badan Eksekutif
Yang manakah menunjukkan kepentingan Perlembagaan Persekutuan? I Menjamin hak asasi rakyat II Mengelakkan penyalahgunaan kuasa III Memberi kuasa mutlak kepada Eksekutif IV Memansuhkan hak istimewa Bumiputera
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah mencerminkan keluhuran Perlembagaan? I Institusi Raja-raja Melayu diiktiraf II Rakyat bebas daripada sebarang undang-undang III Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dijamin IV Mahkamah boleh membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Pembahagian kuasa antara Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman penting kerana
mengelakkan pemusatan kuasa
menghapuskan hak asasi rakyat
menjamin kuasa mutlak parlimen
membolehkan rakyat memerintah sendiri
Keluhuran Perlembagaan menjamin keadilan sosial kerana
pemerintah boleh bertindak sesuka hati
rakyat bebas daripada segala bentuk undang-undang
semua kaum menikmati hak sama rata dalam pembangunan
perlembagaan memberi keutamaan hanya kepada golongan elit
Ketertinggian Perlembagaan memastikan bahawa
Mahkamah tidak boleh mencabar kuasa Parlimen
Tiada institusi negara boleh bertindak di luar bidang kuasa
Yang di-Pertuan Agong boleh menggubal undang-undang sendiri
undang-undang negeri lebih tinggi daripada undang-undang Persekutuan
Jika undang-undang negeri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, implikasinya ialah
undang-undang negeri diberi kuasa penuh
undang-undang negeri tetap terpakai kerana kuasa Sultan
undang-undang negeri menggantikan undang-undang pusat
undang-undang negeri terbatal melalui semakan mahkamah
Konsep ketertinggian Perlembagaan menghalang penyalahgunaan kuasa kerana
rakyat bebas daripada semua bentuk undang-undang
parlimen boleh meluluskan undang-undang tanpa sekatan
eksekutif diberi kuasa mutlak untuk membuat undang-undang
semua tindakan kerajaan tertakluk kepada semakan kehakiman
Yang manakah menunjukkan kepentingan perlembagaan dalam menjamin kestabilan negara? I Memberi kuasa mutlak kepada Eksekutif II Menjamin hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera III Menyediakan garis panduan menyelesaikan konflik politik IV Menghapuskan pemisahan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah kesan jika keluhuran Perlembagaan tidak dihormati? I Kestabilan politik terjamin II Hak rakyat mudah ditindas III Rakyat lebih setia kepada negara IV Penyalahgunaan kuasa pemerintah berleluasa
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pindaan Perlembagaan bermaksud
menggantikan Perlembagaan bertulis dengan tidak bertulis
membubarkan Parlimen dan menubuhkan kerajaan baharu
menambah atau memansuhkan perkara tertentu dalam Perlembagaan
menukar Perlembagaan Persekutuan kepada undang-undang antarabangsa
Pindaan melalui Perkara 159 (1) memerlukan
Keizinan Ketua Hakim Negara
Persetujuan rakyat melalui referendum
Majoriti 2/3 dan persetujuan Majlis Raja-Raja
Majoriti mudah dalam tiap-tiap majlis Parlimen
Perkara 159 (3) membolehkan pindaan dibuat dengan
majoriti 2/3 dalam tiap-tiap majlis Parlimen
keputusan sebulat suara Majlis Raja-Raja
majoriti mudah di Dewan Negara sahaja
referendum rakyat seluruh negara
Yang manakah termasuk perkara yang boleh dipinda dengan majoriti 2/3 dalam tiap-tiap majlis Parlimen?
Perubahan sempadan negeri
Persempadanan pilihan raya
Kuasa Majlis Raja-Raja Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu
Pindaan melalui Perkara 159 (5) memerlukan
majoriti mudah Parlimen sahaja
majoriti 2/3 serta referendum rakyat
majoriti 2/3 dan keizinan Majlis Raja-Raja
majoriti 2/3 dan keizinan Yang di-Pertua Negeri
Pindaan Perlembagaan Negeri juga memerlukan
perkenan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri
persetujuan Mahkamah Persekutuan
perkenan Yang di-Pertuan Agong
persetujuan semua negeri lain
Jika pindaan Perlembagaan Negeri bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka
pindaan itu boleh dikuatkuasakan jika disokong Sultan
pindaan itu hanya terpakai di negeri berkenaan
pindaan itu sah tetapi perlu disemak
pindaan itu tidak sah dan terbatal
Pindaan perlembagaan negeri yang melibatkan kuasa Kerajaan Persekutuan memerlukan
kelulusan Parlimen
kelulusan Dewan Negara
kelulusan Majlis Raja-Raja
kelulusan Mahkamah Persekutuan
Yang manakah pernah dipinda dalam Perlembagaan Negeri?
Kedudukan Islam sebagai agama negeri
Had umur Ahli Dewan Undangan Negeri
Kedudukan Sultan sebagai Ketua Negeri
Hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak
Mengapa pindaan Perlembagaan Negeri perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan?
Mengelakkan percanggahan undang-undang antara negeri dan pusat
Menjamin negeri bebas membuat undang-undang sendiri
Memastikan Majlis Raja-Raja dapat mengawal negeri
Memperkukuh kuasa Sultan dan Raja-Raja
Jika negeri membuat pindaan yang menjejaskan kuasa Persekutuan tanpa kelulusan Parlimen
pindaan itu sah hanya di negeri tersebut
pindaan itu sah dengan persetujuan Sultan
pindaan itu boleh berkuat kuasa selepas 5 tahun
pindaan itu terbatal kerana tidak mengikut peruntukan undang-undang
Yang manakah menunjukkan tujuan pindaan Perlembagaan Negeri? I Memelihara hak tradisi dan institusi beraja II Menjamin keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan III Memastikan kuasa negeri lebih tinggi daripada Persekutuan IV Menyesuaikan pentadbiran negeri dengan perubahan semasa
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah perkara penting yang tidak boleh dipinda dalam Perlembagaan Negeri? I Kedudukan Islam sebagai agama negeri II Kedudukan Sultan sebagai Ketua Negeri III Had umur Ahli Dewan Undangan Negeri IV Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa
Islam ialah agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan aman
Agama-agama lain hanya boleh diamalkan dengan kebenaran Parlimen
Semua rakyat wajib memeluk agama Islam
Islam ialah agama rasmi Persekutuan
Kedudukan agama Islam di Malaysia menurut Perlembagaan ialah
Islam agama bagi orang Melayu sahaja
Islam agama Persekutuan, agama lain dilarang
Islam mempunyai status yang sama dengan agama lain
Islam agama Persekutuan, namun kebebasan beragama dijamin
Di negeri yang mempunyai Raja, baginda ialah
Ketua Agama Islam di seluruh Malaysia
Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
Ketua Agama Islam di negeri lain yang tiada Raja
Ketua Agama Islam hanya di Wilayah Persekutuan
Majlis Raja-Raja boleh bersetuju bahawa
Semua agama lain tidak boleh diamalkan di Malaysia
Parlimen menggubal undang-undang agama tanpa batas
Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam di semua negeri
Amalan atau upacara agama Islam diperluas ke seluruh Persekutuan
Ketua Agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ialah
Sultan Selangor
Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Negeri manakah yang Ketua Agama Islamnya ialah Yang di-Pertuan Agong?
Selangor, Negeri Sembilan, Perlis
Pahang, Terengganu, Kelantan
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak
Kedah, Johor, Perak
Parlimen berkuasa menggubal undang-undang berkaitan Islam di Wilayah Persekutuan untuk
Menggantikan Majlis Raja-Raja
Menasihati Yang di-Pertuan Agong
Menghapuskan semua peraturan berkaitan Islam
Menentukan agama rakyat di Wilayah Persekutuan
Yang manakah mencerminkan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan? I Islam ialah agama Persekutuan II Semua rakyat wajib menganut agama Islam III Agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman IV Agama lain hanya boleh diamalkan di negeri tertentu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Menurut Perkara 5(1), tiada seorang pun boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
mengikut undang-undang
mengikut kehendak eksekutif
mengikut adat resam tempatan
mengikut budi bicara majistret
Seseorang yang ditangkap mesti dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh
7 hari
12 jam
24 jam
14 hari
Perkara 5(3) menjamin hak seseorang yang ditangkap untuk
memilih tempat tahanan
mengundi dalam pilihan raya
menolak perintah mahkamah
mendapat pembelaan peguam
Kerja pesalah yang diarahkan oleh mahkamah mestilah
wajib disertai semua rakyat
dilarang oleh undang-undang
bukan dianggap sebagai kerja paksa
dibenarkan hanya dengan keizinan parlimen
Seseorang yang telah dibebaskan tidak boleh dibicarakan semula kecuali
rakyat menuntut perbicaraan baharu
Majlis Raja-Raja mengarahkan hukuman baharu
Kerajaan Negeri mengarahkan perbicaraan semula
mahkamah lebih tinggi membatalkan pembebasan itu
Diskriminasi atas alasan agama, kaum, keturunan, jantina atau tempat lahir
dilarang oleh Perlembagaan
sah jika dibenarkan oleh Sultan
dibenarkan jika disokong Parlimen
hanya dibenarkan di negeri tertentu
Kebebasan bergerak boleh disekat oleh Parlimen
atas permintaan rakyat biasa
untuk keselamatan kepentingan negara
atas permintaan pihak berkuasa tempatan
untuk memberi kelebihan kepada negeri tertentu sahaja
Parlimen boleh menghadkan kebebasan berhimpun bagi tujuan
menjamin kuasa mutlak eksekutif
memastikan ketenteraman awam
menyekat semua bentuk persatuan
menghalang rakyat daripada mengundi
Tiada diskriminasi dalam pendidikan boleh dibuat berdasarkan
keadaan ekonomi
keputusan peperiksaan
taraf perkahwinan ibu bapa
agama, kaum atau tempat lahir
Menurut Perkara 12(3), seseorang tidak boleh dipaksa
menerima ajaran agama lain
menyertai aktiviti kokurikulum
membayar yuran pengajian tinggi
mempelajari lebih daripada satu bahasa
Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
atas titah Sultan
mengikut undang-undang
atas arahan Menteri Besar
menggunakan keputusan Parlimen
Harta seseorang hanya boleh diambil secara paksa jika
diberikan kebenaran oleh pemilik
diberikan pampasan yang mencukupi
dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan sahaja
dilaksanakan untuk tujuan peribadi pemerintah
Yang manakah menunjukkan hak asasi yang dijamin Perlembagaan? I Hak membuang negeri II Hak kebebasan bergerak III Hak kerja paksa bagi semua rakyat IV Hak kesamarataan di sisi undang-undang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah boleh disekat oleh undang-undang atas alasan keselamatan dan ketenteraman awam? I Hak terhadap harta II Kebebasan bercakap III Kebebasan beragama IV Kebebasan berhimpun
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Kewarganegaraan ditakrifkan sebagai
hak yang diwarisi daripada nenek moyang
kedudukan individu dalam sesebuah masyarakat
hak setiap orang yang lahir dalam sebuah negara
status istimewa yang memberikan keistimewaan tertentu
Mengapakah seseorang warganegara tidak boleh dibuang negeri?
Supaya identiti kebangsaan terjamin
Agar dapat mematuhi dasar luar Malaysia
Untuk menggalakkan kebebasan beragama
Kerana peruntukan undang-undang melindunginya
Yang manakah peranan utama seorang warganegara?
Menyokong aktiviti subversif
Mengabaikan program nasional
Menyertai tentera jika dikehendaki
Mengelakkan diri daripada membayar cukai
Seorang warganegara yang baik perlu I mematuhi undang-undang negara II menyertai sambutan Hari Kebangsaan III menyumbang dalam produktiviti ekonomi IV mengelakkan diri daripada penglibatan politik
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Bayi yang dilahirkan pada tahun 1960 di Kuala Lumpur secara automatik menjadi warganegara kerana
proses pendaftaran
kuat kuasa Parlimen
proses penaturalisasian
kuat kuasa undang-undang
Anak yang lahir selepas Hari Malaysia di luar Persekutuan boleh menjadi warganegara jika
ibunya rakyat Singapura
bapanya warganegara Malaysia
ibu bapanya tinggal di negara asing
kedua-dua ibu bapa tidak mempunyai kewarganegaraan
Syarat utama isteri warganegara asing untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia ialah
berniat untuk tinggal tetap
bercerai dengan suaminya selepas 2 tahun
memiliki ijazah sarjana dalam bahasa Melayu
menetap di Malaysia 5 tahun tanpa kebenaran
Yang manakah syarat Perkara 16 bagi orang bukan warganegara sebelum Merdeka untuk didaftarkan sebagai warganegara? I Berumur 18 tahun ke atas II Dilahirkan di Persekutuan III Mendapat pendidikan di luar negara IV Bermastautin 7 tahun sebelum memohon
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah syarat utama naturalisasi?
Berumur 21 tahun dan ke atas
Boleh berbahasa Melayu dengan baik
Menetap sekurang-kurangnya 2 tahun
Mendapat kelulusan universiti tempatan
Ahmad dilahirkan di Sarawak pada tahun 1960. Pada Hari Malaysia 1963, beliau menjadi warganegara Malaysia melalui
Perkara 14 - kuat kuasa undang-undang
Perkara 22 - penggabungan wilayah
Perkara 15 - pendaftaran
Perkara 19 - naturalisasi
Mengapakah kewarganegaraan penting kepada individu? I Menjamin hak politik II Memberi status ekonomi global III Menghapuskan semua cukai negara IV Menjamin perlindungan undang-undang
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah dua kaedah utama penamatan kewarganegaraan Malaysia?
Pelepasan dan pelucutan
Penarikan dan pelupusan
Pemberian dan penghapusan
Pendaftaran dan penaturalisasian
Antara syarat pelepasan kewarganegaraan ialah seseorang itu mesti
tinggal di luar negara lebih 5 tahun
mendapat hukuman penjara setahun
berumur 21 tahun dan berfikiran waras
berumur 18 tahun dan berkelakuan baik
Pelepasan kewarganegaraan hanya boleh berlaku apabila seseorang
mendaftar perkahwinan di luar negara
memperoleh kewarganegaraan asing
tinggal tetap di Sabah atau Sarawak
mendapat faedah kebajikan asing
Seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraan jika
menolak sumpah taat setia
membuat permohonan sukarela
memperoleh kewarganegaraan asing
mengelak daripada mengundi dalam pilihan raya umum
Yang manakah sebab pelucutan kewarganegaraan di bawah Perkara 25?
Tidak membayar zakat dan cukai
Tidak setia kepada raja dan negara
Tidak menyertai pilihan raya umum
Tidak menyertai sambutan Hari Kebangsaan
Seseorang yang tinggal di luar negara melebihi 5 tahun boleh hilang kewarganegaraan jika
tidak bekerja di syarikat tempatan
tidak memohon pasport antarabangsa
tidak melanjutkan pengajian di luar negara
tidak mendaftar setiap tahun di konsulat Malaysia
Individu yang dinaturalisasikan boleh dilucutkan kewarganegaraan jika
didenda sekurang-kurangnya RM5,000
gagal membayar cukai pendapatan
tidak mendaftar sebagai pengundi
dipenjarakan selama 6 bulan
Pelucutan kewarganegaraan boleh berlaku apabila seseorang I Tidak melunaskan pinjaman pelajaran II Tidak hadir menyertai pilihan raya umum III Dipenjarakan selama satu tahun atau lebih IV Derhaka kepada negara ketika peperangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kewarganegaraan anak bawah umur 21 tahun boleh dilucutkan jika
Dia bekerja di negara asing
Dia gagal ujian bahasa Melayu
Bapanya melepaskan kewarganegaraannya
Ibunya berkahwin dengan warganegara asing
Pilihan raya di Malaysia diadakan berasaskan konsep
Demokrasi Bebas
Demokrasi Berpresiden
Demokrasi Berparlimen
Demokrasi Berperlembagaan
Calon yang diisytiharkan pemenang dalam pilihan raya Malaysia ialah calon yang
mendapat separuh daripada undi keseluruhan
mendapat undi terbanyak walaupun satu undi
mendapat sokongan parti pemerintah
mendapat majoriti mutlak undi
Tempoh maksimum pilihan raya perlu diadakan selepas Parlimen dibubarkan ialah
30 hari bagi Semenanjung
60 hari bagi Semenanjung
90 hari bagi Semenanjung
90 hari bagi seluruh Malaysia
