

Wang dan Bank Pusat
Presentation
•
Education
•
10th - 12th Grade
•
Practice Problem
•
Easy
ALI ZAKRI Moe
Used 41+ times
FREE Resource
26 Slides • 28 Questions
1
Wang dan Bank Pusat

2
Wang
Sebarang komoditi atau benda
boleh diterima umum
sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan
3
Ciri-Ciri Wang
Diterima umum: sebagai alat perantaraan pertukaran dalam urusan jual barang dan perkhidmatan.
Penawaran terhad: iaitu tidak terlalu banyak hingga menjejaskan nilainya.
Kestabilan nilai iaitu nilainya tidak mudah berubah dan membantu wang berfungsi sebagai alat penyimpanan nilai
4
Tahan lama tidak mudah rosak, koyak dan seumpamanya
Mudah dibawa iaitu bersaiz kecil dan ringan serta mudah disimpan dalam dompet atau saku
Boleh dibahagikan kepada unit yang
lebih kecil bagi membolehkan urusniaga dijalankan dengan tepat. (wang kertas mempunyai nilai muka RM1,RM5,RM10 dan lain-lain, duit syiling pula mempunyai nilai muka 5 sen,10 sen,20 sen)
Mudah dikenali warna,saiz,rupa dan bentuk yang piawai dan seragam membolehkan wang dikenali dengan mudah
5
Jenis-jenis wang
Duit syiling
Wang kertas
Deposit semasa
(cek)
6
Fungsi-Fungsi Wang
1. Alat Perantaraan Pertukaran
Wang memudahkan urusan jual beli barang dan perkhidmatan
ini kerana wang diterima umum sebagai media pertukaran untuk
mendapatkan barang atau perkhidmatan
Contoh : Azril membeli sebuah rumah dengan membayar harga
rumah tersebut
7
2. Alat Ukuran Nilai
Wang digunakan untuk menentukan harga barang
Harga barang dapat ditentukan dengan seragam dan lebih
mudah
Contoh : Harga sebuah rumah tersebut adalah RM300 ribu
8
3. Alat Bayaran Tertunda
Wang membolehkan urusniaga kredit (hutang) dilaksanakan
Harga barang akan dibayar secara ansuran dalam tempoh
yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli
Ini kerana wang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil
Contoh : Bayaran harga rumah dibuat secara ansuran untuk
tempoh sehingga 20 tahun akan datang
9
4. Alat simpanan nilai
Wang boleh disimpan untuk kegunaan masa depan kerana wang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil
Contoh : Wang hasil sewa disimpan di dalam bank untuk
kegunaan masa hadapan
10
??
11
Multiple Choice
Encik Steven mendapati harga tiket bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ialah RM50
Apakah fungsi wang dalam situasi di atas?
Alat ukuran nilai
Alat simpanan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
12
Multiple Choice
Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan adalah kelemahan sistem barter.
Pertukaran barang hanya boleh berlaku antara dua pihak jika kehendak yang serentak.
Apakah fungsi wang yang dapat mengatasi masalah kelemahan sistem barter di atas?
Alat ukuran nilai
Alat simpanan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
13
Multiple Choice
Wang membantu individu mebuat perbandingan nilai antara barang.
Fungsi wang adalah sebagai alat
Ukuran nilai
Simpanan nilai
Bayaran tertunda
Perantaraan pertukaran
14
Multiple Choice
Berikut merupakan fungsi-fungsi wang KECUALI
alat perantaraan untuk penukaran
alat Pengukur nilai dan unit akaun
ukuran bayaran tertunda
tahan lama
15
Multiple Choice
Berikut merupakan sifat-sifat bagi wang, KECUALI
Diterima Umum
Nilai yang stabil
Mudah rosak
Penawaran terhad
16
Multiple Choice
17
Multiple Choice
5 Mengapakah cek diterima sebagai alat perantaraan pertukaran dalam ekonomi?
Merupakan wang sah dalam urus niaga bernilai besar
Penggunaan adalah lebih selamat dan makin meluas
Mempunyai nilai sandaran tertentu
Perlu diterima oleh peniaga
18
Multiple Choice
4 Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?
Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad
Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
Proses menjelaskan baki pinjaman dalam tempoh setahun
Pembelian komputer riba baru berharga mahal
19
Multiple Choice
3 Situasi manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda.
Cik Anis membayar RM660 setiap bulan keretanya selama sembilan tahun.
Encik Wahid memperuntukkan wang sebanyak RM700 untuk akaun tabungan di Tabung Haji.
Puan Siti membeli rantai emas pada harga diskaun 30%, sempena Sambutan Hari Ibu di Kedai Emas Mewah.
Cikgu Ayu mengunjungi lebih daripada tiga kedai peralatan komputer untuk membandingkan harga mesin pencetak.
20
Multiple Choice
2 Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan gambar di atas?
Alat ukuran nilai
Alat penyimpan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
21
Multiple Choice
1 Wang merupakan komoditi yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat…
ukuran nilai
simpanan nilai
bayaran tertunda
perantaraan pertukaran
22
Bank Pusat
Ditubuhkan pada 26 Jan 1959 di bawah Ordinan
bank Negara Malaysia 1958
23
FUNGSI BANK PUSAT: Mengeluarkan mata wang
- Bank pusat mempunyai kuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia (RM)
- Hanya wang yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai di negara kita dan pihak lain tidak dibenarkan untuk mencetak atau menerbitkan wang
24
Mengawal kestabilan nilai mata wang
Nilai sesuatu mata wang diukur melalui dua cara iaitu dari aspek kuasa beli wang dan juga dalam mata wang asing
- Kuasa beli wang ialah kemampuan wang untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan
- Kenaikan harga barang secara berterusan dalam ekonomi dikenal sebagai inflasi dan kadar inflasi yang tinggi boleh menjejaskan nilai mata wang
25
Mata wang asing
Kebanyakan mata wang negara termasuk RM dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat kerana Dolar AS digunakan dengan
meluas dalam perdagangan antarabangsa
26
Tiga kaedah bank pusat menstabilkan nilai mata wang
a) Mewujudkan sandaran minimum
- Ordinan BNM memperuntukkan sandaran minimum 80.59% dalam bentuk emas dan rizab antarabangsa
- Rizab antarabangsa termasuklah emas, kadar pertukaran asing, milikan hak pengeluaran khas, dan rizab kumpulan wang antarabangsa.
- Ini bererti sekiranya bank pusat ingin mencetak RM100, sandaran minimum yang perlu dimiliki ialah RM80.59.
27
b) Campurtangan dalam pasaran pertukaran asing (FOREX)
- Contohnya BNM akan membeli RM dengan menjual Dolar AS apabila nilai RM adalah rendah
- Kesannya jumlah RM di dalam pasaran akan meningkat berbanding Dolar AS
28
c) Mengawal inflasi
- Bank pusat akan memastikan kadar inflasi dalam negara berada pada paras terkawal dengan menggunakan alat dasar kewangan (seperti rizab tunai, kadar faedah, syarat sewa beli)
29
Jurubank kepada kerajaan
Mentadbir akaun negara
- Bank pusat menyimpan dan menguruskan akaun kerajaan yang terdiri daripada
akaun kewangan (hasil & perbelanjaan kerajaan) dan akaun pinjaman kewangan
(rekod pinjaman yang dibuat oleh kerajaan)
- Bank pusat juga menerima wang yang dibayar kepada kerajaan dan melakukan
pembayaran bagi pihak kerajaan
30
Memberi pendahuluan sementara
- Apabila kerajaan menghadapi masalah kekurangan kewangan
- Kerajaan perlu membayar balik tidak lewat daripada tiga bulan setelah
berakhirnya tahun kewangan kerajaan
31
Mengurus hutang negara
- Bertanggungjawab memperoleh pinjaman bagi pihak kerajaan daripada sumber
dalam negeri dan luar negara
- Bank pusat akan memperoleh pinjaman melalui penjualan bil-bil perbendaharaan
dan surat jaminan kerajaan kepada institusi kewangan atau memperoleh
pinjaman di pasaran modal antarabangsa
- Menerbitkan sijil pelaburan kepada institusi kewangan Islam
32
Memberi nasihat pelaburan
- Menjadi penasihat dan ejen kerajaan untuk aktiviti pelaburan kerajaan di luar
negara
- Mengkaji projek pelaburan di luar negara yang berpotensi dan menguntungkan
dari semasa ke semasa
33
Mengurus pertukaran asing
- Memastikan rizab antarabangsa sentiasa mencukupi
- Mengawal pertukaran asing dan memastikan bahawa nilai mata wang berada
dalam keadaan stabil di pasaran kewangan antarabangsa
34
Jurubank kepada bank perdagangan
Menyediakan akaun penjelasan antara bank
- Setiap bank perdagangan mempunyai sebuah akaun penjelasan di bank pusat
yang digunakan untuk membayar hutang antara bank akibat pengeluaran cek
35
Menjaga rizab berkanun (simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
pada kadar tertentu)
- Kadar rizab berkanun semasa ialah 4%
- Bermaksud bank perdagangan perlu menyimpan RM4 sekiranya mempunyai
wang sebanyak RM100.
- Perubahan kadar rizab berkanun akan memberi kesan kepada keupayaan bank
perdagangan memberi pinjaman
36
Sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan
- Bank perdagangan yang mengalami masalah kekurangan tunai boleh
mendapatkan pinjaman daripada bank pusat
37
Mengawal kestabilan ekonomi
Bank pusat mengawal ekonomi daripada mengalami inflasi dan deflasi dengan menggunakan alat-alat kewangan.
38
Multiple Choice
Bagaimanakah bank pusat menstabilkan nilai mata wang?
A. Mengawal pengeluaran cek
B. Mengawal kemelesetan ekonomi
C. Mewujudkan sandaran minimum
D. Mengeluarkan jumlah wang yang sama setiap tahun
39
Multiple Choice
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan bank pusat untuk bank perdagangan
Kemudahan menjelaskan
cek dan mengira hutang antara bank perdagangan
Apakah kemudahan X?
Akaun rizab berkanun
Akaun pelaburan khas
Akaun deposit tetap
Akaun penjelasan
40
Multiple Choice
Rizab berkanun ialah simpanan wajib
A. bank pusat di bank perdagangan
B. bank perdagangan di bank pusat
C. Kementerian Kewangan Malaysia di bank pusat
D. bank pusat di Kementerian Kewangan Malaysia
41
Multiple Choice
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu fungsi bank pusat.
• Memberi nasihat pelaburan
• Mengurus pertukaran asing
• Memberi pendahuluan sementara
Apakah fungsi bank pusat tersebut?
A. Jurubank kepada kerajaan
B. Mengawal kestabilan ekonomi
C. Jurubank kepada bank perdagangan
D. Mengawal kestabilan nilai mata wang
42
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah tindakan Bank Negara Malaysia untuk mengawal kestabilan Ringgit Malaysia?
I. Memastikan sandaran minimum dipatuhi
II. Mengawal inflasi
III. Menyokong Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing
IV. Memberi pinjaman terakhir
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
43
Multiple Choice
Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan bank pusat
I. Mengeluar wang kertas
II. Mengawal rizab berkanun
III. Menerima deposit daripada firma besar
IV. Memberi pinjaman terakhir
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
44
Multiple Choice
1. Gambar berikut menunjukkan satu institusi kewangan.
Antara yang berikut, yang manakah fungsi institusi kewangan di atas?
