

Cerpen"Banjir di mata emak"
Presentation
•
World Languages
•
2nd Grade
•
Medium
NOOR Moe
Used 5+ times
FREE Resource
4 Slides • 28 Questions
1
Cerpen"Banjir di mata emak"
Disediakan oleh cikgu Hidayah

2
sinopsis
Watak “saya” hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu “Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada “Nana” kerana menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Malangnya, abang Nana yang tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung dan tidak menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut.
Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada jawapan. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. “Saya“ membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu
3
sinopsis
Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab panggilan “saya”. Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.
“Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira.
Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Daripada Mak Piah, “saya” mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah. Hal ini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk “saya” lantas mengucapkan terima kasih.
4
sinopsis
“Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. Selepas makan, “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk.
“Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana.
“Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana amat menyesal.
5
Open Ended
Bagaimanakah cara untuk menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap keluarga?
6
Open Ended
Apakah bukti yang kamu sayang akan ibu dan bapa ?
7
Multiple Choice
Latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak ialah.........
Masyarakat yang bertanggungjawab terdapat ibu
Masyarakat yang pedulikan ibu yang tua
Masyarakat kampung.
8
Multiple Choice
Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen. Kecuali
Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam
Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak
Kasih ibu tidak berbelah bagi.
kegembiraan seorang anak setelah melakukan perkara yang membuatkan ibunya tersinggung
9
Multiple Choice
Siapakah penulis cerpen Banjir di Mata Emak?
Fauziah Ashari
Mana Sikana
Che Soo Ismail
10
Multiple Choice
Apakah tema cerpen ini?
kasih sayang antara anak dan emaknya
kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang
keprihatinan terhadap kesusahan orang lain
11
Multiple Choice
Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir.
Apakah latar tempat bagi contoh peristiwa di atas?
rumah saya
kampung
rumah mak piah
12
Multiple Choice
Apakah yang berlaku setelah 'saya' sampai di perkarangan rumah Mak Piah?
Rumah Mak Piah terbakar.
Anak-anak Mak Piah sudah ada di rumahnya
Orang ramai sedang berkumpul menguruskan jenazah Mak Piah.
Rumah Mak Piah dihanyutkan air
13
Multiple Choice
Mengapakah Mak Piah begitu selesa berbual dengan 'saya' di telefon?
Kerana Mak Piah menyangkakan bahawa anak perempuannya yang sedang menelefon bertanya khabarnya.
Kerana dia dapat menghubungi anaknya
Kerana Mak Piah masih ada bekalan makanan
Kerana ada teman untuk berbual
14
Multiple Choice
Siapakah 'saya' dalam cerpen ini?
Seorang gadis yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah
Merupakan seorang pegawai kebajikan masyarakat di daerah kawasan Mak Piah tinggal
Seorang penghantar makanan
Seorang jururawat kampung
15
Multiple Choice
Berapa orangkah anak Mak Piah?
4
3
2
1
16
Multiple Select
Nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak.
Kasih-sayang
Keberanian
Baik hati
Simpati
Kegigihan
17
Multiple Select
Tandakan watak-watak yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak
Mak Kiah
Mak Piah
Nana
Nina
Saya
18
Multiple Choice
Bagaimana Mak Piah boleh meninggal dunia?
Dilanggar kenderaan
Tergelincir dan kepalanya cedera
Dirompak dan dibunuh
Banjir
19
Multiple Choice
Setelah sihat, 'saya' pergi ke rumah Mak Piah. 'Saya' hairan kerana melihat ramai orang berada di rumah Mak Piah kerana ___________________.
Mak Piah sakit
Mak Piah telah meninggal dunia
Nana telah meninggal dunia
banjir telah surut
20
Multiple Choice
Hasrat 'saya' untuk melawat Mak Piah seperti yang dijanjikan terpaksa ditunda kerana 'saya' demam panas selama berapa hari?
Empat
Dua
Lima
Tiga
21
Multiple Choice
'Saya' terpaksa berbohong bahawa ___________________ untuk mengambil hati Mak Piah.
Nana yang memasak makanan tersebut
Nana membeli makanan tersebut
Nubhan yang menghantar makanan tersebut
Nubhan membeli makanan tersebut
22
Multiple Choice
Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya.
Apakah pengajaran berdasarkan contoh peristiwa di atas?
Kita hendaklah sikap baik hati dengan membantu golongan warga emas
Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.
Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
23
Multiple Choice
Apakah rintihan mak piah kepada nana(saya)?
banjir sudah di paras pinggang
abangnya tidak datang jenguk walaupun dekat
bekalan makanan mahal
24
Multiple Select
Apakah pengajaran yang terkandung dalam cerpen ini?
KIta perlu menghormati rakan - rakan
Kita hendaklah menyayangi ibu bapa
Kita mestilah prihatin akan nasib orang lain
Kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan
25
Multiple Choice
Mengapakah Nana jarang melawat ibunya?
sibuk bekerja
tidak dibenarkan suaminya
tidak ada masa
26
Multiple Choice
Siapakah nama anak-anak Mak Piah?
Nani dan Nubhan
Nubhan dan Nana
Noni dan Nusran
27
Multiple Choice
Mengapakah Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir?
Dia lebih selesa tinggal di rumah
Dia ada masalah buang air kecil
Dia menunggu anak-anaknya
28
Multiple Choice
Bagaimanakah "Saya" dapat menemui alamat rumah Mak Piah?
carian di internet
bertanya kawan-kawan
melalui buku panduan telefon
29
Multiple Choice
Mengapakah "Saya" terlalu ingin mencari umak Mak Piah?
ingin berbakti kepada ibu tua itu
ingin bertanya khabar
ingin menghantar bekalan makanan
30
Multiple Choice
Jika Mak Piah kehabisan lauk, apakah makanan yang akan dimakan oleh Mak Piah?
Nasi dengan garam
Nasi dengan ikan kering
Bubur nasi
31
Multiple Choice
Apakah bencana yang berlaku di rumah Mak Piah?
Ribut
Banjir
Kemarau
32
Multiple Choice
Siapakah 'Saya' di dalam cerpen ini?
seorang anak yang bernama Nana
seorang pekerja syarikat telekomunikasi
seorang gadis yang tersalah dail nombor telefon
Cerpen"Banjir di mata emak"
Disediakan oleh cikgu Hidayah

