NEW
Font size
WorksheetsLatihan Latih Tubi SEM 3 LP
Total questions: 75
Worksheet time: 1hrs 15mins
Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia?
Menyelesaikan pertikaian global
Mementingkan hubungan serantau dalam ASEAN
Mengutamakan hubungan baik dengan negara maju
Menjalin hubungan dengan negara lain mengikut ideologi
Yang manakah matlamat dasar luar Malaysia?
Mewujudkan kawasan perdagangan bebas
Mengukuhkan ekonomi serantau
Mengukuhkan ekonomi negara
Menyertai blok ekonomi
Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain. Pernyataan di atas menunjukkan dasar luar Malaysia yang dipengaruhi oleh faktor
politik
sejarah
ekonomi
demografi
Yang manakah pernyataan yang benar tentang dasar luar Malaysia?
Mengamalkan dasar pro-Barat
Menyelesaikan pertikaian secara rundingan
Mementingkan kepentingan ekonomi serantau
Memperjuangkan kepentingan negara membangun
Yang manakah kesan perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN kepada Malaysia? I Kenaikan harga barangan tempatan II Akses pasaran serantau yang lebih luas III Pengurangan eksport ke negara serantau IV Mengurangkan tarif halangan perdagangan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah tindakan Malaysia untuk membantu penyelesaian isu Rohingya dalam ASEAN? I Mewakili PBB ke Myanmar II Memberikan bantuan kemanusiaan III Mendesak penyelesaian secara aman IV Menjadi orang tengah untuk rundingan damai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Melaksanakan mandat daripada masyarakat antarabangsa dalam mewujudkan keamanan dan keselamatan global. Pernyataan di atas berkaitan dapat dilaksanakan oleh Malaysia dengan
menyertai Forum Serantau ASEAN
menyertai Misi Pengaman PBB
memperjuangkan isu Palestin
menerima pelarian Rohingya
Satu platform perundingan mengenai isu keselamatan rantau Asia Tenggara dan membuka peluang kepada negara luar untuk menyertainya. Pernyataan di atas merujuk kepada
Mesyuarat Asia-Eropah
Forum Serantau ASEAN
Sidang Kemuncak Asia Timur
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Yang manakah usaha Malaysia untuk menangani isu pergolakan etnik di Myanmar?
Menerima pelarian Rohingya
Memantau proses demokrasi
Menyelesaikan isu secara rundingan
Menjadi orang tengah dalam rundingan damai
Malaysia pernah menyertai Misi Pengaman di I Iran II Turki III Sudan IV Timor Leste
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah faedah yang dapat diperoleh Malaysia melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura?
Memajukan ekonomi negara
Memudahkan kawalan sempadan
Menyelaraskan dasar kedua-dua negara
Mempercepat pembangunan infrastruktur
Malaysia menggesa anggota terus bersatu padu dan berpegang kepada Prinsip Bandung. Pernyataan di atas menunjukkan penglibatan Malaysia dalam
Pertubuhan Kerjasama Islam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Yang manakah Perjanjian antarabangsa yang ditandatangani Malaysia bagi mengawal penggunaan bahan pemusnah ozon?
Protokol Cartagena
Protokol Montreal
Protokol Madrid
Protokol Kyoto
Yang manakah manfaat perdagangan antarabangsa kepada negara Malaysia?
Menggalakkan pelaburan
Menawarkan pilihan yang pelbagai
Meningkatkan penggunaan teknologi
Menikmati barangan pada harga yang murah
Yang manakah cabaran yang dihadapi Malaysia dalam memerangi keganasan antarabangsa? I Jenayah rentas sempadan II Ancaman teknologi moden III Tuntutan bertindih IV Pertahanan siber
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah tindakan yang menggambarkan prinsip hubungan luar Malaysia?
Membantu negara yang sedang bergolak melawan musuh
Memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara yang bergolak
Memberikan pandangan terhadap sistem kerajaan sesebuah negara
Menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara secara bersama
Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh
kekuatan negara lain
kedudukan geografi
keadaan politik serantau
kepimpinan negara di peringkat dunia
Pernyataan berikut: Meningkatkan taraf hidup negara serantau; Mengurangkan kemiskinan. Pernyataan di atas merujuk kepada
Komuniti Ekonomi ASEAN
Projek Perindustrian ASEAN
Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
Memorandum Persefahaman Pembangunan ASEAN Timur
Pernyataan berikut: Memberikan peluang kepada para pemimpin negara bertukar-tukar pendapat; Melibatkan hubungan antara dua benua. Pernyataan di atas merujuk kepada
Dialog Antarabangsa Langkawi
Komuniti Politik Keselamatan
Forum Serantau ASEAN
Mesyuarat Asia-Eropah
Yang manakah matlamat utama Malaysia menyertai Kumpulan Lapan Negara Membangun?
