

BAHASA MELAYU - KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
Presentation
•
Other
•
10th Grade
•
Easy
MOHD Moe
Used 20+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
BAHASA MELAYU - KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK

2
Definasi kata tunggal : Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian.
3
Tiga jenis kata tunggal:
Kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contoh: Siapa?, Sudah, Gitar
Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit bebas untuk melaksankan tugas nahunya. Contoh: Di, dari, pada, untuk
Kata akronim, iaitu perkataan yang terbit melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan utuh. Contoh: NATO, cerpen, pawagam
4
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu. Contoh: campur tangan, kerjasama, alat tulis
5
TAJUK PETIKAN
KKM sahkan suku Bateq dijangkiti demam campak
6
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan orang asli suku Bateq di Kuala Koh, Gua Musang, dijangkiti wabak measles atau demam campak.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil ujian makmal yang dilaksanakan. "Antara faktor utama wabak measles merebak di perkampungan itu ialah liputan imunisasi MMR yang sangat rendah iaitu 61.5 peratus bagi dos pertama dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua. "Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
7
Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat 15 Jun lalu, seramai 170 daripada 185 atau 92 peratus orang asli Kuala Koh telah diperiksa status kesihatan mereka.
"Daripada jumlah itu, 112 kes dilaporkan kepada KKM termasuk tiga kematian terbaharu yang melibatkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun enam bulan pada petang semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana Pneumonia (akibat komplikasi measles)," katanya. Justeru itu, menurutnya KKM telah menjalankan beberapa tindakan pencegahan dan kawalan wabak di perkampungan orang asli tersebut.
8
"KKM telah melakukan carian kes secara aktif di perkampungan orang asli dan sekitarnya berdasarkan pergerakan mereka sebelum ini dan memberi Vitamin A kepada kanak-kanak yang dirawat kerana measles.
"Liputan imunisasi kepada penduduk orang asli yang terlibat juga dipertingkatkan selain memberi pendidikan kesihatan terutama penjagaan kebersihan diri. Pada masa sama KKM mempertingkatkan Infection Prevention Control (IPC) di fasiliti kesihatan dan sentiasa amalkan penggunaan alat perlindungan diri," katanya. Dzulkefly berkata, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) diarahkan meningkatkan survelan jangkitan measles dan meningkatkan liputan imunisasi kepada orang asli di negeri masing-masing.
9
Latihan 1:
Berdasarkan petikan, sila nyatakan kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam petikan. Anda perlu menyatakan sekurang-kurang tujuh kata tunggal dan tujuh kata majmuk.
Sila tulis jawapan anda di dalam buku latihan.
BAHASA MELAYU - KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
X - ETIKA PROFESI 2
Presentation
•
10th Grade
9 questions
MATERI 9 : PROVERB AND RIDDLE
Presentation
•
10th Grade
5 questions
Budaya Melayu Riau
Presentation
•
10th Grade
7 questions
Kuis Unsur Intrinsik Cerpen
Presentation
•
9th Grade
6 questions
Materi Pengenalan Komputer
Presentation
•
10th Grade
6 questions
JAMUR
Presentation
•
10th Grade
8 questions
BAHASA MELAYU T4 : PERIBAHASA
Presentation
•
10th Grade
9 questions
Uji kualitas bahan pakan ternak ruminansia
Presentation
•
11th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Other
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
21 questions
Lab Safety
Quiz
•
10th Grade
10 questions
Would you Rather?
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Characteristics of Life
Quiz
•
9th - 10th Grade
10 questions
Soup, Salad, or Sandwich?
Quiz
•
1st Grade - Professio...
10 questions
Labor Day and Its Historical Significance
Interactive video
•
7th - 12th Grade
20 questions
Scientific Method & Variables
Quiz
•
9th - 12th Grade