
CERPEN - TINGKATAN 1 BM
Presentation
•
Education
•
1st Grade
•
Easy
CIKGU SUHAIDAH
Used 5+ times
FREE Resource
28 Slides • 3 Questions
1
CERPEN - TINGKATAN 1 BM
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SUHAIDAH
2
3
CERPEN OREN SEEKOR KUCING
4
Oren (Saifullizan Yahaya)
Ayah “aku” gelisah kerana kucing belaannya, iaitu Oren tidak pulang ke rumah. Sudah empat hari ayah “aku” tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor anak kucing yang telah dipungut selepas ayah “aku” melanggar ibunya sehingga mati. Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga “aku”. Ayah “aku” dapat merasakan bahawa Oren merajuk. Hal ini disebabkan oleh kehadiran Kelabu dalam keluarga mereka. Kelabu yang lebih manja dan pandai mengambil perhatian telah membuatkan ayah “aku” dan anggota keluarganya banyak memberikan tumpuan terhadap Kelabu.
Kehilangan Oren membuatkan ayah “aku” berasa bersalah. Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah “aku” bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan harinya, ayah “aku” bertanya tentang Oren kepada anak- anaknya. Selepas diberitahu bahawa Oren masih tidak nampak kelibatnya, barulah ayah “aku” sedar bahawa dia sebenarnya bermimpi. Ayah “aku” menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil membawa Oren. Oren telah mati dan bangkainya ditemukan di celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. Seluruh
anggota keluarga “aku” tertumpu kepada ayah “aku”. Mata beliau kelihatan mulai berkaca.
5
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.
Persoalan
(a) Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan.
(b) Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik.
(c) Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya suatu kehilangan.
(d) Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia tetapi juga meliputi haiwan.
(e) Perhatian terhadap diri seseorang adalah kerana kebijaksanaannya meletakkan dirinya dan mengambil hati.
(f) Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama.
6
PLOT
Binaan Plot
(a) Permulaan – Ayah “aku” bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah
“aku” tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian anggota keluarganya.
(b) Perkembangan – Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren mati. Ayah “aku” telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu “aku” mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku. Kemudian, ayah “aku” membawa Kelabu pulang ke rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian anggota keluarga ayah “aku”. Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri.
(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah “aku” berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah “aku”.
(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota keluarga di meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren. Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Semua anggota keluarga tertumpu kepada ayah “aku” dan matanya mulai berkaca.
Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Monolog.
(d) Imbas kembali.
7
LATAR
Latar Masa
(a) Hujung pertengahan Disember.
(b) Waktu malam.
(c) Waktu petang.
(d) Waktu pagi.
Latar Tempat
(a) Jalan di kawasan perumahan.
(b) Di dapur.
(c) Di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan.
(d) Di ruang tamu.
(e) Di ruang dapur.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan.
(b) Masyarakat yang prihatin.
(c) Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni.
8
WATAK DAN PERWATAKAN
Ayah “aku”
(a) Bapa kepada tiga orang anak.
(b) Suka akan kucing.
(c) Bersifat belas kasihan.
(d) Berasa gelisah dan bersalah apabila Oren tidak pulang ke rumah.
(e) Ketua keluarga yang baik.
Oren
(a) Kucing yang berbulu oren.
(b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah “aku”.
(c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.
(d) Bersikap pasif.
Kelabu
(a) Kucing yang berwarna kelabu.
(b) Menunjukkan reaksi yang lebih manja.
(c) Semasa kecil, Kelabu selalu membuang najis merata-rata tempat.
(d) Pada awalnya, Kelabu kurus dan tidak terurus.
(e) Selepas dipelihara oleh ayah “aku” dan anggota keluarganya, Kelabu semakin tembam
9
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
(a) Belas kasihan.
(b) Keprihatinan.
(c) Bersimpati.
(d) Kebijaksanaan.
(e) Kegigihan.
Pengajaran
(a) Kita harus bersifat belas kasihan terhadap insan lain.
(b) Kita hendaklah prihatin dengan perkembangan sekeliling kita.
(c) Kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh orang di sekeliling.
(d) Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan.
(e) Kita hendaklah gigih dalam melaksanakan sesuatu usaha.
10
Multiple Choice
ANDA SUDAH HABIS MEMBACA ?
YA
TIDAK
11
12
13
Hadiah (Tie Camar)
Azizah ingin memberikan hadiah kepada cikgu kesayangannya, iaitu Cikgu Zaleha sempena sambutan Hari Guru. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk membeli hadiah. Rakan-rakannya seperti Rahimah, Zaiton, Hamidah Alizah, Rashid, dan Hashim pula akan Memberikan hadiah yang mahal untuk guru-guru kesayangan masing-masing.
