
Fonologi: Konsonan
Presentation
•
World Languages
•
University
•
Practice Problem
•
Hard
Juan Grimorales
Used 4+ times
FREE Resource
27 Slides • 18 Questions
1
Fonologi
Konsonan Letupan, Letusan dan Sengauan
2
Definisi dan konsep konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara
3
halangan alat artikulasi
-bibir
-gigi/gusi
-lidah
4
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ;
1. konsonan asli
2. konsonan pinjaman
5
KONSONAN ASLI
Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis .
6
konsonan asli bahasa Melayu
1. Letupan
2. Letusan
3. Geseran
4. Getaran
5. Sisian
6. Sengauan
7. Separuh vokal
7
Konsonan Letupan/plosif
Bunyi konsonan Letupan terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak.Udara dari paru-paru akan tertahan di dalam rongga mulut dan seterusnya dilepaskan serta merta.
8
(a) Letupan dua bibir
Jika udara yang dilepaskan itu tidak menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan dua bibir tak bersuara [ p ].Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan bersuara [ b ].
9
(b) Letupan gusi/ gigi
LETUPAN GUSI TAK BERSUARA [ t ] Hujung lidah ditemukan ke gusi lelangit lembut dinaikkan rapat kepada rongga tekak Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut Dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan antara hujung lidah dengan gusi Sekatan udara dilepaskan dengan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara Contoh perkataan:
[tali], [atap],
10
(b) Letupan gusi/ gigi
Letupan gusi bersuara [ d ] Hujung lidah ditemukan digusi Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada rongga tekak Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut Dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan antara hujung daun lidah dengan gusi Sekatan udara dilepaskan serta-merta dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan: [dalam], [sedap],
11
(c) Letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ]
Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak .. Sekatan udara dilepaskan dengan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara Contoh perkataan:
[kata], [akar],
12
(c) Letupan lelangit lembut bersuara [g]
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak .. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan:
gula, pagar,
13
(d) Hentian glotis [?]
Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Sekatan udara dilepaskan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh perkataan:
kanak [?ana?], saat[sa?at],
14
Gugus konsonan
Gugus konsonan ialah gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan yang baru. Apabila digabungkan konsonan pertama dan konsonan kedua akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi baru yang terhasil adalah bunyi baru.
15
Contoh: Khu / sus
Dalam contoh di atas, bunyi perkataan ‘khusus bukanlah disebut ‘khusus’ (4 suku kata) tetapi disebut ‘khu-sus’ (dua suku kata).
16
Multiple Choice
pernyataan berikut adalah benar tentang konsonan KECUALI
Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara
konsonan kesemuanya terhasil oleh getaran pita suara
Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal
konsonan yang terdiri daripada 2 konsonan yang berada sebelum fonem vokal dikenali sebagi gugus konsonan
17
Multiple Choice
Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Udara tersekat pada dua bibir yang dirapatkan. Udara dilepaskan dengan serta-merta. Pita suara tidak bergetar.
Perkataan yang terhasil daripada cara di atas ialah
bekas
pakat
tutup
kitab
18
Multiple Choice
konsonan ialah bunyi bahasa yang terhasil oleh
bunyi daripada udara yang ditentukan oleh bentuk bibir
bunyi daripada udara daripada sekatan alat artikulator
bunyi daripada udara yang terbit daripada geluncuran dalam dua suku kata
bunyi daripada udara yang keluar dari paru-paru tanpa sekatan artikulator
19
Multiple Choice
Letupan gusi/gigi tak bersuara (suku kata pertama) +Letupan lelangit keras tak bersuara (suku kata kedua)
perkataan yang sesuai dengan padanan di atas ialah
terbit
terkam
debu
daki
20
Fill in the Blanks
Type answer...
21
Multiple Choice
perkataan yang mengandungi konsonan lelangit lembut bersuara ialah
bongkah
bakul
kotak
pagar
22
Multiple Choice
Pernyataan berikut adalah benar tentang konsonan letupan gigi/gusi tak bersuara KECUALI
pita suara bergetar
lelangit lembut dinaikkan
udara dari paru-paru tersekat
udara dilepaskan serta-merta
23
Multiple Choice
perkataan yang manakah yang mempunyai konsonan yang dihasilkan dengan getaran pita suara
pakai
pangku
gebu
teka
24
soalan seterusnya berdasarkan rajah di sebelah.
penghasilan bunyi [k] melibatkan alat pertuturan yang ditandai oleh huruf...
