Search Header Logo
Pentaksiran Kendiri Tingkatan 2 (KOMSAS)

Pentaksiran Kendiri Tingkatan 2 (KOMSAS)

Assessment

Presentation

Education, Other

KG - 12th Grade

Easy

Created by

Cikgu HaslinaNM

Used 2+ times

FREE Resource

12 Slides • 12 Questions

1

Pentaksiran Kendiri Tingkatan 2 (KOMSAS)

Sila jawab semua soalan yang diberikan.

Slide image

2

Soalan A

Dengar dan baca petikan sajak dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

3

Pada Sekuntum Mawar


Sehelai kelopakmu gugur

adalah titis air mata bonda

yang luruh dalam lipatan usia.


Merenung pada malam yang kematian angin

pada laut yang kematian ombak

seperti telah menutup

pintu kehidupan ini

menjadi sepi dan lara

pada kemusnahan yang tidak pernah dipinta


Sekuntum mawar

bukan melontar harum indahmu

di hujung lembah

tapi mengangkat seri mahkotamu

ke puncak iman.

4

Multiple Choice

Dengan berdasarkan sajak, apakah nasihat penyajak kepada setiap gadis?

1

Penyajak menasihati anak gadis supaya bersopan santun.

2

Penyajak menasihati anak gadis supaya tidak disisihkan keluarga.

3

Penyajak menasihati anak gadis agar menjaga maruah diri.

4

Penyajak menasihati anak gadis agar bijak mencari kawan.

5

Multiple Choice

Yang berikut ialah SENI BAHASA yang tepat terdapat dalam sajak kecuali....

1

Sehelai kelopakmu gugur - aliterasi

2

Yang luruh dalam lipatan usia - metafora

3

Pada kemusnahan yang tak pernah dipinta - sinkope

6

Multiple Choice

Dengan berdasarkan sajak, mengapakah ibu akan berdukacita?

1

Apabila anak gadisnya menderhaka kepada ibu bapa.

2

Apabila anak gadisnya ternoda dan disishkan keluarga.

3

apabila anaknya tidak mendengar nasihat.

4

apabila anak gadisnya tidak mencapai martabat yang tinggi.

7

Soalan B

Baca petikan cerpen dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

8

Slide image


9

Multiple Choice

Dengan berdasarkan petikan cerpen tersebut, terdapat kebaikan benih padi baharu, kecuali...

1

dapat menjimatkan penggunaan air.

2

dapat mengurangkan kos penanaman.

3

dapat mencegah masalah perosak

4

dapat pulangan hasil yang berganda-ganda

10

Multiple Choice

Apakah latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut?

1

Masyarakat penyelidik

2

Masyarakat penyayang

3

Masyarakat bandar

4

Masyarakat petani

11

Multiple Choice

Mengapakah pegawai petanian mengemukakan cadangan kepada Alif supaya mengusahakan sawah padi?

1

Alif memiliki petak bendang sendiri

2

Alif cukup berpengalaman

3

Alif pakar dalam bidang pertanian

4

Alif terpelajar dan mahir dalam bidang pertanian.

12

Soalan C

Baca petikan drama dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

13

Slide image


14

Multiple Choice

Apakah yang menyebabkan kulit pisang yang dimakan oleh Tertuduh I terkeluar dari tong sampah?

1

Kambing secara sengaja telah mencampakkan kulit pisang.

2

Kambing yang bermata kabur telah makan pisang lalu mencampakkan kulitnya.

3

Kambing telah mengais kulit pisang tersebut lalu tercampak ke atas jalan raya.

4

kambing telah memakan sebahagian daripada kulit pisang tersebut.

15

Multiple Choice

Terdapat pengajaran dalam petikan drama tersebut, kecuali

1

kita perlulah adil semasa membuat keputusan supaya tiada orang yang teraniaya.

2

kita wajarlah menghormati orang lain agar kita dihormati

3

kita digalakkan untuk menjaga ternakan dengan baik supaya tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

16

Multiple Choice

Mengapakah peguam bela tetap menyatakan Bulat tidak bersalah dalam kes tersebut?

1

Nenek telah berjoging ditempat yang tidak sepatutnya.

2

Kambing yang menyebabkan kematian seorang nenek.

3

Kambing itu terlalu kurus dan terlalu lapar.

4

Nenenk tua sudah sampai ajalnya.

17

Soalan D

Novel Meniti Impian

Baca soalan dengan teliti, kemudian tandakan jawapan yang betul bagi mewakili jawapan yang sesuai yang terdapat dalam soalan.

18

Slide image


19

Multiple Choice

Jawapan yang betul bagi ruang jawapan 1

1

kita perlulah bersabar jika menerima kritikan dalam hidup.

2

kita haruslah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan supaya bercaya mengharungi cabaran dalam kehidupan supaya berjaya pada masa akan datang.

3

kita mestilah mempunyai semangat yang tinggi walaupun sentiasa dihina oleh orang lain tentang keputusan yang kita hendak lakukan.

20

Slide image

21

Multiple Choice

Jawapan yang betul bagi ruang jawapan 2

1

kita mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diingini.

2

kita mestilah mempunyai sifat seorang pemimpin yang baik agar segala perancangan yang kita rancang akan berjaya pada masa akan datang.

3

kita mesti mempunyai pendirian yang kukuh untuk melakukan sesuatu yang diingini.

22

Slide image

23

Multiple Choice

Jawapan yang betul bagi ruang jawapan 3

1

kita perlu bersyukur dan berhati-hati

2

kita sepatutnya berdoa

3

kita wajiblah taat akan perindah tuhan

24

Tahniah!

Anda telah berjaya menyelesaikan pentaksiran ini. Terima kasih kerana telah menjawab.

Pentaksiran Kendiri Tingkatan 2 (KOMSAS)

Sila jawab semua soalan yang diberikan.

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 24

SLIDE