Search Header Logo
KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

Assessment

Presentation

World Languages

5th - 11th Grade

Hard

Created by

mohd Rusli

Used 6+ times

FREE Resource

7 Slides • 0 Questions

1

KATA GANTI NAMA DIRI

Slide image

2

MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI

Jenis:

Terbahagi kepada 3 jenis:

a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3


Bilangan penutur / pendengar:

a. Tunggal (seorang)

b. Jamak (lebih daripada seorang)

 

4. Golongan pengguna:

a. Masyarakat Moden

b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)

c. Masyarakat Istana / Bangsawan

4

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

- aku (tunggal) - Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)

- saya (tunggal)- Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.

- hamba (tunggal)- Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.

- patik (tunggal- )Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

- beta (tunggal)Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

- kami (tunggal) - Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.

- kita (tunggal)Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

5

Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

Penggunaannya

anda (tunggal dan jamak)) - Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.

- awak (tunggal) - Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

- engkau (tunggal) - Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

- Tuan hamba (tunggal - Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu )

- tuanku (tunggal) - Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

- kalian (tunggal) - Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

- kamu (tunggal dan jamak) - Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

6

Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)

Penggunaannya

- baginda (tunggal) -Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

- beliau (tunggal)- Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.

- Dia dan ia (tunggal) - Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

- mereka (tunggal)Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

7

Bentuk kesilapan:

SALAH - “Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.

BETUL - “Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.

SALAH - Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.

BETUL - Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.

SALAH - Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

BETUL - Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

SALAH - “Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

BETUL -,“Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

SALAH - Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.

BETUL -Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.

KATA GANTI NAMA DIRI

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 7

SLIDE