Search Header Logo
KOMSAS NOVEL DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

KOMSAS NOVEL DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

Assessment

Presentation

Education

1st - 2nd Grade

Easy

Created by

CIKGU SUHAIDAH

Used 14+ times

FREE Resource

19 Slides • 4 Questions

1

KOMSAS NOVEL DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SUHAIDAH

Slide image

2

Slide image

selamat sejahtera dan salam sayang kepada semua murid 😍

3

Slide image


4

Slide image


5

SINOPSIS

Novel Destinasi Impian mengisahkan Johari, Azlina dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib.Ekspedisi ini merupakan usaha menyahut cabaran yang dilontarkan oleh datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Bagi pihak Johari dan Azlina, ekspedisi berbasikal tersebut juga adalah untuk meningkatkan imej dan semangat Firdaus sebagai seorang lelaki yang bersifat keperempuanan akibat terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya. Ekspedisi berbasikal itu telah membolehkan mereka, terutama Azlina mengenali kehidupan di sekelilingnya. Sebaliknya, Firdaus menganggap ekspedisi berbasikal itu sebagai perjalanan gila.


Dalam ekspedisi berbasikal itu, Firdaus sering merungut kerana terlalu lelah. Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menimbulkan konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Konflik antara mereka berdua telah menimbulkan perasaan marah serta suasana sindir- menyindir dan tengkingmenengking. Bagaimanapun, Johari sebagai sepupunya yang lebih matang sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah adik sepupunya itu. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya tiba di destinasinya, iaitu di Pantai Morib Baru. Firdaus berbangga akan dirinya kerana telah berjaya mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.

6

Di Pantai Morib Baru itu, Firdaus yang tiba lebih dahulu telah disambut oleh rakan-rakannya, iaitu Sazali, Moksin, Salim, Erma, Azrina, dan Mazlinda. Firdaus terkejut kerana kawankawannya datang menyambut ketibaannya. Dalam perjalanan tadi, disangkakan kawan-kawannya sedang bergembira menonton wayang dan meraikan majlis sambutan hari lahir Mazlinda, iaitu gadis idamannya. Kawan-kawan Firdaus mengucapkan tahniah kepadanya. Firdaus membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan perjalanannya lewat kerana adiknya yang banyak berehat dalam perjalanan. Firdaus juga telah meninggalkan Johari dan Azlina.


Johari dan Azlina sedang duduk-duduk sambil bergembira dengan kawan-kawan Johari yang sama-sama belajar di Universiti Putra Malaysia. Tiba-Tiba Azlina didatangi oleh Moksin dan Sazali yang bertanyakan sama ada betul atau tidak tentang kenyataan Firdaus, iaitu mereka sampai lewat kerana Azlina banyak berehat. Akhirnya, Moksin dan Sazali mengetahui bahawa Firdaus berbohong. Mereka bertekad untuk memaksa Firdaus supaya mengaku bahawa dia berbohong. Sebenarnya, Firdaus berasa sombong akan kejayaannya berbasikal dari Klang ke Morib. Dia juga turut memberitahu Mazlinda bahawa dia pandai berenang juga. Namun begitu, Firdaus sedar bahawa dia tidak sehebat seperti yang dia ceritakan. Oleh itu, perasaan itu terbawa-bawa dalam mimpinya.

7

Pada keesokan hari, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang. Walau bagaimanapun, Firdaus memberitahu mereka bahawa dia ingin pulang sendiri. Azlina berasa tidak sampai hati meninggalkan abangnya, Firdaus untuk pulang berseorangan. Namun setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka erbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya pergi mandi di laut walaupun air laut sedang surut dan airnya berada di tengah-tengah. Firdaus mandi sambil bergembira dengan rakan-rakannya. Mereka turut berlumba menyelam. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda telah dipukul ombak dan terkapai-kapai. Firdaus yang bercakap besar itu terpaksa emberanikan diri untuk menyelamatkan Mazlinda tetapi akhirnya, dia yang lemas.


Sebaik-baik sahaja sedar, Firdaus berada di katil hospital. Di sisinya Johari dan Azlina bertanyakan khabarnya. Firdaus juga mengetahui bahawa dia lemas dan telah diselamatkan oleh Mazlinda yang berpura-pura tidak tahu berenang. Firdaus berasa malu tetapi Johari menasihatinya bahawa setiap tindakan berani hendaklah disertai dengan fikiran yang waras. Dia juga dinasihati agar tidak perlu menundukkan muka terhadap cabaran. Sewaktu Mazlinda datang bersama-sama dengan kawan-kawannya yang lain, Firdaus berasa malu dan ingin menundukkan mukanya. Namun, dia teringat akan nasihat Johari dan Azlina, lantas dia memberanikan dirinya untuk memandang kawan-kawannya itu.

