2013
6 a) Beri maksud kemiskinan relatif [2M]
b) Jelaskan dua punca yg boleh menyebabkan kemiskinan relatif [4M]
EKONOMI MALAYSIA BAB 6 - KEMISKINAN - BIL 1
Flashcard
•
Other
•
University
•
Easy
MOHAMAD AMIN BIN ZAINAL ABIDIN KPM-Guru
Used 1+ times
FREE Resource
Student preview
10 questions
Show all answers
1.
FLASHCARD QUESTION
Front
2013
6 a) Beri maksud kemiskinan relatif [2M]
b) Jelaskan dua punca yg boleh menyebabkan kemiskinan relatif [4M]
Back
6. a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif [2M]
Kemiskinan mutlak merupakan kekurangan pendapatan untuk memenuhi sara hidup yang minima atau keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal
Kemiskinan relatif menerangkan kedudukan relative sesuatu kumpulan dengan kumpulan yang lain dari segi perbezaan antara kumpulan atau etnik atau setara.
b) Huraikan perbezaan pengukuran antara kemiskinan mutlak dgn kemiskinan relatif [2M]
Kemiskinan mutlak diukur berdasarkan pendapatan di bawah garis kemiskinan/taraf hidup yg lebih rendah drpd pendapatan garis kemiskinan yg ditentukan mnkl kemiskinan relative diukur berdasarkan tgkt pdpt bg setiap kumpulan isi rumah
Kemiskinan relatif diukur berdasarkan tingkat pendapatan bagi setiap kumpulan isi rumah
c) Berikan dua langkah utk mengatasi masalah kemiskinan mutlak [2M]
i. Program Pembangunan Rakyat termiskin (PPRT)
ii. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
iii. Bantuan drp Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv. Subsidi input kpd nelayan ,petani
· Skim baucer tuisyen
· Zakat
· AIM
· TEKUN
2.
FLASHCARD QUESTION
Front
2015
6. Jelaskan 3 punca kemiskinan [ 6M ]
Back
Punca/sebab kemiskinan:
(a) Ketiadaan/kekurangan modal
Ini menyebabkan kesukaran untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan. Kesannya, pendapatan mereka menjadi rendah dan tidak mengalami peningkatan dan akhirnya berlakulah kemiskinan.
(b) Tahap teknologi pengeluaran yang rendah
Ini menyebabkan daya pengeluaran rendah, seterusnya keluaran juga rendah, dan pendapatan/ keuntungan juga rendah. Usaha yang dijalankan mungkin hanya sekadar untuk sara diri sahaja. Oleh itu, berlakulah masalah kemiskinan.
(c) Tahap pendidikan yang rendah
Dengan pendidikan yang rendah maka individu hanya mampu mendapatkan pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi. Upahnya menjadi rendah. Kemungkinan besar mereka termasuk dalam kelompok miskin.
3.
FLASHCARD QUESTION
Front
2015 U
6. a) Jelaskan maksud pendapatan garis kemiskinan (PGK) [2M]
b) Berbantukan contoh, terangkan sumber pendapatan bukan upah yg berikut:
i. Sewa [2M]
ii. Bayaran pindahan [2M]
Back
6. a) Jelaskan maksud pendapatan garis kemiskinan (PGK) [2M]
Pendapatan garis kemiskinan (PGK) merujuk kepada pendapatan isi rumah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal.
b) Berbantukan contoh, terangkan sumber pendapatan bukan upah yg berikut:
i. Sewa [2M]
Sewa ialah pendapatan kpd pemilik faktor pengeluaran yg penawarannya terhad spt tanah /bangunan
ii. Bayaran pindahan [2M]
Bayaran yg diperoleh tanpa sebarang sumbangan dalam proses pengeluaran. Contoh pencen dan biasiswa.
4.
FLASHCARD QUESTION
Front
2016
6.Terangkan 3 dasar kerajaan untuk basmi kemiskinan [ 6M ]
Back
– Dasar Ekonomi Baru (DEB)
• Membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan mesti meningkatkan kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan, dan pelajaran serta membuka tanah baru.
– Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
• Dasar ini diperkenalkan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif. Strategi untuk mencapai matlamat ini ialah kerajaan perlu mempertingkatkan latihan kemahiran dalam kalangan belia luar bandar melalui bantuan subsidi dan khidmat nasihat. Subsidi juga diberikan kepada petani dan nelayan agar mereka dapat mempertingkatkan produktiviti masing-masing.
– Dasar Wawasan Negara (DWN)
• Dasar ini diperkenalkan untuk menghapuskan kemiskinan relatif mengikut strata. Kerajaan menumpukan usaha pembasmian kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil dan terpencil seperti minoriti orang asli, kumpulan minoriti di Sabah dan Sarawak.
– Dasar Pendidikan Negara (DPN)
• Dasar ini diperkenalkan untuk menghapuskan kemiskinan dengan meningkatkan latihan dan kemahiran. Di samping itu, kerajaan juga mewajibkan pendidikan kepada setiap pelajar sehingga mencapai umur 17 tahun.