Membasmi kemiskinan
Memperjuangkan pasaran bebas
Memperjuangkan hak asasi manusia
Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat
Pernyataan berikut: Mengiktiraf kedaulatan negara lain; Mengakui persamaan hak. Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam
Pertubuhan Komanwel
Pertubuhan Kerjasama Islam
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
Pernyataan berikut: Membincangkan isu-isu politik dan keselamatan; Segala pertikaian di rantau Asia Pasifik diselesaikan melalui diplomasi. Pernyataan di atas merujuk kepada tindakan Malaysia dalam
Forum Serantau ASEAN
Dialog Antarabangsa Langkawi
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Kumpulan Lapan Negara Membangun
Program Kerjasama Teknikal Malaysia membolehkan Malaysia memberikan bantuan
kewangan dan perbankan
kemahiran dan kepakaran
sumber tenaga dan mineral
pertanian dan keselamatan makanan
Yang manakah pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa?
Menyetujui amalan pasaran bebas
Memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian
Memperjuangkan kepentingan negara membangun
Menyertai pakatan ketenteraan membanteras jenayah antarabangsa
Pernyataan berikut: Mesyuarat pemimpin Malaysia dengan pemimpin benua Afrika; Perkongsian pintar antara ahli perniagaan. Pernyataan di atas merujuk kepada
Dialog Antarabangsa Langkawi
Sidang Kemuncak Asia Timur
Mesyuarat Asia-Eropah
Deklarasi Langkawi
Yang manakah menjadi isu antara Malaysia dengan negara-negara jirannya?
Pemberian subsidi
Pertikaian isu Antartika
Pendatang asing tanpa izin
Pembentukan undang-undang
Yang manakah kes yang boleh dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa? I Perebutan pulau; II Penghapusan etnik; III Pencerobohan nelayan; IV Penindasan kaum-kaum tertentu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pernyataan berikut: Tuntutan bertindih Pulau Batu Putih; Singapura berjaya dalam tuntutan ini. Pertikaian di atas telah diselesaikan oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Yang manakah tujuan Malaysia menyertai Kerjasama Selatan-Selatan? I Mengurangkan beban hutang; II Memberi bantuan ketenteraan; III Meningkatkan perkongsian teknologi; IV Memberi peluang untuk menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah rasional Malaysia menyertai Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik?
Memperoleh pinjaman pembangunan
Mengurangkan sekatan perdagangan
Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus
Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh
Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia? I Menyelesaikan pertikaian di meja rundingan II Menghantar tentera untuk menangani pengganas III Mendokong hak kedaulatan negara masing-masing IV Menubuhkan gabungan perdagangan dengan Negara-Negara Selatan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah faktor penentu dasar luar Malaysia?
Melindungi negara-negara membangun
Memelihara kepentingan nasional
Meningkatkan pasaran terbuka
Mewujudkan keadilan sejagat
Kerjasama dalam bidang keselamatan antara Malaysia dengan negara serantau diterjemah melalui
Komuniti Sosio-Budaya
Forum Serantau ASEAN
Wilayah Ekonomi Koridor Timur
Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
Perisytiharan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali oleh ASEAN bertujuan untuk
mengelakkan campur tangan kuasa besar
mewujudkan pasaran tunggal negara anggota
menjamin kestabilan ekonomi di Asia Tenggara
menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
Perundingan multilateral bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam isu politik dan keselamatan. Pernyataan di atas merujuk kepada
Mesyuarat Asia-Eropah
Forum Serantau ASEAN
Sidang Kemuncak Asia Timur
Dialog Antarabangsa Langkawi
Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?
Menjadikan ASEAN sebagai kuasa besar pasaran dunia
Memperjuangkan keselamatan negara dalam Kerjasama Selatan-Selatan
Menghantar tentera pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestine bagi menuntut hak mereka
Bantuan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pengajian tinggi Australia, New Zealand, Britain dan Kanada. Pernyataan di atas merujuk kepada
Rancangan Colombo
Dialog Antarabangsa Langkawi
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
Malaysia menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali untuk
berkongsi data pelaburan
menjamin keselamatan dan kualiti makanan
tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain
menyemak semula beban hutang antara negara utara dan negara selatan
Memberikan bantuan kepada negara-negara yang ditimpa bencana • Pertikaian pertindihan sempadan dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pernyataan di atas merujuk kepada sokongan Malaysia dalam
Pertubuhan Komanwel
Pertubuhan Kerjasama Islam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Yang manakah sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam? I Tabung Haji II Takaful Islam III Perbankan Islam IV Pendidikan Islam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam isu-isu antarabangsa?
