
Bahasa Melayu Klasik
Presentation
•
World Languages
•
University
•
Medium
Juan Grimorales
Used 17+ times
FREE Resource
18 Slides • 6 Questions
1
Bahasa Melayu Klasik
Definisi dan konsep
2
Latar Belakang Zaman Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara. -Bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara
3
Latar Belakang Zaman Bahasa Melayu Klasik
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.
4
Latar Belakang Kerajaan pada Zaman Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau.
5
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik ditandai oleh adanya aksara atau sistem tulisan jawi
Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam
Penggunaan bahasa istana
Terdapat kosa kata klasik
Penggunaan kata pangkal ayat (perdu perkataan)
6
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung
Penggunaan kata penegas pun dan –lah
Terdapat ayat susunan songsang
Penggunaan ayat pasif.
7
Multiple Choice
Yang manakah ciri-ciri umum bahasa Melayu Klasik?
I. ayatnya ditandai dengan penggunaan kata pangkal ayat
II. ayatnya terdiri daripada ayat tunggal yang berbelit-belit.
III. ayat pasif mengekalkan sistem imbuhan abad ke 9.
IV. Pengaruh dari Asia Barat khususnya dlm aspek kosa kata
I dan III
I dan IV
II dan III
III dan IV
8
Multiple Choice
Antara zaman kerajaan yang berikut, yang manakah TIDAK dirangkumi oleh zaman bahasa Melayu klasik?
I. Johor-Riau
II. Sriwijaya
III. Melaka
IV. Terengganu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
9
Multiple Choice
Maka berperanglah orang Feringgi dengan orang Melaka. Maka dibedillah dari kapal, seperti hujan datangnya, dan bunyinya seperti guruh di langit, rupa kilat apinya seperti kilat di udara , bunyi istinggarnya seperti kacang direndang. Maka ghali dan fusta dilanggarkan ke pantai.
Ciri bahasa Melayu klasik dalam petikan di atas dapat dilihat pada penggunaan
I. ayat pasif
II. bahasa halus
III. kata pangkal ayat
IV. bahasa istana
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
10
Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik
Penggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu.
11
Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik
Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 ini juga telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Dengan penemuan prasasti tersebut, maka di sinilah bermulanya bahasa Melayu klasik.
12
Batu Bersurat
Batu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah.
13
Batu Bersurat
Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi) -zaman praklasik -dikenali sebagai batu bersurat Bukit Gombak -munggunakan huruf Palava tetapi menerima pengaruh Arab -mengandungi bentuk puisi sajak Sanskrit tentang pemerintahan raja -awalan mar- dan ni- telah bertukar kepada ber- dan di-
14
Batu Bersurat
Batu Bersurat Minye Tujuh, Acheh (1380 Masihi) -zaman praklasik -dikenali sebagai batu bersurat Minyak Tujuh/Ratu al- Ala Munggunakan campuran tulisan India (kawi) dengan tulisan Arab -terdiri daripada lapam baris ayat sajak Sanskrit yang disebut sebagai upajati
15
Batu Nisan
Batu Nisan Malik al-Salleh -dijumpai di Pasai -batu nisan ini terdapat nama pemilik maqam, iaitu Sultan Malik al-Salleh -bertarikh 1297 Masihi/ 696 Hijrah -mempunyai pengaruh Hindu dan Islam -terdapat kata-kata dalam Bahasa Arab yang diukir pada batu nisan tersebut -terdapat petikan ayat al-quran, surah al- Hasyar, ayat 22-24 -terdapat satu puisi sufi Arab serta sajak juga dalam Bahasa Arab.
16
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah batu-batu bersurat yang membuktikan bahawa bahasa Melayu menerima pengaruh Islam?
I. Kota Kapur, Pulau Bangka
II. Sungai Teresat, Kuala Berang
III. Kedukan Bukit, Palembang
IV. Ratu al-Ala, Aceh
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
17
Multiple Choice
-menggunakan tulisan jawi dan terdapat banyak perkataan Arab.
-kandungan batu bersurat adalah tentang undang-undang Islam.
-bukti bermulanya kedatangan Islam ke Tanah Melayu .
Pernyataan di atas merujuk kepada
Minye Tujuh
Sungai Teresat
Pagar Ruyung
Sultan Malik al Salleh
18
Fungsi Bahasa Melayu Klasik
19
Bahasa Melayu klasik berfungsi sebagai
Lingua Franca -Bahasa Melayu telah digunakan sebagai alat perhubungan utama dalam kalangan masyarakat dan digunakan juga oleh orang yang menggunakan Bahasa yang berlainan.
20
Bahasa Melayu klasik berfungsi sebagai
Bahasa Pentadbiran -Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa pentadbiran oleh kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai-Samudera, Melaka, Johor Lama, riau-Lingga dan sebagainya.
21
Bahasa Melayu klasik berfungsi sebagai
Bahasa Ilmu -terdapat beberapa karya yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu. -dipelajari oleh orang bukan Melayu dan juga Bahasa melayu dijadikan Bahasa untuk penyebaan agama Islam
22
Bahasa Melayu klasik berfungsi sebagai
Bahasa Undang-undang -undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang ditulis dalam Bahasa melayu. -ia menjadi rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu
23
Bahasa Melayu klasik berfungsi sebagai
Bahasa Persuratan-
24
Fill in the Blanks
Type answer...
Bahasa Melayu Klasik
Definisi dan konsep
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 24
SLIDE
Similar Resources on Wayground
16 questions
Sidang dan Rapat
Presentation
•
KG
19 questions
BIOTEKNOLOGI
Presentation
•
12th Grade
18 questions
Ley General de los Derechos de NNA Función Directiva
Presentation
•
University
18 questions
Surat Lamaran Pekerjaan
Presentation
•
12th Grade
18 questions
PUISI
Presentation
•
University
19 questions
Menerapkan Penggunaan Diksi, Ejaan dan Tanda Baca
Presentation
•
University
17 questions
Bahasa Indonesia
Presentation
•
University
20 questions
CN 5
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade