wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

K4 BM K1 Latihan 1 (S1 & S2)

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Hobi kakak yang gemar ______________ bunga untuk dijadikan hiasan telah dapat   memberi pendapatan sampingan untuk keluarganya.

a)

A menggubah

b)

B membentuk

c)

C mengatur

d)

D mereka

2.

Adik menangis ______________ semasa dinasihati ibu kerana sedar akan kesalahannya.

a)

A terangguk-angguk

b)

B tersedan-sedan

c)

C terpekik-pekik

d)

D terjerit-jerit

3.

Mereka sentiasa berada di _________ibu yang sedang menjalani rawatan di hospital.

a)

A antara

b)

B tepi

c)

C sisi

d)

D pinggir

4.

“Ayah, _______ mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan,” kata Wani dengan gembira.

a)

A aku

b)

B beta

c)

C hamba

d)

D saya

5.

Pelajarannya bertambah merosot __________ ibunya meninggal.

a)

A sejak

b)

B dari

c)

C terhadap

d)

dengan

6.

Kempen kebersihan yang dilancarkan pada minggu lepas akan berlangsung _____________ minggu hadapan.

a)

A dari

b)

B kepada

c)

C hingga

d)

D pada

7.

Hazad minum se_____________ air kerana dahaga.

a)

A teko

b)

B gelas

c)

C cerek

d)

D mangkuk

8.

_________itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya.

a)

A Pelayan

b)

B Petani

c)

C Pereka

d)

D Pengawal

9.

_____ , teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!

a)

A Oh

b)

B Cis

c)

C Nah

d)

D Syabas

10.

“  _____ pastikan nama kamu ditulikan pada kertas jawapan  “ kata pengawas peperiksaan kepada calon-calon.

a)

A  Jemput

b)

B  Jangan

c)

C  Tolong

d)

D  Usah

11.

Tenaga kerja yang _____ dalam bidang perkilangan dan pembinaan sangat diperlukan pada masa kini.

a)

A arif

b)

B berani

c)

C kuat

d)

D mahir

12.

Selina meminta izin daripada bapanya untuk makan angin Pulau Pangkor selama ______ hari.

a)

A  setiap

b)

B  sekalian

c)

C  separuh

d)

D  beberapa

13.

Masa menjawab soalan itu __________ tamat.

a)

A sudah

b)

B lalu

c)

C mesti

d)

D sedang

14.

___________ pantas kuda berwarna coklat itu berlari.

a)

A Nian

b)

B Benar

c)

C Sekali

d)

D Terlalu

15.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah

selesai ditayangkan.

a)

A riuh-rendah

b)

B gelap-gelita

c)

C porak-peranda

d)

D terang-benderang

16.

Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.

a)

A mengumpul

b)

B berkumpul

c)

C kumpulan

d)

D dikumpul

17.

Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.

Perkataan seerti bagi mendesak ialah ____________.

a)

A merayu

b)

B merungut

c)

C memaksa

d)

D menyuruh

18.

Hasraf mencurigai apa yang telah dilakukan oleh Amin terhadapnya selama ini.

Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah _________________.

a)

A menganuti

b)

B mempercayai

c)

C melakukan

d)

D mengharapkan

19.

Para peniaga yang menjual cakera padar cetak rompak di kaki lima kedai itu segera _________ apabila melihat pegawai kementerian Perdagangan Dalam Negeri sedang menjalankan rondaan.

a)

A  angkat tangan

b)

B  angkat kaki

c)

C  angkat topi

d)

D  angkat diri

20.

Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas ialah ____________.

a)

A  bagai bulan dipagar bintang

b)

B  bagai kera mendapat bunga

c)

C  bagai enau dalam belukar

d)

D  bagai isi dengan kuku