Membantu negara Palestin dengan menghantar pasukan tentera
Menyokong hukuman berat dikenakan kepada pesalah dadah
Menggunakan nuklear untuk tujuan keselamatan
Menyokong sekatan ekonomi terhadap Iraq
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan teknologi Data Raya? I Kos yang tinggi II Ancaman serangan siber III Kurang tenaga kerja yang mahir IV Teknologi bergantung pada negara maju
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Madrid yang disertai Malaysia?
Ancaman pencemaran jerebu
Kekurangan bekalan makanan dunia
Keselamatan makanan ubah suai genetik
Sistem pendaftaran cap dagangan antarabangsa
Yang manakah cabaran Malaysia dan negara dunia dalam mematuhi Konvensyen Geneva?
Kesedaran mengenai hak asasi
Keangkuhan negara kuasa besar
Kekurangan sumber tenaga manusia
Integriti masyarakat dunia mengenai alam sekitar
Yang manakah isu yang pernah diutarakan oleh Malaysia dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? I Etnik Rohingya II Tuntutan Pulau Batu Putih III Pengharaman minyak sawit IV Mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah prinsip Malaysia dalam melaksanakan dasar luar?
Menjaga keamanan dunia
Mengikut ketokohan pemimpin
Menyelesaikan sesuatu masalah secara rundingan
Mengadakan hubungan baik dengan negara-negara Islam
Yang manakah matlamat dasar luar negara Malaysia?
Mengukuhkan perpaduan ummah
Melindungi kepentingan nasional
Menyokong dasar memakmurkan jiran
Menggalakkan kerjasama dengan negara-negara membangun
Malaysia dan beberapa buah negara jiran menentukan strategi kerjasama pembangunan wilayah kecil melalui
Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Komuniti Ekonomi ASEAN
Pernyataan berikut: "Menjadi platform penting untuk tiga negara bekerjasama menguruskan sumber dan alam sekitar secara lestari di peringkat serantau" merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam
Dialog Antarabangsa Langkawi
Segitiga Pertumbuhan ASEAN
Forum Serantau ASEAN
Komuniti ASEAN
Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan melalui
Segitiga Pertumbuhan ekonomi
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi Iskandar
Program Pembangunan Usahawan Teknologi Malaysia
Pernyataan berikut: "Malaysia berhak memelihara dan menguruskan sumber alam dari dasar laut bagi pengeksploitasian ekonomi" merujuk kepada
Zon Ekonomi Eksklusif
Zon Bebas Senjata Nuklear
Kawasan Pertumbuhan Segitiga
Kawasan Aman Bebas dan Berkecuali
Malaysia memperjuangkan kepentingan bersama dengan negara-negara membangun melalui
Kumpulan 20
Kerjasama Eropah
Kerjasama Selatan-Selatan
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Yang manakah menunjukkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? I Memberi bantuan ketenteraan II Menjadi ahli tetap Majlis Keselamatan III Memperjuangkan prinsip pendidikan untuk semua IV Mendesak usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Malaysia menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali untuk I mempromosikan keamanan di Asia dan Eropah II memperjelaskan persepsi negatif mengenai kebudayaan III menghormati hak asasi manusia selaras dengan piagam PBB IV menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara lain
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah kerjasama Malaysia dengan ASEAN+3?
Perkongsian pintar
Perkongsian penjagaan alam sekitar
Pembangunan maritim dan perkapalan
Pembangunan sosial dan sumber manusia
Pernyataan yang manakah dapat mengeratkan hubungan Malaysia dengan Negara-Negara Selatan?
Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Timur
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
Dialog Antarabangsa Langkawi
Mesyuarat Asia-Eropah
Yang manakah usaha Malaysia bagi membantu Palestine?
Menghantar pasukan tentera
Memberi bantuan kemanusiaan
Memperjuangkan gencatan senjata
Membuat perjanjian untuk menjaga kebajikan rakyatnya
Malaysia bertanggungjawab memperkenal skim insurans takaful melalui
Pertubuhan Kerjasama Islam
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Kumpulan Lapan Negara Membangun
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Yang manakah menunjukkan komitmen Malaysia dalam menjaga biokeselamatan?
