Search Header Logo
Menyongsong Arus

Menyongsong Arus

Assessment

Presentation

Education

University

Hard

Created by

Zubairi Yahaya

Used 1+ times

FREE Resource

35 Slides • 0 Questions

1

Menyongsong Arus

by Zubairi Yahaya

2

Sesekali arus wajar kusongsong

kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala

di hulu sungai ada negeri sejuta tahun

beribu pohon belum disentuh

sejuta erang cengkerik di liang-liangnya

aroma daun dibasahi embun

gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung

"tak kulihat bayang pengembara jauh

menyelam di jeram dugaan

tak kutatap sayang meranum

dan berahiku gigil sendiri"

selasih di genggaman 

dan kasih di pautan

3

​Maksud

Rangkap 1

Penyajak merasakan perlu sekali sekala perlu bertindak di pihak yang bertentangan agar berlaku perubahan dan tidak sempit dalam pemikiran. Sekali-sekala juga kita perlu meredah kepayahan dalam perjuangan.

Penyajak cuba menongkah arus ke hulu sungai untuk menjejaki penempatan yang jutaan tahun usianya. Jika tidak penyajak tidak mengetahui tentang sejarah silamnya. Di hulu terdapat pelbagai jenis pokok yang jutaan tahun yang masih belum diterokai. Aroma hutan yang masih segar, dengan penduduk yang masih belum menerima arus pemodenan. Penyajak tidak melihat adanya pelancong di kawasan tersebut biarpun kawasan jeramnya sangat cantik dan penyajak amat mengaguminya kerana ia masih belum diterokai lagi. Timbul persoalan sama ada kawasan tersebut perlu diperkenalkan kepada pelancong atau tidak

4

Sesekali arus kusongsong 

untuk kukenal wajah kilatan maut

ambil cemuh, simpan di peti-peti besi

menunda-nunda serapah tuk batin

jejak pendekar padam sudah

batu-batu dihakis sejarah

seribu kerikil dengan gigi tajamnya

menyeringai menepis gerimis

"dialah yang melandai tubuhku

dentum peluru sepoi Inggeris

meringgis kulit, hanya desis

menyibak kebal embun tujuh subuh

dia berlalu meninggal bayang

tak berwajah, hanya dentuman

5

Rangkap 2

Penyajak perlu menyelami sejarah silam untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik cerita tentang kematian para pejuang bangsa yang akibat oleh perbuatan pihak-pihak tertentu. Cerita sebenar tentangnya kini semakin hilang ditelan zaman. Kisah para pejuang yang sanggup mengorbankan diri menentang askar-askar Inggeris (penjajah) yang menggunakan senjata yang lebih canggih.

6

menerjah cengal, membalik

berdebur ke sungai

penuntun mata angin

taufan dalam diri

serigala mengilau di mata

"nyeberang kuala trenggan!"

7

Rangkap 3

Kini sungai hanya dijadikan alat perhubungan untuk menghayutkan balak. Perasaan penyajak bercampur baur antara sedi dan marah dengan apa yang terjadi.

8

Sesekali arus wajar kusongsong

merempuh jeram

batu-batu hidup, angin berdarah

membawa alamat

"masih  belum kiamat, dik

kau tiba pada senja

lewat seribu musim

aku menggenggam keris lok tujuh

kau menggumam pantun

dan gurindam. Namun

masih kita punya satu ibu!"

9

Rangkap 4

Perjalanan ke hulu pasti akan menghadapi cabarannya, biarpun sukar dan sulit tetapi ia belum berakhir. Tidak terlewat lagi bagi kita untuk mengenang dan mempertahankan kedaulatan negara, menjaga warisan bangsa serta tradisinya termasuklah pantun dan gurindam. Kita tetap merupakan satu warisan yang sama.

10

Sesekali arus wajar kusongsong

untuk kembalikan kilat diri

ke padang sasar sejarah.

Untuk mencium bau merbau dan keruing

dan terjemahkan

rintih sejuta cengkerik

di liang-liang rumahnya

di hutan purbawi ini.