8

Multiple Choice

Sudah habis membaca sinopsis novel?

1

Ya

2

Tidak

9

Slide image

TERUSKAN MEMBACA YA!!!

10

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi tua yang mengatakan bahawa generasi kini tidak kuat dan tidak bersemangat.


Persoalan

(a) Kebijaksanaan seorang ketua dalam mentadbir urus konflik dalam memastikan program yang dilaksanakan berjaya

(b) Kemanjaan yang diberikan kepada anak secara tidak betul akan mengakibatkan anak-anak berhadapan dengan konflik identiti.

(c) Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih rosak ekoran sikap rakyat yang tidak prihatin terhadap ejaan dan struktur ayat yang betul.

(d) Ekspedisi berbasikal yang penuh dengan cabaran merupakan analogi terhadap kehidupan kita sebenar.

(e) Kejayaan hanya diperoleh dengan kesungguhan dan kecekalan.

(f) Pembohongan akan diketahui juga akhirnya dan tidak mendatangkan kebaikan pada diri sendiri.

11

WATAK DAN PERWATAKAN

Johari

(a) Sepupu Azlina dan Firdaus.

(b) Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

(c) Gemar berbasikal sejak sekolah rendah.

(d) Penyabar.

(e) Suka membaca.

(f) Banyak mempunyai pengetahuan.


Azlina

(a) Anak bongsu dalam keluarga.

(b) Berbadan kurus dan tinggi lampai orangnya.

(c) Lasak dan aktif.

(d) Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.

(e) Bijak berkata-kata.

(f) Berani.

(g) Penyayang.


Firdaus

(a) Anak kelima dalam keluarga.

(b) Berperwatakan keperempuanan.

(c) Berwajah tampan, berhidung mancung, berkulit putih,

berbadan tinggi lampai, dan berambut keriting halus.

(d) Lemah daya saing untuk menghadapi cabaran.

(e) Cepat marah apabila penat dan tertekan.

(f) Cepat lupa diri.

(g) Tidak pandai berenang.

12

PLOT-BINAAN PLOT

(a) Permulaan – Cerita bermula dengan ekspedisi berbasikalyang telah menyebabkan Firdaus berasa sangat letih dan ingin membatalkan perjalanannya. Diceritakan juga tujuan ekspedisi berbasikal ini adalah untuk menyahut cabaran datuk mereka.

(b) Perkembangan – Kisah berkisar tentang ekspedisi berbasikal yang telah menemukan mereka dengan gejala pencemaran bahasa dan rumah jaguh badminton negara. Perjalanan berbasikal itu juga menyebabkan mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti terjatuh dari basikal, bertengkar, dan lain-lain.

(c) Konflik – Azlina dan Firdaus telah bertengkar dan sindirmenyindir berikutan sikap Firdaus yang menganggap perjalanan ini sebagai perjalanan gila dan sering kali Firdaus ingin berpatah balik.

(d) Klimaks – Firdaus menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap Azlina dan Johari. Malah, sewaktu Azlina terjatuh dari basikal dan tangannya berdarah, Firdaus sempat memerlinya dan terus meninggalkan Azlina dan Johari di situ.

(e) Peleraian – Johari, Azlina, dan Firdaus telah sampai di destinasi, iaitu Pantai Morib Baru. Johari dan Azlina menyertai rakan-rakan Johari manakala Firdaus menyertai rakan-rakannya seperti Moksin, Sazali, Erma, dan Mazlinda.

Mereka bergembira sambil mandi-manda. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus yang masih mandi-manda di laut. Sewaktu bermain air laut itu, Firdaus telah lemas tetapi diselamatkan Mazlinda. Johari dan Azlinda melawat Firdaus di hospital dan menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Kemudian, kawan-kawan Firdaus datang melawat.

13

Multiple Choice

SUDAH HABIS MBACA BAHGIAN WATAK DAN BINAAN PLOT?

1

YA

2

TIDAK

14

Slide image

YEAY... JUM BACA LAGI

15

TEKNIK PLOT


(a) Pemerian. Contohnya, Johari memerihalkan keadaan Firdaus yang kelihatan begitu letih manakala Azlina pula sedang asyik merakam gambar bunga lalang di tanah terbiar.

(b) Dialog. Contohnya, dialog antara Johari dengan Firdaus yang bertanyakan jarak ke Pantai Morib Baru.

(c) Monolog. Contohnya, Azlina bermonolog tentang perwatakan abangnya, Firdaus yang tampan tetapi tingkah lakunya agak keperempuanan.

(d) Imbas kembali. Contohnya, Firdaus teringat akan kawannya yang bernama Salim yang merupakan kawan rapatnya di sekolah.

(e) Imbas muka. Contohnya, Firdaus berfikir sekiranya dia balik pada petang itu, maka bolehlah dia ke majlis hari lahir Mazlinda yang akan diadakan pada keesokan hari.

(f) Saspens. Contohnya, Johari segera menerpa ke arah Firdaus yang sedang membongkok mengambil seketul batu untuk menghalangnya daripada membaling adiknya, Azlina dengan batu tersebut.

16

LATAR

Latar Tempat

(a) Tanah terbiar, iaitu tempat Azlina merakam gambar bunga lalang.

(b) Sekolah Menengah Kapar.

(c) Kampung Bukit Kapar.

(d) Meru.

(e) Klang.

(f) Jambatan Musaedin.

(g) Pekan Banting.

(h) Pantai Morib Baru.

(i) Hospital.


Latar Masa

(a) Waktu pagi.

(b) Waktu petang.

(c) Waktu malam.

(d) Hari Sabtu.

(e) Bulan Jun.


Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang sabar.

(b) Masyarakat yang lasak dan aktif.

(c) Masyarakat lelaki yang berperwatakan perempuan.

(d) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

(e) Masyarakat yang tidak mengenang budi.

(f) Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

(g) Masyarakat yang taat pada perintah agama.

17

GAYA BAHASA

(a) Simile. Contohnya, bahasa Melayu sudah menjadi seperti air atau udara; dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi bagaikan suaraku diterbangkan angin laut; dendam itu

laksana api besar.

(b) Sinkope. Contohnya, Abang nak sorong basikal itu?; Budak sekarang tak kuat. Tak ada semangat.

(c) Bahasa Arab. Contohnya, halal, mahram, azan.

(d) Bahasa Inggeris. Contohnya, camping, no problem.

(e) Peribahasa. Contohnya, bagaikan langit dengan bumi; air muka; kuman di seberang laut tetapi tidak nampak gajah di depan mata; bermandi peluh; indah khabar dari rupa.

(f) Metafora. Contohnya, rimba kehidupan, gunung kebanggaan, lagu keriangan.

(g) Personifikasi. Contohnya, angin kencang yang menampar-nampar muka; persoalan itu mengetuk-ngetuk benakku; sekejap sahaja mereka hilang ditelan kegelapan malam.

18

Multiple Choice

ANDA TELAH BERJAYA MEMBACA HAMPIR KESELURUHAN NOTA?

1

YA

2

BELUM

19

Slide image

SEMANGAT!!!!

20

NILAI

(a) Kecekalan. Contohnya, Johari cekal berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam ekspedisi berbasikal bersama-sama dengan Azlina dan Firdaus.

(b) Berpengetahuan. Contohnya, Johari banyak mempunyai pengetahuan apabila dapat menerangkan bangunan bersejarah yang ditemukan semasa ekspedisi berbasikal.

(c) Keberanian. Contohnya, Azlina berani menentang abangnya, Firdaus yang bersikap negatif sewaktu menyertai ekspedisi berbasikal.

(d) Bersimpati. Contohnya, Johari bersimpati dan segera membantu Azlina yang tercampak apabila basikalnya terbabas ke kiri jalan.

(e) Keprihatinan. Contohnya, Johari prihatin akan Firdaus dengan mengekori Firdaus dari belakang supaya Firdaus tidak tersesat jalan ke Pantai Morib Baru.

(f) Baik hati. Contohnya, rakan-rakan Johari seperti Kasman dan Tamrin telah menunggu Johari dan sepupunya yang tiba di Pantai Morib Baru dengan menyediakan khemah.

21

PENGAJARAN

(a) Kita hendaklah cekal dalam menempuh cabaran hidup supaya kita berjaya mencapai matlamat.

(b) Kita perlu membaca agar banyak memperoleh pengetahuan supaya kita tidak ketinggalan.

(c) Kita harus berani menentang tindakan yang tidak betul supaya kita memperoleh kejayaan.

(d) Kita harus bersimpati terhadap mereka yang malang agar mereka mendapat pertolongan.

(e) Kita mesti prihatin akan orang di sekeliling agar mereka tidak terjebak dalam masalah.

(f) Kita mesti bersikap baik hati supaya wujudnya masyarakat yang penyayang.

22

Multiple Choice

TAHNIAH!! ANDA BERJAYA HABIS MEMBACANYA!

1

YEAY

2

BELUM

23

Slide image

KOMSAS NOVEL DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SUHAIDAH

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 23

SLIDE