Search Header Logo
CERPEN TINGKATAN 2

CERPEN TINGKATAN 2

Assessment

Presentation

Education

1st Grade

Easy

Created by

CIKGU SUHAIDAH

Used 4+ times

FREE Resource

43 Slides • 3 Questions

1

CERPEN

TINGKATAN 2

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SUHAIDAH

Slide image

2

Slide image

3

Slide image

4

Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail)

Watak “saya” hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu “Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada “Nana” kerana menelefon untuk

bertanyakan khabarnya. Malangnya, abang Nana yang tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung dan tidak

menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut.

Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada jawapan. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. “Saya“ membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu.

5


“Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab panggilan “saya”. Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.

“Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira.

Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Daripada Mak Piah, “saya” mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah. Halini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut.Mak Piah memeluk “saya” antas mengucapkan terima kasih.

6

“Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. Selepas makan, “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk.

“Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana.

“Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana amat menyesal.

7

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.


Persoalan

(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.

(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.

(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.

(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.

(e) Rasa simpati yang wujud dalam diri Seseorang.

8

WATAK DAN PERWATAKAN

“Saya”

(a) Anak yatim piatu.

(b) Seorang yang sensitif.

(c) Seorang yang prihatin.

(d) Mudah bersimpati.

(e) Baik hati.

(f) Terlalu merindui ibunya.

(g) Mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.

(h) Sanggup berbohong kerana hendak melihat Mak Piahbahagia.


Mak Piah

(a) Hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.

(b) Mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.

(c) Seorang yang peramah.

(d) Seorang ibu yang penyayang.

(e) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.

(f) Kurang pendengaran.

(g) Sangat merindui anak-anaknya.


Nana

(a) Anak bongsu Mak Piah.

(b) Takut akan suami.

(c) Tidak bertanggungjawab.

9

PLOT - BINAAN PLOT

(a) Permulaan – “Saya” hendak menelefon temannya, tetapitersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. MakPiah mengadu kepada “saya” yang disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan danmamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Halini berlaku demikian kerana air banjir sudah naik ke paras dada. Tanpa sempat “saya” memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefon.

(b) Perkembangan – “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri dalam keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Akhirnya, Mak Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi hanya sekejap. Hati “saya” mula resah apabila memikirkan Mak Piah. “Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya”menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. “Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi.

(c) Klimaks – “Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum pun sempat “saya” melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian – Anak-anak Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Emak mereka tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.

10

Slide image

11

PLOT- TEKNIK PLOT & LATAR

Teknik Plot

(a) Pemerian. (b) Dialog. (c) Saspens.


Latar

Latar Tempat

(a) Kampung. (c) Rumah Mak Piah.

(b) Rumah “saya”. (d) Tanah perkuburan.


Latar Masa

(a) Empat hari empat malam. (d) Lima hari.

(b) Ketika banjir. (e) Selepas banjir.

(c) Waktu zuhur. (f) Waktu pagi.


Latar Masyarakat

(a) Masyarakat kampung.

(b) Masyarakat yang prihatin.

(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang.

(e) Masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya.

(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama.

12

Unsur Gaya Bahasa


(a) Bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah.

(b) Metafora. Contohnya, lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir.

(c) Simile. Contohnya, Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?

(d) Personifikasi. Contohnya, banjir kali ini menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan.

(e) Peribahasa. Contohnya, isi hati.

(f) Sinkope. Contohnya, Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.

(g) Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!

13

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

(a) Kasih sayang. (c) Baik hati.

(b) Keprihatinan. (d) Simpati.


Pengajaran

(a) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.

(b) Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.

(c) Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.

(d) Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri.

(e) Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.

14

Multiple Choice

ANDA SUDAH HABIS MEMBACA CERPEN BANJIR DI MATA EMAK?

1

YA

2

TIDAK

15

Slide image

16

Slide image

17

Talia dan Raksasa Qadqad (Zaniffa Azzura

Abdullah)

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu bermain-main di sempadan

huma berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan bapa Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. Isterinya, Misa pula membawa Jini di dalam bakul sandang.

Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang telah meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera.

18


Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Mandurkem balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa padahkepada pembalak-pembalak di kem berkenaan.

Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja termasuklah Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan Qadqad yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan menaiki sebuah kenderaan.

19

Talia sekeluarga dan Sidek tiba di kawasan huma. Mereka mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

20

Slide image

21

TEMA DAN PESOALAN

Tema

Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.


Persoalan

(a) Buat baik akan dibalas baik.

(b) Kasih sayang terhadap keluarga.

(c) Sikap tamak segelintir manusia.

(d) Kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman.

(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.

(f) Kepentingan alam semula jadi kepada manusia.

22

WATAK DAN PERWATAKAN

Talia

(a) Seorang budak perempuan kecil berketurunan orang asli.

(b) Anak kepada Dodo dan Misa.

(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.

(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.

(e) Berani merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.

(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.

(g) Menghormati ibu bapanya.


Raksasa Qadqad

(a) Rupanya mirip katak.

(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.

(c) Mempunyai taring.

(d) Mampu meloncat tinggi.

(e) Mempunyai sepasang mata berwarna hijau kuning.

(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.

(g) Menyelamatkan penduduk kaum asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung tersebut.

(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.

(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.


Dodo

(a) Ayah kepada Talia dan Jini.

(b) Isterinya bernama Misa.

(c) Seorang yang penyayang.

(d) Bapa yang bertanggungjawab.

(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan ahlikeluarganya.


Binjah

(a) Seorang saudagar yang tamak.

(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa.

(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.

(d) Terkorban bersama-sama pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.


Sidek

(a) Bekerja sebagai pemandu kereta api.

(b) Bekerja dengan Binjah.

(c) Baik hati.

23

PLOT

Binaan Plot

(a) Permulaan – Sewaktu bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan.

(b) Perkembangan – Adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Talia sekeluarga pergi ke bandar. Sewaktu Dodo dan isterinya, hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh Binjah. Dodo memberitahu Binjah tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Binjah memarahi Dodo. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu Binjah tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk

menyelamatkan diri. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku.

(c) Klimaks – Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli tersebut. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo.

(d) Peleraian – Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak yang terkorban termasuk Binjah sendiri. Penduduk kampung orang asli itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

24

Slide image

25

TEKNIK PLOT & LATAR

Teknik Plot

(a) Dialog. (b) Pemerian. (c) Imbas kembali.


Latar

Latar Tempat

(a) Kawasan Bukit Ungu. (d) Kawasan perlombongan.

(b) Rumah Talia. (e) Hospital.

(c) Stesen kereta api. (f) Balai polis.


Latar Masa

(a) Waktu siang.

(b) Waktu tengah hari.

(c) Tiga hari.

(d) Waktu matahari tergelincir.


Latar Masyarakat

(a) Masyarakat orang asli.

(b) Masyarakat yang menyayangi haiwan.

(c) Masyarakat yang tamak dan kejam.

(d) Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi.

26

Unsur Gaya Bahasa


(a) Simile. Contohnya, Gempal macam disumbat air; bagaikan bola bertanduk yang terbang laju; bagai butir gula dihurungi semut manusia.


(b) Personifikasi. Contohnya, ditelan hutan belantara; Matahari mula tergelincir.


(c) Sinkope. Contohnya, Kami ada padi saja; Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu.


(d) Repetisi. Contohnya, “Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ...”


(e) Inversi. Contohnya, Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi.

27

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

(a) Baik hati. .(d) Kegigihan.

(b) Kasih sayang. . (e) Tanggungjawab.

(c) Keberanian. . (f) Tolong-menolong.


Pengajaran

(a) Kita haruslah bersimpati terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.


(b) Kita mestilah menyayangi anggota keluarga kita.


(c) Kita haruslah berani mempertahankan hak kita.


(d) Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang ditimpa kesusahan.


(e) Kita hendaklah menjaga alam semula jadi.

28

Multiple Choice

ANDA SUDAH HABIS MEMBACA CERPEN TAHLIA DAN RAKSASA QAD QAD?

