Search Header Logo
Novel Jendela Menghadap Jalan (SitiHafsahMamat)

Novel Jendela Menghadap Jalan (SitiHafsahMamat)

Assessment

Presentation

World Languages

Professional Development

Medium

Created by

NOOR Moe

Used 22+ times

FREE Resource

14 Slides • 5 Questions

1

Novel Jendela Menghadap Jalan

oleh: cikgu SitiHafsahMamat

SIRI 1 : Pengenalan

media

2

Sinopsis

Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke kampung.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel, dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang sama. Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah kehidupan penduduk kampung sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya. 


3

Datuk Lili bernama Haji Abdul Rahman. Neneknya pula Aisyah seorang yang baik hati. Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana kampung yang amat bertentangan dengan gaya kehidupan masyarakat di bandar.

4

Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan semula pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel.

Hal ini disebabkan ibu Geetha, iaitu Letchumi telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang buat Lili untuk bertahan lebih lama lagi di kampung datuk dan nenek. Melalui pertemuan semula dengan Danel, Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang.

5

Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid. Isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya yang tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Di samping itu juga, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana perangai buruk mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah serta gemar mencuri.

6

Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat Lili untuk memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat penduduk Kampung Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya selalu memintanya agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, hal ini tidak menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa.

7

Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq, iaitu dua orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada hematnya menjadi mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan nenek tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini bersikap tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling.


8

Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang dewasa kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan dari segi undang-undang dan menyelesaikan isu pemasangan kubah di surau.

Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat untuk pulang kerana dia berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran perubahan sikap datuk yang padanya mulai bercerita dan meluahkan pengalaman datuk. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.

9

Multiple Choice

Di manakah Lili menghabiskan cutinya?

1

di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu

2

di bandar raya Kuala Lumpur

10

Multiple Choice

Dalam perjalanan ke kampungnya, Lili telah berkenalan dengan _________ dan __________ .

1

Rafiq dan Haziq

2

Danel dan Geetha

11

Multiple Choice

Kampung datuk Lili yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang ialah __________ .

1

Kampung Sejahtera

2

Kampung Sentosa

12

Multiple Choice

Datuk Lili bernama ___________ .

1

Haji Ali

2

Haji Abdul Rahman

3

Haji Salleh

13

Multiple Select

Datuk Lili banyak berjasa kepada masyarakat kerana :

1

Sumber rujukan masalah kesihatan penduduk

2

Pandai mengurut

3

Pakar akar kayu dan ubat tradisional

4

Pandai bersilat

14

WATAK UTAMA - LILI

  • Lepasan sekolah menengah 

    Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya 

    Berpura-pura untuk menjaga hati ibunya 

    Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan 

    Akur cakap orang tua 

    Suka berkawan dan peramah 

    Menjadi teman baik Geetha 

    Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafik anak Che Jah yang nakal, 

    Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga 

    Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.

15

WATAK SAMPINGAN - Haji Abdul Rahman / Datuk

  • Pakar akar kayu dan ubat tradisional  

    Jadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung

    Berjaya sembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yang dibuatnya     

    Ajar Lili ilmu keagamaan

    Menguji Lili dengan ilmu agama

    Sayang akan pekerjaannya mengumpulkan akar kayu

    Berjaya mengislamkan William

    Dahulu orang mendengar cakap Datuk tetapi sekarang tidak

    Berumur 70 tahun

    Rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih

    Rajin membaca kitab

    Berjaya mengubati lima orang dari Kuala Lumpur menggunakan herba

    Tidak balik malam kerana mencari herba di hutan

    Pandai mengurut (mengurut Danel)

16

Nenek (Hajah Aisyah Tan Abdullah)

  • Kurang yakin dengan ubat tradisional yang Datuk sediakan

    Isteri kepada Datuk

    Percaya pantang larang (terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat)

    Bakar kulit bawang putih untuk bau harum dalam rumah

    Suka menyindir Datuk tentang ubat tradisional.

    Pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.

17

Danel

  • Anak William

    Jelaskan isu pembinaan kubah surau

    Jelaskan kebaikan rawatan moden

    Berhujah dengan berhemah supaya Datuk tidak berkecil hati

    Percaya perubatan moden

    Akrab dengan Datuk

    Menulis artikel tentang buah pisang di Tenom Sabah

    Sering membantu Nenek memasak

    Memasak menggunakan pisang

    Bantu menyelamatkan Lili daripada diculik

18

Geetha

  • Kenalan Lili dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu 

    Siswa tahun pertama jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaya

    Anak Letchumi yang ada kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional Datuk sediakan

    Menjadi akrab dengan Lili. 

    Seorang yang menepati Janji

19

TAMAT

Siri 1

Insya-Allah, kita jumpa lagi dalam Siri 2

Novel Jendela Menghadap Jalan

oleh: cikgu SitiHafsahMamat

SIRI 1 : Pengenalan

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 19

SLIDE