Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

YEAR 5 ULANG KAJI

Total questions: 90

Worksheet time: 46mins

Name
Class
Date
1.

Tandakan semua kata nama am.

a)

lari

b)

baju

c)

sekolah

d)

minum

e)

pensel

2.

Namakan permainan berikut.

a)

congkak

b)

lubang

c)

kayu guli

d)

papan berlubang

3.

Bendera Malaysia dikenali sebagai .....................

a)

Jalur Cemerlang

b)

Jalur Gemilang

c)

Jalur Terbilang

d)

Jalur Merah

4.

Yang manakah antara berikut ialah contoh kata nama khas?

a)

sekolah

b)

ayah

c)

Hospital Shah Alam

5.

Pilih kata nama am yang betul.

Ibu saya seorang ______________. Beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Emas.

a)

doktor

b)

murid

c)

guru

d)

polis

6.

Pilih kata nama am pada ayat di bawah.


Guan Hong akan ke Pulau Pinang bersama keluarganya dengan menaiki feri.

a)

Pulau Pinang

b)

dengan

c)

menaiki

d)

feri

7.

Pilih kata nama am yang betul.

Saya suka bermain badminton pada waktu petang.

a)

suka

b)

bermain

c)

badminton

d)

waktu petang

8.

Pilih kata nama am yang betul.

Mereka pergi ke perpustakaan untuk membaca buku .

a)

ke

b)

pergi

c)

perpustakaan

d)

membaca

9.

Pilih kata nama am yang betul.

Wah! Cantiknya kasut Adidas kamu.

a)

Wah

b)

Cantik

c)

Kasut

d)

Kasut Adidas

10.

Pilih kata nama am yang betul.

Saya tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

a)

tidak hadir

b)

ke

c)

sekolah

d)

sakit

11.

Pilih semua kata nama am yang terdapat dalam ayat.

Guru besar mengarahkan semua murid berkumpul di dewan.

a)

guru besar

b)

mengarahkan

c)

dewan

d)

murid

e)

berkumpul

12.

Pilih kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

Abang pergi ke sekolah dengan menaiki basikal Raleigh.

a)

Abang

b)

Sekolah

c)

Basikal

d)

Basikal Raleigh

13.

Pilih kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

Saya gembira belajar di SJKC Kelang Lama.

a)

saya

b)

gembira

c)

belajar

d)

SJKC Kelang Lama

14.

Pilih semua kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

Kelang Lama terletak di daerah Kulim, Negeri Kedah.

a)

Kelang Lama

b)

terletak

c)

daerah

d)

Kulim

e)

Negeri Kedah

15.

Pilih kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

Pada minggu lepas, saya telah pergi ke Butterworth.

a)

minggu lepas

b)

pergi

c)

saya

d)

Butterworth

16.

Antara berikut yang manakah kata nama khas?

Ayah saya bekerja di Menara Berkembar Petronas.

a)

ayah

b)

bekerja

c)

Menara Berkembar Petronas

17.

Antara berikut yang manakah kata nama khas?

a)

kasut

b)

Si Putih

c)

Zoo Negara

d)

Encik Lee

18.

Pilih kata nama am dalam ayat di bawah.


Mimi suka menunggang basikal pada waktu petang.

a)

Mimi

b)

menunggang

c)

basikal

d)

suka

19.

Pilih kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

Alisa mencuci kasut sekolahnya setiap hari Sabtu.

a)

mencuci

b)

kasut sekolah

c)

hari

d)

Sabtu

20.

Pilih kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

Kakak suka belajar subjek Bahasa Melayu kerana gurunya sangat kreatif.

a)

Belajar

b)

Bahasa Melayu

c)

Kerana

d)

Kreatif

21.

Sani,Yuna dan Ganesan terlewat ke sekolah kerana bas _____________________rosak.

a)

dia

b)

kalian

c)

saya

d)

mereka

22.

Alam sekitar perlu___________________pelihara agar sentiasa bersih dan ceria.

a)

aku

b)

kami

c)

awak

d)

kita

23.

"Di manakah _______________________buang sampah tadi?," tanya ibu kepada Nazhan.

a)

kami

b)

kamu

c)

awak

d)

dia

24.

"_________________akan berlepas ke Kuantan sebentar lagi,"kata Encik Johan kepada Encik Kumar.

a)

Aku

b)

Dia

c)

Saya

d)

Beta

25.

Encik Goh seorang usahawan yang berjaya._______________________memiliki tiga buah syarikat perkapalan.

a)

kalian

b)

dia

c)

beta

d)

beliau

26.

