Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Wanita Hebat

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental?

a)

Tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi, boleh menyesuaikan diri dengan tekanan dan tuntutan hidup

b)

Tahap kesejahteraan fizikal yang bebas penyakit

c)

Tahap kesejahteraan ekonomi yang bebas dari beban hutang

d)

Tahap kesejahteraan sosial yang tidak terlibat dengan aktiviti berisiko

2.

Merujuk kepada spektrum kesihatan mental, apakah yang dimaksudkan dengan Isu Kesihatan Mental ?

a)

Gangguan pada fungsi dan struktur saraf otak

b)

Gangguan emosi yang mempengaruhi fungsi kehidupan sehari-hari dan tidak mencapai tahap optimum

c)

Keinginan untuk membunuh diri

d)

Individu dapat menghadapi tekanan dan hidup normal

3.

Mana antara kenyataan berikut adalah TIDAK BENAR ?

a)

Individu dengan isu kesihatan mental tidak dapat menguruskan keluarga

b)

Individu dengan penyakit mental kebiasaannya perlu mengambil rawatan secara berterusan

c)

Individu dengan isu kesihatan mental normal boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa

d)

Individu dengan penyakit mental boleh berjaya dan cemerlang dalam hidup

4.

Apa yang boleh terjadi kepada seseorang yang mengalami tekanan hidup secara berterusan dan tidak berupaya mengendalikan tekanan dengan baik?

a)

Menghidapi penyakit fizikal seperti kencing manis

b)

Menghidapi penyakit mental

c)

Menjadi lebih kuat

d)

Menjadi lebih bijak dalam menyelesaikan masalah hidup

5.

Salah satu risiko penyakit mental adalah ...

a)

sejarah kesihatan keluarga

b)

amalan gaya hidup tidak sihat

c)

pendapatan tidak menentu

d)

lokasi kediaman

6.

Apa yang dimaksudkan dengan delusi?

a)

Persepsi tidak benar

b)

Kepercayaan kuat tetapi palsu dan tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras

c)

Mendengar suara ghaib

d)

Melihat bayangan

7.

Sebutkan empat aspek utama dalam konsep kesihatan menyeluruh menurut diagram yang ditampilkan!

a)

Fizikal, Sosial, Psikologikal, Spiritual

b)

Fizikal, Emosi, Ekonomi, Politik

c)

Mental, Fizikal, Teknologi, Sosial

d)

Spiritual, Fizikal, Sukan, Emosi

8.

Manakah dari berikut ini yang termasuk perubahan perilaku mereka yang mungkin mengalami isu kesihatan mental?

a)

Sakit perut

b)

Sakit kepala

c)

Sering mengasingkan diri

d)

Tidak boleh tidur

9.

Kesihatan Fizikal dan Mental anda Adalah Saling Berkait. Antara gejala fizikal yang berkait dengan masalah kesihatan mental adalah..

a)

Sakit otot

b)

Sakit hati

c)

Demam

d)

Selesema

10.

Berikut adalah tips penjagaan kesihatan mental KECUALI

a)

Bersenam

b)

Makan makanan manis seperti coklat

c)

Mendapatkan bantuan profesional sepeerti kaunselor atau doktor

d)

Melakukan kerja-kerja sukarelawan

11.

Pernyataan berikut adalah BENAR mengenai bahaya stigma terhadap pesakit mental.

a)

Pekerja yang mengalami masalah kesihatan mental akan menyebabkan pertambahan kos rawatan dan merugikan jabatan

b)

Organisasi akan lebih produktif jika menyaring dan memastikan hanya indidvidu sihat mental diambil bekerja

c)

Masyarakat selamat dari ancaman bahaya pesakit mental

d)

Pesakit lambat menerima rawatan menyebabkan komplikasi penyakit

12.

Berikut adalah tempat yang menyediakan bantuan, sokongan dan rawatan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan mental KECUALI

a)

BEFRIENDERS

b)

Talian HEAL Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) 15555

c)

Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

15999

d)

MATAHARI - TEMAN ANDA

13.

Antara langkah terbaik perlu diambil sekiranya mengalami gejala stres atau isu kesihatan mental yang teruk adalah:

a)

Minta bantuan profesional dari Kaunselor Berdaftar

b)

Becerita dan meluahkan masalah kepada sesiapa sahaja yang dikenali

c)

Berkongsi dan memohon pandangan dari sosial media

d)

Amalkan teknik pernafasan dan menulis secara rutin di dalam diari

14.

Manakah antara berikut BUKAN teknik menangani stres?

a)

Diaphragmatic Breathing

b)

Tidur dengan kerap

c)

Progressive Muscle Relaxation (PMR)

d)

Mindfullness

15.

Manakah antara kenyataan berikut adalah BENAR

a)

Sentiasa bandingkan diri dengan orang lain untuk lebih berjaya dalam kehidupan

b)

Penyakit mental adalah benar walaupun tidak kelihatan di mata kasar

c)

Stigma terhadap pesakit mental adalah perlu demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara amnya.

d)

Meminta bantuan sekiranya mengalami masalah kesihatan mental adalah tanda kelemahan dan bukan kerkuatan