11

Rangkap 5

Sejarah silam negara sewajarnya kita susuri semula bagi mengenal bangsa kita yang pernah mencipta sejarah (mempertahankan negara). Perjuangan ini bertujuan untuk mempertahankan khazanah alam di negara kita yang masih kita miliki kini. Khazanah alam (flora dan fauna) harus dipertahankan demi untuk kelangsungan kehidupan unggas serta serangga yang telah lama mendiami hutan.

12

Ada cermin

di dasar kali

ada amin di dasar hati

menyongsong kali

menyongsong diri.

13

Rangkap 6

Kita seharusnya mencerminkan diri kita (bermuhasabah) dan memanjatkan doa kepada tuhan dengan sepenuh hati berhubung dengan apa yang terjadi pada bangsa kita.

14

​Tema

​Penghargaan kepada tokoh pejuang Negara yang sanggup mengorbankan diri menentang askar-askar Inggeris (Penjajah). Penyajak menyelami sejarah silam bagi mengetahui kisah sebenar tentang pejuang yang telah menggadai nyawa dalam mempertahankan negara.

​ Contohnya:

Sesekali arus kusongsong 

untuk kukenal wajah kilatan maut

ambil cemuh, simpan di peti-peti besi

15

​Persoalan

​1. Cintakan alam semulajadi

​Penyajak begitu kagum dengan keindahan hutan semulajadi yang belum diterokai yang masih segar dan masih belum menerima arus pemodenan

​ Contohnya:

​di hulu sungai ada negeri sejuta tahun

​beribu pohon belum disentuh

16

​2. Mengenang jasa

​Penyajak mengenang perjuangan pejuang-pejuang silam yang berjuang untuk negara.

​Contoh:

​sesekali arus harus kusongsong

​untuk kukenal wajah kilatan maut

17

​3. Sanggup berkorban

​Penyajak menjelaskan bahawa para pejuang sanggup mengorbankan diri semata-mata ingin menentang askar-askar Inggeris walaupun mereka tahu tentera penjajah menggunakan senjata moden yang lebih canggih.

​4, Persoalan keberanian

​Penyajak menggambarkan pejuang-pejuang ini berani menentang penjajah Inggeris yang membuat serangan hendap selama tujuh hari dengan pelbagai taktik serangan.

18

5. Menjaga khazanah alam

​Penyajak menyatakan bahawa perjuangan ini adalah bertujuan untuk mempertahankan khazanah flora dan fauna yang tidak ternilai daipada diterokai dan dibangunkan.

19

Keindahan bahasa

Bahasa perulangan telah melahirkan kesan keindahan dalam sajak ini. Perulangan melahirkan kemerduan dan nada yang berkesan di samping menyatakan kesungguhan dan fokus penyair terhadap isi sajak. Perulangan menyarankan tumpuan penyair terhadap kepentingan perubahan, perbezaan, dan melihat banyak perkara dari sudut yang berbeza-beza. Ia akan membawa nilai, pemikiran, dan kesan emosi yang berbeza lantaran keupayaan manusia merubah persepsi, cara berfikir dan tindakan.

20

Ungkap kata Sesekali arus wajar kusongsong dalam sajak ini membawa konotasi perubahan dalam persepsi, pemikiran, dan tindakan. Baris yang diulang dalam sajak ini cuba membina pengertian mendalam terhadap kepentingan seseorang menjadi berbeza atau mengamalkan apa yang di luar kebiasaan. Ia barangkali suatu yang sukar tetapi berupaya memberi kesan mendalam ke dalam warna-warni kehidupan.

21

Anafora pula menguatkan penegasan makna terhadap kepentingan perubahan dan pembaharuan sikap. Ia dapat dilihat pada baris berikut :

menyongsong kali

menyongsong diri.

