
Bahan Komposit dan Kepentingannya
Presentation
•
Chemistry
•
10th Grade
•
Practice Problem
•
Medium
Muhamad Muhamad
Used 31+ times
FREE Resource
21 Slides • 8 Questions
1
Bahan Komposit dan Kepentingannya
2
Bahan Komposit dan Kepentingannya
Perkembangan teknologi, contohnya dalam bidang pembinaan telah menemukan pelbagai bahan baru yang menjadikan pembinaan bangunan pencakar langit menjadi kenyataan seperti hari ini.
Penggunaan bahan-bahan seperti aloi, seramik dan kaca adakalanya tidak memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki seperti mempunyai ketumpatan yang rendah tetapi dalam masa yang sama bahan tersebut kuat, tahan haba dan tahan kakisan.
Penyelidikan dan pembangunan yang berterusan oleh ahli sains telah menemukan bahan komposit, iaitu bahan yang mempunyai gabungan sifat yang istimewa yang tidak terdapat pada bahan seperti aloi, seramik dan kaca.
3
Bahan Komposit dan Sifatnya
Bahan komposit ialah bahan yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih bahan yang bukan homogen, iaitu bahan matriks dan bahan pengukuhan.
Bahan matriks akan mengikat bahan pengukuhan untuk membentuk bahan baharu iaitu bahan komposit.
Bahan komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua atau lebih sebatian-sebatian seperti aloi, logam, kaca, polimer dan seramik.
Sifat-sifat bahan yang dihasilkan ini adalah lebih baik daripada komponen-komponen yang asal.
4
Contoh pembentukan bahan komposit
5
Bahan Komposit dan Kegunaannya
Dalam dunia yang serba moden ini, permintaan bagi bahan yang mempunyai sifat tertentu adalah tinggi.
Terdapat pelbagai jenis bahan komposit yang dihasilkan dan digunakan dalam kehidupan harian kita.
Berikut adalah beberapa contoh bahan komposit dan kegunaannya.
6
Konkrit diperkukuhkan
Diperbuat daripada campuran bahan matriks seperti simen, batu kerikil, pasir, air dan bahan pengukuhan seperti besi atau keluli untuk menghasilkan jaring, rod atau tiang.
Bersifat kuat, tahan regangan dan murah.
Bahan pembinaan bagi bangunan, jambatan, lebuh raya, dan empangan.
7
Kaca gentian
Terdiri daripada campuran bahan matriks seperti plastik dan bahan pengukuhan seperti gentian kaca.
Penebat haba dan elektrik yang baik.
Digunakan dalam pembuatan bampar kereta, topi keledar, papan litar tercetak dan pakaian ahli bomba.
8
Gentian optik
Terdiri daripada tiga lapisan iaitu:
gentian kaca silika (bahan pengukuhan) yang merupakan bahagian teras
salutan kaca atau plastik (bahan pengukuhan) yang merupakan lapisan salutan
plastik (bahan matriks) yang berfungsi sebagai jaket pelindung
Membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk cahaya pada kelajuan tinggi (kelajuan cahaya)
9
Cahaya bergerak dalam gentian kaca silika secara siri pantulan dalam yang penuh.
Berkeupayaan untuk membawa data dalam kapasiti yang banyak dan tidak terjejas oleh gangguan elektromagnet.
Digunakan sebagai medium dalam komunikasi dan rangkaian komputer iaitu rangkaian kawasan setempat (LAN), kamera video dan televisyen liter tertutup (CCTV).
10
Kaca fotokromik
Dihasilkan daripada leburan silika (bahan matriks) yang dicampurkan dengan sedikit argentum klorida, AgCl dan kuprum klorida (bahan pengukuhan).
Kaca ini berwarna gelap apabila terdedah kepada cahaya terang (sinar UV) dan kembali menjadi lut sinar apabila berada dalam keadaan gelap.
11
Hal ini disebabkan oleh pembentukan atom argentum yang menghalang laluan cahaya.
Digunakan untuk membuat tingkap bangunan, cermin tingkap kenderaan dan kanta kamera.
12
Superkonduktor
Bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik tanpa sebaring rintangan pada suhu yang sangat rendah.
Diperbuat daripada pelbagai komponen, misalnya seramik itrium barium kuprum oksida (YBCO)
Bahan komposit yang memiliki sifat superkonduktiviti selain aloi.
13
Digunakan untuk membuat magnet superkonduktor yang ringan dan mempunyai daya magnet yang sangat kuat.
Magnet superkonduktor digunakan dalam alat pemecut zarah, alat pengimejan resonans magnet (MRI), mesin resonans magnet nukleus (NMR) dan generator elektrik.
14
Perbandingan dan Perbezaan Sifat Bahan Komposit dengan Komponen Asal
Sifat bahan komposit adalah berlainan dengan komponen-komponen asalnya.
Komponen-komponen asal bahan komposit mempunyai sifat fizik dan sifat kimia yang berlainan.
Komponen-komponen asal dengan sifat tertentu telah digabungkan untuk menghasilkan suatu bahan yang dapat memenuhi keperluan dalam bidang-bidang seperti perindustrian, pembinaan dan pengangkutan.
15
Konkrit Diperkukuhkan
16
Kaca Gentian
17
Gentian Optik
18
Kaca Fotokromik
19
Superkonduktor
20
Uji Minda
21
Multiple Choice
Bahan komposit yang manakah digunakan untuk membina jambatan yang ditunjukkan?
Konkrit yang diperkukuhkan
Gentian optik
Superkonduktor
Kaca fotokromik
22
Multiple Choice
Rajah menunjukkan bahan komposit yang diperbuat daripada bahan P.
Bahan P mempunyai kekuatan regangan yang tinggi, ketumpatan yang rendah dan mudah dibentuk menjadi lapisan nipis. Apakah bahan P?
Superkonduktor
Konkrit yang diperkukuhkan
Kaca gentian
Kaca fotokromik
23
Multiple Choice
Seorang jurutera memerlukan satu bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut untuk menghasilkan satu produk.
- - Ringan
- - Kekuatan tegangan yang tinggi
- - Kalis air
- - Tidak aktif secara kimia
Antara berikut, yang manakah paling sesuai?
Kaca fotokromik
Kaca gentian
Gentian optik
Seramik
24
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah merupakan bahan komposit?
Seramik
Polimer
Aloi
Kaca fotokromik
25
Multiple Choice
AgCl digabungkan dengan kaca atau polimer lut sinar.
Pernyataan berikut menerangkan mengenai?
Superkonduktor
Konkrit yang diperkukuhkan
Kaca gentian
Kaca fotokromik
26
Multiple Choice
Gentian optik ialah bahan komposit.
Ia digunakan dalam
industri telekomunikasi
membuat peralatan sukan
industri pembinaan
membuat kanta
27
Multiple Choice
Seorang jurutera memerlukan satu bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut untuk menghasilkan satu produk.
- - Ringan
- - Kekuatan tegangan yang tinggi
- - Kalis air
- - Tidak aktif secara kimia
Antara berikut, yang manakah paling sesuai?
Kaca fotokromik
Kaca gentian
Gentian optik
Seramik
28
Multiple Choice
Bahan komposit yang digunakan untuk membuat badan kereta lumba F1 ialah
plastik diperkuatkan dengan dawai besi
plastik diperkuatkan dengan gentian kaca
plastik diperkuatkan dengan gentian karbon
plastik diperkuatkan dengan kaca dan gentian karbon
29
TAHNIAH!!!!!!
Anda telah berjaya menghabiskan keseluruhan topik dalam subjek kimia tingkatan 4.
Bahan Komposit dan Kepentingannya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 29
SLIDE
Similar Resources on Wayground
20 questions
Teks LHO
Presentation
•
10th Grade
22 questions
Asal-usul nenek moyang bangsa Indonesia
Presentation
•
10th Grade
22 questions
Pergaulan Sehat
Presentation
•
10th Grade
21 questions
Computer Networking
Presentation
•
10th Grade
23 questions
Teori Mekanika Kuantum
Presentation
•
10th Grade
22 questions
Sifat keperiodikan unsur
Presentation
•
10th Grade
24 questions
KONFIGURASI ELEKTRON
Presentation
•
10th Grade
20 questions
Hakikat Ilmu Kimia
Presentation
•
10th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Chemistry
22 questions
Solubility Curve Practice
Quiz
•
10th Grade
25 questions
Unit 12 Thermochemistry Review
Quiz
•
10th Grade
20 questions
Types of Chemical Reactions
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Interpreting Solubility Curves
Quiz
•
10th Grade
20 questions
Types of Chemical Reactions
Quiz
•
10th Grade
43 questions
Acids and Bases Review
Quiz
•
10th - 11th Grade
20 questions
Thermochemistry Review
Quiz
•
10th Grade
25 questions
Unit 4 (Mid) Rumble
Quiz
•
10th Grade