1

YA

2

TIDAK

29

Slide image

30

Slide image

31

Menuai Emas (Salina Ibrahim)

Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif.

32


Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk Mempertahankan dua petak sawah berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka.

Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya. Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Kata-kata motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi.

33

Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.

Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.

34

Slide image

35

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi.


Persoalan

(a) Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.

(b) Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul dapat mendatangkan kemajuan ekonomi.

(c) Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.

(d) Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji.

(e) Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi.

(f) Muafakat membawa berkat.

36

WATAK DAN PERWAKATAKAN

Alif

(a) Anak kepada Mak Wan.

(b) Lulusan universiti dalam bidang ekonomi.

(c) Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.

(d) Seorang yang sabar, reda, dan senantiasa bersyukur.

(e) Berani menghadapi cabaran.

(f) Yakin akan kebolehan diri.

(g) Seorang anak yang menghormati ibu bapa.

(h) Terlalu sayang akan emak dan ayahnya.

(i) Seorang yang positif dan optimistik.

(j) Seorang petani moden.


Mak Wan

(a) Ibu kepada Alif.

(b) Seorang yang penyabar.

(c) Tegas.

(d) Teguh pendirian.

(e) Sayang akan tanah milik keluarganya.

(f) Sensitif.


Tuk Ketua

(a) Penyabar.

(b) Berhemah tinggi.

(c) Tenang ketika menghadapi masalah.

(d) Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.

(e) Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.


Abang Man

(a) Seorang yang agresif.

(b) Tidak berhemah.

(c) Gemar menggunakan kata-kata kesat.

(d) Bersikap terburu-buru.

(e) Tidak berfikiran jauh.

37


Binaan Plot

(a) Permulaan – Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang akan kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.


38

(b) Perkembangan – Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Seterusnya, Alif teringat pula akan perbualannya dengan pegawai pertanian. Pegawai itu menasihati Alif agar tidak memandang ringan terhadap bidang pertanian.

39

(c) Klimaks – Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif memberitahu bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.

(d) Peleraian – Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.

40

Slide image

41

TEKNIK PLOT & LATAR

Teknik Plot

(a) Dialog.

(b) Pemerian.

(c) Imbas kembali.


Latar

Latar Tempat

(a) Petak bendang. (c) Petak-petak sawah

(b) Anjung rumah Alif. di Seberang Perak.


Latar Masa

(a) Waktu awal pagi. (b) Setahun yang lalu.


Latar Masyarakat

(a) Masyarakat golongan petani.

(b) Masyarakat yang berilmu.

(c) Masyarakat yang agresif.

(d) Masyarakat yang berhemah tinggi.

(e) Masyarakat yang berfikiran positif.

(f) Masyarakat yang mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi.

42

Unsur Gaya Bahasa


(a) Bahasa Arab. Contohnya, Alhamdulillah; Insya-Allah.


(b) Metafora. Contohnya, pita ingatan; pisau kata-kata.


(c) Simile. Contohnya, Kuningnya seperti emas; hati yang terasa seperti mahu luruh.


(d) Personifikasi. Contohnya, Petak-petak yang telah menyajikan uji semangat leluhurnya; Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak.


(e) Peribahasa. Contohnya, tersenyum-senyum kambing; kata putus; naik angin.


(f) Sinkope. Contohnya, Dia seorang saja yang tak beri kata putus; Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah.

43

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

(a) Keyakinan. (d) Keberanian. (g) Berdikari.

(b) Ketabahan. (e) Kerjasama. (h) Kesyukuran.

(c) Kegigihan. (f) Hemah tinggi. (i) Kepemimpinan.


Pengajaran

(a) Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.

(b) Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan.

(c) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.

(d) Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal tanah.

(e) Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang.

(f) Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita.

(g) Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.

44

Multiple Choice

ANDA SUDAH HABIS MEMBACA CERPEN MENUAI EMAS?

1

YA

2

TIDAK

45

Slide image

46

Slide image

CERPEN

TINGKATAN 2

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SUHAIDAH

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 46

SLIDE