Sajak ini juga memiliki perulangan kata pada tengah baris. Ia menimbulkan kesan penegesan dan penghujahan makna yang mendalam:

dia berwajah meninggal bayang

tak berwajah, hanya dentuman

22

Keindahan perulangan bunyi juga menerbitkan irama dan nada yang menarik dalam sajak. Kehadiran asonansi dan aliterasi membina kemerduan dalam bahasa sajak

.Contoh asonansi ialah :

Untuk mencium bau merbau dan keruing (Perulangan bunyi vokal u)

ada amin di dasar hati (Perulangan bunyi vokal a)

Manakala aliterasi pula dikesan pada baris berikut :

sejuta erang cengkerik di liang-liangnya (Perulangan bunyi konsonan g)

meringgis kulit, hanya desis (Perulangan bunyi konsonan s)

23

Keindahan bahasa sajak ini diperkukuh dengan kehadiran metafora yang puitis dan indah.

Contohnya :batu-batu hidup

padang sasar sejarah

Keindahan personifikasi pula berupaya melahirkan kesan imganasi yang mendalam dan mengukuhkan kesan puitis bahasa puisi.

Contohnya :

rintih sejuta cengkerik

sejuta erang cengkerik

24

​Citra Masyarakat

Sesebuah sajak bertujuan untuk membina pemikiran, sikap, kesedaran dan gagasan yang dapat membawa pembaharuan dalam kehidupan. Ia membawa sarana pemikiran dan ungkap budaya untuk menarik kesedaran masyarakat atau pembaca dari tradisi atau pengaruh kebiasaan yang merugikan dan meletihkan. Kita tidak harus berdiri pada arus yang boleh mengalpakan dan melalaikan, atau membawa kerugian dan kekurangan kepada suatu masyarakat. Oleh itu perubahan dan kesedaran harus hadir dalam minda keinsafan pembaca untuk melepaskan segenap yang dianggap pautan tradisi atau kebiasaan agar dapat menemui dimensi dan tindakan baru.

25

Inilah antara harapan yang dilemparkan oleh penyair menerusi sajak Menyongsong Arus. Ia merupakan penampilan pemikiran dan cabaran minda kepada pembaca untujk melepaskan ikatan kebiasaan atau akur dengan adab yang merugikan. Perubahan ini suatu anjakan yang bukan mudah kerana ia memberi implikasi yang pelbagai. Membuang kebiasaan bermakna menidakkan tradisi yang sekian lama mengakarkan budaya dan pemikiran masyarakat.

26

Masyarakat yang paparkan dalam sajak ini cuba dikaitkan dengan perubahan dan keinginan melawan kebiasaan. Mereka yang berada dalam arus kebiasan akan menjalani hidup berpaksi arus masa yang akan menyerah kepada hukuman waktu atau nasib. Ia ibabat arus sungai yang semakin mengalir ke muara dan akan membawa lumpur dan mendap di muara. Ia tidak akan kembali lagi ke hulu sungai kerana menerima nasib yang telah ditetapkan :

Sesekali arus wajar kusongsong

kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala

27

Upaya hidup tidak harus terhenti pada pinta nasib. Seseorang harus berupaya melawan arus dan mencabar diri sendiri untuk mencari kelainan dan perbezaan. Keupayaan untuk membawa pembaharuan dan dimensi hidup ini penting kerana setiap masa manusia masih memiliki peluang dan harapan. Yang penting adalah berusaha melawan arus masa dan mencari segenap kebaikan, berusaha gigih dan gigih berjuang. Inilah perubahan yang diharapkan oleh penyair agar manusia tidak selamanya tewas oleh ukiran masa dan sejarahnya. Perubahan sikap dan pemikiran amat perlu untuk meraih segala peluang dan kebaikan yang tersedia. Masyarakat tidak seharusnya terhukum oleh nasib dan kejahilan sebaliknya meneruskan perjuangan melawan arus masa untuk memperolehi segala manfaat darinya :

28

di hulu sungai ada negeri sejuta tahun

beribu pohon belum disentuh

sejuta erang cengkerik di liang-liangnya

aroma daun dibasahi embun

gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung

"tak kulihat bayang pengembara jauh

menyelam di jeram dugaan

tak kutatap sayang meranum

dan berahiku gigil sendiri"