Laila seorang anak yang suka berdikari._____________juga merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

a)

beliau

b)

dia

c)

awak

d)

saya

27.

"________________menjunjung perintah tuanku,"sahut Bendahara kepada Sultan Mansur Shah.

a)

patik

b)

hamba

c)

tuanku

d)

beta

28.

"Siapakah nama adik __________________,?"tanya Amirul kepada Johan.

a)

kamu

b)

kami

c)

saya

d)

dia

29.

"Ibu,pensel_________________hilang,"kata Akmal kepada ibunya.

a)

aku

b)

saya

c)

dia

d)

mereka

30.

Ini warung Pak Mahmud.____________________telah lama berniaga di sini.

a)

Awak

b)

Mereka

c)

Engkau

d)

Dia

31.

___________________mesti berpakaian bersih setiap masa .

a)

Kami

b)

Kita

c)

Kalian

d)

Engkau

32.

Itu kawan-kawan saya.___________________sangat baik hati dan peramah.

a)

Kalian

b)

Engkau

c)

Mereka

d)

Dia

33.

Saya dan Lisa suka ke taman.____________________pergi ke taman bersama-sama.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Kami

d)

Kamu

34.

"_____________________dikehendaki beratur terlebih dahulu sebelum ke kantin," kata Cikgu Teoh kepada murid-murid 5Bestari.

a)

Awak

b)

Kami

c)

Engkau

d)

Kalian

35.

_____________________ialah bangsa Malaysia yang hidup bersama dengan harmoni.

a)

Kami

b)

Kamu

c)

Kita

d)

Engkau

36.

Ibu menghadiahkan sebuah basikal kepada__________________ kerana telah berjaya dalam peperiksaan.

a)

aku

b)

awak

c)

dia

d)

saya

37.

____________________sekeluarga membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

a)

Aku

b)

Beta

c)

Engkau

d)

Kami

38.

"Ranjit,mari ____________________ke stor sukan,"ajak Gopal.

a)

kita

b)

awak

c)

saya

d)

dia

39.

Puan Suhaida seorang guru bahasa.____________________sangat disukai oleh murid-murid di sekolahnya.

a)

Dia

b)

Kalian

c)

Baginda

d)

Beliau

40.

Mengapakah____________________tidak memakai kasut?

a)

patik

b)

saya

c)

mereka

d)

dia

41.

Emak memasukkan se_________________ garam ke dalam gulai kari untuk dijadikan hidangan makan tengah hari sekeluarga.

a)

genggam

b)

cubit

c)

bekas

d)

bungkus

42.

 Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.

a)

ulas

b)

biji

c)

buah

d)

urat

43.

Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.

a)

ruas

b)

pohon

c)

batang

d)

rumpun

44.

Cikgu Tiaga menulis beberapa __________________ ayat pada papan tulis.

a)

baris

b)

patah

c)

rangkap

d)

untai

45.

Peminta sedekah itu meminta belas kasihan untuk mendapatkan se __________________ nasi.

a)

gugus

b)

cubit

c)

suap

d)

butir

46.

Dua _____________________ meriam dipamerkan di hadapan Kota A'Famosa.

a)

butir

b)

laras

c)

buah

d)

biji

47.

Kamal menjumpai se ___________________ kunci di tepi longkang.

a)

butir

b)

gugus

c)

biji

d)

kuntum

48.

Ibu memotong daging dengan menggunakan ________________ pisau.

a)

bilah

b)

buah

c)

keping

d)

butir

49.

Kakak memakai se__________ cincin suasa.

a)

bentuk

b)

biji

c)

butir

d)

buah

50.

Ayah membeli sepuluh ________________ sate.

a)

cucuk

b)

batang

c)

gugus

d)

ikat

51.

Siti memetik se____________ bunga mawar.

a)

jambak

b)

helai

c)

kuntum

d)

buah

52.

Dua ______ kapas digunakan untuk membersihkan luka pada sikunya

a)

urat

b)

untai

c)

gumpal

d)

kepal

53.

Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua ______ batu ke dalam kolam itu.

a)

rumpun

b)

ketul

c)

bentuk

d)

pucuk

54.

Guru besar membaca se______ pantun semasa menyampaikan ucapannya pagi tadi.

a)

rangkap

b)

ruas

c)

patah

d)

cucuk

55.

Untuk memagari kebunnya,Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.

a)

utas

b)

gulung

c)

gelung

d)

bidang

56.

Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.

a)

utas

b)

untai

c)

gulung

d)

lembar

57.

Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.

a)

kelompok

b)

tompok

c)

buah

d)

biji

58.

Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.

a)

butir

b)

das

c)

biji

d)

pucuk

59.

Pak Mat menggunakan se _____________________ jala untuk menangkap ikan di laut.

a)

rawan

b)

pasang

c)

urat

d)

sikat

60.

__________________ kedai musnah dalam kebakaran semalam.

a)

Sekumpulan

b)

Sepatah

c)

Segerombolan

d)

Sederet

61.

Ayah pergi _____ ofis dengan menaiki kereta.

a)

dari

b)

daripada

c)

kepada

d)

ke

62.

_______ waktu lapang, Rahman suka bermain dengan adiknya ___ rumah.

a)

Pada, ke

b)

Ke, pada

c)

Pada, di

d)

Di, pada

63.

Cikgu Johan sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

a)

ke

b)

daripada

c)

pada

d)

dari

64.

Kenal pasti tiga kata sendi nama.

a)

daripada

b)

kepada

c)

sambil

d)

di

e)

tetapi

65.

Kek itu dibuat ____________ pisang.

a)

dari

b)

daripada

66.

Ayah memberikan duit _____________ Mariam.

a)

kepada

b)

untuk

67.

Majlis perhimpunan itu akan berlangsung ___________ pukul 08:00 pagi.

a)

di

b)

pada

c)

daripada

d)

ke

68.
"Serahkan buku ini _________ Haqimi" Kata CIkgu Farhan kepada Faiz Danial.
a)
kepada
b)
pada
c)
daripada
d)
di
69.
Kemerosotan akhlak...........kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
a)
di
b)
dalam
c)
antara
d)
pada
70.
Cadangan yang dikemukan oleh Hazim akan dipertimbangkan..........guru kelas mereka.
a)
kepada
b)
akan
c)
pada
d)
oleh
71.

Mereka juga diajar oleh Cikgu Hammad dengan pelbagai teknik _____________ mendapat markah yang cemelang bagi kertas Matematik.

a)

sejak

b)

untuk

c)

sebagai

d)

terhadap

72.

Ayah menggantungkan jam baharu itu __________________ dinding di ruang tamu.

a)

di

b)

ke

c)

pada

73.

Tiada perbezaan............ kedua-dua pasang kasut tersebut

a)

Kepada

b)

Sejak

c)

Tentang

d)

Antara

74.

Walaupun baru sahaja berpisah selama dua hari, dia sudah rindu........... anaknya.

a)

Dari

b)

Sejak

c)

Akan

d)

Tentang

75.
Kemerosotan akhlak...........kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
a)
di
b)
dalam
c)
antara
d)
pada
76.

Buku itu berada .............. almari

a)

di atas

b)

atas

c)

dalam

77.

Kata-kata guru itu tersemat ................ hati pelajar

a)

di dalam

b)

dalam

c)

atas

d)

bawah

78.

Terima kasih ................ ucapan yang diberikan

a)

atas

b)

di atas

c)

kerana

d)

akibat

79.

Helmi berasal ____________ negeri Pahang.

a)

daripada

b)

ke

c)

di

d)

dari

80.

Meja itu diperbuat _____________ kayu yang bermutu tinggi.

a)

di

b)

dengan

c)

dari

d)

daripada

81.

Indah ____________ Pantai Punang yang terletak di Lawas.

a)

memang

b)

betul

c)

paling

d)

nian

82.

Nasi yang dimasak oleh nenek _________ lembik.

a)

betul

b)

benar

c)

terlalu

d)

sekali

83.

Haiwan yang ___________besar di darat ialah gajah.

a)

betul

b)

benar

c)

sekali

d)

paling

84.

___________pantas kuda berwarna putih itu berlari.

a)

Benar

b)

Nian

c)

Sekali

d)

Terlalu

85.

Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________manis.

a)

nian

b)

agak

c)

betul

d)

benar

86.

Tulisan Sulaiman _________cantik dan kemas.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

benar

d)

nian

87.

Cerita yang dikarang oleh Maniam itu ________menarik.

a)

amat

b)

betul

c)

benar

d)

sekali

88.

"__________cantik pemandangan yang kamu lukis ini,"puji Halim kepada Zainal.

a)

Sungguh

b)

Sekali

c)

Betul

d)

Nian

89.

Suhu di dalam bilik hotel ________sejuk sehingga saya menggigil.

a)

terlalu

b)

sekali

c)

betul

d)

nian

90.

Antara murid Tahun 6 Rajin, Murni yang tinggi _________.

a)

paling

b)

sekali

c)

agak

d)

terlalu