– Dasar Pertanian Negara
• Kerajaan membuat pelaburan yang besar dalam pembangunan infrustruktur dan pembukaan tanah–tanah baharu untuk membaiki sosioekonomi dan meninggikan pendapatan petani.
5.
FLASHCARD QUESTION
Front
2017
6 Jelaskan bagaimana faktor berikut menyebab berlaku kemiskinan. [6]
Back
(i) Pendidikan –
Tanpa pendidikan atau tahap pendidikan yang rendah menyebabkan tiada atau kurang kemahiran. Ini akan menyukarkan untuk mendapat pekerjaan atau mendapat gaji yang rendah. Pendapatan yang rendah akan menyebabkan berlaku kemiskinan.
(ii) Teknologi –
Di luar bandar, kebanyakan petani masih menggunakan kaedah tradisional dengan teknologi yang kurang cekap dan moden. Ini menyebabkan pengeluaran terhad dan tidak optimum, pendapatan rendah maka berlakulah kemiskinan.
(iii) Akses pasaran –
Penduduk di luar bandar mempunyai akses pasaran yang terhad atau saiz pasaran yang kecil disebabkan kedudukan yang terpencil dan saiz pasaran yang kecil. Saiz pasaran yang kecil ini menyebabkan sukar untuk mengembangkan perniagaan dan menerima pendapatan atau jumlah hasil yang rendah.
6.
FLASHCARD QUESTION
Front
2018
6. Nyatakan dua peranan yg dimainkan oleh agensi berikiut dlm basmi kemiskinan
a) Lembaga Pemasaran Pertanian ( FAMA ) [ 2M ]
b) Baitul mal [ 2M ]
c) Amanah Ikhtiar Malaysia [ 2M]
Back
(a) (a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
– Membantu petani memasarkan hasil tani atau menyediakan ruang niaga
– Membantu memproses hasil-hasil pertanian/khidmat nasihat dan latihan
(b) (b) Baitulmal
– Memberi bantuan kewangan kepada asnaf miskin melalui kutipan zakat atau mengagihkan zakat kepada isi rumah miskin
– Memberi bantuan modal perniagaan kepada golongan miskin
– Memberi latihan/pendidikan/biasiswa kepada anak-anak golongan miskin
(c) (c) Amanah Ikhtiar Malaysia
– Memberi bantuan modal atau pinjaman atau bantuan kewangan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kepada golongan miskin
– Memberi khidmat nasihat dan rundingan untuk menjalankan perniagaan kepada golongan miskin
7.
FLASHCARD QUESTION
Front
2019
a) i. Jelaskan maksud Pekali Gini [ 2M ]
ii.Jika Pekali Gini 0.34 bagi negara A dan 0.73 bagi negara B bandingkan agihan pendapatan di kedua negara tersebut [ 2M ]
a) Nyatakan 2 sumber pendapatan drp bayaran pindahan [ 2M ]
Back
a) i. Jelaskan maksud Pekali Gini [ 2M ]
Pekali Gini ialah ukuran ketidaksamaan dalam agihan pendapatan dalam sesebuah negara. Nilai pekali Gini berada antara 0 hingga 1.
ii.Jika Pekali Gini 0.34 bagi negara A dan 0.73 bagi negara B bandingkan agihan pendapatan di kedua negara tersebut [ 2M ]
Agihan pendapatan di negara A secara relatif lebih adil/setara berbanding dengan negara B
atau
negara A mempunyai agihan pendapatan yang secara relatif lebih saksama berbanding dengan agihan pendapatan di negara B.
b) Nyatakan 2 sumber pendapatan drp bayaran pindahan [ 2M ]
(i) Pencen
(ii) Derma
(iii) Biasiswa
(iv) Wang saku
(v) Bantuan Sara Hidup Rakyat
(vi) Zakat
(vii) Kad siswa
(viii) Bantuan Awal Persekolahan
5 questions
EKONOMI MALAYSIA BAB 2 - INFLASI - BIL 2
Flashcard
•
University
10 questions
EKONOMI MALAYSIA BAB 1 BIL 2- PENGANGGURAN
Flashcard
•
University
10 questions
Pengetahuan Umum
Flashcard
•
KG
10 questions
Flashcard Akuntansi Tutorial Class 2025
Flashcard
•
University
10 questions
Malaysia kelas A, B & C bersama Cikgu Jun
Flashcard
•
KG - 12th Grade
10 questions
Kuis Event Lebaran Hofam (Dasar)
Flashcard
•
KG
7 questions
Teori Permintaan dan Penawaran Uang
Flashcard
•
12th Grade
10 questions
Peranan Bangsa Indonesia dalam Tatanan Regional dan Global II
Flashcard
•
Professional Development
15 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Math Review - Grade 6
Quiz
•
6th Grade
20 questions
math review
Quiz
•
4th Grade
5 questions
capitalization in sentences
Quiz
•
5th - 8th Grade
10 questions
Juneteenth History and Significance
Interactive video
•
5th - 8th Grade
15 questions
Adding and Subtracting Fractions
Quiz
•
5th Grade
10 questions
R2H Day One Internship Expectation Review Guidelines
Quiz
•
Professional Development
12 questions
Dividing Fractions
Quiz
•
6th Grade