
Pengenalan - Gaya Bahasa
Presentation
•
Other
•
10th - 12th Grade
•
Hard
Bibi Wasli
Used 1+ times
FREE Resource
10 Slides • 0 Questions
1
Gaya Bahasa
Pengenalan
2
Pendahuluan
Sewaktu kita bercakap, membaca ataupun mendengar, kita tidak akan terlepas daripada mendapati satu bentuk, satu rupa atau satu corak gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang, sama ada ianya dilakukan secara sedar atau tidak. Kebolehan menggunakan gaya bahasa, adalah terletak kepada sejauh mana seseorang itu mahair dan cekap berbahasa. Pada umumnya, para sasterawan dan ahli-ahli bahasa merupakan orang yang cekap atau pandai bergaya bahasa, terutama sekali dalam atau ketika mereka menulis. Sebab ada juga para sasterawan atau ahli bahasa yang tidak pandai begaya bahasa ketika berinteraksi secara lisan.
3
Orang-orang tua kita dahulu pun sebenarnya memang cekap bahkan mahir sekali dalam menggunakan gaya bahasa, sama ada semamsa mereka menulis apatah lagi ketika bercakap. Ini tebukti daripada hikayat-hikayat, cerita-cerita, dan berbagai jenis puisi, yang begitu banyak atau kaya sekali dengan berbagai-bagai gaya bahasa yang indah. Misalnya, bentuk pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa, simpulan bahasa, kiasan, perumpamaan dan sebagainya. Sebagai contoh, bila orang-orang tua menyebut, “budak itu berhati batu”, ini mereupakan satu jenis gaya bahsa untuk diibaratkan sebagai seorang yang berperangai degil, tolol, tak mendengar kata dan nasihat dan seumpamanya. Gaya bahasa jenis ini dikatakan sebagai “simpulan bahasa”.
4
Oleh kerana bahasa, seperti juga budaya, iaitu ianya tidak statis, maka ia juga berubah dan berkembang mengikut perkembangan masa atau zaman. Begitulah juga dengan gaya bahasa (yang terkandung dalam bahasa) yang kerap menerima perubahan, tokok tambah, cedok-mencedok terutamanya dalam bidang kesusasteraan. Dalam bidang kesusasteraan, karya puisilah yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa. Justeru itu, tidak menghairankan jika jenis-jenis gaya bahasa dalam Bahasa Malaysia “berbau” atau diambil terus dari istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris atau Barat. Walaubagaimanapun soalan “penyesuaian’ buat masa kini, sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. Apa yang kita pentingkan ialah “penyesuaian” yang dibuat hendaklah kena pada tempatnya dan bukanlah dibuat secara melulu.
5
Sesuai digunakan dengan sifat dinamis bahasa, maka keseluruhan istilah yang digunakan dalam buku tipis ini adalah istilah yang boleh dianggap sebagai kemas kini yang lebih mirip kepada cedukan perkataan dab bunyi asing (Barat). Meskipun ianya boleh digantikan dengan istilah lama atau klasik yang pernah digunakan oleh pengarangdahulu, Zaaba misalnya. Misalnya istilah “metafora” (perbandingan terus), “personifikasi” (pertalian atau perhubungan), “euphimisma” (kata-kata halus atau pemanis kata), “ironi” (bahasa terbalik) dan sebagainya. Malah, dalam sesetengah keadaan, penggunaan istilah asing lebih menepati maksud yang hendak dinyatakan.
6
DEFINISI GAYA DAN BAHASA
Sebelum dihurai dengan lebih lanjut tentang gaya bahasa dalam karya-karya (sama ada karya berbentuk puisi ataupun prosa), terlebih dahulu hendaklah dilihat apakah definisi atau yang dimaksudkan dengan “gaya” dan “bahasa” itu.
7
Definisi “gaya”
Yang dimaksudkan dengan gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah: corak, bentuk, rupa, atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. “Gaya” juga bermaksud: “satu cara menulis atau bercakap”.
8
Definisi “bahasa”
Sebagaimana definisi tentang gaya, definisi mengenai bahasa juga agak banyak. Walaubagaimanapun, kesemua definisi itu tidak terhindar dari konsep sebagai alat perhubungan dan yang terbina dari kalimat-kalimat. Di antara definisi yang boleh dianggap terkenal ialah definisi yang diutarakan oleh pengkaji dan pakar beahasa bernama Bloch & Trager. Mereka berpendapat bahawa: bahasa ialah salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbiterari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung.
9
Berhubung dengan definisi “gaya bahasa” dalm karya penulisan juga terdapat berbagai-bagai. Mislanya, mengikut pendita Za’ba, beliau mengatakan, “gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang.” Gaya bahasa juga dikatakan sebagai kekuatan perbandingan yang dipakai dalam karangan. Bahasa yang dipakai itu ialah untuk menimbulkan daya (iaitu kata-kata biasa, sindiran dan perbandingan) yang mana ianya terhasil dari peribadi seseorang pengarang. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa gaya bahasa merupakan satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan.
10
METAFORA
Bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata bandingan. Terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh:
syurga bumi
tiang muafakat.
Gaya Bahasa
Pengenalan
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 10
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
PRESENTASI NAMA-NAMA BUAH UNTUK ANAK TK
Presentation
•
KG
8 questions
POTENSI DIRI
Presentation
•
KG - University
4 questions
Literasi Science Patas
Presentation
•
9th - 12th Grade
7 questions
Binatang
Presentation
•
KG
7 questions
Bimbingan dan Konseling
Presentation
•
10th - 12th Grade
7 questions
Ujian Pancasila 5B
Presentation
•
KG - University
7 questions
Psikologi Perkawinan
Presentation
•
KG - University
6 questions
Konstrusi Jalan dan Jembatan - Spesifikasi Bahan Perkerasan Jala
Presentation
•
11th - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Other
26 questions
SLIME!!!!!
Quiz
•
KG - 12th Grade
20 questions
Cell organelles and functions
Quiz
•
10th Grade
10 questions
Exploring Chemical and Physical Changes
Interactive video
•
6th - 10th Grade
21 questions
Los paises hispanohablantes y sus capitales
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Cell Transport
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Exploring the Basics of Exponents
Interactive video
•
6th - 10th Grade
20 questions
Budgeting
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Investing
Quiz
•
9th - 12th Grade