Azizah meminta duit daripada ibu dan bapanya tetapi ibu bapanya mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang. Oleh itu, Azizah telah membuka tabung arnabnya bagi membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha.
Pada suatu hari, ibu Azizah menyarankan agar dia membuat sendiri hadiah untuk gurunya itu. Beliau memberi cadangan supaya Azizah membuat kraf tangan. Alasannya, Cikgu Zaleha seorang perempuan dan tentu dia suka akan barang-barang kraf tangan. Cadangan itu diterima baik oleh Azizah. Pada petang itu, Azizah sibuk menganyam enam tudung saji sebagai perhiasan. Hasil anyamannya sungguh
kemas, unik, dan cantik.
Hari Guru pun tiba. Azizah mengayuh basikal sambil membawa hadiah yang dibungkusnya dengan kertas surat khabar. Bermacam-macam andaian bermain-main dalam fikiran Azizah, sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya atau hadiahnya paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha. Setibanya di sekolah, semua mata tertumpa pada bungkusan di tangan Azizah yang sampai lewat.
14
Azizah menyerahkan hadiahnya kepada Cikgu Zaleha dan meminta Cikgu Zaleha membuka hadiah itu di rumah. Cikgu Zaleha mencubit bucu pembalut hadiah itu sambil berkata bahawa sikap Azizah yang rajin, serba boleh, dan kuat berusaha. Kemudian, Cikgu Zaleha menghulurkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah kepada Azizah. Cikgu Zaleha mengatakan sekiranya Azizah menang, dia akan berbangga. Sebaliknya, sekiranya Azizah menarik diri bermakna Azizah kalah. Cikgu Zaleha juga berpesan bahawa ukuran bagi nilai kejayaan bukannya pada menang atau kalah tetapi pada kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang untuk meningkatkan Kemajuan diri.
Azizah menyertai pertandingan tersebut dengan suntikan kata-kata semangat bapa dan bimbingan ibunya. Akhirnya, Azizah yang digelar Profesor Serba Boleh oleh Cikgu Zaleha muncul sebagai johan peringkat daerah dan naib johan pada peringkat negeri. Pada peringkat kebangsaan, hasil kraf tangan Azizah telah berjaya menambat hati para juri. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai pemenang Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.
15
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Kegigihan dan kecekalan murid.
Persoalan
(a) Penghargaan murid terhadap jasa guru-guru.
(b) Kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menempa kejayaan.
(c) Kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang adalah faktor penting untuk sesuatu kejayaan.
(d) Kata-kata semangat dan bimbingan ibu bapa penting dalam menyokong anak-anak untuk berjaya.
(e) Guru berperanan besar dalam mengembangkan potensi diri murid.
(f) Kraf tangan merupakan pusaka bangsa yang mesti dikembangkan dalam kalangan generasi muda hari ini.
16
PLOT
Binaan Plot
(a) Permulaan – Kawan-kawan Azizah asyik bercerita tentang hadiah yang akan dihadiahkan kepada guru kesayangan masing-masing. Azizah berasa malu kerana dia tidak dapat memberi hadiah kepada guru kesayangannya, iaitu Cikgu Zaleha.
(b) Perkembangan – Azizah meminta duit daripada ibunya untuk membeli hadiah tetapi ibunya mengatakan bahawa dia tidak ada duit. Azizah membuka tabung arnabnya untuk mendapat duit bagi membeli hadiah tetapi duit itu juga tidak mencukupi. Kemudian, Azizah meminta wang daripada bapanya tetapi bapanya juga mengatakan bahawa dia tiada duit. Ibu Azizah memberi cadangan agar Azizah menghadiahi Cikgu Zaleha kraf tangan yang dibuat sendiri. Azizah gembira kerana masalahnya sudah selesai. Azizah membuat kraf tangan tudung saji sebagai hadiah untuk guru kesayangannya itu.
(c) Klimaks – Azizah tiba di sekolah untuk memberikan hadiahnya kepada Cikgu Zaleha. Cikgu Zaleha mengatakan bahawa dia inginkan hadiah yang besar. Azizah memberitahu Cikgu Zaleha bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membeli hadiah yang besar itu. Cikgu Zaleha sebenarnya mahu Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan itulah yang menjadi hadiah buatnya.
(d) Peleraian – Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan tersebut. Azizah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Hasil kraf tangan Azizah telah menambat hati juri Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Kebangsaan. Cikgu Zaleha pula memenangiKategori Guru Inovatif pada
Hari Guru Peringkat Daerah.
17
TEKNIK PLOT DAN LATAR
Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Monolog.
Latar Masa
(a) Waktu petang.
(b) Waktu pagi.
Latar Tempat
(a) Di sekolah.
(b) Di hadapan tapak perhimpunan.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat guru.
(b) Masyarakat murid-murid sekolah yang menghargai jasa gurugurunya.
(c) Masyarakat yang kaya-raya.
(d) Masyarakat miskin.
18
WATAK DAN PERWATAKAN
Azizah
(a) Murid sekolah rendah.
(b) Murid yang pandai.
(c) Murid yang berdisiplin.
(d) Murid yang serba boleh.
(e) Mempunyai kemahiran menganyam tudung saji.
(f) Kuat berusaha.
(g) Anak yang mendengar kata.
Cikgu Zaleha
(a) Guru yang baik.
(b) Pandai merangsang muridnya untuk terus berusaha.
(c) Pemenang Guru Inovatif Peringkat Daerah.
(d) Pandai bergurau.
19
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
(a) Kesopanan.
(b) Kegigihan.
(c) Berjimat cermat.
(d) Bertanggungjawab.
(e) Berdaya saing.
Pengajaran
(a) Kita haruslah mempunyai daya saing yang tinggi.
(b) Kita hendaklah berjimat cermat dengan menabung.
(c) Kita harus bersopan santun supaya orang lain menghormati kita.
(d) Kita hendaklah gigih melakukan sesuatu pekerjaan.
20
Multiple Choice
TAHNIAH!! ANDA TELAH SELASAI MEMBACA NYA.
YA
TIDAK
21
22
23
Kuih Bakul Limau Mandarin
(Mohd. Helmi Ahmad)
Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu menerusi telefon amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal demikian, berlaku pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim Meng telah menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong yang lemas dalam sungai.
Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong adalah berpunca daripada Lim Foong sendiri yang melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah judi. Malah Sim Pau juga menjelaskan bahawa Lim Foong berperangai buruk seperti berjudi. Bagi Lim Pooi, Lim
Foong mati kerana lemas setelah berusaha menyelamatkan Lim Meng. Lim Pooi juga mengatakan bahawa Lim Meng telah menyebabkan kedainya rugi. Dakwaan Lim Pooi itu telah disangkal dan ditentang oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi rugi dan tiada ong kerana sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut sehingga menyebabkan perniagaannya lingkup. Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana judi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesal
akan sikapnya terhadap Lim Meng. Dia berasa amat bersalah sehingga dia jatuh sakit.
Akhirnya, Lim Meng pulang. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah papanya memanggil
namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus merangkul dan memeluk papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama-sama menyediakan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan tiba.
24
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Nilai kekeluargaan.
Persoalan
(a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu.
(b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.
(c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah.
(d) Keinsafan bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya yang tidak bersalah.
(e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.
(f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota keluarga berkumpul.
25
PLOT
Binaan Plot
(a) Permulaan – Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim Meng akan pulang pada Tahun Baharu Cina. Sim Pau berasa amat
gembira kerana kerinduannya mula terungkai.
(b) Perkembangan – Lim Pooi memberitahu isterinya bahawa dia tidak membenarkan Lim Meng pulang. Kebenciannya terhadap Lim Meng terlalu mendalam. Sejak Lim Meng lahir, perniagaannya rugi, berlaku kecurian, dan kedainya terbakar. Bagi Lim Pooi, Lim Meng jugalah yang menyebabkan Lim
Foong meninggal dunia.
(c) Konflik – Sim Pau yang sopan santun terhadap suaminya terpaksa berkeras dan menentang Lim Pooi. Sim Pau menjelaskan sifat sebenar anaknya, Lim Foong serta punca perniagaan Lim Pooi rugi dan kedainya terbakar.
(d) Klimaks – Lim Pooi terdiam mendengar segala penjelasan daripada isterinya, Sim Pau. Akhirnya, dia sedar akan kesilapannya. Dia menanti kepulangan Lim Meng dan
berusaha mencari Lim Meng. Dalam masa menunggu Lim Meng itu, Lim Pooi jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa hanya Lim Meng yang boleh mengubatinya.
(e) Peleraian – Lim Meng pulang ke rumahnya dan dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Lim Pooi datang dan berada di belakangnya. Lim Meng ingin pergi tetapi bapanya telah memanggil Lim Meng dan memohon Kemaafan. Lim Meng meluru ke arah bapanya dan berpelukan. Akhirnya, mereka bersama-sama mencari kuih bakul dan limau
mandarin untuk sambutan Tahun Baharu Cina.
26
TEKNIK PLOT DAN GAYA BAHASA
Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Kejutan.
(e) Saspens.
(f) Monolog.
Gaya Bahasa
(a) Bahasa Cina. Contohnya, tiada onglah.
(b) Bahasa Inggeris. Contohnya, kompelin.
(c) Hiperbola. Contohnya, Air matanya mula membanjiri pipinya.
(d) Metafora. Contohnya, kandang kemarahan.
(e) Peribahasa. Contohnya, berhati kering; menegakkan benang yang basah.
(f) Personifikasi. Contohnya, Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau.
(g) Simile. Contohnya, Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur.
(h) Sinkope. Contohnya, tak; nak
27
LATAR
Latar Masa
(a) Ambang Tahun Baharu Cina.
(b) Waktu petang.
Latar Tempat
(a) Di sungai.
(b) Di stor.
(c) Di dapur.
(d) Di bahagian hadapan rumah.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang mempunyai keegoan yang tinggi.
(b) Masyarakat yang berani menentang suaminya yang garang.
(c) Masyarakat Cina yang hidup dengan berniaga.
(d) Masyarakat yang berperangai buruk.
(e) Masyarakat yang bersifat pemaaf.
(f) Masyarakat majmuk yang berbangsa Melayu dan Cina.
28
WATAK DAN PERWATAKAN
Lim Pooi
(a) Bapa kepada dua orang anak.
(b) Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut.
(c) Amat menyayangi anaknya, Lim Foong berbanding dengan Lim Meng.
(d) Bersikap terburu-buru.
(e) Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti orang gila.
(f) Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf akhirnya.
(g) Seorang yang ego.
Sim Pau
(a) Isteri kepada Lim Pooi.
(b) Saksama dalam menyayangi dua anaknya.
(c) Seorang yang lemah lembut.
(d) Seorang yang garang dan berani menentang suaminya, Lim Pooi.
(e) Amat merindui anaknya yang dihalau dari rumah oleh suaminya.
Lim Meng
(a) Anak yang baik.
(b) Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong yang lemas.
(c) Bersikap pemaaf
(d) Lim Meng amat merindui ibunya, Sim Pau dan merindui papanya, Lim Pooi.
Lim Foong
(a) Mencuri duit perniagaan papanya.
(b) Seorang kaki judi.
(c) Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam sungai.
29
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
(a) Keberanian.
(b) Keinsafan.
(c) Berkasih sayang.
(d) Kemaafan.
(e) Kejujuran.
Pengajaran
(a) Kita harus berani menentang kesalahan.
(b) Kita harus insaf dengan kesalahan yang kita lakukan.
(c) Kita hendaklah sentiasa berkasih sayang.
(d) Sikap bermaaf-maafan hendaklah diamalkan.
(e) Kita mesti berkata dengan jujur.
(f) Kita hendaklah tidak bersikap ego.
30
Multiple Choice
ANDA SUDAH HABIS MEMBACANYA? TAHNIAH!!
YA
TIDAK
31
CERPEN - TINGKATAN 1 BM
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SUHAIDAH
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 31
SLIDE
Similar Resources on Wayground
18 questions
Nombor 1 - 10
Lesson
•
1st Grade
30 questions
Domain 11 - Lesson 11: Kelvin Doe
Lesson
•
2nd Grade
15 questions
Last Class
Lesson
•
1st Grade
21 questions
Buku Aktiviti Jilid 2 muka surat 30 dan 31 Tahun 3
Lesson
•
3rd Grade
23 questions
Lezione simulata Arpa
Lesson
•
1st Grade
27 questions
MATEMATIKA FPB DAN KPK
Lesson
•
KG
25 questions
Teks Laporan Hasil Observasi
Lesson
•
KG
24 questions
Kata Sendi Nama
Lesson
•
1st - 3rd Grade
Popular Resources on Wayground
15 questions
Fractions on a Number Line
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
29 questions
Alg. 1 Section 5.1 Coordinate Plane
Quiz
•
9th Grade
22 questions
fractions
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
FOREST Effective communication
Lesson
•
KG
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
Discover more resources for Education
20 questions
Telling Time to the Hour and Half hour
Quiz
•
1st Grade
10 questions
Heating / Cooling Matter
Quiz
•
1st Grade
10 questions
Exploring Rosa Parks and Black History Month
Interactive video
•
1st - 5th Grade
20 questions
Place Value
Quiz
•
KG - 3rd Grade
10 questions
Counting Coins
Quiz
•
1st Grade
10 questions
Identifying Points, Lines, Rays, and Angles
Interactive video
•
1st - 5th Grade
5 questions
Heating and Cooling Pre-Assessment
Quiz
•
1st Grade
20 questions
VOWEL TEAMS: AI and AY
Quiz
•
1st Grade