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 32
SLIDE
Similar Resources on Wayground
25 questions
2nd Filipino 2 Pagsusulit Blg. 4
Presentation
•
2nd Grade
26 questions
AP 2 Quiz 4.3 Reviewer
Presentation
•
2nd Grade
24 questions
PENJUMLAHAN DENGAN TEHNIK MENYIMPAN DAN PENGURANGAN DENGAN TEHNIK MEMINJAM
Presentation
•
2nd Grade
23 questions
Latihan Tema 7
Presentation
•
2nd Grade
22 questions
A2(1)第12課レッスン
Presentation
•
University
26 questions
Anggah Ungguhin Basa Bali
Presentation
•
1st - 3rd Grade
22 questions
单元2
Presentation
•
1st - 2nd Grade
25 questions
Tahun 1 - 68 - Taman Permainan Selamat
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for World Languages
12 questions
Cinco de Mayo Video Quiz
Interactive video
•
1st - 5th Grade
16 questions
hs2c4 AB repaso
Quiz
•
KG - University
14 questions
Las partes de la casa
Quiz
•
1st - 5th Grade
18 questions
2nd Grade Spanish Reading Review 1
Quiz
•
2nd Grade
23 questions
Cinco de Mayo Quiz
Quiz
•
1st - 5th Grade
100 questions
1.5 Spanish Irregular Verbs Present Tense
Quiz
•
2nd Grade