Memberikan pinjaman kad kredit
Menjaga kestabilan nilai mata wang
Menyediakan kemudahan akaun semasa
Menyediakan kemudahan perbankan Internet
45
Multiple Choice
Apa yang dilakukan oleh bank pusat apabila kerajaan mengalami masalah kekurangan kewangan?
Memberi nasihat
Mengawal kuasa beli
Mewujudkan sandaran minimum
Memberi pendahuluan sementara
46
Multiple Choice
Bank pusat akan memastikan rizab antarabangsa sentiasa mencukupi.
Pernyataan berikut menjelaskan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan, iaitu
Mengurus hutang negara
Memberi nasihat pelaburan
Memberi pendahuluan sementara
Mengurus pertukaran asing
47
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan?
Membayar hutang
Mengawal nisbah rizab berkanun
Mengawal nisbah rizab tunai
Sumber pinjaman terakhir
48
Multiple Choice
Apakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan?
Mentadbir akaun kerajaan
Mengurus pendatang asing
Mengurus syarikat kerajaan
Sumber pinjaman terakhir
49
Multiple Choice
Manakah antara yang berikut bukan fungsi bank pusat?
Mengeluarkan wang kertas
Mengawal rizab berkanun
Menerima deposit daripada firma besar
Memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kerajaan
50
Multiple Choice
Wang di dalam akaun ini digunakan untuk membayar hutang antara bank akibat pengeluaran cek.
Pernyataan ini merujuk kepada peranan bank pusat terhadap bank perdagangan iaitu
Sumber pinjaman terakhir
Menyediakan akaun penjelasan antara bank
Menjadi penjamin kepada bank perdagangan
Menjaga rizab berkanun
51
Multiple Choice
Bank pusat menyimpan dan menguruskan akaun kewangan dan akaun pinjaman kerajaan.
Manakah yang merujuk kepada pernyataan di atas?
Mengurus pertukaran wang
Mengurus hutang negara
Mentadbir akaun negara
Memberi nasihat pelaburan
52
Multiple Choice
Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan jenis-jenis wang?
Deposit tetap
Deposit semasa
Wang kertas
Duit syiling
53
Multiple Choice
Yang mana satukah strategi Bank Negara Malaysia untuk menjaga kestabilan nilai ringgit?
Mengawal inflasi
Menaikkan kadar faedah
Mengawal aliran masuk mata wang asing
Mengurangkan jumlah wang dalam ekonomi.
54
Multiple Choice
Yang mana satukah strategi Bank Negara Malaysia untuk menjaga kestabilan nilai ringgit?
Mengawal inflasi
Menaikkan kadar faedah
Mengawal aliran masuk mata wang asing
Mengurangkan jumlah wang dalam ekonomi.
Wang dan Bank Pusat

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 54
SLIDE
Similar Resources on Wayground
51 questions
10.1 ANCAMAN ALAM SEKITAR
Presentation
•
11th Grade
43 questions
Akar-Akar Nasionalisme
Presentation
•
11th Grade
45 questions
Order of Operations with Exponents
Presentation
•
9th - 12th Grade
48 questions
NHA Written & Electronic Communication
Presentation
•
12th Grade
46 questions
Budidaya Satwa Harapan
Presentation
•
12th Grade
50 questions
buku panduan quizizz
Presentation
•
9th - 12th Grade
49 questions
IPS GEOGRAFI - Geografi Dasar
Presentation
•
10th Grade
50 questions
Unit 3.2 - Marshall's Court
Presentation
•
11th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Education
5 questions
A.EI.1-3 Quizizz Day 1
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Cinco De Mayo
Presentation
•
10th Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
10th Grade
210 questions
Unit 1 - 4 AP Bio Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
100 questions
Biology EOC Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
5 questions
A.EI.1-3 Quizizz Day 2
Quiz
•
9th - 12th Grade
5 questions
A.EI.1-3 Quizizz Day 4
Quiz
•
9th - 12th Grade
16 questions
AP Biology: Unit 1 Review (CED)
Quiz
•
9th - 12th Grade