A. P
B. R
C. N
D. M
25
Multiple Choice
berdasarkan rajah sebelum ini , jawapannnya ialah
P
R
N
M
26
Fill in the Blanks
Type answer...
27
Konsonan Letusan / Afrikat
Perbezaan antara bunyi letupan dan letusan ialah bunyi letusan dilepaskan secara perlahan-lahan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara.
28
2 jenis konsonan letusan
Konsonan letusan dalam bahasa melayu ialah letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras bersuara [ j ].
29
Konsonan Letusan
Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.
Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi dan dilepaskan perlahan-lahan
30
Letusan lelangit keras gusi tak bersuara [ č ]
Depan lidah ditemukan kepada daerah lelangit keras gusi. .Sekatan udara dilepaskan secara perlahan- lahan tanpa menggetarkan pita suara.
31
Letusan lelangit keras gusi bersuara
[ j]
Depan lidah ditemukan kepada daerah lelangit keras gusi . Sekatan udara dilepaskan secara perlahan- lahan dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan: [jari], [jala], [kanji], [puji], [kolej], [garaj]
32
Multiple Choice
-Depan lidah dirapatkan pada lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan
-Udara yang tersekat pada bahagian sekatan itu dilepaskan secara perlahan-lahan.
-Pita suara bergetar.
Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas ialah
[ z ]
[ j ]
[ c ]
[ sy ]
33
Multiple Choice
Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya
mengandungi gugus konsonan?
Praktik, cipta, aksi
Syarat, harga, teks
Khabar, subjek, protein
Plastik, struktur, kompleks
34
Konsonan Sengauan
Bunyi sengau dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung
35
[m] sengauan dua bibir bersuara
[n] sengauan gusi bersuara
[ᶮ] sengauan gusi lelangit keras bersuara
[ᵑ] sengauan lelangit lembut bersuara
Semua bunyi sengau adalah bersuara. (pita suara bergetar)
36
konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]
-Dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan kepada bibir atas • Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung.
-Pita suara bergetar.
37
konsonan sengauan gusi bersuara [n]
-Dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi • Lelangit lembut dalam keadaan biasa.
-Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
-Pita suara bergetar
38
konsonan sengauan lelangit lembut bersuara. [ng]
-Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
-Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru- paru masuk ke rongga hidung. .
-Pita suara bergetar
39
Multiple Choice
Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi konsonan sengauan?
Batuk, nakal
Lebah, tolong
Simpan, gagah
Masuk, bangkit
40
konsonan sengauan gusi lelangit keras bersuara. [ny]
-Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara.
-Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru- paru ke rongga hidung-
-Pita suara bergetar
41
Multiple Choice
Fonem segmental konsonan sengauan terdiri daripada /m/, /n/, /n/ dan /ŋ/.
Bunyi konsonan sengauan / n / dihasilkan apabila
Dua bibir dirapatkan
Hujung lidah dinaikkan ke gusi
Tengah lidah dinaikkan ke lelangit lembut
Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut
42
Fill in the Blanks
Type answer...
43
Fill in the Blanks
Type answer...
44
Multiple Choice
apakah trasnskripsi fonetik yang tepat bagi perkataan 'penerbangannya'?
[pənerbanganŋa]
[penerbanganɲa]
[pənərbanganɲa]
[pənərbaŋanɲa]
45
Fill in the Blanks
Type answer...
Fonologi
Konsonan Letupan, Letusan dan Sengauan
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 45
SLIDE
Similar Resources on Wayground
42 questions
PPM II REVIEW
Presentation
•
University
32 questions
FAUNA PULAU JAWA 2
Presentation
•
11th Grade
27 questions
ppt tya
Presentation
•
11th Grade
26 questions
Keanekaragaman Hayati
Presentation
•
10th Grade
20 questions
Kelas Tambahan SMP
Presentation
•
University
21 questions
1.4 BAHASA MELAYU MODEN
Presentation
•
12th Grade
18 questions
SAJAK PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
Presentation
•
University
46 questions
Trial Melaka 2020
Presentation
•
12th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade