Search Header Logo
TEKNIK MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT KLASIK KEPADA MODEN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT KLASIK KEPADA MODEN

Assessment

Presentation

World Languages

10th - 11th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

mohd Rusli

Used 42+ times

FREE Resource

9 Slides • 0 Questions

1

TEKNIK MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT KLASIK KEPADA MODEN

Slide image

2

MEMODENKAN PETIKAN PROSA KLASIK


Memodenkan petikan prosa klasik bermakna memindah atau menukar bahasa klasik atau lama menjadi bahasa Melayu baru atau moden. Biasanya, petikan yang dipindahkan atau dimodenkan itu diambil atau dipetik daripada satu atau beberapa perenggan sesebuah hikayat yang khusus menampilkan bahasa klasik, kuno ataupun lama.


3

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA KLASIK


Membaca dan memahami petikan

1.  Baca keseluruhan petikan sehingga faham.

2.  Berikan tumpuan terhadap persoalan atau isu utama dalam petikan.

3.  Selain itu, buat beberapa catatan tentang watak-watak, latar tempat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam petikan.


4

Menganalisis dan menulis serta memindahkan petikan prosa klasik menjadi petikan prosa moden


1.  Pelajar perlu ingat bahawa jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu moden.


2.  Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan.


3.  Jangan pindahkan secara ayat demi ayat. Sebaliknya, fahamkan maksud keseluruhan petikan dan ceritakan semula.


4.  Jangan menokok tambah dengan butir-butir atau fakta-fakta yang tidak terdapat dalam petikan.


5.  Nama-nama khas seperti nama watak, tempat dan peralatan tidak boleh ditukar/mestilah dikekalkan.


6.  Kata “pun” dan “lah” hendaklah ditinggalkan. Contoh:Bahasa klasik: maka seketika itu pun berputeralah tuan puteri itu seorang anak lelaki.

   Bahasa moden: Selepas itu, Tuan Puteri melahirkan seorang anak laki-laki.



5


7.  Elakkan menggunakan perkataan-perkataan lama seperti arakian, hatta, sebermula, alkisah, syahdan, sekali sepertua dan lain-lain dan perkataan-perkataan yang tidak lagi digunakan sekarang. Perkataan klasik yang ada dalam petikan tersebut, perlulah ditukarkan kepada bahasa moden. Ini penting kerana jika anda mengekalkan perkataan klasik tersebut, markah anda akan dipotong kerana tidak menepati arahan soalan.


8.  Bahasa Istana tidak perlu diganti dengan perkataan lain atau perkataan yang seerti dengannya.


9.  Ayat-ayat panjang, berbelit-belit dan tidak jelas hendaklah dipecahkan kepada beberapa ayat supaya pendek dan jelas maksudnya.

Contoh:

Maka Sultan Melaka pun hairan melihat paras puteri Cina itu, disuruhnya masuk Islam, telah sudah maka baginda pun berkahwinlah dengan puteri itu, beranak Paduka Seri Cina, ayah kepada Paduka Isap.”

6

Menganalisis dan menjawab soalan berkaitan dengan maksud rangkai kata


1.  Perhatikan perkataan atau rangkai kata berhuruf condong atau bercetak tebal dalam petikan, kemudian garisi perkataan atau rangkai kata tersebut.

2.  Seboleh-bolehnya, ganti setiap perkataan anda sendiri tetapi mestilah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan.

3.  Berikan satu jawapan sahaja menunjukkan yang anda yakin dapat menepati maksud penggunaannya.


7

Contoh teks klasik:



8

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah 

menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”

Dipetik daripada

Kepimpinan Melalui Teladan

dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia 

[6 markah

9

Contoh Jawapan


Baginda berasa hairan lalu bertanya kepada Temenggung sama ada Temenggung sama ada Temenggung telah mengarahkan orang-orangnya berkawal atau tidak.

Temenggung menjelaskan dia telah mengarahkan orang-orangnya berkawal namun mereka tidak menemukannya. Dia pun berasa hairan akan tingkah laku pencuri tersebut.

Baginda tertanya-tanya tentang sesuatu yang menyebabkan pencuri itu dapat melakukan perbuatan itu.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT KLASIK KEPADA MODEN

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 9

SLIDE