29

Masyarakat yang berani berjuang dan membawa perubahan. Masyarakat tidak harus tinggal diam dan beralah tanpa menyungguhkan hasrat dan harapan untuk melepaskan segenap ancaman, pancaroba, dan pergolakan yang menimpa. Setiap zaman memiliki cabaran hidup yang tersendiri. Mereka yang pernah pergi meninggalkan kita hidup dalam zaman perjuangan menentang penjajah. Mereka telah bangkit dari tradisi dan kebiasaan bertujuan untuk menentang kezaliman dan menghapus ketidakadilan. Mereka berani menentang segenap yang dilihat tidak adil dan melawan kemanusiaan. Desakan dan dorongan semata-mata kerana mahu melihat pembelaan dan perubahan nasib masyarakat.

30

Cabaran zaman baru barangkali berbeza dengan zaman silam, namun perjuangan masih berada pada landasan membela keadilan dan menghapus kezaliman. Manusia harus berani merempuh cabaran kerana tanpa keberanian semuanya akan berada pada situasi yang tidak berubah. Anjakan pemikiran perlu dilakukan untuk menyesuaikan sikap dan tindakan yang membawa kepentingan dan kemuliaan bersama. Jika pejuang dulu berjuang dengan senjata mempertahankan maruah maka perjuangan masyarakat hari ini adalah melepaskan pemikiran dan sikap dari belenggu kebodohan dan kejahilan. Kontang akal dan tumpul fikir adalah penjajahan bentuk baru yang harus disingkirkan untuk masyakat berada dalam arus perubahan yang membawa segala kebaikan dan kepentingan umat.

31

Sesekali arus wajar kusongsong

merempuh jeram

batu-batu hidup, angin berdarah

membawa alamat

"masih belum kiamat, dik

kau tiba pada senja

lewat seribu musim

aku menggenggam keris lok tujuh

kau menggumam pantun

dan gurindam. Namun

masih kita punya satu ibu!"

32

Masyarakat harus disedarkan untuk berada pada sikap, pemikiran, dan nilai yang memberi manfaat bersama. Segala kejumudan akal harus dibuang kerana ia merupakan perangkap dan halangan kepada perubahan. Segala amalan yang boleh merugikan harus dibuang dari tindakan setiap orang kerana menyosong tradisi dan kebiasaan ini bukan mudah dan ia tidak membawa banyak keuntungan. Kesediaan harus ada pada setiap masyarakat untuk berani menyuarakan pembaharuan yang membawa manfaat dan kepentingan bersama. Kita tidak harus larut dalam sejarah yang beku sebaliknya berusaha membina perubahan dalam sejarah. Martabat bangsa perlu diperjuangkan untuik mengembalikan maruah dan darjat yang sekian lama begitu kuat ditatang. Kita tidak harus mengalah pada sejarah yang banyak mencoretkan kerugian dan kegagalan sebaliknya merebut perubahan yang membawa kebaikan :

33

Sesekali arus wajar kusongsong untuk kembalikan kilat diri ke padang sasar sejarah. Untuk mencium bau merbau dan keruing dan terjemahkan rintih sejuta cengkerik di liang-liang rumahnya di hutan purbawi ini Barangkali sajak ini boleh membawa perubahan dalam sikap dan fikir kita

Tags

34

​Mesej

​1. Sebagai seorang rakyat kita patut menjaga khazanah alam daripada diteroka sewenang-wenangnya.

​2. Kita hendaklah mengenang jasa pejuang-pejuang negara yang telah berkorban demi kedaulatan bangsa dan negara daripada pihak penjajah.

35

​3. Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka kita perlu mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga warisan negara.

​4. Kita hendaklah berani menentang musuh bagi mengelakkan negara daripada diceroboh.

Menyongsong Arus

by Zubairi Yahaya

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 35

SLIDE