Protokol Paris
Protokol Madrid
Protokol Montreal
Protokol Cartagena
Yang manakah langkah untuk meningkatkan daya saing negara Malaysia di peringkat antarabangsa?
Memasarkan produk halal
Mencari rakan dagangan baharu
Mengadakan seminar perdagangan
Menghasilkan produk bernilai tambah
Jawab semua soalan. Yang manakah faktor penentu dasar luar negara Malaysia?
Menjadikan Malaysia rakan yang boleh dipercayai
Melindungi kepentingan rakyat Malaysia
Mempertahankan kemerdekaan
Meraih keyakinan negara lain
Malaysia berpegang teguh kepada prinsip dasar luar yang
menghormati kedaulatan setiap negara
menyelesaikan masalah secara perdebatan
menjalinkan hubungan diplomatik untuk kepentingan domestik
mengadakan kerjasama dengan semua negara tanpa mengira ideologi
Yang manakah kerjasama Malaysia dengan negara jiran bagi meningkatkan keselamatan?
Forum Maritim ASEAN
Forum Serantau ASEAN
Forum Ekonomi Serantau
Forum Pelancongan ASEAN
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN telah menjadi platform kepada Malaysia untuk I merapatkan jurang kemiskinan II meningkatkan akses pasaran barangan III mewujudkan pasaran tunggal negara anggota IV meningkatkan penyertaan usahawan ke luar negara
I dan III
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Pernyataan berikut: Menggalakkan pelancongan dengan akses perhubungan lebih luas; Mengukuhkan perlindungan pengguna menerusi Jawatankuasa Perlindungan Pengguna ASEAN. Pernyataan di atas merujuk kepada kerjasama Malaysia dalam
Komuniti ASEAN
Komuniti Sosio Budaya
Komuniti Ekonomi ASEAN
Komuniti Politik Keselamatan
Yang manakah yang benar tentang tindakan Malaysia bagi menangani isu sosial serantau? I Memastikan keadaan politik stabil II Meluaskan kajian masalah komoditi utama III Menjalankan penyelidikan dan pembangunan IV Meningkatkan bidang pengajian yang lebih maju
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut: Mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk industri; Menggalakkan penggunaan teknologi dan automasi dalam pendekatan pertanian. Pernyataan di atas merujuk kepada kerjasama Malaysia dalam
Pertubuhan Perdagangan Sedunia
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kumpulan Lapan Negara Membangun
Yang manakah cara Malaysia menangani masalah pelarian Rohingya?
Menghantar pelarian ke negara ketiga
Memperjuangkan hak asasi mereka di pentas antarabangsa
Mengeluarkan kad identiti orang pelarian UNHCR dalam negara
Menyediakan rumah penempatan sementara untuk pelarian Rohingya
Pernyataan berikut: Pembangunan sektor pertanian dan perikanan; Kerjasama sektor perhutanan. Malaysia terlibat dalam perkara di atas melalui
Dialog Antarabangsa Langkawi
Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN
Forum Serantau ASEAN
Komuniti ASEAN
Yang manakah pendirian tegas Malaysia terhadap isu Laut China Selatan?
Meningkatkan Program Bina Upaya bagi negara anggota
Membuat bantahan berhubung dengan Peta Standard China
Membawa isu tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Menyekat aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat di perairan tersebut
Pernyataan berikut: Tidak mencampuri urusan negara lain; Menyelesaikan konflik secara rundingan. Pernyataan di atas merupakan pegangan Malaysia dalam
Pertubuhan Kerjasama Islam
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Pernyataan berikut: Kawasan ini dipercayai kaya dengan sumber minyak dan gas; Pihak yang menuntut ialah Malaysia dan Indonesia. Pernyataan di atas merujuk kepada isu tuntutan
Pulau Ligitan
Pulau Paracel
Pulau Ambalat
Pulau Batu Putih
Yang manakah kerjasama Malaysia dengan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam ekonomi Islam? I Malaysia menawarkan biasiswa dan latihan II Malaysia peneraju dalam industri halal global III Malaysia menyokong penubuhan Bank Pembangunan Islam IV Malaysia berperanan dalam penubuhan Universiti Islam Malaysia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Malaysia bertanggungjawab mematuhi kawalan pelupusan buangan berbahaya melalui
Konvensyen Geneva
Konvensyen Basel
Protokol Cartagena
Protokol Paris
Faktor tarikan Malaysia sebagai hab pendidikan global ialah
mengadakan program berkembar dengan universiti luar negara
membina kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia
mempunyai pengangkutan awam yang pelbagai dan murah
memudahkan kemasukan pelajar luar negara
