

TING 1 - PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
Presentation
•
Education
•
7th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 6+ times
FREE Resource
12 Slides • 5 Questions
1
PUISI TRADISIONAL
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
2
RANGKAP 1
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
MAKSUD : Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.
3
RANGKAP 2
Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.
MAKSUD : Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.
4
RANGKAP 3
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
MAKSUD : Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.
5
RANGKAP 4
Emas , perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
MAKSUD : Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan menghadapi kegagalan.
6
RANGKAP 5
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
MAKSUD : Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.
7
TEMA
Nasihat tentang keperluan memupuk sikap yang baik dan berkualiti dalam diri. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan itu tentunya akan memberikan kesan kepada diri sendiri.
8
PERSOALAN
Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap perbuatan dan tingkah lakunya.
Orang yang kuat tidur tidak aktif dan kurang produktif.
Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.
Orang yang malas berusaha tidak akan berjaya untuk memperoleh sesuatu.
Setiap inisiatif untuk melakukan pekerjaan dilakukan dengan penuh kesungguhan.
9
BENTUK PANTUN
Pantun dua kerat - bentuk terikat.
Mempunyai lima rangkap.
Setiap rangkap mempunyai dua baris. Baris pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.
Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata. Terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan dalam sebaris.
10
GAYA BAHASA
Imej Alam:
buah sintang, buah senikul, emas, perak, tembaga, suasa
Repitisi:
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
Responsi
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
11
NILAI
Waspada. Contohnya, setiap perbuatan atau tindakan perlu dilakukan secara berwaspada kerana perbuatan atau tindakan tersebut akan mencerminkan diri kita.
Kerajinan. Contohnya, orang yang suka atau banyak tidur merupakan orang yang malas dan tidak produktif.
Kesungguhan. Contohnya, sesuatu matlamat hanya tercapai sekiranya kita berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.
12
PENGAJARAN
Kita hendaklah menanam sifat baik hati dalam diri dan dijadikan amalan dalam kehidupan.
Kita hendaklah gigih berusaha dalam mencapai matlamat hidup supaya tidak ketinggalan atau keciciran.
Kita hendaklah berfikiran positif dan mengelakkan perasaan terlalu merendah diri.
13
Multiple Choice
SOALAN 1
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Antara yang berikut, manakah jawapan yang sesuai untuk maksud bagi rangkap diatas ?
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.
14
Multiple Choice
SOALAN 2
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Antara yang berikut, manakah jawapan yang sesuai untuk maksud bagi rangkap diatas ?
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.
15
Multiple Choice
SOALAN 3
Berikut adalah penyataan tentang bentuk pantun yang dipelajari (Pantun Dua Kerat). Yang manakah penyataan yang SALAH ?
Pantun dua kerat - bentuk terikat.
Mempunyai lapan rangkap.
Setiap rangkap mempunyai dua baris.
Baris pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.
16
Multiple Select
SOALAN 4
Tandakan gaya bahasa yang terdapat dalam pantun dengan betul.
(Dua jawapan)
Inversi
Imej Alam
Repetisi
Metafora
17
Multiple Choice
SOALAN 5
Contohnya, orang yang suka atau banyak tidur merupakan orang yang malas dan tidak produktif.
Nyatakan NILAI yang sesuai bagi contoh diatas.
Nilai Waspada
Nilai Kerajinan
Nilai Kesungguhan
Nilai Kecekalan
PUISI TRADISIONAL
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 17
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
Petualang Rimba
Presentation
•
KG
12 questions
Huruf Kapital (Bagian 1)
Presentation
•
7th Grade
13 questions
BELAJAR EFEKTIF
Presentation
•
7th Grade
11 questions
TING 1 (BOLA JARING) - PENALTI, OFFSIDE DAN FAULT
Presentation
•
7th Grade
13 questions
Berkelana di Dunia Fantasi
Presentation
•
7th Grade
11 questions
Teks Deskripsi
Presentation
•
7th Grade
13 questions
Presentasi Bimbingan Klasikal "Bullying"
Presentation
•
7th Grade
10 questions
Pendidikan Kewarganegaraan
Presentation
•
7th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
GPA Lesson
Presentation
•
9th - 12th Grade
7 questions
Albert Einstein
Quiz
•
3rd Grade
31 questions
Bridge A Review
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Blue Sue and Red Ruth
Quiz
•
3rd Grade
8 questions
(Day12 HW) Inverse Trig Ratios
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Summer Geometry QUIZ (Week3)
Quiz
•
9th Grade
16 questions
Theme Practice
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Taxes
Quiz
•
9th - 12th Grade